BAB 78

Romance Completed 157983

Baju yang berlonggok atas katil diambil dan dilipat satu persatu. Disusun kemas di dalam bagasi di sisi.

"Sampai bila akak nak rahsiakan. Umi dengan walid akan tahu juga. Baik berterus terang je. Semua ni bukan salah akak pun. Abang Daus yang nak sangat bercerai", Zarlina menyuarakan ketidakpuasan hati. Marah, memikirkan sikap pentingkan diri abang iparnya. Benci dengan lelaki itu kerana menyakiti hati sang kakak.

Wanita itu masih menunduk melipat baju yang bertimbun di hadapan. Tidak menjawab pertanyaan sang adik. Sebetulnya dia juga tidak mempunyai jawapan.

"Akakkkk....akak dengar tak apa Lina cakap ni", Zarlina sudah menarik tangan sang kakak menghadapnya. Kesabaran kian menipis berterusan menghadap kebisuan wanita itu.

"Mungkin dah tertulis jodoh kami sampai sini saja. Tak ada guna kita nak terus memaksa. Tak akan bahagia. Yang ada kedua-duanya akan terluka", ujar Zulaika memandang tepat wajah sang adik. Dia hanya menarik lemah segaris senyuman di bibir.

"Kita terus terang dengan umi dan walid. Biar umi dan walid bagitahu ibu dan ayah abang Daus. Mana tahu ada jalan yang lebih baik dari penceraian ni. Belum terlambat lagi, akak pun dalam tempoh iddah. Still boleh rujuk", pujuk Zarlina, tidak berputus asa.

Zulaika hanya mengeleng perlahan. Hampir tiga tahun usia perkahwinannya dengan Firdaus. Selama ini sudah terlalu banyak lelaki itu berkorban. Masa, tenaga dan perasaan. Segala tomahan, lelaki itu telan tanpa sebarang kata.

Dia tak layak menghalang Firdaus melangkah pergi. Mengangkat kaki dari ikatan perkahwinan mereka. Dari awal, dia mengkhinati lelaki itu. Sepanjang mereka bersama tidak pernah walau sekali dia jalankan kewajipan seorang isteri yang sesungguhnya.

"Akak fikirlah tentang Ayash. Dia masih kecil. Masih perlukan kasih sayang seorang ayah. Janganlah akak pentingkan diri, sanggup ragut sosok seorang ayah dari dia", hampir menangis Zarlina, memohon kepada Zulaika. Melihat kedegilan wanita itu, dia hampir putus asa.

"Ini jalan yang terbaik. Biarlah kami bawa haluan masing-masing. Biarlah dia kejar bahagia dia", menitik juga airmata Zulaika. Bukan tidak fikirkan tentang anaknya. Sudah dua tahun, Ayash menumpang kasih Firdaus. Sekalipun lelaki itu tidak pernah mengeluh. Tidak pernah Firdaus meletakkan kesalahan yang dilakukannya pada anak kecil itu. Tidak pernah sekalipun dia lepaskan kekecewaan dan kemarahannya pada anak itu. Dia telan semua kesakitan itu sendirian. Zulaika tidak mahu terus mengikat lelaki itu dalam perkahwinan ini. Tapi dia juga tidak cukup kuat mengungkap kebenaran yang disembunyikan selama ini kepada umi dan walidnya. Dia tidak sanggup melihat kekecewaan di wajah mereka.

"Cuba akak jujur dengan Lina. Akak masih tak dapat lupakan abang Riz? Cinta akak pada Abang Riz selama ni tak pernah pudar?", soal Zarlina bertalu-talu.

"Lina! Antara akak dan Rizqi dah tak ada apa-apa. Kitaorang tak pernah berhubung langsung selama tiga tahun ni. Penceraian akak dengan Abang Daus tak ada kaitan langsung dengan dia", laju Zulaika menyangkal tuduhan Zarlina. Tidak mahu gadis itu salah faham.

"Habis tu, cuba akak bagitahu Lina apa sebab akak dengan Abang Daus berkeras nak bercerai. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je", tidak puas hati Zarlina menyoal.

Zulaika diam seribu bahasa. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan duduk sebenar keadaan kepada Zarlina. Ayash bukanlah anak Firdaus. Bukan dari benih lelaki itu. Ayash anak yang dikandung sebelum pernikahannya dengan Firdaus lagi. Zulaika tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan kebenaran itu pada keluarganya.

Dia tidaklah sebaik yang disangka. Dia hanya wanita biasa yang lemah. Tidak lepas dari melakukan kesilapan. Penyesalan yang dirasakan datang terlalu lambat. Mungkin ini balasan atas pembohongan dia selama ini. Dia hancurkan perasaan tulus seorang lelaki padanya. Jika waktu boleh diputar kembali dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa.

*************

"Kalau macam ni punya sedap hari-hari nak minta masak", puji Liyana. Tangannya sibuk menyuap nasi ke dalam mulut. Tidak berhenti. Berselera betul gadis itu makan.

"Thank you Yana, tolong masak. Kalau tidak, tak tahu la bila nak siap terhidang lauk tu", mengekek Alisa ketawa mengenangkan huru-hara di dapur sebentar tadi. Liyana jarang masuk ke dapur, pengetahuan memasak agak terhad. Tapi effortnya yang mahu membantu patut dihargai. Kalau tidak susah untuk Alisa memasak tanpa bantuan dengan keadaan kakinya.

"Tolong ke menambahkan kerja? Sorry la Lis, Yana memang tak berapa cekap nak memasak. Kalau masak maggi terer", gadis itu sudah memuncungkan bibir. Niat di hati nak membantu, tapi lain jadinya.

"Ajaklah Nab makan sekali. Dari tadi tak nampak batang hidung", sejak kejadian minggu lepas, hampir seminggu Nabilah moody.

"Shima macam mana. Nak ajak sekali?", mendengar pertanyaan Liyana, kedua gadis itu berpandangan sesama sendiri. Mereka melepaskan keluhan panjang. Liyana juga sudah menghentikan suapan. Hilang sudah selera.

Jika dulu Nabilah dan Shima bersahabat baik. Sekarang lain jadinya. Pantang berjumpa pasti perang mulut meletus. Kalau dibiarkan boleh lawan tarik rambut. Pening Alisa dan Liyana menjadi orang tengah.

"Tak sure la. Shima nampak nak jauhkan diri dari kita. Dia selalu mengelak. Bercakap pun nak tak nak", serba salah Alisa memikirkan kedua housematenya.

"Tak apalah, Yana ajak Nab makan sekali. Kalau ajak Shima belum tentu dia nak buka pintu. Lagipun, tak tahu ada ke tak dalam bilik. Dia payah nak lekat dekat rumah sekarang", ujar gadis itu menapak ke bilik Nabilah. Entah apa yang diborakkan kedua gadis tu, lama betul. Nak ajak makan je.

Alisa tercengang melihat Nabilah dan Liyana melangkah ke meja makan. Mata dan hidung Nabilah masih jelas kemerahan. Mungkin baru sudah menangis.

"Jomlah makan sekali. Harini Lis dengan Yana masak special", ujar Alisa. Tidak langsung cuba mengorek masalah gadis itu. Bukan masa yang sesuai. Jika Nabilah sudah bersedia untuk berkongsi dia akan menjadi pendengar yang baik.

"Patutlah dari dalam bilik dah bau semerbak. Perut Nab dah berkeroncang siap menari tango lagi", sempat gadis itu berseloroh sebaik melabuhkan punggung.

"Makan biar sampai kenyang. Jangan malu-malu. Nanti rugi, bukan senang nak rasa air tangan Lis dengan Yana", usik Alisa.

"Yana tolong hulur bahan je. Lis yang masak. Tu pun pun ada yang silap hulur. Nasib baik menjadi juga. Kalau tidak masuk dalam tong sampah jawabnya.", jujur Liyana mengakui kelemahan diri.

Nabilah ketawa lepas mendengar rungutan Liyana. Sifat berterus-terang memang sudah sebati dengan gadis itu. Liyana bukanlah gadis yang hipokrit. Dia tak akan ubah diri hanya untuk diterima orang lain. Dibalik kelembutannya, Liyana seorang yang berpendirian tegas.

Sedang asyik berborak, mereka dikejutkan dengan bunyi loceng. "Husband Lis dah sampai ke?", tanya Liyana yang sudah sedia maklum akan kedatangan Rizqi harini.

"Tak pasti pula. Riz tak bagitahu pun dah otw", ujar Alisa. Hairan juga. Alisa mengambil tuala yang tersangkut di kerusi diletakkan atas kepala. Menutup rambutnya.

Dia melangkah perlahan ke pintu. Sebaik terbuka Alisa tercengang. Melihat sosok lelaki itu dia terkaku di depan pintu.

"Kenapa tu Lis?", tanya Nabilah yang sudah menyarung tudung. Gadis itu menjengah kepalanya dari balik tubuh Alisa. Melihat sosok di depan pintu terus menyirap darah. Naik mencanak api amarah yang ditahan.

"Buat apa dekat sini? Nak jumpa perempuan simpanan kau?", kasar bahasa Nabilah. Sudah tidak dihiraukan jiran tetangga yang mungkin terdengar.

"Semua ni punca dari kau kan? Kau yang bawa mulut dekat keluarga aku? Betul tak! Kau memang perempuan mulut puaka", jerkah Hafiz. Lelaki itu, terus meluru masuk. Di capai lengan Nabilah dan dicengkam erat. Walaupun lengannya terasa perit, Nabilah tidak mengaduh. Matanya tajam menentang mata Hafiz, sepupu yang sangat dibencinya sedari dulu.

Terkejut dengan terpaan lelaki itu, Alisa terdorong ke dinding. Tubuhnya hilang imbangan akibat kaki yang belum sembuh sepenuhnya. Laju Liyana lari mendapatkan Alisa. Memapah tubuh wanita yang sedang meringis menahan sakit. Wajah Liyana berkerut memandang tetamu yang masuk tanpa diundang.

"Kenapa? Kau nak pukul aku! Pukul lah. Make sure bagi nampak dengan jelas kesan tu. Senang aku nak tunjuk dekat bapak kau dengan bapak aku", Nabilah menuding tepat jarinya ke muka Hafiz.

"Kau ingat aku takut nak angkat tangan dekat kau. Jangan ingat kau boleh ugut aku guna nama bapak kau dengan bapak aku", mata Hafiz mencerlung menatap Nabilah.

"Takut. Dari dulu lagi aku dah tahu kau jenis tak kenal erti takut. Sebab tu tak kenal mana dosa mana pahala. Hidup bertuankan nafsu. Keluarga sendiri pun kau boleh tikam belakang", balas Nabilah tidak kalah sinis.

Cengkaman pada lengan Nabilah dieratkan. Rentapan gadis itu yang cuba melepaskan diri, tidak dihiraukan.

"Kau rasa kau baik sangat? Jangan ingat bila dah bertudung, kau dah jadi ustazah. Nak bincang soal dosa pahala orang lain. Hidup ni prinsip dia mudah je. Jangan jaga tepi kain orang. Jangan kacau hidup orang. Buat hal sendiri senang. Kalau tak mati pun tak tahu dekat mana", Hafiz merentap lengan Nabilah, mendorong tubuh gadis itu mendekat. Keras peringatan yang dibenamkan pada gadis itu.

"Kita kalau hidup jangan berpura-pura. Depan mak bapak pijak semut tak mati. Lembut gigi dari lidah bila bercakap. Berjalan siap bertunduk, kalau boleh nak merangkak, menyulur dekat lantai. Tapi perangai boleh bersahabat dengan setan", Nabilah mendekatkan mukanya pada wajah Hafiz. Dia menyindir tepat pada wajah lelaki itu.

Hafiz dan Nabilah menyimpan seribu rahsia terkait masa lalu. Sejak itu hubungan mereka tidak pernah akur. Kebencian yang tertanam bertahun-tahun sukar terlerai. Sudah berakar umbi.

"Pang", laju tangan Hafiz mengayun penampar pada pipi Nabilah. Gadis itu jatuh terjelepok di lantai. Terjerit, Alisa dan Liyana melihat kelakuan kasar lelaki itu.

Alisa dan Liyana terus berlari mendapatkan Nabilah. Dia terus duduk melutut. Tidak dihiraukan rasa ngilu pada kaki. Melihat pipi gadis itu sudah berbirat, hujung bibirnya sudah pecah. Laju airmata Alisa mengalir. Ditarik tubuh kecil gadis itu dalam pelukan. Menggigil tangannya mengusap belakang tubuh Nabilah.

Dia mula menggigil. Tubuhnya terasa seram sejuk. Melihat keadaan Nabilah, mengingatkan Alisa pada peristiwa hitam yang cuba dihapuskan dari ingatannya.

"Nabilah, kau jangan cabar kesabaran aku. Kau tak tahu apa aku boleh buat. Jangan sampai kau menyesal nanti", ugut Hafiz. Masih tidak puas hati melihat Nabilah yang sudah berdarah bibirnya.

"Kau nak buat apa dekat aku? Nak rosakkan aku? Macam yang kau dah buat dekat perempuan lain", Nabilah bangun menentang pandangan Hafiz. Hujung bibir yang berdarah dilap kasar. "Kau tu yang patut hati-hati. Jangan buat ramai sangat musuh. Risau yang mendapat nanti adik kau bukan aku", ujar Nabilah menyunging senyuman sinis. Haslinda adik kepada Hafiz, sama jahat sahaja perangai.

Hafiz merentap ke belakang tudung yang dipakai Nabilah. Kepala gadis itu juga ikut terdongak.

Melihat kelakuan Hafiz yang semakin kasar, Alisa dan Liyana terus bangun. Lengan Hafiz dipukul kuat, cuba memaksa lelaki itu melepas cengkaman pada tudung Nabilah. Namun hanya sia-sia.

"Lepaslah. Kau dah kenapa, Hafiz? Dah gila. Kau jangan lebih-lebih, aku call polis nanti. Biar semua orang tahu", jerit Alisa tidak dapat menahan perasaan marahnya.
Bingit dengan jeritan Alisa, Hafiz dorong kasar tubuh wanita itu jatuh ke lantai.

Tidak tahan melihat Alisa dan Nabilah terus disakiti, Liyana hayunkan penampar sekuat tenaga tepat pada muka lelaki itu. Hening seketika suasana di ruang tamu .

Mata Hafiz merah menahan marah. Telapak tangannya dikepal. Matanya mencerlung tajam menatap Liyana. Belum sempat penumbuknya hinggap pada Liyana, lelaki itu sudah terperosok jatuh ke lantai.

Alisa mendongok kepala. Memandang sosok Rizqi, air mata yang belum kering sejak tadi semakin laju turun. Esakannya semakin menjadi-jadi. Cuba melepaskan rasa takut, sedih, marah, sakit yang ditahan sejak tadi.

Rizqi terus mendekati Alisa yang terduduk di lantai. Ditarik tubuh wanita itu dalam pelukan. Dia menoleh memandang Nabilah yang sudah terduduk menyandar di dinding. Liyana hanya berdiri membatu. Mungkin masih terkejut.

Tidak mahu bertanya punca atau sebab, Rizqi meleraikan tubuhnya dari Alisa. Tanpa sebarang kata terus melangkah ke arah Hafiz. Rambut lelaki itu direntap kasar. Wajahnya menatap tepat muka lelaki tak guna itu.

"Kau dengar sini. Aku bukanlah baik sangat. Aku...kalau marah lagi kejam dari kau. Tak kisahlah kau buat apa sebelum ni, apa kisah silam kau. Kau jahat macam mana pun aku tak peduli. Tapi...kalau kau cross aku punya bottom line, aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Cubalah...kalau tak percaya. Try me. Harga penyesalan tu kau akan bayar seumur hidup. Wife aku, tu aku punya bottom line", Satu persatu Rizqi bisikan kata-kata itu tepat di telinga Hafiz. Sebelum bangun sempat dilayangkan sepakan pada perut lelaki itu.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience