BAB 16

Romance Completed 157983

Malam terakhir di sini mereka mengadakan BBQ. Pelajar lelaki bertugas membakar dan menguruskan api. Pelajar perempuan hanya mempersiapkan pinggan dan membancuh air. Barulah gentlement macam tu.

Selesai membakar semua pelajar memilih tempat duduk masing-masing. Pelajar dibenarkan membuat aktiviti bebas malam ini. Selesai makan ada yang bermain game, ada juga yang berkaraoke.

Alisa dan Ain duduk berkumpul bersama Firdaus, Daniel, Ilham, Rizqi, Jiha, Sarah. Zulaika, Misha dan Farah juga turut serta. Teruk juga Rizqi dan Zulaika disakat. Alisa hanya diam menekur lantai. Daniel juga tidak ikut serta mengusik pasangan itu. Dia serba salah sebenarnya. Hendak dijaga hati Alisa namun tidak boleh terlalu ketara sikap diamnya.

Daniel meminjam gitar Amir yang merupakan rakan sekelas mereka. Hendak mengalih topik perbualan dia mengajak mereka menyanyi.

Dipetik gitar itu beberapa kali. Bagi mencari keserasian terlebih dahulu. Kalau sumbang nanti malu beb, mana nak diletak muka depan banyak awek ni.

"Siapa yang nak nyanyi dulu. Boleh request lagu", tanya Daniel sambil tersengih memegang gitar.

"Kau cuba la Farah, kau kan selalu menyanyi hari anugerah cemerlang", kedengaran suara Misha mencadangkan.

"Tak nak la. Aku malu", jawab Farah

"Buat apa malu. Kita-kita je kat sini", pujuk Misha lagi.

"Aku nyanyi sikit je tau. Lepas tu korang pulak", balas Farah mengalah.

"Kau nak nyanyi lagu apa", tanya Daniel.

"Takdir cinta lagu Rossa", jawab Farah.

Daniel mula memetik gitar mengiringi nyanyian Farah.


'Ku tutup mataku ,

dari semua pandangan ,

Bila melihat matamu,

Ku yakin ada cinta,

Ketulusan hati,

Yang mengalir lembut,

Penguasa Alam,

Tolonglah pegangi aku,

Biar aku tak jatuh,

Pada sumur dosa,

Yang terkutuk,

Dan menyesalkan cintaku'

Merdu kedengaran suara Farah. Bait-Bait lagu itu kedengaran begitu syahdu.

"Okey dah, sampai situ je", kata Farah sambil tersenyum malu.

"Alah sambung sikit lagi Farah", ujar Jiha disambut gelengan Farah.

"Lis cuba kau belanja sikit lagu", Daniel menyampuk tiba-tiba. Alisa hanya tersenyum sambil menggeleng kecil.

"Boleh la Lis, sikit je. Sikittt je", pujuk Ain.

"Suara kau pun sedap, boleh la Lis", Ain masih cuba memujuk.

"Come on Lis, kau nak request lagu apa?", tanya Daniel

"Aku nyanyi sikit je", balas Alisa.

"Erra Fazira 'Berteman Sepi' ", jawab Alisa.

Jantung Daniel berdegup kencang mendengar lagu pilihan Alisa. Biar betul Lis lagu ni. Digaru kepala yang tidak gatal.


Pena ku menari mencoretkan,
Sebuah puisi kelukaan,

Gurindam jiwa,
Dan air mata,


Di kamar hati ini,
Masih ada sembunyi,

Kenangan yang tak mampu,
Ku lemparkan jauh,


Penaku menari melakarkan,

Gambar kesayuan masa silam,

Tinta bersulam biru,

Warna kerinduan,


Berkaca jernih ingatanku,

Biarpun dikau telah jauh,

Dari pandanganku,'

Alisa mengalunkan bait-bait itu bersama mata yang terpejam. Lirik lagu itu begitu dekat di hatinya. Tanpa sedar bening matanya terasa bertakung. Suaranya mula bergetar. Dia terus berhenti mengalunkan lagu. Membuka mata dan tersenyum mangangkat tangan tanda menyerah.

"Takkan dah habis Lis. Aku tak puas lagi dengar", ujar Ain bersama muka yang tidak puas hati.

"Sambung lagi Lis", ujar Firdaus menambah.

Alisa hanya ketawa menjawab ujaran mereka.

Daniel pantas mencelah, "Kau lah pulak nyanyi Am", cantas Daniel.

Daniel dapat mengesan perubahan Alisa sebentar tadi. Gila nak suruh sambung menyanyi. Dari suruh Alisa sambung dia rela menyanyi dengan suara sumbang. Biarlah mimpi buruk mereka semua kerana nyanyiannya. Terus Daniel mengelap dahi yang tidak berpeluh. Nyanyian seterusnya disambung oleh Rizqi dan Ilham.

Alisa mengangkat punggung berlalu dari situ. Tiada siapa menyedari dia menghilangkan diri. Daniel terus berdiri dan mengejar langkah Alisa.
Rizqi mendongak kepala, melihat arah tujuan Daniel. Dia mengikut langkah Daniel dari belakang.

Dari jauh dia melihat Alisa dan Daniel berbual. Perbualan mereka kelihatan serius dengan keduanya berwajah tegang. Dia terlalu jauh untuk mendengar butir bicara mereka.

Alisa dan Daniel terkejut mendengar derap tapak kaki Rizqi menghampiri. Terus terhenti perbualan mereka. "Korang buat apa dekat sini? Jomlah diaorang nak buat game true or dare", ajak Rizqi.

Alisa, Daniel dan Rizqi berjalan beriringan kembali ke tempat mereka.

"Isshh korang ni pergi mana, hilang macam tu je", Ain mengomel.

"Dah mula ke belum?", tanya Daniel tanpa menjawab soalan Ain.

"Dah nak mula, tunggu korang la", balas Ilham

Kesebelas mereka duduk dalam satu bulatan. Di tengah diletakkan satu botol air. Botol tersebut dipusing. Sesiapa yang ditunjukan semasa botal berhenti berpusing perlu menjawab satu soalan. Sekiranya gagal menjawab akan dikenakan denda.

Am orang pertama. Botol tu berhenti betul menghala ke arah Firdaus.

"Apa punya luck aku harini", balas Firdaus sambil menepuk dahinya. Tindakannya diiringi dengan gelak tawa.

"Dah berapa girlfriends yang kau ada?", tanya Ilham cuba menyakat.

"Kau Am dalam banyak-banyak soalan itu jugak yang kau nak tanya", luah Firdaus tidak puas hati.

"Aku on je, kau tak nak jawab kena terima denda la. Are you dare?", tanya Ilham serius bersama senyum jahat.

"I'm not dare, so aku jawab.Tiga orang", laju Firdaus menjawab.

"Mak aih, ramainya boleh geng dengan Daniel la kau", balas Ilham.

"Apasal kait dengan aku pulak", ucap Daniel tak berpuas hati.

Mereka meneruskan permainan itu beberapa pusingan. Tidak ada seorang pun yang sanggup terima cabaran 'dare'. Lebih rela jujur dari menerima hukuman.

Pusingan terakhir itu berakhir pada Alisa. Mereka bersorak memberi semangat Alisa hanya tersenyum kelat. Tahulah dia akan dikerjakan mereka.

"Are ready Lis?" tanya Misya.

"Here your question. Who your first love", Misya mengutarakan soalan.

"Dup..dup", jantung Alisa berdengup tidak terkawal mendengar soalan. Wajahnya berubah pucat tidak berdarah. Tiada siapa mengesan perubahannya kecuali Rizqi dan Daniel. Belum sempat Rizqi mencelah terdengar suara Daniel.

"She will take dare", balas Daniel. Mereka menoleh memandang Daniel yang bersuara.

"Kau sure ke Lis, nak pilih dare?", tanya Ain. Risau juga dia, Alisa memilih dare. Hukumannya tidaklah sakit tetapi memalukan. Kena jalan itik sepanjang tapak ini. Habis diusik la kalau pilih dare.

Alisa hanya memandang Ain dengan wajah binggung. Tidak tahu apa harus dipilih. Berterus terang agak mustahil untuk Alisa.

"I'll take on her behalf", jawab Daniel.

Melompong mereka mendengar ucapan Daniel.

"Tak adil la macam tu", balas Jiha tidak puas hati.

"Dani", belum sempat Alisa menghabis ayatnya Daniel memotong.

"Back off Alisa", balas Daniel serius dengan nada yang agak dikeraskan.

Mendengar kata Daniel, Jiha terus mendiamkan diri. Tergamam. Sepanjang mereka couple sebelum ini belum pernah dia melihat Daniel seserius itu.

Melihat keadaan berubah janggal, Firdaus terus mencelah. "Daniel akan ganti Lis, jadi tiada bantahan ya".

"Kau boleh memulakan Daniel", ujar Firdaus sambil ketawa.

Merah padam juga muka Dani nak habiskan hukuman tu. Penat ada, malu pun dapat. Jenuh juga disakat pelajar lain. Cikgu juga menambah perasa mengusik.

Alisa menundukkan wajah, menyembunyikan rasa bersalah. Melihat Alisa hanya menunduk sedari tadi, Daniel dapat meneka apa yang berada dalam kepala gadis itu.

Dia berjalan mendekati Alisa. "Lis, jom teman aku jalan kejap", ajak Daniel.

"Sorry Dani", ujar Alisa perlahan, semasa mereka berjalan.

"Why", tanya Daniel.

"Sorry sebab aku dah susahkan kau. Sejak kau tahu perasaan aku, tak berhenti aku susahkan kau. Kau kena simpan rahsia aku. Diaorang salah faham dengan kau. Kau kena cover aku. Aku minta maaf Daniel", ucap Alisa bersama air mata.

Daniel merenung Alisa lama tidak membuka mulut. "Ya, kau memang dah susahkan aku. Buat diaorang salah faham dengan aku, tak pasal-pasal aku jadi boyfriend jadian kau. Kau buat aku risau dengan keadaan emosi kau, kau buat aku sedih tengok kau menangis. But you know what Lis. Itu gunanya "SAHABAT", tekan Daniel.

"Kau bukan kawan aku, kau sahabat aku Lis. Tengok kau sedih aku pun sakit. Aku tak pernah rasa menyesal tolong kau", ucap Daniel lirih.

Ilham dan Rizqi perlahan mendekati Alisa dan Daniel. Melihat kedatangan mereka Alisa menyapu air mata yang masih bersisi di pipinya.

"Kau okey Lis?", tanya Ilham sambil mengerutkan dahi.

"Okey. Aku okey", jawab Alisa.

Mengalih pandangan kepada Daniel. Ilham menatap tajam. "Daniel, warning aku sebelum ni bukan main-main. If something wrong with her hinggap juga penumbuk aku dekat muka kau".

Daniel hanya diam tidak membalas.

"Dani, aku harap kau tak kecewakan aku", balas Rizqi berlaku pergi.

'Riz aku tak akan pernah kecewakan kau sebab dari awal lagi bukan nama aku yang terpahat di hati Lis. Tapi kau', Daniel mengumam perlahan.


***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience