BAB 41

Romance Completed 157983

"Lisssss!", dari jauh kedengaran bingit suara Ain melaungkan nama Alisa. 'Ishh ya pun teruja jangan la buat satu taman tema ni bergegar', rungut Alisa

Alisa menepuk dahi melihat langkah Ain mendekati. "Nurul Ain jaga air muka aku sama. Jangan nak announce nama aku satu taman tema ni", bebel Alisa melihat Ain sudah berdiri tegak di hapadannya. Dari belakang langkah Ain dituruti seorang lelaki yang berkulit sawa matang dan berketinggian sedang. Orangnya sedap mata memandang.

"Aku happy jumpa kau. Teruja sangatt...Kau je monyok tengok muka aku", Ain memeluk Alisa erat. Ditepuk geram belakang tubuh Alisa. Melepas geram dan dendam kesumat agaknya.

"Kau ni kalau aku tengah minum mahu tersedak. Kalau makan mahu terlekat", Alisa menjulingkan matanya. Pelukkan Ain tetap dibalas. Dia juga sangat rindukan sahabatnya yang satu ini.

"Susah betul nak jumpa kau sekarang Riz. Sibuk mengalahkan YB", bebel Ain usai meleraikan pelukan dari Alisa.

"Ni, dah ada depan mata kau, tenunglah bagi puas", Alisa ketawa, sengaja mengusik.

Ain menghadiahkan sebuah cubitan. Bukan cubitan manja tapi cubitan ketam. Sakit mak oii. Berbekas juga la lengan Alisa. Rizqi hanya tersenyum kecil.

"Tak nak kenalkan ke Ain?", tanya Rizqi. Tanpa menunggu tangan sudah Rizqi hulurkan kepada teman di sebelah Ain.

"Sorry, sorry...terlupa. Riz, Lis kenalkan kawan aku Syazwan", mungkin malu agaknya mahu dikenalkan sebagai teman istimewa.

Alisa mengangguk sedikit kepala dan mengukir senyuman kecil tanda menyapa. Rizqi yang menyalami Syazwan, memperkenalkan diri, Fikri dan Syafiq. Lelaki memang mudah masuk kalau satu kepala. Sekejap saja mereka berempat sudah berborak seperti kawan lama.

"Lis kau bagitahu konvoi dua belas orang. Tak sampai lagi ke?", tanya Ain menjengah kepala mencari-cari.

"Lambat sikit, tadi ada yang stop pergi toilet. Kejap lagi sampai la", Alisa menjawab sambil menyandarkan tubuh ke kereta. Banyak yang diborakkan Alisa bersama Ain.

Lima belas minit menunggu, kereta dipandu Daniel dan Ilham tiba. Seperti biasa pantang bersua muka pasti ada perang mulut meletus antara Ain dan Daniel.

Daniel memperkenalkan Syazlina, teman wanitanya kepada Ain. Cantik orangnya, secantik namanya. Izzati dan Farhana rakan serumah Syazlina juga turut serta. Ain yang berperwatakan happy go lucky dan peramah mudah mesra dengan sesiapa saja.

Tidak membuang masa mereka melangkah masuk. Empat belas orang bilangan yang agak ramai. Mereka berpecah kepada dua kumpulan supaya tidak membuang masa menunggu.

Ain sudah menegaskan dari awal tidak mahu berpecah dari Alisa. Syazwan selaku teman istimewa Ain menyertai mereka berdua. Akhir keputusan Alisa, Ain, Syazwan, Rizqi, Syafiq, Fikri, Izzati dan Farhana berjalan bersama.

"Lis, kau nak try aktiviti yang mana", Ain tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. Dia menganding tangan Alisa sambil berjalan.

"Aku fikir nak mandi dekat kolam budak je. Tak nak buat apa", serius wajah Alisa. Tidak berperasaan nadanya.

Merajuk mendengar jawapan Alisa terus Ain hempaskan lengan Alisa yang diganding. Dia terus menoleh dan memaut lengan Syazwan yang mengikuti langkah mereka dari belakang. Tidak mahu memandang wajah Alisa. Merajuk sangat gamaknya.

Alisa ketawa lepas melihat wajah cemberut yang ditayangkan Ain. Tidak mahu menganggu merpati dua sejoli itu Alisa hanya mengaatur langkahnya sendirian.

Mereka sebulat suara mencuba 'Water Slide' gelongsor air yang mendapat jolokan terpanjang di dunia. Sebagai salah satu tarikan utama, aktiviti ini wajib dicuba.

"Jom sayang", Ain sudah menarik teruja
tangan Syazwan mahu menjadi orang pertama mencuba antara mereka.

Mengeleng kepala Syazwan melihat tingkah Ain. Namun diturutkan juga kemahuannya. "Guyss kitaorang gerak dulu", ujar Ain teruja sambil membetulkan duduknya di belakang Syazwan.

"Riz kau naik dengan Lis?" polos Syafiq bertanya.

"Habis tu, kau?", sarkastik Rizqi membalas.

"Amboi Riz, aku tanya je. Kau tembak terus", Syafik memegang dada sebelah kiri tanda tersakiti.

"Siapa suruh kau tanya soalan bukan-bukan. Kan dah mendapat", Fikri menabur garam pada luka.

Tidak mahu melayan kerenah Syafiq, Rizqi menarik tangan Alisa mengambil giliran seterusnya.

"Ready?", tanya Rizqi seusai Alisa mengambil duduk di belakangnya.

"I hope so", jawab Alisa tidak begitu yakin. Dia kurang gemar aktiviti yang berunsurkan ketinggian atau kepantasan. Tapi rugi tidak mencuba setelah menjejak kaki di sini. Rizqi hanya ketawa mendengar jawapan Alisa.

Gelongsor air ini agak laju tapi tidaklah menyebabkan pening atau mual. Tapi panjangnya boleh tahan lama nak dihabiskan. Lenguh juga pinggang.

Setiba di bawah Alisa dan Rizqi menyertai Ain dan Syazwan. Mereka menunggu sehingga semua selesai sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.

'Banana Flip, Speed Racer dan Tubby Tunnel' juga di cuba selepas itu. Penat rasanya badan membuat aktiviti dalam air. Alisa tidak mahu lagi berendam dalam air. Dia menyuruh mereka pergi berseronok bersama. Dia akan menyusul kemudian.

"Kau serius Lis. Nak duduk sini?" Ain keberatan meninggalkan Alisa sendirian.

"Iya jangan risau. Nanti aku menyusul la korang. Aku dah tak nak main air. Jangan la buang masa tunggu dekat sini, rugi", ujar Alisa melambai meminta mereka bergerak dulu.

"Kalau ada apa-apa kau contact kitaorang tau", sempat Ain berpesan sebelum melangkah pergi menyertai mereka yang lain.

"Kau tak ikut diaorang ke Riz", berkerut wajah Alisa melihat Rizqi masih terpacak berdiri di sebelahnya.

"Tak, kau tak nak main air kan. Jom kita cuba aktiviti lain", ajak Rizqi. Dia mencapai tangan Alisa, menarik mengikuti langkahnya.

"Kau nak main apa?", tanya Alisa semasa berjalanan.

"Banyak aktiviti yang kau boleh buat, yang tak berasaskan air". Balas Rizqi.

Mereka berdua menghentikan langkah setibanya di 'Atan Leap a.k.a bungee jump'. Alisa menaik dan menurunkan pandangannya atas ke bawah. Melihat dengan tidak percaya ke arah Rizqi.

"Kau biar betul Riz. Nak ajak aku cuba bungee jump", membulat mata Alisa memandang Rizqi.

"Betul la. Dah sampai sini pun", tak bersalah langsung wajah Rizqi.

"Tak nak lah aku. Kau naik sorang-sorang. Aku tunggu dekat bawah ni. Jangan paksa aku", Alisa sudah menyilangkan tangan ke dada. Tanda marah.

"Confirm tak nak try", saja Rizqi memancing Alisa.

"Tak nak". Pendek Alisa menjawab.

Alisa berpegang teguh dengan pendiriannya. Tidak makan pujuk. Rizqi hanya mencuba sendiri bungee jump. Sebaik lengkap memasang kelengkapan keselamatan dengan lafaz bismillah Rizqi terus terjun tidak membuang masa atau teragak-agak. Kasihankan Alisa yang menunggu keseorangan di bawah.

Selepas itu, Rizqi memilih 'Tubby Racer, Zip Coaster dan Slingshot' aktiviti yang tidak begitu ekstrem dan boleh disertai Alisa. Kalau pilih aktiviti terjunan alamatnya dia cuba sendiri dan Alisa tolong tengok saja.

"Aku dah penat Riz. Kita pergi cari makan dulu.
Solat pun belum lagi ni", adu Alisa. Sudah terlalu letih badannya.

Selesai membersihkan diri dan menyalin pakaian mereka menuju ke surau yang disediakan. Solat Zuhur mereka juga sudah hampir di hujung waktu, terus mereka tunggu sehingga waktu Asar.

Alisa dan Rizqi menuju ke kereta mahu mengalas perut yang kelaparan. Roti dan air kotak yang menjadi bekalan mereka masih banyak di kereta.

Tidak terlalu lama menunggu kelihatan kelibat rakan-rakan yang lain melangkah menghampiri. Rizqi dan Alisa turun dari kereta mendekati. Terserlah wajah keletihan masing-masing. Namun perut yang lapar perlu diisi.

Tidak terlalu memilih mereka singgah makan di kedai yang tidak terlalu sesak. Kerana mahu lebih keselesaan. Hotel penginapan juga telah siap ditempah sebelum ini. Memudahkan lagi urusan.

Mereka akan bertolak balik pada esok hari. Malam ini perlu merehatkan tubuh terlebih dahulu setelah perjalanan yang agak jauh. Tenaga juga telah terkuras habis melakukan bermacam aktiviti.

Ain sudah menyatakan pendirian sejak awal tidak mahu pulang ke rumah sewanya. Ingin menghabiskan waktu bersama Alisa di bilik hotel. Mereka menempah 5 bilik kesemuanya. Syazlina, Farhana dan Izzati berkongsi satu bilik. Tasnim dan kawannya, Adilah menginap di bilik bersebelahan mereka.

Syafiq, Fikri dan Zack berkongsi bilik yang sama. Manakala Rizqi, Ilham dan Daniel sebilik. Pada saat akhir, Syazwan juga ikut berkongsi bilik bersama Syafiq kerana mereka menegahnya menyewa bilik berasingan. Pandai-pandai la nak tidur atas lantai atau sofa kalau tidak cukup katil. Senang cerita kembarkan saja katil.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience