BAB 42

Romance Completed 157983

"Riz", serius wajah Daniel merenung Rizqi. "Ada benda aku nak tanya kau ni". Tegur Daniel sambil melangkah menghampiri.

Rizqi yang sedang asyik membelek handphone di tangan memanggung kepala ke arah Daniel. Bangkit dari baringan di sofa dia membetulkan duduk agar lebih selesa. Handphone di tangan diletakkan di atas meja kopi di sisi.

"Tanyalah. Kenapa?", serius Rizqi menghadap Daniel yang mengambil duduk di sebelahnya. Dia cukup mengenali Daniel, kalau tiada hal penting jarang dia mempamerkan sisi seriusnya.

Ilham yang sedang berbaring di katil juga memasang telinga. Namun tidak mahu sertai perbualan mereka.
"Aku dengar dari Zack, kau dengan Lis dating. Ramai kawan kita dah tahu", Daniel memulakan perbualan.

Lama Rizqi merenung Daniel. "Kalau ya, kenapa? Kau masih suka dengan Lis? Be clear Daniel, you already have someone", keras teguran Rizqi.

"Apa maksud kau? Aku suka dengan Lis! Of course aku suka dengan dia, sayang dengan dia dari dulu sampai sekarang. Tapi perasaan sayang dan suka aku sekadar sahabat. Tak pernah berubah", berkerut wajah Daniel menentang pandangan Rizqi.

"Sekarang aku nak tahu, kenapa kawan-kawan kita yang lain kata Lis tu awek kau. Kalau betul pelik juga aku tak tahu. Ain dengan Lis tak bagitahu aku langsung", Daniel terus mendesak.

Rizqi menghembus nafas panjang. "Aku dengan Lis tak ada apa pun. Sebelum ni Lis ada masalah dekat rumah sewa dia. Aku dengan Am bagi dia tumpang sebelum dia dapat rumah baru. Kami pula tumpang rumah Zack dengan Rill. Macam tu la jadinya. Diaorang anggap Lis girlfriend aku", sengaja Rizqi tidak memberitahu kejadian yang menimpa Alisa sebelum ini. Baginya, itu aib Alisa. Dia tidak akan mencanang. Zack dan Airill juga berpegang teguh merahsiakan perkara itu.

"Jadi kau dengan Lis tak ada apa-apa hubungan?" tanya Daniel agak kecewa. Dia sangat berharap Alisa dapat membuka kembali hati Rizqi.

Rizqi memandang Daniel sekilas sebelum menyandarkan kepala ke dada sofa. Dia diam merenung syiling tidak menjawab pertanyaan Daniel. Jawapannya jelas. Mereka berdua hanya sahabat, tidak lebih. Tapi hatinya tidak mahu mengakuinya.

"Kau masih tak dapat lupakan Zulaika?" menyerah riak wajah Daniel. Penat dan putus asa mahu menasihati Rizqi melupakan Zulaika yang sudah berstatus isteri orang.

"Dani..." lama Rizqi membiarkan ayatnya tergantung. "Kau rasa boleh ke kita suka dua orang dalam satu masa", datar tidak berperasaan wajah Rizqi. Seolah bukan dia yang bertanya soalan gila tu.

Daniel terus menoleh memandang Rizqi tidak percaya. Sejak bila Rizqi jadi playboy. Ilham yang memejam mata dan memasang telinga terus mencelik luas matanya.

"Apa maksud kau Riz? Kau masih suka Zulaika, tapi sekarang kau suka orang lain pula?" Daniel masih menatap tidak percaya wajah Rizqi.

Ilham yang sedari tadi mendiamkan diri membuka mulut. "The second person yang kau suka tu Alisa kan?", bukan pertanyaan namun Ilham menegaskan. Rizqi menoleh ke arah Ilham mendengar pertanyaannya. Terkejut beruk wajah Daniel. Apa yang terjadi sebenarnya.

Ilham bangun dan menyandar di dada katil memandang Rizqi. " Betul tak cakap aku", soalan Ilham dibiarkan sepi tanpa jawapan. Tapi diamnya Rizqi adalah jawapannya.

"Should I said, the first person kau suka sebenarnya Lis", tajam tatapan Ilham seolah menembus terus hatinya. Daniel sudah melompong tidak percaya.

"Tunggu, tunggu. Apa maksud kau Lis orang pertama Riz suka", celah Daniel tidak percaya.

"Riz, sejak bila kau sedar perasaan kau. Sedar yang kau suka dengan Lis", tanya Ilham. Soalan Daniel dibiarkan sepi.

Rizqi tidak menjawab. Dia memandang Ilham dan menghela panjang nafasnya, "Perasaan tu datang macam tu je. Bila dekat dengan dia ada satu perasaan halus dalam hati aku. Peliknya, ni bukan kali pertama aku rasa perasaan ni dekat dia. Sejak dulu lagi".

"Kau tahu Riz. Dulu bila kau bagitahu aku, kau suka dengan Zulaika, serius aku terkejut. You know why? Sebab aku fikir kau ada perasaan dengan Lis. Kau kata kau anggap dia sahabat. Tapi kau tak sedar cara kau layan Lis tak sama dengan cara kau layan Ain dan Sarah. Cara kau pandang dia pun berbeza. Kau sedar tak Riz?" panjang Ilham meluahkan rasa yang sudah lama disimpan dalam hati.

"Kau suka Lis dari zaman sekolah? Sebelum Zulaika ada lagi? What the hell man", tidak percaya Daniel mendengar kata-kata Ilham. Kalau betul kenapa Alisa perlu menderita menanggung perasaan selama ini. Daniel menepuk dahinya.

Rizqi terdiam memikirkan kata-kata Ilham. 'Ya, perasaannya pada Alisa berbeza berbanding perasaannya pada Ain dan Sarah. Dia tak sedar itu sebenarnya cinta bukan sayang'. Rizqi menyandarkan kembali tubuh ke sofa. Penat mentalnya memikirkan soal perasaan.

"Kalau betul kau suka dengan Lis kenapa baru sekarang kau sedar kenapa tak dari dulu lagi. Kenapa lepas kau dah jumpa dengan Zulaika, kenapa lepas lapan tahun?", tidak puas hati riak Daniel. Nada suaranya agak keras. Hatinya sakit memikirkan perasaan dan air mata Alisa.

"Daniel", tegur Ilham melihat Daniel seolah terbawa emosi.

"Kita dah lama kenal dan bersahabat. Sebab tu kau tak sedar. Kau keliru dengan perasaan kau sendiri dekat Lis. Antara cinta dan persahabatan kau tak nampak garis yang jelas. Bila kau jumpa lepas terpisah lapan tahun, jarak dan waktu yang berlalu tu, bolehkan kau nampak dengan jelas perasaan kau dekat dia", Ilham mengambil peranan sebagai penasihat cinta.

"Biar betul! Kau ambil masa selama ni nak sedar persaan kau dekat Lis. Tapi Lis suka dengan kau sejak dulu...Riz kau..." terhenti amarah Daniel menyedari ketelanjuran kata-katanya. Rahsia Alisa yang dia simpan kemas selama ini terbongkar.

Serba salah, Daniel terus bangkit dari sofa. Dia perlu menenangkan diri. Dikutuk diri sendiri dalam hati. Belum sempat Daniel melangkah, Rizqi menarik keras lengannya menyebabkan dia terduduk kembali.

Tajam tatapan Rizqi menentang mata Daniel. "Apa maksud kau dia dah lama suka dengan aku".

"Just drop this topic, Riz. Benda dah lama tak ada guna nak cakap lagi", letih kedengaran suara Daniel.

"I think, I deserve to know", Rizqi tidak menyerah kali ini.

"But she don't want to tell you", balas Daniel

"So! Should I go ask her myself", ugut Rizqi seraya bangun dari duduknya.

Daniel terus menyambar lengan Rizqi menarik lelaki itu duduk kembali. "Lepas apa yang dia lalui, kau rasa kau layak nak tanya dia", kasar ucapan Daniel menahan geram.

Daniel melurut rambutnya ke belakang berkali-kali. kebiasaan yang tidak pernah hilang sedari dulu apabila fikirannya berserabut. Dia mengambil nafas dan menghembus panjang.

"Don't ask her anything. Dia minta aku rahsiakan perasaan dia. Aku tak nak dia fikir aku pecah amanah", pesan Daniel. Lama dia menyepikan diri sebelum membuka mulut.

"Dia suka dekat kau sejak sekolah lagi. Lebih tepat sejak kita tingkatan tiga. Tapi dia pendam. Sebab dia cadang nak confess masa kita ambil result SPM", Daniel menoleh sekilas ke arah Rizqi yang serius menatapnya. "Macam kau tahu, dia terlambat. Tak berpeluang langsung nak bagitahu perasaan dia". Lama Daniel berhenti. Dia merenung kosong ke hadapan, seolah mengingatkan kembali peristiwa itu.

"Aku pun tak sengaja terserempak dengan Lis masa dia menangis. Masa tu dia ternampak kau dengan Zulaika. Dari pandangan mata kau je dia dah faham, kau suka Zulaika. Aku confront dia, last sekali dia terus terang. Kalau kau ingat masa ni yang jadi salah faham dengan Sarah. Dia kata aku dengan Lis dating. Padahal aku cuba paksa Lis terus-terang", Daniel ketawa kecil. Namun lirih bunyinya.

"Kau tahu. Aku risau gila time tu. Aku takut dia terkandas SPM. Masa aku tengok dia menangis hati aku sakit sangat macam dicarik-carik. Aku selalu cover dia, caring dengan dia. Bila aku tengok dia duduk sorang-sorang, aku temankan. Aku cuba hiburkan dia. Aku tak nak dia hanyut dalam kesedihan. But, she a strong girl, walaupun dia tak dapat buang perasaan dia dekat kau, tapi dia selalu bagitahu aku dia akan cuba ikhlaskan kebahagian kau. Itu gunanya sahabat", agak serak suara Daniel. Dia hanya meluahkan apa yang disimpan selama ini. Tanpa memberi peluang kepada Rizqi mencelah.

"Even after eight years, perasaan dia masih tak berubah. Gila betul Lis ni. Bila kau bagitahu nak lamar Zulaika, tulah kemuncak dia jauhkan diri dari kau, dari kita semua. Dia tak nak ganggu rumah tangga kau. Dia nak belajar lepaskan walaupun tak boleh lupa. Bila aku bagitahu kau dengan Zulaika dah putus dia tak happy. Dia sedih fikir betapa terlukanya kau, sedangkan luka dekat hati dia pun belum sembuh sepenuhnya". Daniel berjeda seketika.

"Aku ada minta dengan Lis, try buka pintu hati kau balik. Tapi dia tak setuju. Dia tak yakin, kalau dulu kau tak pandang dia, apa yang buatkan kau akan buka hati dekat dia. Lapan tahun ni mungkin tak hapuskan rasa cinta dia dekat kau, tapi cukup untuk hilangkan keberanian dan keyakinan cinta dia dekat kau", perlahan kali ini kedengaran suara Daniel.

Rizqi meraup wajahnya berkali-kali. Dia menyandarkan kepala sambil meletakkan tangan di mukanya. Terus mendiamkan diri. Tidak memberi apa-apa reaksi.

Ilham yang menjadi pendengar setia sedari tadi, juga terdiam. Tidak langsung menyangka, Alisa juga menyimpan perasaan pada Rizqi.

"That why, Alisa macam berubah masa akhir-akhir tingkatan lima. Tu masa hubungan Riz dan Zulaika dah mula heboh", perlahan suara Ilham. Namun cukup untuk didengari Rizqi dan Daniel.

"Kau tak pernah terfikir nak bagitahu aku", dalam suara Rizqi kedengaran. Dia masih di posisi yang sama. Tidak langsung memanggung kepalanya.

"Untuk apa? Kau dah ada Zulaika time tu. Kau nak dua-dua sekali?", datar Daniel bertanya kembali.

"Kalaulah Lis tak terlambat luah perasaan dekat kau. Kalaulah Zulaika tak pernah hadir. Mungkin semuanya berbeza", keluh Daniel.

"Dani", perlahan Ilham menegur.

Sedar ketelanjuran bercakap, Daniel mendiamkan diri.

Ilham dan Daniel memandang Rizqi yang terus mendiamkan diri sambil meletakkan tapak tangan di muka. Tidak dapat dilihat dengan jelas riak di wajahnya. Mereka menghela panjang nafas, tidak tahu apa yang bermain di fikiran Rizqi. Yang pasti tidur malamnya pasti tidak lena.

****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience