BAB 51

Romance Completed 157983

Melihat isi pesanan whatapps dari Rizqi, jantung Alisa terasa berdebar-debar. Rizqi meminta Alisa menjawab panggilan. Sejak dia memberi kata setuju dua minggu yang lalu, tidak sekali pun mereka berjumpa malah Alisa tidak menjawab panggilan Rizqi.

Pesanan whatapps Rizqi disertai dengan sedikit ugutan di hujungnya. Jika dia masih tidak menjawab panggilan Rizqi akan 'melawat' rumah sewanya malam ini juga. Kesabaran Rizqi sudah habis setelah menunggu selama dua minggu.

Alisa tidak bermaksud mahu mendera perasaan Rizqi, atau membuat lelaki itu tertunggu-tunggu. Dia cuma perlukan masa untuk biasakan diri dengan status barunya. Rizqi bukan lagi sebatas sahabat tapi bakal tunang dan dua minggu lagi akan bergelar tunangannya.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Selepas Rizqi luahkan perasaan terus datang pinangan. Selepas sebulan akan diadakan majlis pertunangan. Alisa tidak sempat mengatur nafasnya.Tidak tahu bagaimana harus bereaksi ketika berhadapan dengan Rizqi, dia lebih memilih untuk mengelak. Walaupun tahu itu bukan tindakan yang bijak.

Lama dia menatap skrin telefon di tangan. Masih berkira-kira bagaimana mahu membalas pesanan Rizqi. Risau kalau tak di balas, buatnya Rizqi betul-betul tercongak di hadapan rumah sewanya. Malu weh.. mana nak ditaruh mukanya.

"Waalaikumussalam, Riz", hanya dua perkataan saja Alisa membalas. Tapi seolah menelan seluruh tenaga. Begitulah gelisah perasaan Alisa.

Sebaik menekan button send, terus bluetick pesanannya. Hati yang tadi berdebar-debar terus berdegup kencang. Hampir terlepas handphone di tangan sebaik melihat panggilan masuk dari Rizqi.

Dalam teragak-agak, Alisa menjawab juga panggilan dari Rizqi, "Assalamualaikum".

Rizqi tidak menyambut salam dari Alisa. Dia hanya mendiamkan. Gelisah Alisa dibuatnya.

'Kenapa dia diam je. Tadi dia yang suruh aku jawab. Dia marah lagi ke dengan aku. Ishh gila tak marah. Dua minggu aku tak jawab panggilan dia. Kalau aku letak je phone ni dia makin marah tak? Ishh takut la..' sempat Alisa merungut dalam hati. Berani complaint dalam hati je la.

"Waalaikumussalam", setelah berjanggut menunggu, akhirnya kedengaran Rizqi menjawab juga salam.

"Aku ingat kau nak biar aku pergi ketuk pintu rumah sewa kau", sindir Rizqi.

Alisa diam tidak menjawab. Tahu salah itu dari diri sendiri, membiarkan Rizqi tertungu-tunggu. Dia bukan wanita yang menjunjung tinggi ego. Jika salah masih berkeras menegakkan benang yang basah. Itu bukan stylenya. Alisa lebih memilih mendiamkan diri, atau menghulur maaf terlebih dahulu, jika kesalahan itu jelas berpunca dari dirinya.

Melihat Alisa masih membisukan diri, Rizqi menghela nafas. Bukan main susah mahu mendengar suara Alisa.

"Kau jawab call ni nak biar aku cakap sorang-sorang ke?", soal Rizqi tidak tahan lagi menghadap Alisa yang terus membisukan diri.

"I'm sorry", sayup kedengaran suara Alisa. Dia tidak memberi penjelasan dengan sikapnya sebelum ini.

Mendengar permohonan maaf dari gadis itu, Rizqi tidak menekan Alisa menjelaskan. "Esok kau free? Aku nak bawa kau pergi beli cincin", Rizqi mengubah arah perbualan.

Terkulat-kulat Alisa mendengar pertanyaan Rizqi yang tiba-tiba. "Esok.. boleh. Pukul berapa?", tanya Alisa.

"Lepas Maghrib, aku pergi ambil kau", jawab Rizqi.

Tidak banyak yang mereka bualkan. Rizqi juga tidak banyak bercakap. Mungkin masih tersisa kemarahan kepada Alisa. Mereka memutuskan panggilan selepas seketika.

Melihat sikap dingin Rizqi, Alisa terasa hati. Belum lagi mengikat tali pertunangan mereka telah pun berkrisis. Walaupun salah itu dari dirinya, Alisa tetap terasa sedih. Tapi tidak mahu ditunjukkan kepada Rizqi.

***************

Rizqi meminta Alisa memilih dua bentuk cincin. Satu untuk majlis tunang, dan satu lagi untuk majlis akad nikah. Teragak-agak Alisa hendak memilih. Risau kalau terlalu mahal, dikata materialistik. Akhirnya dia memilih sebentuk cincin yang agak simple untuk majlis tunang mereka.

Tidak berpuas hati, Rizqi meminta jurujual wanita itu mengambil keluar dua bentuk cincin yang berada di hujung. Setelah berkali-kali mencuba Rizqi dan Alisa sepakat memilih dua bentuk cincin yang simple tapi elegan dengan sebutir permata yang indah menghiasi di tengah. Cantik sekali, tapi harganya pun cantik juga.

Sebelum membuat pembayaran, Rizqi sekali lagi minta Alisa memilih satu set barang kemas. Rantai, gelang tangan, gelang kaki dan subang. Tanpa banyak tanya terus Alisa menolak. Dia tidak pernah meletakkan syarat perlu disediakan barang kemas serba satu untuk majlis kahwin mereka, yang entah bila akan diadakan.

"Lis, kedai dah nak tutup. Kita jangan berdrama dekat sini. Baik kau pilih je", Melihat Alisa masih mengeraskan diri, terus Rizqi capai tangan gadis itu dan minta jurujual cuba pakaikan gelang ke tangan Alisa.

"Riz, aku tak pernah minta barang kemas serba satu pun", rungut Alisa. Dia pasrah saja melihat jurujual itu pakaikan gelang di tangannya. Nak tengok muat-muat atau terlebih besar.

"Memang kau tak minta, aku yang nak beli", selamba Rizqi membalas.

"Kau tak rasa awal sangat ke. Majlis tunang kita pun tak selesai lagi, dah beli untuk majlis kahwin sekali. Bila tarikh pun tak tentu lagi", pujuk Alisa.

Tanpa pengetahuan Alisa, Rizqi sudah meminta Encik Raziq berbincang tarikh pernikahan mereka dengan Encik Shahrul. Hanya Alisa yang tidak tahu menahu.

"Alang-alang dah datang kita beli sekali je", balas Rizqi.
"Macam mana, okey tak gelang tu", tanya Rizqi kepada Alisa.

"Mana-mana pun tak pa. Aku ikut kau je", balas Alisa.

"Yang nak pakai nanti kau bukan aku", tajam pandangan mata Rizqi.

Setelah selesai sesi tarik tali antara mereka berdua, baru Rizqi membuat pembayaran. Berbinar-binar mata Alisa melihat bilangan kosong di belakang. Dia menelan air liurnya yang terasa pahit. Memang semua yang dibeli untuk dia. Tapi Alisa tetap terasa sakit hati melihat Rizqi membayar.

Masuk saja dalam kereta Rizqi terus menghidupkan enjin dan memandu pergi. Tapi Rizqi tidak terus menghantar Alisa pulang. Dia memberhentikan kereta di kawasan yang agak lapang. Enjin kereta tidak dimatikan.

"Lis, cuba kau terus terang dengan aku. Kau menyesal ke terima pinangan family aku haritu?", tanya Rizqi sebaik kereta berhenti. Rupanya isu itu belum lagi selesai. Rizqi masih tidak berpuas hati dan menuntut jawapan darinya.

"Tak adalah, kau yang fikir bukan-bukan", perlahan Alisa membalas.

"Then, cuba kau bagitahu kenapa kau mengelak dari aku. Jangankan berjumpa, bercakap pun kau tak nak. Seriously Lis, kalau kau still tak angkat call, aku akan pergi rumah sewa kau. Sampai macam tu kau mengelak dari aku, still kau cakap aku fikir bukan-bukan", Rizqi meluahkan rasa terkilannya.

"Lepas aku terima pinangan kau, sikit pun tak timbul rasa menyesal", Alisa menggenggam erat kedua tangannya. Tidak tahu bagaimana hendak dijelaskan letak duduk sebenar perasaannya.

Rizqi mengetuk perlahan jarinya di stereng kereta. Tabiat yang tidak pernah berubah, jika dia sedang khusyuk memikirkan sesuatu. Namun mendengar bunyi ketukan itu jantung Alisa terasa semakin berdebar-debar. Terasa lambat masa yang berlalu menunggu Rizqi membuka mulut.

"Kalau hati kau tak bersedia nak terima aku sepenuhnya, at least kau kena bagi aku ruang dan peluang nak tackle hati kau. Kalau kau tutup rapat-rapat macam mana aku nak masuk. Aku dah terus terang dengan kau sebelum ni, I really love you. Tapi kalau aku sorang saja yang cuba mustahil hubungan ni boleh jalan", luah Rizqi.

"Aku tak ada niat pun nak biarkan kau usaha sorang-sorang. Aku cuma perlukan masa, nak sesuaikan diri aku dengan status baru sebagai tunang kau. Kita dah lama berkawan, dan aku fikir kita akan bersahabat selamanya. Semua ni jadi terlalu cepat Riz. Aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan kau. Perasaan aku bercampur baur. Tapi langsung tak pernah terlintas rasa menyesal", sayu kedengaran suara Alisa menjelaskan.

"Kau tahu, kejujuran dan komunikasi kunci paling penting dalam sebuah hubungan. Kalau kau ada masalah, ada perkara yang mengganggu fikiran atau something yang kau tak suka, bagitahu aku Lis. Jangan diamkan diri, tak selesai masalah. Aku tak boleh baca fikiran kau, tak tahu apa yang kau rasa, apa yang yang kau fikir", panjang nasihat Rizqi. Tidak mahu perkara ini berulang lagi. Lelah mental dan fizikalnya, bila Alisa menghilangkan diri dari radar hampir tiga minggu.

"Aku minta maaf, sebab buat kau risau", Alisa menoleh memandang Rizqi.

"Lis, jom kita mulakan semula hubungan kita. Bukan sebagai sahabat. Tapi lebih daripada tu. Sebagai someone special for each other", Rizqi menghulur tangannya di hadapan Alisa. Kali ini dia tidak mencapai sendiri tangan gadis itu. Dia mahu Alisa dengan rela hati menyambut huluran tangannya.

Lama Alisa memandang huluran tangan Rizqi. Dia membekukan diri seolah berfikir panjang.
Namun akhirnya Alisa menyambut jua huluran tangan lelaki itu.

Rizqi menggenggam erat jari-jari Alisa yang berada dalam genggamannya, bersama senyuman halus yang terukir di wajah. Di bawa tangan gadis itu ke bibirnya dikucup perlahan. Tindakan yang sering dilakukan Rizqi kebelakangan ini. Namun jantung Alisa masih berdegup laju, tidak dapat membiasakan diri lagi.

"Kiranya kosong-kosong kan Riz. Kau jangan marah lagi. Muka kau dah la seram kalau tengah marah", Alisa membuka mulut mencari topik perbualan, cuba menutup rasa debar di dadanya.

"Seram-seram pun, muka ni yang kau akan tengok setiap hari nanti. Get ready", sengaja Rizqi menakutkan Alisa.

"Kenapa? Kau nak marah aku setiap hari ke?", Alisa bertanya dengan rasa tak puas hati.

"Kenapa pula aku nak marah setiap hari. Lepas kahwin I'll love you everyday. Prepare yourself", selamba Rizqi membalas. Dia menarik senyum di hujung bibir memandang Alisa.

Entah kenapa Alisa rasakan kata-kata Rizqi seperti ada makna tersirat disebaliknya. Termangu-mangu Alisa memandang Rizqi, cuba mencerna maksudnya.

Memandang wajah Alisa yang berkerut antara faham dan tidak, ketawa Rizqi terlepas juga. Mendengar Rizqi tergelak besar Alisa menampar bahu lelaki itu. Tahu Rizqi sengaja mengenakan dia. Geram betul, kita serius bertanya, dia jawab main-main pula.

"Aku serius ni Riz", marah Alisa dengan wajah yang berkerut.

"What? Aku pun serius juga. Lepas kahwin, of course I'll love you everyday. Kau ada bantahan ke untuk tu?", tanya Rizqi tanpa rasa bersalah.

"Love kau tu macam ada double meaning. Kau jangan buat bukan-bukan Riz", ugut Alisa sambil menjeling Rizqi yang berada di sampingnya.

Makin galak Rizqi ketawa mendengar kata-kata Alisa, "Kalau dah kahwin dah jadi isteri aku, tak ada istilah buat yang bukan-bukannya Lis. Memang dah jadi hak aku pun", Rizqi menggeleng kepala memandang Alisa, bersama ketawa yang masih bersisa.

"Aku tak nak layan kau. Kau borak sorang-sorang", rajuk Alisa sambil berpeluk tubuh.

"Okey...sorry, sorry. Dah lewat ni, aku hantar kau balik", ajak Rizqi sambil melajukan keretanya. Tidak mahu melebih mengusik gadis itu, takut yang terbabas dia juga.

Sampai di perkarangan aparment Alisa, Rizqi menahan gadis itu sebentar sebelum dia melangkah turun.

"Lis, next time kita jumpa, better ubah panggilan. Aku tak nak kita still bahasakan diri, aku dan kau", serius wajah Rizqi yang tiba-tiba membahas isu ini.

"Kau dah ada cadangan?", tanya Alisa ingin tahu

"Aku nak dengar cadangan kau dulu. Next time kita jumpa kau boleh bagitahu aku", ujar Rizqi.

Sempat Rizqi mengosok perlahan kepala Alisa sebelum gadis itu melangkah turun.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience