BAB 56

Romance Completed 157983

Sebaik tiba di bilik Alisa terus rebahkan tubuh di katil. Badannya terasa lemah. Untuk menggerakkan jari saja sudah tidak sanggup. Begitu letih tubuhnya, penat mental dan fizikal.

Dia baru pulang dari kursus kahwin yang dihadiri selama dua hari. Sanggup berulang-alik ke Perak semata-mata mahu menghadiri bersama Ain.

Rizqi sudah memiliki sijil kursus kahwin yang dihadirinya beberapa tahun lalu. Alisa tidak terlalu terkejut. Rizqi pernah merancang untuk melamar Zulaika. Semua persediaan pasti telah dilakukan sejak dulu. Tidak mahu menyoal lebih banyak sekiranya hanya menyakitkan hati sendiri.

Alisa memejamkan mata untuk merehatkan diri seketika. Sekadar mahu mengumpul tenaga kembali. Tidak mahu terus memikirkan hal-hal yang menganggu emosi.

Deringan dari telefon mengejutkan Alisa dari tidurnya yang pulas. Melihat jam sudah berganjak ke angka sepuluh terus Alisa istighfar. Niat hanya mahu melelapkan mata sebentar tapi terbabas hampir dua jam. Terus Alisa bergegas ke bilik air mahu membersihkan diri.

Usai menunaikan kewajipan Alisa melangkah ke dapur untuk mengisi perut yang mula melancarkan protes. Dia memasak seadanya sekadar mahu mengalas perut.

Siap bersilat di dapur Alisa membawa sepinggan nasi goreng dan satu mug air milo. Sejuk-sejuk macam ni memang nikmat dapat makanan panas-panas.

"Baru makan Lis?", tanya Shima yang melangkah keluar dari bilik.

"Hujan lebat macam ni memang cepat lapar. Tu.. Lis ada buat nasi goreng, ambil lah kalau nak makan. Tapi nasi goreng bujang je", pelawa Alisa kepada Shima.

"Memang untung perut yang tengah kelaparan. Langkah kanan macam gitu orang kata", tersengih Shima mendengar pelawaan Alisa. Perut yang menjerit kelaparan seolah orang mengantuk disorongkan bantal.

Tanpa malu-malu Shima terus ke dapur menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Siap dibancuh nescafe three in one. Memang nikmat, makan sambil menonton tv malam-malam.

Selesai makan dihabiskan pula kerepek di dalam balang sambil melayan cerita seram. Sesekali melepak di depan tv sambil mengunyah memang best. Terasa hilang semua beban dan masalah.

"Ring..ring.." deringan telefon Alisa mengejutkan mereka berdua yang sedang menutup muka menonton cerita hantu. Habis melambung bantal yang dipegang. Terjerit Alisa dan Shima sambil mengurut dada.

"Hilang semangat..", rungut Alisa sambil mencapai telefon. Dahinya berkerut melihat nama Rizqi yang tertera.

Alisa menjawab sambil mengangkat punggung dari kerusi. Sempat dia memberi isyarat kepada Shima untuk ke dalam bilik.

"I ada dekat bawah ni. You boleh turun kejap", kedengaran suara Rizqi.

Alisa mengerling sekilas jam di meja tidurnya. Sebelas tiga puluh lima minit. Dah lambat.

"You bukan outstation dekat Penang ke Riz? Macam mana boleh ada dekat apartment I ni", tanya Alisa pelik. Setahunya sudah seminggu Rizqi outstation di Penang.

"I direct drive dari Penang, terus datang sini. Tak sempat pun balik rumah lagi", terang Rizqi mendengar Alisa yang keliru.

"Kejap, kejap..I tukar baju. Satgi I turun", terus Alisa mematikan panggilan. Laju Alisa menukar baju tidak mahu Rizqi menunggu lama. Tahu pasti Rizqi sudah letih memandu dari jauh malam-malam.

Siap menukar baju Alisa bergegas turun ke bawah. Melihat kereta Rizqi terus dia berjalan mendekati.

"Kenapa you tak balik rumah rehat dulu. Nanti-nanti pun boleh jumpa. Jangan la push badan you", bebel Alisa sebaik masuk ke dalam kereta.

"I okay je. Lagipun harini dengan esok tak sama", tersenyum Rizqi menjawab mendengar Alisa yang risaukan dirinya.

"Iyalah tak sama. Tapi risau la I kalau you buat macam ni. Outstation lama, habis je you terus drive balik. Sekurangnya rehat la semalam", nasihat Alisa.

Tidak membalas rungutan Alisa, Rizqi menoleh badan mengambil paper bag di tempat duduk belakang. Disuakan paper bag itu kepada Alisa.

Dengan wajah kebinggungan Alisa menyambut huluran bag dari tangan Rizqi. Belum sempat dia bertanya, Rizqi terlebih dahulu membuka mulut.

"Happy birthday sayang", ucap Rizqi sambil tersenyum.

Mulutnya melompong luas. Dipandang wajah Rizqi tidak percaya. "Riz..You", Alisa tidak meneruskan kata-katanya. Tahulah dia kenapa Rizqi bertegas untuk bertolak balik malam ini juga.

Hari ini merupakan hari lahir Alisa yang ke-26. Awal pagi lagi Rizqi sudah 'wish'. Alisa tidak mempermasalahkan jika Rizqi tidak dapat meraikan hari lahir bersamanya. Dia sudah cukup berbesar hati Rizqi masih mengingati tanggal lahirnya.

"Thank you... Riz. Kalau you bagi lambat sikit pun tak apa. I tak kecil hati pun. I already happy bila you wish pagi tadi", balas Alisa sambil menatap Rizqi.

"Tapi I still nak bagi dekat you harini. Cubalah buka", suruh Rizqi melihat Alisa hanya menggenggam paper bag di tangannya.

Senyuman manis terukir di bibir Alisa melihat sebuah kotak yang sudah cantik berbalut. Perlahan dia membuka, sayang hendak koyakkan balutan yang kelihatan cantik dan kemas.

Melihat kotak baldu berisi rantai yang berloketkan namanya, Alisa menjongketkan sedikit kening. Hurufnya tidak terlalu besar. Elok dan cantik untuk dipakai. Alisa ketawa kecil, Rizqi terlalu mengenali dia. Kalau dibuat loket yang besar tidak akan dipakai Alisa. Dia tidak gemar memakai perhiasan yang besar sejak dulu. Begitu juga barang kemas.

"Cantik...I love it. Size dia just nice", puji Alisa sambil tangan dan matanya masih setia melekat di situ.

"Cubalah. Pusing belakang, biar I pakaikan", pelawa Rizqi.

Belum sempat Alisa mengangguk setuju, dia terdiam tiba-tiba. Memikirkan rantai yang masih terkalung cantik di lehernya, Alisa membatu. Dia masih memakai rantai pemberian Rizqi sebelum ini.

Rizqi mengerutkan wajah menyoal, "Lis...you okay?". Pelik dengan sikap gadis itu yang mendadak mendiamkan diri,

"Ya, I okey. Tak apa nanti I pakai sendiri", tolak Alisa perlahan. Tidak mahu Rizqi terasa hati

Wajah Alisa ditatap tidak berkelip. "Something wrong?", ringkas pertanyaan Rizqi.

"Tak ada apa-apa...", laju Alisa cuba memikirkan alasan.

Alisa sebenarnya segan jika Rizqi melihat rantai yang dipakainya sekarang. Malu kalau Rizqi masih ingat rantai pemberiannya dulu. 'Mahu maluu... setahun, macam mana nii' jerit Alisa dalam hati. Namun dia masih mempamerkan riak bersahaja.

"I tak mandi lagi dari tadi. Busuk ni", bohong Alisa untuk menyelamatkan diri.

"I tak kisah, kenapa you pula yang kisah. Tak ada, I tak ada bau apa pun", Rizqi memandang Alisa dengan wajah serius. Ingat dia budak sekolah nak percaya alasan macam tu. Rizqi mendongkol dalam hati.

"Iyalah tak bau, sebab you duduk jauh", kilas Alisa lagi.

"Ooo, I faham. Bila dekat baru bau. Then okay, datang la dekat I nak tengok bau tak", selamba Rizqi menjawab. Dia menarik tubuh Alisa mendekat.

"Eh, eh, eh... Riz. I serius ni. You main-main pula", marah Alisa. Dia menolak tubuh Rizqi menjauh sedikit.

"Tak sekarang ni I pun serius. Cuba you cakap dengan I apa masalah sebenarnya. I tak nak main teka teki malam-malam ni", tegas suara Rizqi.

Melihat serius wajah Rizqi, Alisa mendiamkan diri. Menghembus perlahan nafasnya. "Sekarang ni I ada pakai rantai. I tak nak pakai dua rantai serentak. Tak selesa", terang Alisa.

"Siapa bagi you rantai tu?", dingin Rizqi bertanya.

"Hah", tersentak Alisa. Tidak menyangka itu soalan yang ditanya Rizqi.

"Siapa bagi you rantai tu, sampai tak sanggup nak buka", satu-satu Rizqi mengulang pertanyaan.

" T..tak ada siapa yang bagi pun", gagap Alisa menjawab. Memang ketara pembohongannya.

"Hmm...you boleh je buka rantai tu dulu", minta Rizqi dengan wajah tak berperasaan.

"Buka?", tanya Alisa. Harini saja sudah beberapa kali dia terpinga-pinga.

"Ya, buka", ulang Rizqi. Harini juga sudah berkali-kali dia mengulang kata pada Alisa.

"Tak payah la buka. You nak buat apa", dalih Alisa.

"You pun susah sangat nak buka rantai tu, siapa yang bagi", keruh wajah Rizqi kali ini.

"Riz, youu... cemburu ke?", tanya Alisa tidak percaya.

Rizqi merenung Alisa tajam, "you rasa".

"Are you being serious?" tanya Alisa antara percaya dengan tidak. Tidak tahu sama ada dia harus ketawa atau menangis sekarang.

"Kenapa? I tak berhak cemburu?", tanya Rizqi.

"Bukan tu maksud I...cuma", Alisa biarkan kata-katanya tergantung.

'Cemburu dengan diri sendiri tak pernah dibuat orang. Kalau dulu ada orang bagitahu Rizqi capable to feeling jealous dia tak akan percaya. Sekarang nampak depan muka tak tahu nak bagi reaksi macam mana', rungut Alisa dalam hati. Dia menggeleng kepalanya.

"Cuma..", sabar Rizqi menunggu Alisa meneruskan kata-katanya.

Alisa menoleh memandang Rizqi sekilas. Tidak mahu memanjangkan isu yang tiada isu pun sebenarnya.

Diselak sedikit tudung, untuk mencapai loket yang cantik tergantung di lehernya. "You still ingat tak rantai ni", tanya Alisa, mengalih tubuh menghadap Rizqi. Membolehkan lelaki itu melihat dengan lebih jelas.

Rizqi menyipitkan matanya sedikit. Dahinya berkerut seolah cuba mengingatkan kembali sesuatu. Mendadak dia mengalihkan pandangan dari loket itu dan memandang Alisa.

"Tu rantai... yang I bagi kan?", Rizqi meminta kepastian.

Alisa melepaskan tawa yang ditahan sedari tadi. "I tak tahu la, you nak cemburu dengan siapa", dia tidak mahu Rizqi tahu rantai itu masih dipakai dan berada dalam simpanannya. Tapi melihat reaksi Rizqi, dia terasa lucu pula.

"You ketawakan I?", Rizqi menarik hidung Alisa geram. Tapi tak sampai hati nak tarik kuat-kuat.

Dia menghulur tangan mencapai loket yang dipakai Alisa. Bibirnya mengukir senyuman, tanpa dia sedar. "You still ada lagi rantai ni. I rasa almost ten year kan".

"Tapi I tak pakai pun. Lepas ambik result SPM dulu, I just simpan je. I pakai lepas kita decide nak bertunang", Alisa menjawab sambil menjeling Rizqi.

Mendengar kata Alisa, Rizqi faham. Alisa tidak lagi mengkalungkan rantai ini di leher selepas dia dan Zulaika rasmi bercinta. Sedalam mana agaknya luka yang dia torehkan di hati gadis ini.

"I'm sorry", ucap Rizqi.

"Kenapa you say sorry. You tak ada salah apa pun. I yang sengaja ungkit", balas Alisa sambil ketawa.

"Come, I tolong pakaikan rantai ni dekat you", pelawa Rizqi untuk kali kedua.

Kali ini Alisa tidak lagi menolak. Dah kantoi malas nak berdalih lagi.

"It's nice on you", puji Rizqi.

Alisa membelek sedikit tubuhnya di depan cermin, sambil tersenyum. "Tapi macam tak sesuai nak pakai dua rantai. I pun tak selesa", adu Alisa.

"Rantai yang lama tu you buka la. Tak payah pakai", saran Rizqi.

"Macam sayang pula nak buka", sayu suara Alisa.

"I bukan suruh you buang. You boleh je simpan", kedengaran ketawa Rizqi di hujungnya.

Alisa masih terfikir-fikir. Akhirnya dia mengalah, meminta Rizqi membuka juga rantai berloketkan hati di lehernya. Melihat rantai itu, Alisa mengusap perlahan. Dia sayang betul dengan rantai ini. Mungkin kerana itu rantai pertama Rizqi hadiahkan kepadanya.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience