BAB 65

Romance Completed 157983

Tangan Alisa lincah memasukkan pakaian dan barang peribadinya dengan Rizqi dalam bagasi. Mengikut perancangan mereka berdua akan bertolak balik ke KL malam esok.

Sedang ralit melipat baju pintunya diketuk dari luar. Alisa bergegas bangun. Tahu sekiranya Rizqi, suaminya tidak akan begitu bersopan mengetuk terlebih dahulu, memandangkan bilik ini sudah menjadi bilik mereka.

Kelihatan wajah Puan Anisah tersenyum sebaik daun pintu terkuak. Alisa terus menuntun tangan ibunya ke dalam. Dia menarik tangan Puan Anisah ke birai katil.

"Banyak lagi nak kemas Lis?", tanya Puan Anisah melihat baju masih berselerak di atas tilam.

"Dah nak habis bu. Lepas masukkan baju-baju ni, selesai", jawab Alisa.

Puan Anisah mencapai dan menggenggam lembut tangan Alisa, "Lis, ada yang ibu nak pesan", lembut Puan Anisah memulakan bicara.

Alisa terus menghentikan kerja yang dilakukan. Memberi perhatian penuh kepada Puan Anisah.

"Lepas dah kahwin dah nikah kena ingat syurga Lis ada pada suami. Sebelum buat apa-apa kena minta izin. Jangan belakangkan suami semasa buat keputusan. Kalau ada perkara yang Lis tak setuju, tak suka, Lis terasa hati cuba elak membentak Riz. Tenangkan diri, bawa bincang dan berterus terang. Perkahwinan ni penyatuan dua orang. Kita individu yang asing yang berbeza. Perlukan masa untuk sesuaikan diri", lembut nasihat Puan Anisah. Dia memandang wajah puteri tunggalnya dengan rasa kasih. Puteri yang ditatang dengan penuh rasa sayang dan cinta.

"Kalau berselisih faham, bertelingkah tu adat dalam berumah tangga, tapi kena ingat salah seorang kena jadi air. Jangan satu jadi api satu lagi jadi minyak. Lis kena tahu tak kira selama mana kita kenal seseorang, bila tinggal serumah, tidur sebantal, makan sepinggan baru kita akan betul-betul kenal pasangan kita. Dari situ Lis kena belajar terima kelemahan dan kelebihan pasangan, tak ada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri. Dalam berumah tangga kena belajar kawal rasa ego, cemburu buta dan sikap terburu-buru, InsyaAllah baru boleh hidup rukun bersama", Puan Anisah mengusap sayang wajah Alisa. Air matanya sudah bergenang. Saat ini sudah rasmi tanggungjawab melindungi dan mendidik Alisa sebagai isteri, sudah tergalas di bahu Rizqi.

Alisa terus mendakap erat tubuh Puan Anisah. Air matanya sudah mula pecah. Sedih, kerana sedar kini dirinya bukan lagi milik ibu dan bapa, tapi milik suami.

"Tapi Lis tetap akan jadi anak ibu dan papa sampai bila-bila. Kenyataan tu tak akan berubah selamanya. Lis tetap anak ibu dan papa di dunia atau akhirat", bergetar suara Alisa cuba menahan tangisan.

"Ya, Lis tetap anak yang ibu berjuang kandung dan lahirkan dari rahim ibu. Anak yang papa besarkan dengan jerih perih dan kudrat dua keratnya", perlahan Puan Anisah memujuk Alisa yang sudah menangis terbawa emosi. Dalam diam dia juga mengesat hujung matanya.

**********

Pelukan mesra Rizqi dari belakang menerbangkan lamunan Alisa. Belum sempat dia berpaling lelaki itu sudah menyangkutkan dagu di bahunya. Jika memaksa juga diri menoleh wajah mereka pasti bertembung.

"Kenapa ni? Abang tengok termenung je dari tadi", perlahan Rizqi menegur.

"Nothing serious. Lis cuma terfikir pesan ibu petang tadi. Tiba-tiba rasa sedih", sayu Alisa menjawab.

"Hmm...What's wrong. Sayang nak kongsi dengan abang?", ramah Rizqi bertanya.

"Bukan rahsia pun", jawab Alisa sambil ketawa. "Ibu bagi nasihat pasal rumah tangga. Kena bertolak ansur, tak boleh ikutkan hati, jangan junjung sangat ego... Kena ingat syurga isteri tu ada pada suami. Tak boleh belakangkan suami masa buat keputusan", sayup suara Alisa menjawab pertanyaan Rizqi. Wajahnya ditegakkan lurus ke hadapan. Segan mahu menatap wajah suaminya itu.

Rizqi terdiam seketika sebelum membuka mulut, "Abang tak akan kontrol sayang to much. But at the very least, abang nak sayang minta izin dulu sebelum buat sesuatu. If, kalaulah perkara tu abang tak suka, abang harap sangat sayang boleh hormat keputusan abang", perlahan suara Rizqi menampar gegendang Alisa, namun cukup jelas apa yang lelaki itu mahu sampaikan.

"Lis akan belajar hormat keputusan abang. Cuba jadi isteri yang baik. Kalau ada perbuatan Lis yang tak sedap pada pandangan mata abang, tegurlah Lis dengan baik. Tapi Lis harap sangat abang boleh jadi pendengar yang baik masa Lis perlukan, boleh jadi tempat bersandar untuk hilangkan lelah, boleh beri Lis ruang dan peluang untuk luahkan perasaan Lis, rasa sedih, sakit, stress, I mean everything", ujar Alisa.

"I will. Abang manusia biasa, tak akan lari dari kesilapan. Kalau ada khilaf dari pihak abang, sayang tegur perlahan-lahan. InsyaAllah abang akan terima. Mustahil untuk abang buang ego dan rasa cemburu sebagai seorang suami, tapi abang akan belajar kawal", ujar Rizqi.

Ini kali pertama mereka berbicara dari hati ke hati. Ingin menyelami perasaan masing-masing. Tidak mengharapkan menjadi pasangan yang sempurna, cukuplah sekadar mampu saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing.

"Talking about jealousy, I think I'm okay with it as long as under control. Pada Lis rasa cemburu tu tanda sayang", mesra kedengaran suara Alisa.

"Hanya suami yang dayus tak ada rasa cemburu pada isteri. Abang tak nak tergolong dalam kelompok dayus", perlahan tapi jelas kata-kata Rizqi, menggambarkan ketegasannya.

"But it also true, I love you. You already know, but I'll say again. I love you", romantis suara Rizqi berbisik di telinga Alisa.

Merasa hangat hembusan nafas Rizqi di pipi dan telinganya Alisa pejamkan mata cuba menahan rasa geli. Jantungnya berdegup laju mendengar bisikan cinta Rizqi.

Namun matanya mendadak terbuka saat bibir lelaki itu sudah meliar di lehernya. Tangan Rizqi yang tadi kemas melingkar di pinggang sudah menelusup di bawah baju Alisa. Cepat betul buat kerja.

Sikap 'straight to the point' Rizqi tidak pernah berubah. Sikap berterus terang seolah sudah sebati dengan dirinya. Jika inginkan sesuatu dia tidak akan bermain tarik tali atau berdolak-dalih.

Jelas terlihat ketika Rizqi ingin mengikatnya dalam pernikahan. Sebaik menyatakan isi hati, tidak bertangguh risikan dari pihak Rizqi datang. Belum sempat dia menarik nafas lega tali pertunangan diikat. Tanpa memberi ruang untuk Alisa menyesal tarikh pernikahan sudah ditetapkan. Semua berlaku dengan pantas.

Seperti halnya sekarang, lelaki yang sudah bergelar suaminya itu langsung tidak cuba menyembunyikan keinginannya dari Alisa. Dia menunjukkan secara jelas kemahuannya. Ketika Rizqi cuba melepaskan tali colinya, Alisa terus menghindar sedikit menjauh.

Tanpa kata, Alisa menoleh memandang Rizqi. Perlahan dia berjalan mendekatkan kembali tubuh mereka. Jari runcingnya mengusap lembut dada Rizqi. Cuba memujuk kembali. Tidak mahu mengecilkan hati suaminya seperti semalam. Sedar berdosa seorang isteri menolak keinginan suami tanpa sebab.

"Ibu ada pesan tadi, lepas Maghrib turun makan. Awal lagi ni, timing tak kena", ujar Alisa sambil tersenyum manis. Ia semanis mungkin senyuman yang Alisa ukir dengan harapan Rizqi mahu menurut kemahuannya. Semut pun boleh diabetes tengok senyuman Alisa.

"Rasanya senyuman sayang bagi effect sebaliknya", ujar Rizqi memandang tepat wajah Alisa. Melihat wajah wanita itu kebingungan, Rizqi ketawa lepas.

"Looking at your sweet smile, make me want to lock you up here. Never let's you go even one step outside", Rizqi menarik segaris senyuman di hujung bibirnya.

Alisa menatap wajah segak Rizqi yang tersenyum memandangnya. Entah kenapa terasa seram pula senyuman Rizqi.

"Ibu dengan papa mesti dah tunggu kita dekat bawah", Alisa mengerdipkan matanya berkali-kali kepada Rizqi. Cuba mengabaikan statement Rizqi yang menyeramkan tadi. Berpura seolah tidak faham.

"Hmmm", Rizqi terus merenung tanpa kata. Tidak langsung termakan dengan helah Alisa, malah matanya tidak dilepaskan walau sedetik dari wanita itu.

Melihat tajam tatapan Rizqi, Alisa sudah mula gelisah. Tubuhnya sudah berkeringat dingin. Cukup tahu apa yang diinginkan Rizqi.

Dia menghela nafas pasrah. Perlahan tangannya dikalungkan di leher Rizqi, menarik wajah lelaki itu mendekat.

"Sekarang ni awal lagi. Lis janji dah lewat sikit everything is up to you. I promise, Lis tak bagi alasan lagi. Just follow you lead", ujar Alisa sengaja mengoda suaminya sendiri.

Sebelum melepaskan rangkulannya, Alisa sempat daratkan sekilas kucupan di bibir Rizqi. Laju dia menjarakkan diri dan berjalan melangkah ke pintu. Kalau berlama-lamaan dalam bilik lain pula jadinya.

Sebaik daun pintu terbuka, Rizqi mencengkam pergelangan tangan Alisa, menarik kembali tubuh wanita itu ke dalam pangkuannya.

"Ingat betul-betul apa yang sayang cakap. Abang pegang janji Lis. Up to me right", ujar Rizqi menjongketkan sebelah keningnya memandang Alisa. Senyuman sudah tergaris di bibir.

"One round will not be enough. Sayang, you better prepare yourself until morning", ujar Rizqi tepat di telinga Alisa.

Tanpa menunggu jawapan dari Alisa, Rizqi terus memimpin tangan isterinya yang masih tercengang-cengang ke bawah.

'Adakah dia dah tempah masalah untuk diri sendiri', fikir Alisa dalam hati. Nafasnya dihela perlahan. Nasib badan la. Siapa suruh memandai-mandai janji.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience