BAB 44

Romance Completed 157983

Semenjak pulang dari Penang minggu lepas, Alisa dapat rasakan perubahan pada Rizqi. Tapi tidak dapat dijelaskan apa yang berubah. Yang pasti hatinya dapat rasakan.

Sepanjang perjalanan pulang Rizqi lebih banyak mendiamkan diri. Seolah ada sesuatu yang membelenggu fikiran. Walaupun hatinya tertanya-tanya Alisa mengurungkan niatnya untuk bertanya. Risau sekiranya Rizqi tidak selesa jika dia menyoal.

Lamunannya terhenti dengan deringan telefon. Melihat nama pemanggil di skrin, Alisa terkaku. Tidak tahu perlu atau tidak menyambut panggilan itu. Hatinya berbelah bahagi. Sejak Alisa menolak cinta Firdaus hubungan mereka menjadi agak janggal, kerana lelaki itu tidak mahu mengalah. Alisa mengambil keputusan menjarakkan diri.

Melihat Firdaus masih tidak berputus asa, Alisa akhirnya menyerah dan menjawab panggilan telefon.

"Assalamualaikum, Lis", kedengaran suara Firdaus menghulur salam.

"Waalaikumsalam", perlahan Alisa menjawab

"I ganggu you? Sorrylah call you malam-malam", lembut suara Firdaus bertanya.

Sikap pengertian Firdaus tidak pernah berubah, walaupun selepas Alisa menolak cintanya. Layanan Firdaus yang masih sama menyebabkan Alisa sering dihurung rasa bersalah. Dia tahu Firdaus masih menunggunya.

"Tak adalah lah. I still tak tidur lagi", sebaik mungkin Alisa cuba mengusir rasa bersalah kerana sengaja tidak mahu menerima panggilan Firdaus tadi.

"Alisa", lembut suara Firdaus menyapa telinga.

Alisa hanya menyepikan diri membiarkan Firdaus menyambung kata.

"You dah tak sudi nak berkawan dengan I?", Firdaus memecah kebisuan akhirnya.

"Tak adalah, you salah faham. I still anggap you kawan I. That the fact, tak pernah berubah", tapi Alisa sedar sudah banyak yang berubah. Senyuman dan gelak tawa dia sudah tidak selepas dulu ketika bersama dengan Firdaus. Tapi tidak tahu bagaimana hendak dijelaskan kepada lelaki itu.

"You macam terpaksa bila dengan I. You dah jarang senyum. Susah nak dengar you ketawa sekarang. Paling ketara you selalu mengelak. Am I right, atau tu perasaan I je", lirih Firdaus meluahkan perasaannya.

"Fird..", terusik hati Alisa dengan kata-kata Firdaus. Tapi dia hanya wanita biasa. Tidak mampu membohongi hati dan perasaannya.

"It's okay. Tomorrow night, you free? Kalau you tak keberatan jom teman I jalan-jalan", melihat Alisa serba salah mencari alasan Firdaus mengubah topik perbualan.

Alisa terdiam mendengar pelawaan Firdaus.

"Please...Dah lama kita tak jumpa", pujuk Firdaus.

Bersama rasa bersalah, Alisa memberi persetujuan. Dia tidak mahu melukakan hati lelaki sebaik Firdaus. Tapi dia juga tidak mahu Firdaus terus mengharapkan dirinya. Tersepit di tengah, membuatkan dia dilema.

*************

Usai makan Firdaus dan Alisa mengambil keputusan berjalan sebentar. Banyak yang mereka bualkan mengimbas kembali zaman belajar di UK. Tapi sepantas kilat tajuk perbualan mereka berubah arah.

"Lis, I tahu you sedar perasaan I dekat you tak pernah berubah. That why, you mengelak dari I". Firdaus mengerling sekilas kepada Alisa dan membuang pandangan ke hadapan.

Alisa menggenggam kedua tangannya, cuba mencari sedikit kekuatan. Jujur dia takut untuk berterus terang dengan Firdaus. "Fird, just perasaan you saja", dalih Alisa.

"Dah dua tahun I balik Malaysia Lis. You tak pernah hubungi I, dan you tak pernah jawab bila I cari you. You seolah hilang. Why Lis?", luah Firdaus.

Alisa melepas genggaman tangannya. Menghela perlahan nafas. Dia memandang terus wajah Firdaus. "Jawapan tu ada pada you, Fird. Ya, I mengaku, I mengelak dari you, sebab I tak nak you terluka lebih dalam. Jujur Fird, kalau both of us boleh kekal sebagai kawan, I tak kan mengelak dari you. Tapi...you still tak boleh buang perasaan you pada I, walaupun you tahu perasaan tu tak bersambut. I tak sanggup..nak lihat you terus mengharapkan cinta I", Alisa meluahkan perasaan yang sudah lama disimpan.

"Untuk terus tunggu you, itu keputusan I. You tak perlu rasa bersalah. Untuk lupakan dan buang perasaan I dekat you bukan I atau you yang boleh tentukan. Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa Lis". Firdaus masih menghala pandangan ke hadapan. Tidak langsung menoleh.

"Betul, soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Sebab tu I minta you lupakan I. Fird belajar buka hati you untuk wanita lain. Ada ramai wanita yang jauh lebih baik dari I. Jangan bazirkan masa muda you untuk mencintai seseorang yang hati dia tak dapat you miliki. Jangan dera perasaan you sendiri. Sebelum lebih jauh you mencintai I baik you buang perasaan tu", lirih Alisa merayu.

"Perasaan you still pada lelaki yang sama? Your first love?", tanya Firdaus.

Alisa merenung mata Firdaus, perlahan mengangguk kepalanya. Mengiyakan telahan Firdaus.

"Kalau urusan hati dan perasaan boleh kita kawal, kenapa you tak belajar lupakan dia. Setelah bertahun-tahun hanya nama dia yang kukuh terpahat dalam hati you. Tanpa you bagi peluang pada lelaki lain untuk singgah dalam hati you walau sekejap. Alisa, I pernah mengemis secebis peluang tu dari you. Bukan peluang untuk dicintai, tapi peluang untuk singgah mengubati hati you. Tapi peluang tu pun you rentap dari I. You tak benarkan I cintai you. Kejam you Lis", perlahan suara Firdaus menyapa Alisa.

"Kejamnya I dekat you, tanda besarnya sayang I pada you Fird. I tak nak you lalui perkara yang sama dengan I. Mengharapkan cinta seseorang yang mustahil jadi milik you. Untuk apa you bersama perempuan yang hanya dapat you miliki jasad tidak hatinya. Yang mana tubuh dia berada di depan you, tapi tidak perasaannya. Untuk I lukakan you macam tu, I rela hilang dari hidup you. Sebab I percaya, satu hari nanti you akan jumpa cinta dan jodoh yang Allah dah aturkan untuk you", air mata yang ditahan sejak tadi pecah juga. Sebak suara Alisa menahan tangisan.

"Kalau semudah tu hati boleh berubah Lis, dah lama I lupakan you. Buang perasaan I pada you", Firdaus mendongok kepala memandang langit. Tidak mahu memandang gadis di sampingnya. Takut tewas dengan perasaan sendiri melihat air mata Alisa. "Kalaulah semudah tu.... kenapa selepas dua tahun I berkahwin perasaan cinta dan sayang tu masih tak ada pada isteri I. Kenapa hati I masih memanggil-manggil nama you.

Laju Alisa mengangkat kepala memandang Firdaus. Cuba mencari anak mata lelaki itu. Namun sayang Firdaus seolah mengelak bertentang mata dengan Alisa. Dia berterusan mendongok memandang langit.

"Fird! You dah kahwin? What are you trying to do? You tak boleh treat your wife like this. Tak adil untuk isteri you", Alisa menarik kuat lengan Firdaus menghadapnya. "How can you talk about loving me when you already have a wife. You sedar tak apa yang you buat sekarang ni", marah Alisa, tapi masih tidak melepas genggaman tangannya pada lengan Firdaus.

Lemah pandangan mata Firdaus, menatap Alisa. Dapat dilihat kesedihan di bening matanya.

"You cuma fikir hancurnya hati isteri I. Tapi you ada fikir, musnahnya seluruh hidup I bila tahu isteri I mengandung tapi I tak pernah sentuh dia. Demi kebahagian parents I, untuk tak hancurkan harapan mereka I sanggup korbankan perasaan I. Walaupun nama you yang terpahat kukuh dalam hati. I telan pahitnya realiti yang terbentang depan mata walaupun hati lencun berdarah. Alisa, boleh you bayangkan bagaimana hancurnya perasaan I", tinggi nada Firdaus bertanya. Seolah cuba melepaskan semua perasaan yang disimpan selama ini.

Firdaus adalah teman rapatnya semasa di UK. Pedih hatinya melihat Firdaus terluka. Melihat mata lelaki itu berkaca menahan perasaannya, air mata Alisa yang belum kering sedari tadi semakin deras mengalir. Tidak tahu reaksi yang perlu diberi. Urusan rumah tangga tidak seharusnya ada campur tangan orang luar. Alisa tahu dengan jelas itu.

"Fird....", tidak dapat meneruskan kata-kata, Alisa hanya menangis.

"Sampai bila I perlu korbankan diri I", soal Firdaus kepada Alisa.

"Why don't you have a serious talk with her. Bincanglah Fird. Jangan ikutkan amarah. Cuba dengar penjelasan dari isteri you dulu", pujuk Alisa akhirnya.

"Serious talk, discuss? Lis, you rasa I tak pernah ada serious talk about baby tu punya background. Who impregnated her. Dia rela atau dipaksa. I already ask Lis. She only give me cold shoulder, never answer. Macam mana I nak tahu. Sampai akhir dia masih nak protect jantan tu", keras kedengaran suara Firdaus. Nada yang dia tidak pernah guna semasa berbicara Alisa. Menunjukkan bertapa tertekannya dia.

"Fird... tolong jangan jadikan I alasan untuk perpisahan you. I tak kuat untuk jadi sebab runtuhnya rumah tangga seseorang", lirih suara Alisa. Dia berada dalam dilema. Tersepit di tengah-tengah.

Melihat terlukanya Firdaus, dia sedar lelaki itu telah lama menyimpan kesakitan dalam hatinya. Tahu sekiranya meminta Firdaus terus bertahan yang hancur akhirnya lelaki itu juga. Namun mustahil untuk dia memberi nasihat supaya Firdaus berpisah dengan isterinya.

"You tak akan pernah jadi alasan untuk perpisahan I. Sebab you hadir dalam hidup I sebelum dia. Cinta I tak pernah berubah. Itu juga yang I beritahu pada Isteri I sebelum kami rasmi menikah. I tak nak dia mengharapkan cinta I dan kecewa di kemudian hari....rupanya I yang kecewa setelah kebenaran terbongkar". lirih suara Firdaus.

"Siapa lagi yang tahu itu bukan anak you", tanya Alisa tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.

"You... I tak pernah bagitahu sesiapa termasuk my family. Even my parents pun tak tahu. I just keep all inside". Firdaus berani meluahkan perasaannya pada Alisa kerana dia kenal sikap gadis itu. Seorang yang setia dan perahsia.

"Dah lewat ni Lis. Jom I hantar you balik", ujar Firdaus tiba-tiba mengubah tajuk perbualan. Akhirnya dia sudi menatap tepat mata Alisa

"Fird, I..", belum sempat Alisa menyambung kata-kata Firdaus memotong terlebih dahulu.

"Alisa, thank you for tonight. Sudi teman I keluar, dan dengar luahan perasaan I. For me that enough. I cuma perlukan someone untuk dengar luahan I" Firdaus mengaris senyuman kecil di bibirnya, walaupun tiada serinya senyuman itu.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience