BAB 1

Romance Completed 157983

Pagi ini terasa sungguh nyaman ditemani embun dan kabus. Jam sudah menunjukkan pukul enam lima puluh pagi dan sang mentari masih malu-malu menampakkan diri. Dari jauh kelihatan seorang gadis berjalan perlahan menuju pintu pagar besar Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam.
Senyuman di bibirnya tidak lekang sepanjang perjalanan. Langkah kakinya pantas diatur menuju ke bilik ahli jawatankuasa pengawas yang kelihatan sudah terang. Menandakan sudah ada seseorang di dalam. Kelihatan sosok seorang lelaki bersama beberapa helai kertas di tangan. Dia begitu ralit dengan bacaan hingga tidak menyedari kehadiran orang lain di situ.

"Selamat pagiiiiii" jerit Alisa dengan tiba-tiba. Pemuda itu pantas memanggung kepala, menatap Alisa.

"Assalamualaikum" kedengaran salam diberi oleh Rizqi sebaik meletakkan kertas di tangannya atas meja. Dia hanya mengeleng- geleng kecil melihat tingkah sahabatnya itu.

Meyedari ketelanjuran sendiri lupa memberi salam Alisa tersenyum malu.

"Waalaikumussalam, sorry Riz aku memang sengaja nak kejutkan kau" balas Alisa sambil ketawa tanpa rasa bersalah. Rizqi hanya tersenyum kecil mendengar ujaran gadis itu

"Awal kau datang harini?" tanya Alisa, sambil menarik kerusi di samping Rizqi. Dia terus melabuhkan punggung sebaik meletakkan buku yang dikendongnya di atas meja.

"Aku prepare teks ucapan untuk perhimpunan rasmi pagi ni" jawab Rizqi, menunjukkan teks ucapan di tangan.
"Kalau kau jadi mc, siapa yang pimpin bacaan doa nanti" Alisa menjengah kepalanya melihat isi kandungan teks itu.

"Dani yang pimpin bacaan doa, aku dah bagitahu dia" balas Rizqi menatap kembali kertas yang dipegangnya.

"Riz, laporan salah laku pelajar untuk bulan lepas aku dah siap kemaskini. Tapi aku rasa kau kena bincang dengan Cikgu Hayati la" ucap Alisa tiba-tiba mengalih topik perbicaraan mereka.

"Kenapa", serius Rizqi menyoal. Pandangannya tertumpu pada Alisa. Dia terus meletakkan kembali kertas dalam pegangannya di atas meja dan menatap Alisa diam tanpa kata.

Alisa tahu Rizqi merupakan ketua pelajar yang sangat berdedikasi. Bawah kepimpinannya kes salah laku pelajar mencatat angka yang paling rendah.

'Tapi bukan aku yang langgar peraturan kenapa aku yang kecut perut pulak nak kena hadap dia. Semua ni salah Dani patutnya dia yang kena siapkan laporan ni. Tak pasal-pasal pulak aku yang kena bentang laporan dan hadap Rizqi', celetuk hati Alisa.

'Dah la Rizqi ni menakutkan kalau dia dah naik marah, adoiiiii! apa la nasib aku pagi-pagi ni.' sendu Alisa dalam hati memikirkan nasib diri.

"I'm still waiting, Nur Alisa" tiba - tiba kedengaran suara Rizqi memecah kebisuan antara mereka.

'Habis la aku, kalau dah sebut nama penuh aku tu maknanya dia tengah serius. Nasib baik tak dipanggilnya nama bapa aku sekali. Kusss semangat', sempat dia bermonolog dalam hati.

"Kau kan tahu kita nak SPM lagi tiga bulan, tapi kes salah laku pelajar naik mendadak. Especially pelajar tingkatan lima", jelas Alisa dengan riak yang serius.

Rizqi terus menatap Alisa tanpa kata. Menyebabkan duduk gadis itu serba tak kena dibuatnya. Bagai pesalah menunggu hukuman dijatuhkan begitulah perasaan Alisa sekarang.

"Kalau melibatkan student tingkatan lima, kes salah laku mana mendadak naik",soal Rizqi akhirnya memecah keheningan.

Alisa menarik nafas lega dengan pertanyaan Rizqi. 'Haru dibuatnya kalau Rizqi tak bercakap sampai sudah, duk tenung je muka aku. Bukan ada jawapan pun dekat muka aku ni'. celetuk Alisa.

"Kebanyakkan kes ponteng kelas tambahan, ponteng seminar dengan ceramah dan merokok" jawab Alisa sambil berfikir sekiranya masih ada yang dia tertinggal.

"Aku rasa nak dekat SPM ni ramai yang stress. Kerja sekolah bertimbun, kelas tambahan setiap hari, kuiz lagi, dengan nak ulangkaji past year punya soalan exam. Maybe sebab tu diorang burnout kut", melihat Rizqi yang masih diam membisu, Alisa cuba memberi pendapat dari sudut pandangannya.

"Lepas perhimpunan nanti aku infrom Cikgu Hayati dengan kaunselor. Jadi make sure, kau bagi dekat aku loporan salah laku pelajar tu harini juga" arah Rizqi.

"Assalamualaikum..."

Belum sempat Alisa menjawab, kedengaran salam diberikan Serentak mereka berdua menoleh memandang empunya suara. Melihat sosok tubuh tersebut terus Alisa menghadiahkan sebuah jelingan yang tajam. Tanda protes terhadap Daniel penyebab dia perlu menghadap soalan Rizqi.

"Waalaikumussalam" sambut Rizqi sambil menatap kedua sahabat kami yang baru tiba.
"Amboi! kau Lis aku bagi salam bukan nak jawab tapi siap menjeling lagi", getus Daniel sambil melangkah masuk ke dalam bilik pengawas diikuti Ilham dari belakang.

"Aku jawab dalam hati laa, bukannya kau boleh dengar", balas Alisa dengan muka mencuka.

"Apa yang korang bincangkan, serius je aku tengok" celah Ilham.

"Macam ada masalah besar je, kalau tidak jangan mimpi la kau nak tengok Lis buat muka serius. Ini dah macam 'ayam berak kapur' dah aku tengok " ujar Daniel sambil mengekek ketawa. Sengaja memancing kemarahan Alisa.

"Punyalah lawa muka aku ni, kau samakan dengan ayam." marah Alisa sambil menuding jarinya yang runcing itu tepat ke muka Daniel.

"Tak apalah, sekurangnya comel juga ayam, daripada kau muka macam Orang Hutan tak mandi tujuh hari" balas Alisa sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Melihat timbulnya bibit perdebatan antara Alisa dan Daniel, Rizqi pantas mencelah", Duduklah dulu, ada benda aku nak tanya"

Melihat muka Rizqi yang serius Daniel pantas menarik kerusi di samping gadis itu manakala Ilham menarik kerusi di samping Rizqi.

"Apa masalahnya, Riz" melihat muka Rizqi yang serius Ilham bertanya sejurus meletakkan beg yang digalasnya atas kerusi.

"Am, kau tahu tak kes salah laku pelajar tingkatan lima naik mendadak, nak dekat dengan SPM lagi banyak kes ponteng kelas tambahan", Rizqi menyoal Ilham yang berada di sampingnya.

Alisa dan Daniel hanya memasang telinga mendengar pertanyaan Rizqi. Mengambil keputusan untuk tidak masuk campur perbualan mereka. Silap haribulan soalan itu beralih kepada mereka berdua pula selepas ini', bisik hati Alisa.

'No way, tadi aku dah disoal Rizqi. Seramnya nak menjawab sampai sejuk kaki dan tangan. Macam nak menjawab soalan KBAT aras tinggi dah. Macam aku pulak yang ponteng kelas tambahan dengan merokok. Rokok pun aku tak pernah pegang', omel Alisa dalam hati.

"Aku in charge bahagian spot check kelas lepas sesi sekolah. Dapat agak juga la agak kes ponteng kelas tambahan ni akan meningkat. Tapi tak sure la kalau naik mendadak sebab analisis kes salah laku ni tak sampai kat tangan aku lagi" Ilham menjelaskan kedudukan sebenar kepada Rizqi.

Dengan riak muka yang serius Ilham menyambung penjelasan, " aku rancang nak bincang dengan kau lepas dapat analisis tu minggu ni".

"Tak apa, Lis dah bagitahu aku tadi. Am, kau tolong adjust meeting pengawas petang esok.
Harini biar aku jumpa Cikgu Hayati dengan Kaunselor dulu", Rizqi memberi arahan usai mendengar penjelasan Ilham. "Lima belas minit lagi perhimpunan nak start nanti kita sambung".

Rizqi mengangkat punggung dari kerusi dan berjalan keluar untuk bersiap memulakan perhimpunan pagi ini. Diikuti oleh Ilham dan Daniel di belakangnya. Namun belum sempat kakinya menjejak keluar dia berpaling dan memandang Alisa

"Lis, Ain dengan Sarah tak datang harini" tanya Rizqi, yang sememangnya aku ketahui mempunyai sifat ambik berat yang tinggi terhadap sahabatnya.

"Datang, tapi lambat sikit kut sebab Sarah nak jemput Ain dekat rumah dia. Sebelum loceng bunyi diorang sampai tu" jawan Alisa bagi pihak kedua orang sahabatnya.

"Nanti suruh diorang terus masuk barisan bahagian belakang", arah Rizqi.

"Baik boss", jawab Alisa sambil mengangkat tabik hormat.

Rizqi hanya tersenyum kecil melihat gelagat Alisa yang kebudak- budakan.

**********

Hai korang, please support ya. Alisya akan try update sehari satu chapter. Hopefully berjaya la ya.... Selamat membaca guys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience