BAB 18

Romance Completed 157983

Alisa menuruni anak tangga dengan pantas. Hampir saja dia tersembam kerana tersandung kakinya. Dia cuba mengelak daripada Daniel.

Alisa mula menjauhkan diri daripada Daniel sejak pulang dari Kem Jati Diri. Dia tidak mahu Jiha terus bersangka buruk, atau memberi sebab untuk Sarah terus mengutuk dirinya di depan rakan-rakan yang lain.

Dia juga mula menjarakkan diri dari Rizqi setelah mengetahui kedekatan Rizqi dan Zulaika. Tidak mahu kejadian yang sama menimpa diri. Sekiranya sesuatu terjadi di antara hubungan Rizqi dan Zulaika dan dia dipersalahkan.

Sakit yang Sarah berikan belum hilang sepenuhnya. Tidak mahu terus menambah luka, dia memilih menjauhkan diri.

Sampai saja di lantai bawah Alisa terus membelok ke arah kantin. Waktu petang begini kantin selalunya sunyi, tidak ramai pelajar. Dia mengambil duduk di meja paling hujung.

Termenung memikirkan saat-saat akhir persekolahan. Rupanya ia tak seindah yang digambar. Saat-saat akhir ini banyak dilukiskan dengan kelukaan.

Alisa dikejutkan dari lamunan apabila seseorang mengambil duduk di sampingnya. Kedudukan yang agak dekat membuat Alisa menoleh melihat empunya badan. Terpinga-pinga Alisa memandang Rizqi di sebelah. Dia hanya menatap Rizqi tidak berkelip. Terkejut memikirkan bagaimana Rizqi boleh berada di situ.

Alisa kembali menundukkan pandangan. Tidak mahu terus menatap wajah Rizqi yang merenung tajam. Takut mungkin, rasa bersalah juga iya. Takut memikirkan soalan yang bakal ditanya oleh Rizqi, kerana dia juga tidak punya jawapan.

Melihat Alisa yang hanya menunduk tidak mahu menatap wajahnya, membuat rasa marah Rizqi hadir tiba-tiba. "Lis, cuba kau bagitahu aku apa masalah kau sekarang? Don't you dare to say nothing when you clearly avoiding me", sergah Rizqi tiba-tiba. Emosi yang tidak terkawal menyebabkan nada bicaranya agak tinggi.

Mendengar sergahan Rizqi, Alisa hanya diam memejam matanya. Terkejut dan takut itulah yang dirasakan ketika ini. Rizqi tidak pernah meninggikan suara kepadanya sepanjang mereka berkawan.

Melihat wajah Alisa yang keruh, Rizqi sedar ketelanjurannya berbicara agak kasar. Terus diurut pelipis berulang kali. Pening kepala berada dalam situasi ini.

Dia terus mengangkat punggung dan berdiri. Beg sekolah Alisa dicapai dan disandang ke bahu. "Jom aku hantar kau balik", ajak Rizqi terus berjalan pergi meninggalkan Alisa. Dia tidak meminta persetujuan gadis itu, tahu banyak alasan yang bakal diberi. Dia cukup kenal dengan sikap Alisa.

Alisa masih termangu-mangu di tempat duduk. Melihat langkah Rizqi semakin menjauh Alisa mengangkat paksa kakinya. Rizqi menyandar tubuh di kereta sambil menunggu Alisa melangkah perlahan.

Melihat Alisa menghampiri Rizqi meloloskan tubuh ke dalam kereta. Alisa hanya berdiri lama di pintu sebelah penumpang. Masih berkira-kira untuk masuk atau tidak.

Rizqi menghidupkan enjin kereta dan sabar menunggu. Dia tidak menggesa gadis itu untuk masuk. Dibiarkan Alisa menenangkan fikiran di depan pintu. 'Biar betul dia nak tenangkan fikiran depan pintu kereta' fikir Rizqi.

Setelah agak lama berdiri, Alisa akhirnya masuk juga dan mengambil duduk di samping Rizqi. Walaupun diikutkan hati ingin saja Alisa mengambil duduk di bahagian belakang. Rizqi menoleh sekilas memandang Alisa, "Lis, pasang seatbelt", arah Rizqi ringkas sebelum meluncurkan kereta meninggalkan perkarangan sekolah.

Mereka berdua hanya membisukan diri sepanjang perjalanan. Alisa tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Tumpuan Rizqi hanya diberikan kepada pemanduan. Menganggap seolah Alisa tidak wujud disampingnya.

Alisa tidak berani memulakan perbualan. Dari raut wajah Rizqi, dia tahu pemuda itu sedang menahan marah. Kereta yang dipandu Rizqi membelok ke kanan berlawanan dengan arah menuju ke rumahnya. Tidak tahu ke mana arah tuju mereka, namun dia takut mahu membuka mulut.

Selang tidak berapa lama mereka tiba di kawasan rekreasi. Rizqi memakirkan kereta di tepi tasik berdekatan taman. Enjin kereta dibiarkan hidup.

Lama Rizqi membisu sebelum memulakan bicara. "Alisa, do mind to tell me what actually happen? Aku tak terima jawapan 'tak ada apa pun'. When it clearly yes..something happen." Kerutan jelas terlihat di wajah Rizqi. Mood lelaki itu sedang tidak baik.

Sukar bagi Alisa menjawab pertanyaan tersebut. Mustahil dia akan berlaku jujur dengan meluahkan perasaan dia terhadap Rizqi. Mustahil juga untuk dia bercerita apa yang dikatakan Sarah tentang dirinya kepada rakan-rakan yang lain. Berdiam diri adalah pilihan yang terbaik.

Melihat Alisa memandang kosong ke hadapan tanya niat untuk menjawab pertanyaannya, Rizqi menyambung lagi. "Lis, kau ada pendam sesuatu ke?". Tidak berputus asa, Rizqi menyoal lagi. Tapi Alisa masih membatukan diri.

Geram dengan sikap gadis itu yang terus mendiamkan diri, Rizqi menarik perlahan lengan Alisa duduk menghadapnya. Dia merenung lama, "Alisa kalau kau ada masalah kau boleh kongsi dengan aku. Bukannya mengelak atau jauhkan diri". Rizqi tidak bertanya tetapi menuntut penjelasan.

Alisa masih menunduk mendiamkan diri langsung tidak menatap Rizqi, menyebabkan kesabaran pemuda itu mulai menipis. Dia menghulur tangan dan mengangkat dagu Alisa agar pandangan mata mereka bertemu.

Pandangan Alisa yang berkaca-kaca membuatkan Rizqi serba salah. "Lis, aku tak marah dengan kau pun. Just want to know kalau kau ada problem. Kau tahu kan, kalau kau ada masalah kau boleh bagitahu aku. Selagi boleh aku akan usaha tolong kau. Tapi mengelak diri dari aku dan kami semua tak akan selesaikan apa-apa", ujar Rizqi panjang lebar cuba memujuk kembali hati Alisa.

Air mata Alisa mengalir laju mendengar kata-kata Rizqi. Bagaimana mungkin dia berterus-terang dengan pemuda itu saat segenap hatinya telah dihuni oleh gadis lain. Bagaimana ingin dikhabarkan kepada Rizqi betapa terlukanya perasaannya.

Saat berada dalam dilema dia cuba bangkit membina kembali kekuatan. Tapi tak disangka sahabatnya sendiri menghina dan membenci. Seorang sahabat yang disayangi umpama keluarga sendiri. Sahabat yang sentiasa ada disisi menemani saat sedih dan gembira, gelak dan tawa. Sahabat yang menemani dari kecil hingga melangkah ke alam remaja bersama-sama.

Sebelum ini sudah diangankan perjalanan hidup mereka bersama. Dalam setiap perancangan pasti ada dia. Tapi dalam sekelip mata semua itu musnah. Hati mana tidak hancur. Sahabat yang diharapkan mampu menguatkan semangat rupanya yang merajut sisa kekuatan. Mengingatkan semua yang berlaku kebelakangan ini, tangisan Alisa yang ditahan pecah jua.

Dia mendekapkan kepala ke lutut menangis sepuas-puasnya. Tidak dihiraukan Rizqi yang berada di sampingnya kebingungan. Alisa menangis seolah ingin melepaskan semua kesedihan dan kekecewaan dalam diri.

Hati Rizqi terasa dihiris-hiris melihat air mata Alisa. Niat untuk berbincang meleraikan masalah malah membuat gadis itu menangis. Tanpa berfikir panjang dia menarik tubuh Alisa dalam pelukannya. Dia mengusap perlahan belakang Alisa cuba meredakan tangisan.

Jujur Rizqi juga resah dengan situasi ini. Dia tidak tahu apa yang membelenggu hati Alisa. Senyuman dan gelak tawa sudah menghilang dari diri Alisa.

Apabila tangisan Alisa mula mereda, Rizqi melepaskan pelukannya. Wajah gadis itu kemerahan dan air mata belum kering sepenuhnya.

"Lis, kalau kau tak bersedia nak kongsi dengan aku, it's okey. Aku tak akan paksa kau. Aku nak kau ingat satu je. Kalau kau perlukan aku anytime.. aku sentiasa ada. Itu janji aku", ujar Rizqi sambil menghapuskan sisa air mata Alisa dengan hujung jarinya.

Setelah dirinya kembali tenang, Alisa menghela nafasnya perlahan. Dia menoleh memandang Rizqi, "Riz...,ada something yang dah lama aku simpan dalam hati. Tapi aku tak bersedia nak luahkan dekat kau. Suatu masa nanti, bila aku dah bersedia dan aku boleh ajarkan hati aku ikhlas, masa tu nanti aku akan luahkan dekat kau.", ujar Alisa perlahan.

Rizqi terdiam seketika. "Aku akan tunggu. Aku akan tunggu sampai kau dah bersedia nak berkongsi dengan aku. Bila masa tu dah tiba aku jadi pendengar yang setia", Rizqi membalas dengan senyuman.

Alisa tersenyum kecil mendengar ujaran Rizqi. Setelah menangis terasa separuh beban yang menghuni dirinya diangkat pergi. Walau tidak sepenuhnya Alisa merasakan ini adalah permulaan yang baik. Dia ingin melangkah gagah menuju masa depannya. Tidak mahu semua ini meruntuhkan impian dan harapannya.

"Rizqi, thank you for everything", ujar Alisa.
"Anything for you Lis. Asalkan lepas ni kau tak menjauh dari aku lagi, cukup. Jenuh sampai kena menculik nak memujuk punya pasal", balas Rizqi sambil ketawa kecil mengingatkan tindakannya memaksa Alisa pulang bersama.

"Aku bukan merajuk tapi menenangkan diri", Alisa menjawab sambil menjuihkan bibirnya tanda tidak setuju.

"Jom aku hantar balik, atau kau ada nak singgah tempat lain", tanya Rizqi.

"Tak ada nak pergi mana. Aku nak balik, just nak rest ", balas Alisa.

Rizqi mengangguk kecil


************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience