BAB 54

Romance Completed 157983

Alisa merapikan meja kerjanya sebelum berangkat pulang dari pejabat. Tapi dapat dilihat jelas wajahnya tidak begitu fokus. Begitulah tingkah Alisa sejak menerima panggilan dari Firdaus tengah hari tadi. Seharian kerjanya tidak berjalan, fikirannya terganggu.
Alisa kembali melabuhkan punggung di atas kerusi. Memejamkan mata cuba menenangkan fikiran. Mengingati pelawaan Firdaus untuk keluar makan bersama, Alisa merasa serba salah. Salah kerana dia sudah bergelar tunangan orang. Salah juga kerana dia sedar Firdaus menaruh perasaan padanya.

Alisa tidak tergamak mahu menolak permintaan Firdaus untuk sekadar makan malam, tapi dia juga tidak mahu memberi lelaki itu harapan. Ada perasaan yang harus Alisa jaga.

Sepanjang mereka bersahabat Alisa tahu Firdaus seorang lelaki yang sangat baik. Dia juga mahukan yang terbaik untuk lelaki itu.

Mengingatkan isteri Firdaus, Alisa menghela nafasnya. Mengapa wanita itu sanggup menghancurkan hati lelaki sebaik Firdaus. Walaupun berkahwin tanpa cinta, sekurangnya kesetiaan dan kejujuran diperlukan dalam sebuah hubungan.

***********

Rizqi memandang Alisa yang banyak mendiamkan diri sedari tadi. Wajah gadis itu tidak secerah sebelum ini. Dia sengaja mengajak Alisa berjalan sambil melepak di taman berdekatan.

"Ada something you nak share dengan I?", tanya Rizqi sebaik mereka melabuhkan punggung di bangku yang kosong.
Alisa menoleh memandang Rizqi di samping. Otaknya ligat menyusun ayat untuk menjelaskan pada Rizqi tanpa lelaki itu salah paham. Dalam sebuah hubungan kejujuran tu penting. Alisa tahu, jadi dia tidak mahu lakukan sesuatu di belakang Rizqi, seperti mana dia juga tidak suka jika Rizqi lakukan kepadanya.

Alisa menggenggam erat kedua tangannya. Sejuk dirasakan telapak tangan. "Riz... I nak minta izin. Nak jumpa kawan I malam esok", perlahan suara Alisa kerana rasa bersalah. Yang pasti dia tidak berani menatap Rizqi.

Melihat duduk Alisa yang gelisah, Rizqi mengerutkan dahi. "Siapa?", pendek Rizqi bertanya.

"Hmm..aa Firdaus, kawan masa I study dekat UK dulu. You ingat lagi tak? You pernah jumpa dia masa kita dekat Penang haritu", sebaik mungkin Alisa cuba berlagak seperti biasa. Tidak mahu Rizqi beranggapan bukan-bukan.

"Yang ajak you jumpa parents dia tu?", selamba Rizqi bertanya.
Air liur Alisa terasa tersekat dikerongkong mendengar pertanyaan Rizqi. Tidak tahu sama ada harus mengiyakan atau tidak.

Alisa membetulkan duduknya. Dia memang gagal sepenuhnya dalam bab mempertahankan diri. Tidak tahu cara yang betul nak jelaskan keadaan.

"Dia nak jumpa I, ajak keluar makan", terang Alisa. dia tidak mengiyakan pertanyaan Rizqi.

Rizqi menyandarkan tubuh ke kerusi. Dia menoleh memandang jari Alisa yang masih berinai. "You sedar kan you tunang I?", tanya Rizqi.

Dia tidak membahas isu Firdaus mengajak Alisa makan malam. Tapi dia mahu Alisa sedar statusnya sebagai tunangan orang. Dia tidak boleh menghalang semua lelaki mendekati Alisa, tapi Alisa seharusnya boleh menjaga jaraknya sendiri dari lelaki lain.

"I tahu. Sebab tu I minta izin dengan you dulu. I tak nak keluar tanpa pengetahuan you", Alisa tahu Rizqi tidak senang mendengar permintaannya.

"Patut tak I bagi tunang I keluar dengan lelaki lain malam-malam. Berdua je? You rasa I bagi ke, Lis?" tanya Rizqi kepada Alisa yang menundukkan wajah dari tadi.

Rizqi menoleh tubuhnya menghadap Alisa. Dipaut dagu Alisa supaya gadis itu menatap terus mata dan wajahnya. "He love you, am I right?".

Terkebil-kebil Alisa memandang wajah Rizqi. Dia tidak berani menjawab pertanyaan itu.

"Dan you tahu perasaan dia. Still you minta izin I untuk jumpa dia. Macam mana dengan perasaan I. Cemburu!...Of course. Tunang I nak keluar makan dengan lelaki lain", agak tegang nada bicara Rizqi.

Walaupun Rizqi tidak meninggikan nada suaranya Alisa tahu lelaki itu sedang marah. Matanya sudah berkaca. Dia takut, tapi bukan takutkan Rizqi. Dia takut Rizqi salah faham, takut Rizqi kecewa dengannya.

Melihat mata Alisa yang sudah berkaca, Rizqi menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba menyejukkan hati sendiri. Mereka sudah lama mengenali, Rizqi tahu Alisa pasti sedar dia sedang marah.

Rizqi menarik tubuh Alisa dalam pelukannya.Tapi dia masih diam tidak bersuara. Masih tidak memujuk Alisa kerana hatinya sendiri masih sakit. Membara dengan api cemburu. Tapi bukan gayanya mahu membentak kalau sedang marah.

"Ya, I tahu Fird ada menaruh hati dekat I. Masa dekat UK dia ada luahkan perasaan dia", terang Alisa. Dia memanggung kepalanya dari pelukan Rizqi.

"Tapi I dah terus-terang dengan Fird. Dulu I pernah tolak perasaan dia secara baik. Dia terima keputusan I. But you know, dia bagitahu selagi I tak kahwin sebelum I sah jadi milik lelaki lain dia sudi tunggu I sampai saat tu", mata Alisa kembali bergenang. Firdaus lelaki yang baik. Seorang lelaki yang sangat memahami. Alisa tidak mahu Firdaus terus mengharapkannya, bila dia mahu mencipta bahagia bersama Rizqi. Alisa ingin berterus terang statusnya kepada Firdaus. Dia mengharapkan bahagia itu akan dimiliki juga oleh Firdaus bersama wanita lain.

"This time bila jumpa Fird, I plan nak terus-terang status I pada dia. I tak nak biarkan Fird terus tunggu I. Terus mengharapkan I. Dia juga berhak bahagia. I anggap Firdaus sebagai sahabat. I berharap sangat dia akan jumpa someone yang boleh mencintai dia setulus hati, sepertimana mana tulusnya cinta dia. Itu je niat I untuk jumpa dia", air mata yang bertakung di pelupuk matanya pecah juga.

Rizqi tidak menyalahkan Alisa. Tapi dirinya sendiri. Dia yang gagal menyedari perasaannya sebelum ini. Hingga memberi peluang kepada lelaki lain untuk mencari ruang di hati Alisa. Dia beruntung kerana Alisa tidak pernah cuba membuka ruang di hatinya. Tapi cemburunya sebagai seorang lelaki tidak mudah dihilangkan. Melihat betapa sayangnya Alisa pada Firdaus walau hanya sebatas sahabat hatinya tidak boleh mengikis rasa cemburu yang hadir.

Rizqi cuba menenangkan gelojak dalam hatinya. Jika Alisa ingin menoktahkan penantian Firdaus, dia harusnya memberi sokongan. Bukannya merumitkan keadaan untuk Alisa.
"Firdaus tahu you menyewa dekat mana?", tanya Rizqi.

Alisa hanya mengangguk perlahan tapi tidak menjawab.

"Macam mana dia tahu?", Rizqi bertanya juga soalan yang menyakitkan hatinya.

"I ada keluar makan dengan dia sebelum ni", jujur Alisa menjawab.

"Bila", pendek Rizqi menyoal.

"Tak lama lepas kita balik dari Penang", jelas Alisa lagi.

Rizqi menghela nafasnya untuk kesekian kali. Nak dimarah tidak boleh. Ketika itu dia dan Alisa tidak mempunyai sebarang hubungan. Dia tidak berhak melarang Alisa keluar bersama sesiapa. Namun tetap saja hatinya mendongkol geram.

"Kalau you betul nak jumpa dia. Minta dia datang jumpa you dekat kawasan rumah sewa you", Rizqi mengalah juga akhirnya. Tapi tetap bersyarat. Jangan berangan nak keluar makan atau berjalan berdua saja. Jumpa saja dekat kawasan apartment.

"Nanti infrom I, bila dan pukul berapa you nak jumpa", sambung Rizqi.

Mendengar permintaan Rizqi Alisa memandangnya keliru.

"I bukan nak temankan you jumpa dengan dia. Tapi I still nak tahu detail", jelas Rizqi melihat wajah bingung Alisa.

Laju Alisa menyetujui syarat Rizqi. Tidak mahu bertikam lidah mengenai hal ini. Dari diizinkan berjumpa di kawasan apartment terus tidak boleh berjumpa.

Alisa menarik nafas lega memandang wajah Rizqi yang tidak sekeruh tadi. Orang kata dugaan masa bertunang ni besar. Alisa harap sangat hubungan mereka tidak terkandas di tengah jalan.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience