BAB 68

Romance Completed 157983

"Jomlah Lis. Bukan selalu", pujuk Shima, entah untuk kali yang ke berapa.

"Tak sure laa. Rasanya Riz tak bagi, jauh sangat. Dia kan tak ada dekat sini", balas Alisa serba salah. Tidak berniat mahu mengecewakan Shima dan teman serumah yang lain. Tapi keputusan tidak terletak di tangannya.

"Lis cubalah pujuk Riz dulu. Mana tahu dia tiba-tiba lembut hati", pujuk Nabilah pula.

Alisa menghela nafasnya perlahan. Wajah housematenya di pandang satu persatu. Melihat wajah penuh harap mereka Alisa semakin serba salah.

"Yalah, yalah. Lis try minta izin dulu. Tapi kalau Riz tak bagi, Lis tak pergi", Alisa mengalah juga, dengan syarat Rizqi izinkan. Gila nak balik ke kampung Nabilah di Kedah tanpa pengetahuan suaminya. Memang tak la. Tak berani Alisa nak pergi.

"Okeyyy....", balas Shima. Ceria kedengaran suara gadis itu.

"Hopefully, husband Lis bagi pergi.." ujar Liyana penuh mengharap. Kalau Alisa tak boleh pergi Liyana segan nak sertai.

Dia akan jadi satu-satunya orang luar. Kebetulan tunang Shima iaitu Airill dan Nabilah adalah sepupu. Jadi hubungan mereka berdua rapat. Shima juga sudah mengenali keluarga Nabilah, jadi gadis itu tidak merasa kekok.

"Siapa lagi yang pergi", tanya Alisa. Sebelum minta izin Rizqi dia perlu tahu maklumat lengkap. Kalau tidak susah mahu bersoal jawab.

"Cuma Shima, Yana dengan Lis je. Kejap...Fakrul pun ikut juga, abang Rill confirm balik", balas Nabilah, masih memikir-mikir. "Tu jelah".

"Hmmm, nantilah Lis bincang dengan husband dulu", ujar Alisa. Hatinya kuat mengatakan Rizqi tak akan izinkan.

**************

"Kenapa ni? Dari tadi macam tak ada mood je nak cakap dengan abang", tanya Rizqi, dapat mengesan kelainan pada Alisa. Wanita itu tidak banyak bercakap. Selalunya, Alisa yang lebih gemar bercerita kegiatan hariannya.

"Tak, tak adalah...Lis minta maaf. Ada something dalam fikiran Lis", jujur Alisa mengakui.

"Nak share dengan abang?", lembut Rizqi bertanya.

Alisa membisukan diri seketika. Cuba menyusun ayat sebaik mungkin. Jujur dia agak gementar untuk meminta keizinan Rizqi. Sebelum berangkat ke Sabah, Rizqi sudah ingatkan jangan keluar malam jika tak ada keperluan. Sekarang dia cuba minta izin ke Kedah selama dua hari. Berdebar jantungnya cuba memulakan kata.

"Actually...aaa..Lis..aaa", tergagap Alisa cuba menyusun kata.

Rizqi hanya mendiamkan diri. Langsung tidak menyampuk. Sabar menunggu Alisa menyuarakan keinginannya.

"Huhuuu", Alisa mengambil nafas dan menghembus perlahan. Cuba menenangkan diri. "Abang, Lis nak minta izin", ujar Alisa. Membiarkan ayatnya tergantung.

"Hmmm... izin untuk apa", tanya Rizqi.

"Lis nak nak minta izin pergi Kedah, pergi kampung Nabilah", ujar Alisa perlahan, dengan sekali nafas.

Keheningan menyelebungi mereka. Dapat Alisa dengar degupan jantungnya sendiri. Kebisuan Rizqi bagaikan mendera perasaan.

"Kenapa tiba-tiba?", perlahan suara lelaki itu menyoal, memecah kebisuan.

"Kebetulan, parents Nabilah ada buat kenduri kesyukuran sikit. Itu yang Nab ajak kitaorang semua pergi. Sekarangkan musim buah, dia nak bawa pergi kebun sekali, rasa suasana kampung", terang Alisa dengan suara perlahan. Hampir berbisik.

Lama Rizqi mendiamkan diri. Dia sedar lelaki itu kurang senang dengan permintaannya. Hati Alisa terus dipagut rasa bersalah.

"Abang...", perlahan suaranya memanggil Rizqi.

"Lis nak pergi ke?", tanya Rizqi, tidak terus memberi kata putus. Namun menanyakan kembali kepada Alisa.

"Lis ikut abang. Kalau abang bagi, Lis pergi. Abang tak bagi, Lis tak pergi. Tapi kalau abang berat hati nak izin, Lis tak nak pergi", jawab Alisa. Dia hanya akan pergi jika Rizqi ikhlas beri izin.

"Siapa lagi yang ikut", Rizqi sudah memulakan sesi soal siasat.

"Tak ramai. Cuma Lis, Shima dengan Yana...aa Fakrul, tunang Nabilah. Airill pergi juga", terang Alisa. Tiada satu pun yang disembunyikan dari Rizqi.

"Rill?", tanya Rizqi meminta kepastian. Mungkin pelik Airill turut sertai.

"Yaa, Rill. Airill tunang Shima tapi diakan sepupu Nabilah juga. Ayah Nabilah pak cik dia", terang Alisa.

Rizqi hanya tahu Shima tunangan Airill. Tapi dia tidak pernah bertanya salasilah keluarga lelaki itu. Pelik pula tiba-tiba nak bertanya. Macam tak ada kepentingan.

"Nantilah abang cakap dengan Rill dulu. Lis nak pergi berapa hari?", tanya Rizqi lagi.

"Dalam dua hari. Rancang nak bertolak Jumaat malam, hari Ahad bertolak balik KL...Abang nak tanya apa dengan Airill", tanya Alisa bersama rasa ingin tahu. Dia tidak nampak apa keperluan Rizqi berbincang dengan Airill

"Lis nak pergi jauh-jauh macam tu, ingat abang tak risau. Kalau Lis nak pergi juga banyak yang abang nak pesan dengan Rill", keluh Rizqi.

Kalau dia ada di sana tak ada masalah untuk Alisa pergi. Tapi berjauhan begini buatkan dia susah hati. Ingin terlalu mengekang langkah Alisa seakan tidak wajar. Sakit kepala memikirkan perkara ini.

"Abang bagi Lis pergi?", perlahan Alisa bertanya mahu memastikan telahannya. Tapi rasa teruja tidak dapat disembunyikan.

Rizqi membisukan diri seketika. Sengaja menggantung pertanyaan sang isteri.

"Hmmm..", namun tidak tega membuatkan Alisa tertunggu lama, dia membalas juga.

"Serius, betul ni. Lis boleh pergi?", Alisa meminta kepastian. Risau itu hanya sekadar gurauan.

"Ya, kenapa? Lis tak nak pergi?", sengaja Rizqi menduga Alisa.

"Tak, tak, Lis nak pergi...Thank you abang", ujar Alisa sambil tersenyum. Walaupun tidak dapat dilihat Rizqi.

***************

Sejak pagi suasana di rumah Nabilah sudah riuh rendah dengan kedatangan sanak saudara. Ada juga orang kampung yang datang bertandang untuk membantu.

Tanpa dirancang Alisa, Shima dan Liyana perlu turun padang. Tiada angin tiada ribut, tempahan nasi daging yang menjadi menu utama hari ini dibatalkan pada saat akhir. Katering yang ditempah sejak awal sudah 'refund' kembali duit yang telah dibayar. Puan Rokiah, pemilik katering tersebut mempunyai urusan kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Nasi sudah menjadi bubur. Tak ada gunanya untuk marah. Yang dapat dilakukan sekarang hanyalah bergotong-royong siapkan menu sebelum kedatangan tetamu.

Sejak pagi, Airill bersama dua orang sepupunya sudah ke pasar dan kedai runcit. Memborong segala bahan yang diperlukan. Penuh satu kereta Hilux itu dengan bahan mentah.

"Shima banyak lagi ke nak kupas bawang tu", laung Nabilah dari luar. Gadis itu baru selesai membasuh beras.

"Dah nak habis. Sikit lagi", Laung Shima tidak kalah kuat. Dalam keadaan darurat seperti ini tak ada maknanya nak berlakon menjadi perempuan melayu terakhir. Banyak kerja yang perlu dibereskan.

"Lis, busy tak? Tolong Shima kupas bawang", laung Shima kepada Alisa yang berada di luar.

"Kejap, Lis letak daging dulu", jawab Alisa, sambil berjalan masuk ke rumah.

Pecah tawa Alisa, sebaik terpandangkan wajah Shima yang sudah berendam air mata. Sedih sungguh gadis itu mengupas bawang.

"Liss..mata Shima dah tak boleh buka...pedihh", rungut gadis itu sambil mengelap air mata yang belum kering.

"Biar Lis sambung. Shima pergi tolong dekat luar pula", ujar Alisa. Kesian melihat wajah dan mata gadis itu yang sudah merah.

"Betul ni", tanya Shima ingin kepastian. Sebaik melihat anggukan Alisa, terus hilang gadis itu dari pandangan. Laju betul lari.

Alhamdullilah, berkat kerjasama dan usaha mereka yang bertungkus lumus sejak pagi, majlis kesyukuran itu berjalan dengan lancar. Makanan juga sempat terhidang di atas meja sebelum kehadiran tetamu.

"Sorry tau. Nab tak sangka nak jadi macam ni. Nab, sebenarnya nak bawa korang semua bercuti rasa pengalaman dekat kampung", serba salah wajah Nabilah. Niat untuk berhibur tidak menjadi.

"It's okay la Nab. Bukan selalu dapat merasa masak gotong-royong macam ni. My first experience tau", ujar Liyana.

"Tak ada hal la, jangan fikir lebih-lebih. Small matter je. Tapi bab kupas bawang sebesen besar tu susah Shima nak lupa. Sedih yang amat", sambung Shima, sambil memeluk tubuhnya sendiri. Mungkin masih teringat betapa sedih dirinya tadi.

Meletus ketawa Alisa mendengar kata-kata Shima. Terus terbayang wajah gadis itu.

Laju Alisa menekup mulut dengan kedua-dua tangan, ketika gelak tawanya menarik perhatian sekumpulan lelaki di meja yang bertentangan. Merah padam wajahnya menahan malu.

Tidak tahu, jika itu hanya mainan perasaan. Tapi Alisa dapat rasakan pandangan tajam seorang lelaki padanya. Tidak lepas tatapan lelaki itu. Tidak juga cuba mengelak ketika pandangannya tertangkap oleh Alisa.

Tidak selesa dengan pandangan nakal lelaki yang tidak kenali itu. Tanpa menunggu lama, Alisa meminta diri ke dalam rumah. Sengaja Alisa sibukkan diri di dapur.

"Lis, esok pagi kita pergi berkelah dekat kebun ayah Airill. Ada sungai boleh mandi-mandi sekali", ujar Liyana teruja.

Disangkakan rancangan untuk mandi sungai terpaksa dibatalkan. Tapi Airill masih berkeras mahu membawa mereka ke sana. Sudah terlanjur berjanji, Airill tidak mahu mungkiri.

"Serius?", tanya Alisa. "Bestnya boleh masuk kebun", ujarnya tidak kalah teruja.

"Yesss. Kita packing barang siap-siap malam ni. Esok lepas mandi, makan-makan kita terus bertolak balik KL", terang Liyana. Kata sepakat telah mereka capai sebentar tadi.

**************

"Lis, tak nak mandi ke", ajak Nabilah untuk kali ketiga. Pelik melihat Alisa hanya duduk bersandar di bawah pohon rambutan. Tidak mahu turut serta bersama mereka di sungai.

Alisa mengeleng perlahan kepala, tanda menolak. Dia hanya mengaris senyuman kecil di bibir. "Tak apa Nab, just enjoy yourself. Lis nak makan buah dulu", ujar Alisa.

"Jangan lama-lama sangat Lis, rugi tau tak mandi sini. Air dia jernih, sejuk, bersih, tak ramai orang pula", sempat Nabilah promosi sebelum melangkah menyertai mereka yang lain.

Bukan tidak mahu turut serta, tapi dia tidak selesa. Perkelahan mereka disertai Airill, Fakrul dan juga tiga lagi sepupu Airill dan Nabilah.

Hafiz, nama lelaki yang sering memerhatikan Alisa sejak kelmarin. Sepupu kepada Nabilah dan Airill Dia tidak suka dengan pandangan tajam Hafiz padanya. Mata keranjang lelaki itu seperti ingin menelanjangi tubuhnya. Mengingatkan Alisa pada pandangan Ash. Dia benci mengingatkan peristiwa hitam itu.

"Tak bosan ke duduk sorang. Jomlah join mandi?", terperanjat Alisa ketika satu suara menegur dari belakang.

Sebaik mendongak kepala, hampir hilang senyuman di wajahnya melihat sosok Hafiz. "Taklah. Saya tak berapa suka mandi sungai. Setakat rendam kaki tu boleh la", ujar Alisa cuba bersahaja. Tidak mahu Hafiz mengesan ketidakselesaannya.

"Kalau bosan, saya boleh temankan", ujar Hafiz, terus melabuhkan punggung.

Laju Alisa berganjak menjauh, ketika lutut mereka hampir bertemu. Wajahnya sudah berkerut jelas menggambarkan rasa tidak selesa.

Melihat dekatnya jarak antara mereka, Alisa terus bangun berdiri. Dia sudah berkahwin. Maruah suami dan harga diri sebagai isteri perlu dijaga. Kepercayaan yang diberi Rizqi tidak akan dikhianati

Melihat wanita itu sudah berdiri dan melangkah pergi, laju Hafiz membuka langkah mengejar. "Saya cuma nak berkenalan. Jangan la sombong sangat", ujar Hafiz, laju dia menarik tangan Alisa. Memaksa wanita itu menghentikan langkah.

Alisa terus rentap kuat tangannya. Wajah putih miliknya sudah merah menahan marah. Dia menatap tajam lelaki di hadapan.

"Saya tak ada keperluan untuk berkenalan dengan lelaki lain. Tolong hormatkan saya sebagai isteri orang", ujar Alisa sambil mengetap bibir menahan perasaan. Melihat senyuman sinis tanpa rasa bersalah di bibir lelaki itu, hati Alisa membara dengan rasa amarah. Jika tidak difikirkan perasaan Nabilah dan Airill, sudah dia hamun lelaki di hadapannya.

"Iz!", tegur satu suara dari sisi, sebelum sempat Hafiz membalas.

Melihat tatapan Airill mencerlung tajam pada Hafiz, Alisa terdiam.

"Don't cross the line, Iz. I'm said already, Alisa bini kawan aku. Jangan cari pasal dengan aku. Kau tak mampu tanggung akibat dia", tajam peringatan Airill. Keruh wajah lelaki itu.

"Relax la bro. Aku main-main je. Yang kau serius sangat kenapa?", Soal Hafiz tidak puas hati.

"Relax? Kalau aku tak relax muka kau tu dah pecah", ujar Airill sinis.

Dia benci betul dengan sikap playboy Hafiz. Entah sudah berapa ramai perempuan dia rosakkan. Depan mak dan ayah pijak semut pun tak mati. Hipokrit.

Ketika Hafiz nyatakan keinginan untuk sertai mereka, dia sudah menentang habis-habisan. Tapi campur tangan Mak Langnya merosakkan semua rancangan. Dikatakan makin ramai makin meriah. Apa yang meriah, membawa masalah saja.

"Jom Lis...duduk sekali dengan Shima dekat sana", ajak Airill sambil melangkah pergi.

Mustahil nak tinggalkan Alisa keseorangan di sana. Kalau jadi perkara tak sepatutnya, apa dia nak menjawab dengan Rizqi. Baran lelaki itu boleh tahan juga kalau marah. Mati Hafiz nanti.

Alisa hanya duduk merendam kaki di bibir sungai. Tidak berniat mahu sertai mereka mandi. Hilang terbang sudah moodnya. Namun cuba diukirkan semanis mungkin senyuman. Dia tidak mahu merosakkan suasana.

"Assalamualaikum", kedengaran salam diberi.

"Waalaikumussalam. Sampai juga, aku ingat kau sesat. Kut la cari tempat tak jumpa", sakat Airill sebaik menjawab salam. Dia terus bangun menyambut tetamu yang sudah dijangka kedatangannya.

"Kau dah pin location, tak kan tak jumpa", jawab Rizqi sambil ketawa. Huluran tangan Airill disambut juga.

Saat matanya menangkap sosok sang isteri yang terduduk kaku bersama riak tidak percaya, lelaki itu tersenyum, menghulurkan tangan.

Tindakan Rizqi mengejutkan Alisa dari mimpi di siang hari. Terus dia bangun melangkah ke arah lelaki itu. Tanpa sepatah kata, Alisa terus memeluk tubuh Rizqi.

Tangannya sudah melingkar erat di pinggang Rizqi. Rasa sebak tiba-tiba menjengah hati. Melihat wajah itu secara berhadapan, rasa rindunya bertukar sedih.

Melihat isteri yang terbawa emosi sedih, Rizqi rangkul tubuh kecil itu dalam pelukan. Perlahan tangannya mengusap lembut belakang tubuh Alisa.

"Assalamualaikum", ujar Rizqi memberi salam, apabila Alisa sudah kembali tenang.

"Waalaikumussalam", sambut Alisa, kembali menjarakkan sedikit tubuhnya dari Rizqi. Tangan lelaki itu dicapai dan dicium lembut. Matanya masih berkaca.

"Abang tak bagitahu pun nak balik. Kalau tahu Lis tak datang sini", ujar Alisa seakan mahu merajuk. Setiap hari dia menunggu berita kepulangan Rizqi. Tapi, hampir tiga minggu di sana berita baik itu tidak kunjung juga.

"Abang saja nak surprisekan Lis. Mana tahu jauh betul abang kena datang surprisekan", jawab Rizqi sambil ketawa. Tubuh Alisa ditarik mendekat kembali. Dia daratkan kucupan di dahi mulus itu.

"Abang drive terus dari airport?", tanya Alisa, dahinya sudah berkerut. Risau, sebaik sampai Rizqi terus drive ke Kedah. Penat belum, bertambah penat.

"Tak adalah. Abang sampai KL tengah hari. Malam baru abang bertolak datang sini", terang Rizqi melihat riak risau di wajah isterinya.

"Sampai sini abang tidur dekat mana?", kesian pula memikirkan di mana Rizqi bermalam. Sudahlah badan masih keletihan.

"Rill carikan motel dekat-dekat sini", ujar Rizqi, menjongketkan kening ke arah Airill.

"Macam mana dah habis soal siasat", tanya Rizqi sambil tersenyum ke arah Alisa. Sengaja mahu mengusik. Tidak puas rasanya menatap wajah sang isteri setelah tiga minggu tidak berjumpa.

Merah wajah wanita itu menahan malu. Terus dia hadiahkan jelingan tajam pada suami di hadapan. Namun hanya disambut dengan gelak besar Rizqi.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience