BAB 50

Romance Completed 157983

Alisa merenung kosong telefon di tangan, mengingat kembali perbualan bersama ibunya. Encik Shahrul meminta Puan Anisa merisik jawapan dari Alisa untuk pinangan yang dibawa keluarga Rizqi.

Sejujurnya, semenjak pertemuan terakhir Alisa dan Rizqi seminggu yang lalu, mereka tidak lagi berjumpa. Hanya telefon yang menjadi penghubung. Rizqi ingin memberi ruang kepada Alisa untuk mempertimbangkan keputusan sebaik-baiknya.

Alisa sedar sebaik dia mengangguk kepala tanda setuju, tidak ada lagi ruang untuk berpatah balik. Dia harus bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat. Semua ujian dan liku-liku di hadapan perlu dia harungi dengan kuat dan tabah.

Alisa ingin beri peluang kedua kepada dirinya untuk cuba menggenggam bahagia bersama Rizqi. Mungkin sebelum ini cintanya pernah terkandas sebelum sempat berlabuh. Kali ini dia ingin percaya jalan cintanya bersama Rizqi mungkin belum berakhir, tapi baru bermula.

Hampir seminggu Alisa bangun di satu pertiga malam membuat solat istikharah meminta tuhan memberi petunjuk. Di doakan tuhan memberi kelapangan hati dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Dia percaya takdir di hadapan adalah perancangan terindah Allah kepadanya. Bersama doa dan harapan yang menggunung Alisa menyatakan persetujuan kepada ibu bapanya.

Alisa bangun dari katil, dan berjalan ke meja hias. Ditarik laci dan diambil keluar sebuah kotak yang sudah lama berada dalam simpanan. Isinya seutas rantai berloket hati, hadiah dari Rizqi sempena hari lahirnya yang ke-tujuh belas.

Rantai ini sudah lama berada dalam simpanan Alisa. Dia tidak pernah lagi mengalungkan di leher, selepas Rizqi dan Zulaika rasmi menjalinkan hubungan cinta. Tidak ingin rantai itu makin menguatkan rasa cintanya pada seseorang yang sudah menjadi milik wanita lain.

Hari ini, selepas lebih lapan tahun, dia memberanikan diri memakai kembali rantai itu di leher, supaya dekat di hatinya. Tersenyum Alisa melihat pantulan dirinya di cermin.

**********

"Riz, kau boleh bawa bertenang tak? Lemas perut aku tengok kau. Nanti mak kau bagitahu la lepas dapat jawapan", tegur Ilham melihat Rizqi sudah berpuluh kali beralih tempat duduk.

Mendengar teguran Ilham, Rizqi menarik dalam nafas, dan dihembus perlahan. Dihempas tubuhnya ke sofa. "Kau rasa Lis terima tak pinangan aku. Dia diam je. Langsung tak bagitahu aku apa-apa. Aku call pun tak angkat, whatapps pun tak reply. Macam mana aku nak bertenang", lemah suara Rizqi. Hilang sudah keyakinannya.

"Jarang aku tengok kau lost control macam ni. Tak yakin dengan diri sendiri. Kalau dia tak terima, so what? Kau nak putus asa", bertubi-tubi Ilham menyoal.
"Memang tak la aku nak lepaskan dia. Pantang aku menyerah sebelum cuba sampai ke garisan penamat. Mengalah macam tu saja tak ada dalam kamus aku", datar suara Rizqi.

Ilham memandang wajah serius Rizqi. "Kau sedar tak waktu kau dengan Zulaika kau tak macam ni. Bila kau tahu dia nak putus sebab nak kahwin dengan pilihan mak dan ayah dia, kau tak tunjuk keras kepala macam ni. Kau ada pujuk dia tapi tak sekeras macam ni. This time kau betul-betul tak nak lepaskan Lis", berkerut wajah Ilham melihat Rizqi.

"Aku risau terkandas kali kedua", lemah suara Rizqi.

"Riz dulu aku pernah warning Daniel, jangan main-mainkan Alisa. Harap kau sedar, amaran tu termasuk untuk kau juga. Kau sahabat aku, tapi Lis pun sahabat aku. Kalau kau ada buat salah aku tak akan support kau. Ingat tu", tegas peringatan Ilham.

"Kau risau aku masih cintakan Zulaika. Aku still tak boleh lupakan dia. Takut aku lukakan perasaan Lis", Rizqi memandang Ilham dengan ekor mata.

"Dah cukup lama dia terluka. Dia kecewa. Aku tak boleh bayangkan perasaan dia dulu masa tengok kau dengan Zulaika. Macam mana dia sembunyi dan pendamkan perasaan dia. Aku nak kan dia bahagia, dapat lelaki yang boleh sayangkan dia sepenuh hati. Boleh ke kau bagi", soal Ilham serius.

"Aku lebih dari bersedia kalau dia bagi aku peluang kedua. Aku pernah terlepas peluang tu, aku akan cuba tebus semua kelukaan dia", luah Rizqi

Deringan handphone Rizqi menghentikan perbualan mereka. Melihat nama ayahnya laju Rizqi menjawab. Sempat diusik Encik Razik, namun hanya disambut ketawa Rizqi. Sengaja Encik Razik membiarkan Rizqi tertunggu-tunggu. Biarkan Rizqi membuka mulut bertanya.

Rizqi anak yang pendiam. Susah nak dengar dia bercerita mengenai dirinya. Banyak keputusan dibuat sendiri. Bukan Encik Razik dan Puan Nora tidak memberi perhatian kepada Rizqi. Tapi dia lebih selesa mengelola sendiri hidupnya. Mungkin sifat itu dipupuk sedari kecil kerana dia dibesarkan oleh neneknya, Ibu Encik Razik.

"Pa... saja kan. Riz tunggu dari pagi tadi", rungut Rizqi, melihat Encik Razik seolah bermain tarik tali. Namun rungutannya disambut ketawa besar Encik Razik.

"Dah dapat jawapan. Alisa terima pinangan kamu. Bulan depan boleh buat majlis tunang. Tarikh pun dah tetap. Tapi majlis kecil saja. Jemput family dua belah pihak. Khemah pun tak pasang", maklum Encik Razik.

"Iya ke pa..Sebab tak cukup masa?", tanya Rizqi.

"Bukan macam tu, ini permintaan Alisa sendiri. Dia tak nak buat majlis tunang besar-besar", balas Encik Razik.

Rizqi mendiamkan diri seketika. Berita ini tidaklah begitu mengejutkan. Alisa yang dikenalinya seorang gadis yang simple. Bukan simple dari segi penampilan, dia masih berhias bila keluar. Namun simple dari sikapnya. Tidak perlu terlalu grand, asal ada. Tidak perlu berlebihan asal dicukupkan. Tidak perlu mengikut kata orang, asal kita bahagia. Tanpa sedar Rizqi manarik senyum tipis di bibirnya. Alisa yang dikenalinya sejak dulu masih tidak berubah.

"Kalau Lis nak macam tu, Riz ikut saja pa", Rizqi memberi persetujuan. "Pa.... Riz tak nak bertunang lama-lama. Dalam dua bulan je. Kalau nak buat majlis tak sempat. Riz dengan Lis nikah je dulu", Rizqi menyampaikan isi hatinya. Dari awal lagi dia sudah memasang niat, kalau Alisa menerima pinangannya dia hanya mahu bertunang selama dua bulan. Tidak lebih dari itu.
"Kamu biar betul Riz, nak bertunang dua bulan saja. Cepat sangat tu. Kenapa tergesa-gesa?", Encik Razik menyoal kembali keinginan Rizqi.

"Malas nak tunggu lama-lama pa. Lagipun Riz dengan Lis dah lama kenal. Berkawan dari sekolah lagi", terang Rizqi kepada Encik Razik.

"Tak apalah kalau macam tu. Nanti papa bincang dengan ibu dan ayah Alisa", Encik Razik memberi persetujuan.

Sebelum memutuskan talian, Encik Razik mengingatkan Rizqi mengenai persiapan majlis pertunangannya. Walaupun sekadar menjemput saudara-mara persiapan tetap perlu dilakukan. Paling penting cincin, pesan Encik Razik. Rizqi mengiyakan mendengar peringatan papanya.

Sebaik talian diputuskan dia terus disoal Ilham. "Serius la, lepas tunang dua bulan terus nak nikah. Lagi cepat dari Ain. Ain pun nak bertunang at least setahun".

"Aku serius la. Benda ni bukan boleh buat main. Aku dengan Lis dah lama kenal. Malas nak lambat-lambat. Kitaorang duduk dekat, bahaya biar lama-lama. Aku percaya dengan Lis. Tak percaya sangat dengan diri aku", serius Rizqi membalas.

Mengingat kembali, kelakuan Rizqi yang agak lepas kendali bila berdekatan Alisa, Ilham rasakan itu keputusan yang terbaik. Kalau dah nak melekat macam tu baik kahwin je. Pelik Ilham, setahunya Rizqi bukan lelaki yang mengikut hati, dengan Zulaika juga Rizqi tidak bersikap seperti itu. Dia dapat mengawal dirinya dengan baik.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience