BAB 83

Romance Completed 157983

"Rizqi, mana Lis?", tanya Encik Sharul. Sejak tadi tidak melihat kelibat Alisa.

"Ada dalam bilik. Lis bagitahu sakit kaki. Itu yang Riz suruh masuk berehat", ibu dan bapa mentuanya baru tahu kaki Alisa terseliuh bulan lepas. Alisa minta rahsiakan. Mengucap panjang kedua mereka bila tahu. Jenuh Alisa kena tadah telinga dengar bebelan Puan Anisah. Encik Shahrul tidak banyak bercakap, tapi teguran tegas diberi kepada puteri kesayangnya. Wanita itu hanya menunduk mendengar. Jatuh kesian pula melihat keadaan isterinya. Tapi betul apa yang ditegur Puan Anisah dan Encik Shahrul.

"Tak apalah. Biar dia berehat. Harini lama sangat berdiri, sebab tu sakit datang balik", Encik Shahrul menggeleng mengenangkan anak tunggalnya.

"Tak apa papa. Riz pun dah nak masuk bilik, nak jenguk juga Lis", ujar Rizqi sebelum meminta diri.

Sebaik melangkah masuk, tidak kelihatan kelibat Alisa. Bunyi pancuran air dari kamar mandi menyedarkan Rizqi. Alisa sedang mandi. Badan dia juga sudah melekit. Sibuk seharian. Baju melayu di badan dibuka, dibaling tepat ke dalam raga. Hanya berseluar.

Telefon di atas meja dicapai. Dia membuka langkah ke sofa yang berada di penjuru. Sebaik melabuhkan punggung matanya ralit menatap layar telefon di tangan. Banyak whatapps dan DM di media sosial. Rata-rata mengucapkan taniah dan selamat.

Pintu bilik air yang dibuka mengalihkan tumpuan Rizqi. Alisa melangkah keluar dengan bertuala separas paha. Langkah wanita itu terhenti melihat sosok lelaki yang sedang duduk di sofa.

Laju langkah kakinya diatur ke katil. Mencapai baju yang sudah dikeluarkan dari awal. Mendengar derap tapak kaki menghampiri dari belakang jantung Alisa berdegup kencang. Tangan kekar lelaki itu sudah melingkar di pingang. Rizqi memang pantang ada peluang, cepat je jalan kerjanya.

"Abang nak mandi?", Alisa membuka mulut terlebih dahulu.

"Hmmm", pendek Rizqi menjawab. Seolah tak berminat. "Baju tidur yang abang beli haritu, Lis bawa tak? Janji nak pakai untuk abang malam ni kan", tiba-tiba Rizqi bertanya soalan cepu emas. Air liur Alisa terasa terlekat di kerongkong mendengar pertanyaan suaminya.

"Sayang!", panggil Rizqi melihat Alisa mendiamkan diri. Tak kan tertidur sambil berdiri pula. Mata pun tak pejam.

Bibirnya sudah menjalar di sekitar leher Alisa. Tangan juga sudah nakal menyusup di balik tuala wanita itu. Kalau tak kerana Alisa memegang kejap simpulan tualanya, sudah lama kain yang menutup tubuh itu melurut ke bawah.

"Bb..bawa", tergagap Alisa menjawab. Perhatian Rizqi cuba dialih. Kalau dibiarkan tak mandi juga Rizqi malam ni.

"Cubalah pakai untuk abang malam ni, abang nak tengok", lembut lelaki itu berbisik di telinga Alisa. Cuba mengoda wanita itu.

"Macam mana nak pakai, kalau abang duk peluk Lis", rungut Alisa melihat Rizqi makin eratkan pelukannya.

"Nak abang tolong pakaikan?", sengaja diusik sang isteri yang sudah mula tak keruan. Tapi kalau dibiarkan boleh jadi betul.

"Lis boleh pakai sendiri. Abang pergilah mandi dulu", Alisa julingkan mata ke atas. Tak ada maknanya lelaki tu nak tolong pakaikan. Alamatnya tak tersarung baju tak cukup kain tu dekat badan dia.

"Abang serius ni. Habis je mandi, abang nak baju tu dah tersarung dekat badan Lis. No excuse", ujar Rizqi sebelum melangkah masuk ke bilik air.

"Apa aku nak buat ni. Biar betul nak pakai. Tak pernah aku pakai baju macam ni seumur hidup", Alisa sudah mundar mandir dalam bilik. Dah serupa orang gila bercakap sorang-sorang.

Dibelek tubuhnya di hadapan cermin. Jadi segan sendiri melihat baju yang sudah tersarung di tubuh. Cardigan dalam almari dicapai dan disarung ke badan, nak cover apa yang patut.

"Brak", hampir melompat keluar jantung Alisa saat pintu kamar mandi terbuka. Mendadak dia menoleh memandang Rizqi yang hanya bertuala separas pinggang. Cardigan di tubuh ditarik rapat ke badan. Ini bukan kali pertama mereka bersama. Tapi dia masih segan mahu memakai pakaian seperti ini di hadapan suami sendiri.

Rizqi menatap Alisa sekilas, sebelum mengatur langkah ke almari. Tanpa pengetahuan wanita itu, dia menarik senyuman kecil di hujung bibir. Dicapai tracksuit separas lutut, terus disarungkan. Bahagian atas dibiarkan bertelanjang dada. Nanti kena buka juga. Bisik Rizqi dalam hati.

Langkahnya diatur mendekati sang isteri yang masih berdiri tegak di tengah-tengah ruang bilik. Pinggang wanita itu dipaut erat. Di bawa ke katil, terus didudukkan atas pahanya. Laju tindakan Rizqi. Tak sempat Alisa nak beri reaksi. Semua berlaku sepantas kilat.

"Lis tercegat dari tadi, tengah fikir apa?", soal Rizqi. Dagunya di sangkut di bahu Alisa. Tangan masih setia melingkar di pingang wanita itu.

"Tunggu abang...Kalau Lis tarik selimut, terus tidur, derhaka pula", jeling Alisa.

Pecah ketawa Rizqi, dengan sindiran Alisa. Sedar, tadi dia yang beria-ria minta wanita itu menyarung baju tidur tidur yang dibeli sebelum ini.

"Cuba berdiri, abang nak tengok. Pass tak dekat badan Lis", Rizqi melepas pautan tangan dari pingang Alisa. Kepala juga diangkat dari bahu wanita itu.

"Abang kan dah tengok masa keluar dari bilik air tadi", terus tubuhnya disandar dalam dakapan Rizqi. Seolah tak bertulang. Taktik tak nak bangun.

"Aikk...Mana ada abang tengok, tak nampak apa pun. It does't count sayang. You cover your body with cardigan. What to see?", cardigan yang tersarung di tubuh Alisa dilurut ke bawah. Laju tangannya buat kerja. Entah apa function dia beli baju tu kalau nak pakai baju untuk cover dekat luar.

Alisa cuba mengelak dari tangan suaminya yang sudah memulakan kegiatan. Tubuh yang tadi bersandar dalam dakapan Rizqi sudah duduk tegak. Tapi, pergerakannya sudah dikunci lelaki itu.

Alisa mengeliat kegelian, bila lehernya mula dihujani kucupan-kucupan nakal lelaki itu. Dia mengigit perlahan bibirnya, apabila kucupan itu sudah menjalalar ke bahu.

Cardigan yang berjaya dilepaskan dari tubuh Alisa, Rizqi campak ke lantai. Tubuh wanita itu dipusing berhadapan. Ditolak perlahan tubuh Alisa, hingga terlentang atas katil.

Tatapan Rizqi terpaku lama pada tubuh wanita itu tanpa suara. Menikmati indah ciptaan tuhan di depan mata. Dia menarik senyum di hujung bibir, "Cantik...cantik betul isteri abang", Rizqi tidak lokek dengan pujian. Tapi matanya masih tidak dialih dari tubuh indah isterinya.

Melihat wajah Alisa sudah merona merah, dia ketawa kecil. Tahu Alisa malu. Tak nak diusik lebih-lebih wanita itu.

Mendengar Rizqi ketawa,Alisa cuba bangun dari baringan, tubuh lelaki itu ditolak perlahan. Cuba keluar dari dari situasi bahaya.

Rizqi kilas tangan Alisa ke belakang. Tak kasar. Cuma dilakukan dengan caranya sendiri. Memudahkan dia nak buat kerja.

"Kenapa sayang? Ni bukan first time. Tapi abang tengok macam takut je", perlahan Rizqi berbisik di telinga Alisa. Memujuk isterinya, lebih bertenang.

Didekatkan wajahnya pada wajah Alisa, hingga hidung mereka bertemu. Hujung bibir wanita itu dikucup lembut. Diberikan satu senyuman manis kepada sang isteri. Mungkin dia terlalu memaksa hari ini. Sebab itu Alisa nampak agak 'akward'.

Tapi pandai-pandailah dia nak pujuk. Sudah kahwin tahulah caranya. Dah namanya lelaki, tak kan tahu nak luluhkan hati perempuan macam mana. Tak kan itu pun nak kena ajar.

Alisa cuba mengerakkan tangan yang dikilas ke belakang. Sedikit dia bergerak, semakin erat Rizqi mengunci. "Abangg...", lirih Alisa. Cuba meminta simpati dari suaminya. Memang la tak sakit. Tapi nak suruh dia buat apa macam ni. Jadi patung?

"Ya sayang", bersahaja Rizqi menyahut panggilan dari isterinya.

Alisa mengetap bibir menahan geram. Tahu Rizqi sengaja mahu menyakat. "Abang lepaslah dulu. Lis tak boleh nak bergerak ni", dia mengalah juga. Wajah suaminya ditatap, cuba meminta simpati.

"Sayang nak gerak pergi mana malam-malam ni", berkerut wajah Rizqi, sengaja buat-buat tak faham.

"Abangg, Lis serius ni. Lepaslah..", separuh merayu Alisa. Tak selesa bila pergerakkan tubuhnya dikunci.

"I'm also dead serious. Later kita discuss lagi. Right now...there is something more important...Just follow my lead sayang", Rizqi menautkan bibir mereka berdua. Tidak beri peluang kepada Alisa untuk menolak. Tangannya sudah menjalar hingga ke bawah. Gaun malam separas paha itu disingkap ke atas. Menyerlahkan kain berbentuk segitiga yang masih menutup bahagian intim Alisa. Malam yang masih panjang menjadi saksi penyatuan dua manusia.

****************

"Mama dengan papa dah tahu kita nak datang", tanya Alisa. Risau juga kalau nak main terjah je walaupun tu rumah mentua sendiri. Lagipun ini kali pertama dia akan menginap di sana. Berdebar juga rasa. Dia sudah mengenali Encik Razik dan Puan Nora sejak dulu. Tapi kali ini statusnya berbeza, dia datang sebagai menantu.

"Dah tahu. Mama yang beria-ria tanya bila nak datang. Relax je. Lis tahu kan mama abang macam mana. Sporting", tangan isterinya dicapai dan digenggam. Cuba menenangkan Alisa. Walaupun sudah tiga bulan mereka bernikah, Alisa masih tidak berkesempatan bermalam di rumah ibu bapanya. Kekangan kerja juga menyukarkan mereka untuk selalu pulang ke sini. Lagipun Encik Razik dan Puan Nora sering sibuk dengan kerja. Tak ada masa dan tak ada dirumah.

"Jom sayang", ajak Rizqi sebaik memberhentikan kereta di perkarangan rumah. Pintu kereta di sebelah Alisa dibuka. Dia menghulurkan tangan sambil tersenyum. Cuba mengurangkan debar sang isteri.

Sebaik melangkah masuk, kedatangan mereka disambut mesra Encik Razik dan Puan Nora. Rafik, adik Rizqi juga kelihatan. Alisa menghulur tangan menyalami kedua mentuanya. Belum sempat dia mencium tangan wanita yang sudah bergelar ibu mentuanya, wanita paruh baya yang masih kelihatan elegan dan cantik itu menariknya dalam pelukan.

"Jom masuk sayang, mama dengan Mak Jah dari tadi sibuk memasak. Tunggu Riz dengan Lis, nak makan sekali", ujar Puan Nora. Tangan menantunya sudah dipimpin masuk ke dalam rumah.

"Aik mama. Riz macam mana? Dah jadi invisible", lelaki itu ketawa menurut langkah ibunya ke dalam. Kata-katanya disambut ketawa Encik Razik.

"Tak ada nak nampaknya Long. Mama dah ada anak perempuan. Kita jadi anak tiri je la", Rafik menepuk bahu abangnya sambil menayangkan muka kesian. Tahu sejak dulu Puan Nora inginkan anak perempuan. Tapi tak ada rezeki.

"Mama dah masak semua lauk kegemaran kamu Long. Kuih pun mama dah buat. Tak sayang apanya. Kamu Afik, jangan banyak cakap. Kamu setiap kali balik request nak makan macam-macam. Bilanya mama tak buat", Puan Nora sudah menjegilkan mata pada kedua anak lelakinya.

Walaupun bergelar wanita berkerjaya, Puan Nora sangat menitik beratkan soal anak-anak sejak dulu. Sesibuk mana pun, dia akan pastikan Rizqi dan Rafik tidak kekurangan perhatian atau kasih sayang. Walaupun Rizqi tinggal bersama neneknya sejak sekolah, Puan Nora dan Encik Razik akan pastikan Rizqi menginap bersama mereka seminggu sekali. Kalau tidak bersempatan mereka suami isteri akan bermalam di rumah ibu Encik Razik.

Rafik mengaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih memandang ibunya. Mendengar bebelan wanita paruh baya itu, dia diam tidak terkutik.

Rizqi menggeleng kepala memandang pemuda itu, "Cuti lama mana, Afik?", tanya Rizqi.

"Cuti mid-sem. Lebih kurang seminggu juga. Tapi Afik balik awal sikit. Ada benda nak settle", Rafik melepaskan keluhan. Entah apa yang dipenatkan sangat.

"Dah mengeluh? Baru belajar dah mengeluh. Belum kerja lagi", tegur Encik Razik. Tahu Rafik tidak minat belajar seperti Rizqi. Tidak sebagus abangnya. Tapi masih dalam ketegori pandai. Cuma agak malas sikit.

"Paa...kalau bukan sebab mama dengan papa paksa habiskan juga degree, Afik memang tak nak sambung belajar. Penat otak", rungut jejaka itu. Masam wajahnya.

"Kalau kamu tak nak sambung belajar, nak buat apa?", tegas Encik Razik menyoal anak bongsunya.

"Kerja la pa. Kerja dengan papa pun okay juga. Tak pun boleh je kahwin" mudah Rafik menjawab. Seolah nak pilih ikan di pasar.

"Kamu jangan nak mengada-ngada Afik. Belajar tak habis. Kerja pun belum. Ada hati nak kahwin. Along kamu tu kahwin, tak minta duit dengan papa dan mama. Semua biaya sendiri. Kamu kalau nak sangat kahwin, kerja kumpul duit sendiri", Puan Nora sudah membuka kitab ceramah.

"Maaa...dengan anak sendiri pun tak nak tolong. Rumah dekat KL tu, papa ada beli dekat Along kan", Rafik sudah mengungkit. Pemuda itu tidak ada niat jahat. Cuma sikapnya agak kebudakan. Maklumlah anak bongsu.

"Rumah tu, papa tolong bayarkan deposit. Selebihnya Along kamu bayar sendiri. Kamu tu...baru dua puluh satu tahun, mentah lagi dah kalut nak kahwin. Kenapa? Along kamu umur dua puluh tujuh baru bagitahu nak kahwin", Encik Razik sudah mula bertegas dengan Rafik. Budak ni bukan boleh buat main-main. Kalau tak diberi amaran dari awal, esok-esok terkejut tergampar disuruhnya meminang anak dara orang.

Melihat Rafik sudah menarik muka masam, Rizqi bersuara juga. "Along tak kisah, kau nak kahwin bila. Sekurangnya belajar bagi habis dulu. Lepas tu nak bertunang, nak bernikah bagitahu je mama dengan papa...Tapi Afik! Along tak nak dengar langsung kau buat masalah. Kau jangan berani buat something, sampai conteng arang dekat family kita", tegas amaran Rizqi kepada Rafik. Memikirkan masalah yang melanda Airill dan Ain, buatkan dia jadikan itu satu iktibar. Tak mahu pula Rafik menconteng arang di muka mereka sekeluarga.

Alisa menoleh memandang wajah serius Rizqi. Lelaki itu merenung tepat adik lelakinya. Dia cukup faham, sebab Rizqi memberi amaran itu kepada Rafik. Kejadian yang berlaku di sekitar mereka perlu dijadikan pengajaran.

"Aissh..kamu Afik! Jangan berani buat bukan-bukan dengan anak dara orang. Mama tak mengaku anak nanti. Pandai-pandailah kamu selesaikan sendiri", mendengar kata-kata Rizqi, Puan Nora terus mengugut anak bangsunya. Minta dijauhkan dari perkara seumpama itu.

Pemuda itu menepuk dahi mendengar kata-kata Puan Nora. "Maaaa...ada pula ke situ. Mama tak percaya dengan anak sendiri ke?", sangkal Rafiq tidak puas hati.

Entah kenapa perbualan itu berlanjutan hingga ke makan malam. Tidak sanggup menadah telinga, Rafik melarikan diri ke dalam bilik.


***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience