BAB 32

Romance Completed 157983

Awal pagi lagi, Alisa dikejutkan dengan panggilan telephone. Rizqi mengajak Alisa sarapan bersama. Dia terus menyetujui memandangkan perutnya sudah sangat lapar, tidak diisi semalaman. Hilang terus rasa lapar selepas berborak dengan Daniel semalam. Kenyang makan hati.

Mereka memilih bersarapan di kafeteria hotel. Alisa tidak mengambil makanan yang terlalu berat kerana masih tidak terbiasa. Setelah lapan tahun di luar negara, sedikit sebanyak gaya pemakanannya berubah. Memerlukan sedikit masa untuk 'adjust' kembali perutnya seperti dulu. Rizqi santai mengambil sepinggan mee goreng, bersama roti, dan secawan air panas.

"Nanti dah sampai KL, nak terus ke rumah kau atau nak singgah rumah aku dulu", tanya Alisa ketika mereka melangkah keluar dari kafe.

"Kita direct pergi rumah kau. Tak payah hantar aku", beritahu Rizqi.

"Habis tu? Kau nak balik naik grab", tanya Alisa sambil mengerut mukanya.

"Tak adalah. Am cuti harini. Dia datang pick up aku dekat sana", balas Rizqi.

"Am nak datang?", riang nada suara Alisa kedengaran. Antara semua sahabatnya hanya Ilham yang belum ditemui. Termasuk Sarah. Tapi tidak tahu sama ada Sarah sudi bertemu atau tidak dengannya

"Ya. Dia bagitahu kalau dia sendiri tak datang jumpa kau, entah bila kau akan pergi jumpa dia", Rizqi menyindir.

Alisa ketawa mendengar sindiran Rizqi. Tahu lelaki itu masih menyimpan rasa marah kerana merahsiakan kepulangannya.

"Harapnya Am tak marah dengan aku. Sudah la kena marah dengan Dani, kau pun marah juga, jangan Am masuk dalam senarai cukup", balas Alisa sambil mengerutkan wajah seolah berfikir.

"You deserve it", Rizqi menambah rasa risau bukannya memberi semangat.

*************

Mereka tiba di aparment Alisa sekitar pukul tiga empat puluh petang. Rizqi membantu mengeluarkan bagasi dan bag Alisa dari bonet kereta. Ilham sudah memaklumkan akan tiba sekitar empat puluh minit lagi memandangkan ada urusan perlu diselesaikan.

Rizqi membantu mengangkat bag Alisa sehingga ke depan pintu rumah. Mahu menunggu Ilham terasa agak lama, Alisa mempelawa Rizqi masuk ke dalam sambil menunggu.
"Housemate kau tak ada ke?", tanya Rizqi semasa melangkah masuk.

"Harini kan kerja. Tak balik lagi tu", balas Alisa sambil memasukkan bagnya ke dalam bilik. Tidak enak membiarkan bag bersepah di tengah rumah.

"Riz, kau nak solat Zohor dulu? Aku risau terlepas", tanya Alisa melihatkan sudah pukul empat petang.

"Boleh juga. Tak sure bila Am nak sampai", Rizqi mengiyakan.

Selesai mengambil wuduk, Rizqi menumpang solat di bilik Alisa. Sudah Alisa hamparkan sejadah menghadap ke arah kiblat. Sementara menunggu Rizqi selesai Alisa membancuh air dan meletakkan atas meja di ruang tamu.

"Riz, aku dah bancuh air, ada atas meja. Kau minum dulu, aku nak solat kejap". bagitahu Alisa mengambil giliran menunaikan kewajipan.

Selesai solat Alisa menyertai Rizqi di ruang tamu. Selendang yang dipakai Alisa tidak lagi dililit kemas seperti pulang dari Port Dickson. Dia hanya selempang selendangnya ke kiri dan kanan bahu, lebih selesa.

"Macam mana Riz, Am dah sampai?", melihat Rizqi yang ralit dengan handphone di tangan Alisa bertanya.

"Dah nak sampai", jawab Rizqi mengalih tatapan dari handphone di tangan.

"Ajaklah Am naik minum dulu", pelawa Alisa.

"Tak payahlah, dah petang sangat. Nanti hausemate kau balik tak selesa pulak", Rizqi menolak.

Alisa mengangguk mengiyakan. Faham, mungkin rakan serumahnya tidak selesa jika ada lelaki di dalam rumah mereka.

Banyak juga mereka borakkan sementara menunggu Ilham. Dari isu semasa hingga isu pekerjaan. Perbualan mereka terhenti apabila telefon Rizqi berbunyi. Rupanya panggilan daripada Ilham.

Alisa turun bersama Rizqi. Sempat dia capai buah tangan yang dibeli sebelum keluar.

Dari jauh kelihatan Ilham sedang menyandar di keretanya sambil menyilangkan tangan ke dada. Semakin perlahan langkah Alisa, air liur yang ditelan terasa pahit di tekak. 'Alamak nak kena bebel lagi ke', rungut Alisa dalam hati.

Ilham terus memeluk tubuh sambil bersandar ke kereta. Alisa yang berada di depan tidak ditegur. Dia hanya menatap gadis itu lama. Alisa menayangkan sengihan melihat Ilham.

"Assalamualaikum. Kau sihat?", Ilham memberi salam terlebih dahulu memecah kesepian.

"Waalaikumussalam. Alhamdullilah sihat", jawab Alisa gugup. Entah kenapa hatinya terasa tidak enak. Seperti ada udang si sebalik batu pertanyaan Ilham.

"Kau sure ke sihat? Kalau kau ada brain problem atau memory lost, better kau bagitahu aku. Nanti warded, aku bagi dekat kau wad VVIP. Itulah gunanya sahabat", balas Ilham serius.

Terkulat-kulat Alisa mendengar sindiran Ilham. 'Tahulah dia doktor jangan la diagnose aku hilang ingatan pula', kutuk Alisa dalam hati. Dia terus menarik muncung panjang.

Rizqi ketawa mendengar perbualan Ilham dan Alisa namun tidak dia sertai. Dia hanya menghampiri kereta Ilham dan memasukan bagnya ke dalam bonet.

"Kau ni Am. Sudah la baru jumpa, terus minta aku sakit, tahulah awak tu doctor", rajuk Alisa.

"Aku bukan minta kau sakit. Aku cuma risau je, mana la tahu. Dah lama duduk oversea tu sampai hilang ingatan. Kalau tak just to infrom kau dah balik bukannya susah sangat pun", sindir Ilham lagi.

Bag yang berada dalam pegangannya terus Alisa suakan kepada Ilham. "Itu buah tangan untuk kau dari PD. Sebagai simbol aku tak hilang ingatan lagi", kata Alisa sambil menjuihkan bibirnya. Ilham hanya ketawa menyambut bag yang dihulurkan Alisa. Tahu gadis itu menyakat dia kembali.

"Aku punya buah tangan, mana?", kedengaran suara Rizqi dari belakang kereta.

"Kau minta dengan aku buah tangan? Kau pergi semua tempat yang aku pergi. Kau makan semua yang aku makan. Kau boleh minta buah tangan dengan aku", tanya Alisa sambil bercekak pinggang.

"Apa maknanya kau minta dengan aku. Makanan dengan buah tangan semua kau yang bayarkan, aku tolong pilih je. Kau nak beli untuk diri sendiri ke Riz", sambung Alisa sambil ketawa.

Ilham turut tergelak mendengar kata Alisa. "So buah tangan ni bukan dari kau, tapi Riz yang beli. Tak aci la Lis", Ilham masih tidak puas mengusik Alisa.

"Kira acilah la Am, aku yang ajak Riz beli. Mean aku ingatlah tu. Aku kan tak kerja lagi, mana ada duit", sengaja disedihkan raut wajahnya. Mengeleng kepala Ilham melihat kelakuan Alisa.

Rizqi tidak membalas kata Alisa, dia hanya ketawa. Sejujurnya semasa di sana Rizqi yang 'menyara', Alisa. Bukan kerana Alisa tidak mahu membayar atau sengaja mengikis. Tapi Rizqi yang tidak membenarkan. Alasannya, Alisa belum mula berkerja lagi.

Sedang rancak berborak mereka dikejutkan dengan suara yang melaungkan nama Alisa dari belakang.

"Liss", terus Alisa menoleh melihat.

"Mira", tegur Alisa kepada Amira yang merupakan rakan serumahnya.

"You dah balik. Tak bagitahu pun", tegur Amira dengan lenggok gediknya yang mengalahkan sotong.

"I baru sampai petang tadi", balas Alisa selamba.

"Ni siapa? You tak nak kenalkan dengan I ke?", meliuk lentok tubuh Amira.

"Oh, ini kawan I. Rizqi dengan Ilham", perkenal Alisa.

"Hai, I Amira. You boleh panggil mira je, lebih manja", perkenal Amira sambil menghulurkan tangan.

Huluran tangan Amira dipandang sepi oleh Rizqi. Hanya Ilham yang menjabat tangan untuk menjaga hati. Kalau tidak difikirkan ini housemate Alisa, Ilham juga tidak mahu melayan. Malas melayan spesis macam ni sudah ramai dia jumpa.

Melihat wajah Rizqi sudah bertukar sedingin ais, Ilham meminta diri pulang. Rizqi memang anti dengan perempuan tidak cukup tulang ni. Terlentok-lentok tak kena gaya.

"Kitaorang balik dulu Lis, take care", izin Ilham sambil masuk ke dalam kereta bahagian pemandu.

"Kau pergi masuk dulu Lis. Tak payah hantar kitaorang", arah Rizqi.

"Okey, Am drive carefully", pesan Alisa apabila Ilham menurunkan cermin. Ilham mengangguk membalas pesanan Alisa

"Riz, thank you for everything tau. Halalkan makan, minum dengan barang-barang yang aku beli", ketawa kecil meletus dari bibir Alisa.

"Hmmm. Bila aku pernah minta kau ganti balik", selamba Rizqi menjawab. Dia menghulurkan tangan membetulkan kembali tudung Alisa yang sedikit terselak menampakkan lehernya.

"Iyalah. tapi untuk sedapkan hati, aku kena juga minta halal", jawab Aliasa dengan wajah polos.

"Kau tak minta halal pun ,aku dah dah halalkan", balas Rizqi.

"Dah, pergilah naik dulu", suruh Rizqi untuk kali yang kedua.

Alisa melangkah pergi bersama Amira. Dia melambai kepada Rizqi dan Ilham sebelum meloloskan diri ke dalam lif. Tapi Amira yang terlebih 'semangat' melambai. Haru dia dengan perangai Amira yang terlebih mesra alam a.k.a tak tahu malu.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience