BAB 69

Romance Completed 157983

"Berserinya muka someone tu...", usik Shima ketika Alisa duduk berkumpul bersama mereka.

"Kalau tak, muka macam kena paksa kahwin", sampuk Nabilah. Liyana hanya ketawa mengekek melihat Alisa menahan malu.

"Saja la tu", rajuk Alisa melihat gadis-gadis itu beria menyakat. Mukanya sengaja dimasamkan.

Dia mengerling sekilas ke arah Rizqi, yang pergi bersua muka dengan Fakrul dan sepupu Airill. Sudah datang ke tempat orang, tidak bertegur dianggap tak beradap pula.

Serentak mereka berempat menoleh memandang, mendengarkan riuh rendah dan gelak tawa sekumpulan lelaki itu. Orang lelaki cepat berkawan. Tak perlu tunggu lama.

"Nak cuba mandi? Bukan selalu dapat mandi sungai", ajak Rizqi, berjalan mendekati Alisa.

"Abang ada baju salin?". Alisa bertanya kembali, ketika Rizqi sudah mengambil duduk di sampingnya.

"Ada dalam kereta", ringkas jawapan Rizqi.

"Amboiii! senang pula setuju. Dari tadi kitaorang ajak sampai berbuih mulut, tak adanya Lis nak join. Jenuh dipujuk tak juga jalan", direct Shima menyindir.

"Cik abang dia ajak sekali je, terus on", kutuk Nabilah, laju jarinya mencucuk pinggang Alisa dengan geram.

"Masa kita yang ajak, nak makan buah, penat, tak suka main air, elergik air, ada hantu air, semua la alasan dia bagi", sindiran Shima kali ini membuat gelak tawa mereka di situ pecah.

Wajah Alisa sudah berona merah menahan malu. Housemate yang tak berakhlak. Tak jaga air muka dia langsung. Terus dia hadiahkan jelingan tajam kepada tiga gadis itu.

Rizqi tersenyum, menahan ketawa. Uishh tak berani nak ketawa. Kalau merajuk jenuh dia yang kena memujuk. Maunya tak makan dek pujuk dia juga yang serabut.

"Jernih elok, air dia. Kau pernah mancing dekat sini, Rill", Rizqi sudah menukar topik perbualan. Kesian pula melihat isterinya segan menahan malu.

"Pernah dulu-dulu. Tapi dah lama aku tak jejak sini. Nantilah, kalau kau nak mancing kita datang sini lagi. Boleh ajak Am sekali", pelawa Airill. Siap lengkap membuat rancangan.

**********

"Kenapa Lis tak join diaorang mandi tadi", tanya Rizqi ketika mereka duduk berdua, agak jauh dari yang lain. Mendengar cerita Airill, Alisa hanya duduk di bawah pokok sendirian hatinya jatuh kasihan.

Rizqi sudah masuk ke dalam sungai yang airnya tidak terlalu dalam, hanya separas pinggang. Dihulurkan tangan kepada Alisa. Mengajak wanita itu turun juga.

Menggigil Alisa apabila tubuhnya bersentuhan dengan air. Walaupun hampir pukul dua belas tengah hari tapi air sungai masih sejuk.

"Nanti susah nak tukar baju. Lagipun abang tak ada", balas Alisa bersahaja, setelah lama membiarkan soalan Rizqi tidak berjawab. Dia tak berani nak mandi-manda jika Rizqi tak ada bersama. Sudahlah pandangan Hafiz sudah cukup menyeramkan.

Rizqi terdiam mendengar jawapan isterinya. Sikap aci redah Alisa ketika bersamanya membuatkan Rizqi hampir terlupa, hakikat sejak dulu lagi wanita itu sangat menjaga diri. Dia tidak mudah rapat dengan orang yang baru dikenali terutamanya lelaki.

"Tempat-tempat macam ni kena datang dengan abang je lah", usik Rizqi.

Alisa menoleh memandang Rizqi di sisi sambil tersenyum. Manis sangat senyuman tu. Macam ada udang di sebalik mee.

"Kalau tak datang dengan Abang, Lis baru terfikir nak ajak ex sebelum-sebelum ni temankan", sengaja Alisa mahu menduga Rizqi.

Lelaki itu sekadar merenung Alisa tanpa kata. Hanya memandang, tapi tatapannya menusuk hingga ke relung hati.

"Dup, dup", dapat dia dengar degupan jantungnya sendiri. Alisa baru menyedari dia terlalu berani bermain dengan api.

"Ramainya ex! Berapa orang", bersahaja kedengaran suara Rizqi bertanya. Tapi dapat Alisa dengar dengan jelas amaran Rizqi kepadanya.

Tahu dia sudah sentuh bottom line lelaki itu. Silap sendiri, suami mana suka nama lelaki lain dibawa masuk dalam rumah tangga. Seperti mana seorang isteri, tidak terima kehadiran wanita lain dalam istana yang dibina

"Abang...", manja kedengaran suara Alisa, melangkah kecil mendekatkan tubuhnya pada Rizqi. Tangan sudah dia lingkarkan di leher suaminya. Dikerdipkan mata berkali-kali pada lelaki yang hanya berdiri kaku itu.

Sudah sehabis gedik Alisa cuba. Macam tak percaya diri sendiri boleh segedik itu. Tapi untuk menyelamatkan diri, lautan api sanggup dia redah, inikan pula hanya gedik geli-geli dengan suami sendiri.

"Tapi kan...Lis tak pernah ada ex. Sejak sekolah tak pernah bercinta. Yang ada cuma kawan-kawan je", ujar Alisa sambil menatap wajah Rizqi.

Rizqi mendekatkan wajahnya pada Alisa, hingga hidung mereka bertemu. "It's better you don't play with fire, sayang. Bahaya", pesan Rizqi. Dia tersenyum segak memandang Alisa. Entah kenapa terasa seram senyuman lelaki itu.

Alisa mengerdipkan matanya berkali-kali. Berpura tidak faham. Padan muka sengaja cari pasal lagi. Rizqi bukanlah type lelaki yang cemburu buta. Tapi rasa ego dan cemburu sebagai suami tu tetap ada.

"I have never been in relationship before. I'm swear", ujar Alisa tidak kalah serius.

"I know. You don't have to swear", jawab Rizqi.

"Jadi! Kenapa abang marah dengan Lis?", marah Alisa separuh merajuk.

"You start it first, sayang", Rizqi kucup perlahan pipi Alisa. Senyuman sudah menghiasi wajah tanpa perasaannya.

'Perkara lain boleh diajak bergurau. Tapi, isu bekas kekasih tak boleh dibawa bergurau dengan Rizqi', keluh Alisa dalam hati. Itu sebabnya Rizqi tidak pernah membawa nama Zulaika antara mereka. Tanpa lelaki itu sedar, sejak mereka bertemu kembali, dia tidak pernah membangkitkan kisah lalunya.

Alisa tersenyum, menggeleng perlahan melihat sikap cemburu Rizqi. Walaupun tahu tiada lelaki lain yang pernah menghuni hatinya selama ini, tetap rasa cemburu hadir juga.

"Tahulah korang tu laki bini, tapi jagalah perasaan orang yang single juga. Tak pun sensitif la sikit dengan orang yang tak kahwin lagi ni", sindir Airill dari jauh. Dia tersenyum sinis memandang Rizqi.

Rizqi hanya ketawa memandang wajah tidak puas hati Airill. Tapi, Alisa terus lepaskan tangan yang masih terkalung di leher suaminya. Segan apabila mata-mata lain sudah tertumpu kepada mereka.

"Kalau kau dengki sangat, kenapa tak nikah je cepat-cepat. Bukannya muda lagi", balas Rizqi. Dia memimpin tangan Alisa, berjalan perlahan menyertai mereka yang lain. Agak berhati-hati risau tergelincir.

"Kau ingat aku macam kau, tak menyempat-nyempat", sinis Airill menyindir.

"Iyalah. Memang aku tak menyempat. That why, aku bertunang dua bulan terus nikah. Majlis resepsi pun tak buat lagi, yang penting halal. Aku nak berpeluk, bercium nak melekat dua puluh empat jam tak ada orang boleh kata apa", selamba Rizqi menjawab.Langsung tak rasa bersalah. Fizi, sepupu Airill sudah ketawa terbahak-bahak. Ditepuknya bahu Airill perlahan tanda bertabah.

Alisa di sebelah sudah memberi cubitan ketam di pinggang Rizqi. Malu dia, tak tahu dimana nak ditaruhnya muka. Lelaki ni langsung tak sensor ucapannya di hadapan orang.

"Kejapnya korang bertunang. Pilihan keluarga ke?", tanya Fakrul tiba-tiba. Sekadar ingin tahu.

"Tak lah. Aku dengan Lis bertunang je kejap. Kenal lebih dari sepuluh tahun. Kawan dari sekolah", terang Rizqi. Tidak mahu terjadi salah faham.

"Abang Rill dengan Shima, macam mana. Dah lebih setahun bertunang, tak ada perancangan nak kahwin lagi?", alang-alang isu ini sudah berbangkit, Nabilah terus bertanya.

"Dah ada. Tengoklah, dalam pertengahan tahun ni", jawab Airill padat.

"Iya ke? Lebih kurang lima bulan lagi?", tanya Nabilah teruja. "Pandai kau simpan rahsia. Langsung tak bagitahu", usik Nabilah.

**********

"Lis tunggu kejap dalam air. Abang pergi ambil sweater dalam bag", bisik Rizqi tiba-tiba di telinga Alisa.

Wanita itu tercengang-cengang memandang suaminya. Tidak dapat mengikuti arah perbualan Rizqi. Terus dipandang wajah Rizqi meminta penjelasan. Namun, lelaki itu hanya membisukan diri. Membiarkan mata saja berbicara.

Tubuh Alisa dipandang dari atas ke bawah. Lekuk tubuh wanita itu jelas kelihatan, sebaik naik ke tebing sungai. T-shirt dan seluar track yang basah sudah melekap kemas di badan.

Melihat arah pandangan Rizqi, Alisa terus merendamkan tubuhnya kembali dalam sungai. Faham maksud lelaki itu. Entah macam mana dia boleh terlupa.

Rizqi melangkah pergi ke kereta, yang terletak tidak jauh dari kebun. Alisa hanya sabar menunggu. Tidak cuba keluar lagi dari sungai.

"Need help?", kedengaran suara yang Alisa cukup kenal. Tapi sengaja dia tidak menoleh.

"No need. I'm okay", jawab Alisa pendek.

Melihat lelaki itu sudah turun ke sungai, Alisa mengundur ke belakang. Benci melihat wajah lelaki itu, dia terus berjalan perlahan ke arah Liyana yang berada tidak jauh di hadapan.

'Dia ni tak faham ke, aku dah kahwin. Laki aku siap ada dekat sini. Ke buat-buat tak faham', hati Alisa sudah mendongkol geram.

Dia tidak selesa berada berdekatan Hafiz dengan pakaian yang sudah basah. Sudahlah sungai ini hanya separas pinggang. Ketika berjalan Alisa terpaksa berdiri. Dia berjalan sambil membetulkan tudung di hadapan dan belakang. Menghalang dari terlihat jelas lekuk tubuhnya.

"Dah sudah?", tanya Liyana ketika melihat Alisa mendekat.

"Hmm, dah menggigil badan. Lama sangat berendam", jawab Alisa.

Melihat Hafiz yang mengikut langkahnya dari belakang, Alisa mengerutkan dahi.

"Yana, boleh tolong ambil tuala I dekat sana. Pass dekat Lis dulu", sampuk Hafiz dari belakang. Jarinya diarahkan ke pokok yang tidak jauh dari gadis itu.

Yana mengerutkan dahi. Pelik. Tapi, gadis itu bangun juga mencapai tuala yang berada tidak jauh dari situ.

Belum sempat Liyana hulurkan, kedengaran tajam suara dari belakang. "No need" ujar Rizqi. Dihulurkan sweater dan tuala di tangannya pada Alisa.

Rizqi mengajak Alisa naik ke tebing. Dipimpin tangan wanita itu berjalan pergi. Tapi tatapan matanya sempat melirik tajam dan dalam wajah lelaki yang masih berada dalam sungai itu.

"Kejap abang", perlahan suara Alisa kedengaran. Melihat keruh wajah suaminya, Alisa risau Rizqi salah faham padanya.

Rizqi memberhentikan langkahnya. Wajah Alisa dipandang. "Kejap, Lis ajak Yana sekali", terang Alisa. Tidak mahu membiarkan Liyana bersendirian dengan Hafiz. Entah kenapa, hatinya kurang suka dengan lelaki itu.

"Yana kata nak kupas buah tadi. Jomlah", ajak Alisa.

Bagaikan tersedar, gadis itu terus berlari anak ke arah Alisa. Berjalan bersama.

Rizqi menoleh sekilas ke belakang. Matanya menatap tajam lelaki yang berterusan memandang isterinya. Dia menentang wajah itu dengan riak dingin seolah memberi amaran

************

"What wrong with him?", tanya Rizqi ketika dia hanya berdua bersama Airill.

Melihat lelaki itu mendiamkan diri, Rizqi menunjuk ke arah Hafiz dengan ekor mata. Dia tahu Airill mengerti maksudnya.

Jangan anggap dia buta. Sejak dari awal dia dapat menangkap tatapan mata lelaki itu pada Alisa. Sebagai lelaki dia cukup jelas dengan maksud tersirat di balik pandangan tu.

Suami mana dapat terima ada lelaki lain memandang isterinya dengan penuh nafsu. Jika tak disabarkan hati, dikawal emosi, sudah lunyai lelaki itu di tangannya.

Lama Airill terdiam. Tidak tahu cara terbaik mahu jelaskan kepada Rizqi.

"Tak payah pedulikan dia. Aku tak ajak pun dia yang kalut nak ikut", ujar Airill akhirnya membuka mulut.

"Aku tak peduli, kalau dia tak melampau. Rill, aku ingatkan kau, sebab kau kawan aku. If he going to far, jangan salahkan aku waktu tu", perlahan Rizqi mengingatkan Airill. Dalam maksud tersiratnya.
Airill menghembus nafasnya kasar. Sudah dia agak Rizqi pasti sedar. Tapi Hafiz saja nak cari pasal.

Masih jelas kejadian dua tahun lepas dalam kepala Airill. Jangan dilihat wajah kacak dan sikap gentleman Rizqi pada Alisa. Lelaki itu kalau sudah marah, dia tak akan belasah kau. Tapi dia akan hancurkan hidup kau. Dengan syarat kau dah sentuh bottom line dia.

'Kau ingat kalau kau cuba perempuan yang dah kahwin, laki dia nak tengok saja. Memang mampus la kau dia hajar', maki Airill dalam hati.

Kalau tak difikirkan jantan kasanova tu sepupunya. Malas dia nak ambil pusing apa nak jadi. Mati ka hidup ka bukan urusannya. Airill mendengus geram.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience