BAB 3

Romance Completed 157983

Hujan lebat yang turun tiba-tiba bersama guruh dan kilat mengejutkan Alisa. Sudah la hari ini dia ke sekolah dihantar ibunya. Papa perlu menghadiri khusus secara mengejut. Dari awal dia sudah memaklumkan kepada ibunya untuk pulang bersama Ain dan Sarah.

Tidak berjalan sesuai perancangan, Dia tiba-tiba dipanggil Cikgu Hayati. Kertas kerja Kem Jati Diri perlu dibuat semula. Terdapat rombakan bilangan pelajar yang akan menghadiri kem yang bakal diadakan pada bulan October nanti. Dia, sebagai Setiausaha Unit Pengawas perlu menyiapkan kertas kerja itu secepat mungkin.

Alisa kembali menadah kepala merenung ke langit yang masih gelap. Hujan juga tidak menampakkan tanda-tanda akan berhenti dalam waktu terdekat. Termenung Alisa memikirkan apa yang harus dilakukan. Ibu sudah memaklumkan akan pulang lewat dari kebiasaan. Rakan sepejabat ibunya bakal berpindah pada minggu hadapan. Hari ini majlis perpisahan itu diadakan di sebuah restoran.

Tidak mahu terus berdiri di kaki lima, Alisa berlari-lari anak ke stesen bus berhadapan sekolah. Dia berlari memayungkan diri beralaskan file plastik berwarna kuning yang dipegang.

Jarak yang tidaklah begitu jauh tapi mampu membuat Alisa basah kuyup. Cukup untuk menggambarkan betapa lebatnya hujan. Dia hanya pasrah menunggu di situ bersama pakaian yang sudah lencun.

'Kalau aku tahu harini nak hujan, aku minta ibu jemput aku, tak adalah aku terkandas dekat sini sorang-sorang' rungut Alisa dalam hati.

Memikirkan, kerja sekolah yang bertimbun, kertas kerja bermasalah, dengan nak ulangkaji lagi untuk percubaan SPM, Alisa menghela perlahan nafasnya. Apalah nasib aku harini. Alisa menyambung rungutannya.

"Pon, Pon" bunyi hon mengejutkan Alisa dari lamunan. Sebaik memanggung kepala, kereta Honda berwarna hitam muncul memenuhi pandangan. Perlahan tingkap itu diturunkan sedikit.

"Lis, naiklah aku hantar" kedengaran suara Rizqi di balik tingkap.

Alisa yang sudah menggigil kesejukan dan kedinginan terus mencapai beg di samping dan menerobos masuk ke dalam perut kereta. 'Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal' itulah perumpaan sesuai menggambarkan situasinya.

"Thank you, Riz. Kalau tak kena aku tunggu sampai hujan berhenti atau call ibu aku", ucap Alisa sambil mengesek-gesek kedua tapak tangannya untuk menghilangkan rasa sejuk.

Sejuknya tak boleh bawa bincang. Sudahlah baju basah lencun ditambah dengan aircond. Sejuk mencucuk sampai ke tulang. Menggigil tubuh Alisa.

Rizqi membalikkan tubuh dan mencapai sweater di belakang. Dihulurkan kepada Alisa, "kau pakai sweater ni dulu" arah Rizqi melihat gadis itu mengigil menahan sejuk. Baju sekolah yang sudah basah kuyup itu juga jelas menampakan susuk tubuh gadis itu.

"Aku tak tahu pun kau drive harini" tanya Alisa setelah menyarungkan sweater yang dihulurkan Rizqi ke tubuhnya.

Dia sudah sedia maklum, papa Rizqi ada menghadiahkan sebuah kereta sempena ulang tahun kelahirannya pada awal tahun ini.

"Dah dua hari moto aku rosak, tak boleh nak start" Rizqi menjawab sebelum meluncurkan kereta membelah jalan.

"Kau kenapa tak balik lagi, seingat aku harini tak ada mesyuarat", Rizqi bertanya sambil menurunkan suhu aircond keretanya.

"Meeting tak ada, tapi Cikgu Hayati nak jumpa aku. Ada masalah sikit dengan kertas kerja untuk kem Jati Diri kita tu" balas Alisa bersama suara yang serak kerana kedinginan.

"Kem yang kita buat sebulan sebelum Exam SPM tu ke?" soal Rizqi meminta kepastian. Terlalu banyak bangkel dan kem yang akan diadakan menjelang SPM.

"Ya, kem tu la. Asalnya kem tu libatkan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber je. Tapi last minute ada cadangan nak libatkan semua pelajar tingkatan lima. Jadi, aku kena rombak dari awal la kertas kerja tu", jelas Alisa bersama keluhan.

Rizqi hanya mengetuk-getuk perlahan jarinya di stereng kereta mendengarkan penjelasan Alisa.

"Bila Cikgu Hayati nak kau hantar kertas kerja tu" tanya Rizqi.

"Paling lambat this week juga, banyak benda nak booking dengan settle. Kalau kertas kerja tak siap kerja tak jalan", lemah kedengaran suara Alisa menjawab.

Badannya sudah dirasakan semakin lemah. Bahang SPM yang bakal diduduki kurang dari tiga bulan sudah mula dirasakan. Serasa tidak cukup masa dua puluh empat jam sehari. Kalau diberi tiga puluh jam sehari pun belum tentu cukup juga. Keluh Alisa di dalam hati.

"Kau okey tak ni" tanya Rizqi memandang sekilas gadis di sampingnya. Melihat wajah putih bersih gadis itu yang pucat membuatkan jantungnya berdegup laju.

"Aku okey.. cuma sejuk sangat" Alisa menjawab dengan suara bergetar.

Rasa sejuk yang menjalar di seluruh tubuh membuatkan dia tidak mahu membuka mulut berbicara.

Melihat tubuh gadis itu yang masih menggigil Rizqi terus melekapkan tapak tangannya di dahi Alisa. 'Panas' itulah yang dirasakan oleh Rizqi.
Rizqi terus memecut kereta, membuat pusingan u-turn di hadapan. Dia kemudiannya membelok memasuki lorong yang terdapat sederet bangunan kedai. Berhenti tepat di hadapan pintu farmasi. Tanpa lengah, pemuda itu terus melangkah keluar.

Entah berapa lama Alisa termenung di tempat duduknya. "Bang", bunyi dentuman pintu kereta yang menyedarkan dia kembali dari lamunan. Kelihatan Rizqi sudah kembali dengan seberkas beg plastik di tangan.

"Lapik perut kau dengan roti ni dulu, lepas tu makan ubat", Rizqi mengarah sambil menghulurkan beg plastik yang mengandungi ubat, roti dan air mineral.

Alisa hanya menurut tanpa membantah, memandangkan badan dia sudah terasa lemah dan lemau. Usai gadis itu menghabiskan roti dan menelan ubat, Rizqi kembali memecut kereta.

"Sekarang ni critical time, kau kena jaga kesihatan. Kalau kau mc lama, ketinggalan nanti susah kau nak catch up, kerja pun jadi bertimbun", perlahan suara Rizqi menasihati Alisa.

"Aku tahu, selalunya kalau mandi hujan pun aku jarang sakit. Mungkin sekarang ni stress kut. Tak cukup rehat tu yang badan jadi lemah, senang nak lekat penyakit", dalih Alisa memberi alasan.

"Kau cakap pasal siapa? Nur Alisa, in case you forget antara kita semua, kau yang paling mudah sakit", bidas Rizqi tanpa berlapik.

Mendengar nama penuhnya disebut, gadis itu hanya diam tanpa membalas. Tahulah dia, Rizqi sedang serius. Nak dibalas apa lagi, memang benar kata-kata Rizqi. Antara mereka semua dia paling mudah jatuh sakit.

Rizqi memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah semi-D berwarna silver putih yang agak mewah. Melihatkan hujan yang belum reda, dia hulur tangan meminta kunci dari Alisa. Terus turun membuka pintu pagar. Melihat pemuda itu sudah kebasahan ketika kembali ke kereta, Alisa merasa serba salah.

"Riz, thank you hantar aku balik, sorry sangat dah susahkan kau. Habis basah kau" ujar Alisa dengan rasa bersalah.

"It's okey Lis, no hal. Kau rest bagi cukup. Kalau ada apa-apa call je aku", pesan Rizqi.

"Lis"

Belum sempat kaki Alisa menjejak tanah, Rizqi memanggil namanya. Terus gadis itu duduk kembali di samping Rizqi. Dipandang pemuda itu dengan tanda tanya.

"Lis, mana paper work yang cikgu Hayati minta kau buat tu", tanya Rizqi.

Tanpa banyak soal, Alisa mengeluarkan kertas kerja yang di simpan dalam fail berwarna biru.

Rizqi membelek-belek kertas di tangannya sekilas, sebelum dia meletakkan kertas tersebut di tempat duduk penumpang bahagian belakang.
"I'll help you with this paper work, just focus on your rest" ujar Rizqi.

Belum sempat Alisa protes, Rizqi merenung gadis itu dalam-dalam, "Lis, kau perlukan rehat yang cukup, kalau tak badan kau yang collapse nanti", pujuk Rizqi.
"Aku tak nak susahkan kau. Kau pun ada banyak tanggungjawab lain. Lagipun ni tugas aku, tak best la nak minta kau yang buatkan", aku cuba jelaskan pada Rizqi.

"Aku tahu tu tanggungjawab kau tapi sekarang ni kau tak sihat. And it's okey, aku tak kisah pun. Dah siap aku pass dekat kau untuk review. Lepas dah puas hati kau hantar dekat Cikgu Hayati", panjang lebar Rizqi jelaskan untuk memujuk Alisa.
Melihat tatapan Rizqi yang serius, Alisa menganggukan kepala akhirnya. Ada betulnya kata Rizqi. Kalau dipaksa juga boleh jadi makin sakit nanti.

"Thank you, Riz", untuk kali kedua gadis itu mengucapkan terima kasih.

"Hal kecil je Lis. Sekarang apa kata kau masuk dan rehat bagi cukup, nanti kita jumpa lagi. Aku rasa dah lama kita duk dalam kereta ni. Jangan sampai ada jiran buat laporan pula. Nanti kau dengan aku dua-dua kena angkut", balas Rizqi sambil ketawa cuba bergurau menceriakan suasana.

"Isshh... kau ni Riz, aku tengah serius ni boleh pula kau buat lawak. Malaslah macam ni", rajuk Alisa sambil melangkah turun dari kereta.

"Assalamualaikum", melihat rajuk gadis itu, Rizqi hanya ketawa kecil sambil memberi salam.

Alisa menjawab salam Rizqi sambil menunggu kereta itu bergerak pergi. Rizqi menurunkan tingkapnya tiba-tiba.

"Lis, kau masuk rumah dulu, nanti aku tutup pintu pagar" arah Rizqi.

Belum sempat Alisa membantah Rizqi menyambung kembali, " Lis, better kalau kau tak berhujan, nanti bertambah teruk sakit tu".

Tak ingin berhujah panjang dengan Rizqi, Alisa mengatur langkah masuk ke rumah. Hanya selepas kereta Rizqi meluncur pergi baru Alisa menutup pintu ruang tamu dan mendaki anak tangga menuju biliknya.

Badannya terasa sungguh penat dan lemah. Dia ingin segera membersihkan diri dan merebahkan kepalanya yang terasa berat.

********"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience