BAB 60

Romance Completed 157983

Kurang seminggu menjelang hari pernikahannya Alisa mula kegelisahan. Perselisihan antara dia dan Rizqi belum terlerai. Pertelingkahan mereka belum juga menemui titik noktah.

Rizqi menyepikan diri sejak terakhir kali mereka bertemu, bersama salah faham yang belum sempat Alisa jelaskan. Mungkin salah berpunca dari dirinya sendiri. Alisa yang mula mendiamkan Rizqi kerana rasa ragu dan bertemu Firdaus tanpa izin. Sekarang dia menanggung akibat dari perbuatannya sendiri.

Memikirkan semua persiapan pernikahan yang sudah lengkap Alisa terasa sebak, air matanya laju membasahi pipi. Jika majlis ini gagal pasti akan menconteng arang ke muka ibu dan bapanya. Apa akan dijawab kepada saudara-mara dan sahabat terdekat.

Tidak mahu terus terperuk memikirkan masalah yang tidak kunjung selesai, Alisa pantas mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Ilham. Mereka hanya berbual sekitar sepuluh minit sahaja, sebelum Alisa memutuskan panggilan.

Dia mencapai tuala dan melangkah ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Selesai bersiap Alisa mencapai kunci kereta dan berjalan keluar. Kepala yang terasa berat tidak dihiraukan.

***********

Sebaik keluar dari kereta, Alisa terus terpandang sosok Ilham yang melangkah menghampirinya. Kerutan di dahi lelaki itu jelas kelihatan.

Ilham menghela nafas perlahan sebelum membuka mulut menyoal Alisa. "Apa sebenarnya masalah korang berdua ni. Masing-masing diamkan diri. Sedar tak majlis korang dah nak dekat. Cuba bincang baik-baik, jauhkan diri bukan penyelesaian", nasihat Ilham.

"Aku tahu...semua masalah berpunca dari aku. Tapi Am, Riz dah salah faham. Aku tak ada kesempatan langsung nak explain dekat dia", terang Alisa.

"Aku tak salahkan sesiapa. Paling penting aku nak kan yang terbaik untuk korang. Itu je harapan aku sebagai sahabat", ujar Ilham.

"Jom, Rizqi ada dalam bilik dia tadi", ajak Ilham sambil mengayun langkah menuju ke lif. Perlahan Alisa menurut dari belakang.

Sebaik sampai di muka pintu, Alisa hanya tercegat memandang pintu yang terkuak. Langkah kakinya seolah terpaku. Kekuatan yang dikumpul sebentar tadi hilang dibawa angin.

Ilham menjongketkan kening melihat Alisa yang mematungkan diri, tidak berganjak dari tempatnya. "Kenapa, tak ready nak jumpa Riz lagi", tanya Ilham.

Alisa mengeleng kepala menjawab pertanyaan Ilham. Perlahan dia melangkah masuk menuju ke ruang tamu.

"Kau duduklah dulu, aku panggil Riz", pelawa Ilham sebelum berjalan pergi.

Sebaik mengetuk, terdengar suara Rizqi menyahut dari dalam sambil membuka pintu biliknya.

Belum sempat Rizqi membuka mulut bertanya, Ilham terlebih dahulu memotong, "Kau ada tetamu dekat depan. Pergilah tengok", tanpa menunggu jawapan Rizqi, dia terus membalikkan tubuh berjalan masuk ke biliknya.

Berkerut wajah Rizqi melihat tingkah aneh Ilham. Tapi diatur juga kaki ke ruang tamu. Langkahnya terhenti mendadak melihat wajah gadis yang sangat dirinduinya.

Mendengar derap kaki menghampiri laju Alisa memanggung kepala. Lama mereka saling bertatapan, sebelum Alisa bangun dari duduknya di sofa. Dia berdiri menghadap Rizqi yang masih terus membisukan diri.

"I minta maaf, datang rumah you tak bagitahu. Tapi I think we need to talk", serak suara Alisa menahan rasa sebaknya.

Tipu jika Alisa katakan dia tidak terasa dengan sikap Rizqi yang membiarkan dirinya terkapai-kapai sendiri. Menanti dalam ketidakpastian arah tuju hubungan mereka. Tapi Alisa cuba menelan rasa sakit dan egonya sendiri, kerana dia yang menelantarkan Rizqi terlebih dahulu tanpa khabar. Dia juga menjadi punca salah faham ini berlaku.

Rizqi melangkah menghampiri Alisa. Tapi gadis itu menapak ke belakang, cuba menjarakkan kedudukan mereka. Jelas kelihatan kerutan di wajah Rizqi dengan perlakuan Alisa. Wajahnya mulai menengang.

"Riz, you dah ready nak cakap dengan I", tanya Alisa meminta kepastian. Melihat wajah Rizqi yang keruh Alisa kurang yakin.

Rizqi melangkah ke sofa dan melabuhkan punggungnya. Dia memejamkan sebentar mata sebelum kembali menatap Alisa.

"Ya. Let's talk", ujar Rizqi mengiyakan pertanyaan Alisa.

"I cuma nak you tahu, semua ni hanya salah faham. You dah salah anggap hubungan I dengan Firdaus", jelas Alisa.

"Hmm", Rizqi terus memandang tanpa mencelah, membiarkan Alisa menyambung katanya

"I...I jauhkan diri dari you bukan sebab Fird atau sesiapa. I just perlukan masa untuk tenangkan diri waktu tu. I tak nak jumpa atau berhubung dengan you masa fikiran dan perasaan I berkecamuk. I takut terbawa emosi", jelas Alisa.

Rizqi memandang wajah Alisa yang kelihatan kurang bermaya. Wajah dan bibirnya kelihatan pucat. Hatinya khuatir, tapi Alisa mengelak dari sentuhannya sebentar tadi.

"Lis, Why not you sit first. Kita boleh bincang sambil duduk", tidak tahan melihat wajah pucat Alisa, Rizqi meminta gadis itu duduk juga.

"Apa yang you sembunyikan dari I? Sampai jauhkan diri", melihat Alisa mengambil duduk berhadapannya, Rizqi menyoal kembali.

Alisa berjeda seketika, "Riz... you tahu, Fird dah ada wife, dia dah kahwin. Dah lebih dua tahun dia kahwin", terpancar riak terkejut di wajah Rizqi. Berkerut wajah segak lelaki itu mendengar kata-kata Alisa.

"He already have a wife..,but still can't forget about you", sindir Rizqi bersama rasa tidak puas hati.

Alisa merenung dalam mata lelaki itu. "Ya, dia masih ada hati dekat I. Perasaan dia tak pernah berubah walaupun lepas berkahwin", jujur Alisa menjawab.

"Alisa! what are you trying to do? Test my patience?", Rizqi sudah mengepal kedua tangannya menahan sabar.

"I'm not. I'm not Riz. Please let me finished first... Perkahwinan Fird dengan wife dia atas pilihan keluarga, bukan atas dasar suka sama suka. Dalam hati Fird ada I, dan wife dia juga dah ada kekasih hati. Terlalu banyak hati yang perlu dijaga, buatkan diaorang korbankan perasaan sendiri", air mata Alisa mula bertakung. Hatinya sakit.

Alisa berhenti sebentar sebelum meneruskan kata-katanya. Cuba mengumpul kembali kekuatan. "Fird dengan wife dia ada seorang anak", ujar Alisa sambil menatap mata Rizqi. "Tapi dia tak pernah sentuh isteri dia sepanjang pernikahan diorang", sambung Alisa, dia cuba berkias.

"Are trying to tell me, that not his child. Wife dia curang, that why untill now dia tak boleh terima wife dia", keruh wajah Rizqi menyimpulkan cerita Alisa.

"Yaa. Tapi untuk pengetahuan you, I know about this way before we get engaged. Even before your confession. Jadi you jangan salah faham dengan I atau Fird. I never done anything deserve your suspicious. Lepas tahu I dah bertunang, Fird tak pernah cuba contact I, dia respect you sebagai tunang I", terang Alisa.

"I tak faham apa yang you cuba nak sampaikan, Lis. Apa kaitan semua ni dengan you jauhkan diri dari I", tanya Rizqi kebinggungan. Masih tidak dapat memahami maksud di sebalik cerita Alisa.

"I bagitahu you, I know about this before kita bertunang. Tapi I tak pernah tahu siapa wife dia. Just last week, I... ternampak Fird jalan dengan seorang perempuan dan l kenal perempuan tu. That night, I call Fird tanya nama wife dia", suara Alisa seolah tersekat dikerongkong.

Merasa empangan matanya memberat Alisa terus bangun dari duduknya, melangkah perlahan ke balkoni. Dia menarik nafas perlahan-lahan cuba mengusir rasa hiba yang menjengah.

Rizqi terus bangun mengikuti langkah Alisa. Hatinya terasa tidak enak. Dapat dirasa jika dibiarkan semua ini begitu saja dia mungkin kehilangan gadis itu selamanya.

"Lis", perlahan Rizqi memanggil. Alisa tetap tidak menoleh. Wajahnya setia menghala ke hadapan, melihat permandangan yang indah. Tapi tidak mampu mendamaikan hati.

Rizqi menarik lengan Alisa, memaksa gadis itu berdiri menghadapnya. "Lis, what going on", tanya Rizqi melihat Alisa yang menundukkan wajahnya.

"You tahu siapa wife Fird", tanya Alisa dengan suara tersekat-sekat.

Rizqi tidak menjawab pertanyaan Alisa, tapi tatapannya masih setia melekat pada wajah gadis itu.

Alisa mendongak kepala memandang Rizqi. Dia menatap terus anak mata lelaki itu. "Zulaika..Nur Zulaika", sebaik nama itu terbit dari bibir, air mata yang ditahan sejak tadi pecah juga.

Rizqi terdiam tanpa kata. Riak wajahnya jelas tidak percaya apa yang baru didengari. Dipandang wajah Alisa seolah meminta kepastian.

Alisa mengangguk mengiyakan kekeliruan lelaki itu. Melihat riak yang sukar Alisa mengertikan di wajah Rizqi, Alisa tepis tangan lelaki itu yang masih mencengkam kemas lengannya.

Dia membalikkan tubuh, berjalan menghampiri sofa dan mencapai handbagnya. Tanpa menoleh dia mengatur langkah ke pintu. Tidak ingin berlama-lamaan di situ. Tidak mahu terus menaksirkan makna dari penyepian Rizqi.

Belum sempat Alisa mencapai tombol pintu, Rizqi merentap tangannya.

"Lis, what do you mean", tanya Rizqi. Tajam tatapan matanya memanah wajah Alisa.

"Bila I dapat tahu, perasaan I hancur. I rasa semuanya impian dan angan-angan I musnah. I ragu-ragu dengan you. I jumpa dengan Fird, sebab I nak tahu siapa ayah kenapa anak Zulaika. Tapi Fird tak tahu, Zulaika tak pernah berterus-terang dengan dia. But at the end I choose to believe you. I pilih untuk percayakan you, Riz. Did I make a right choice? Walaupun hati I sakit", tanya Alisa bersama air mata yang belum kering.

Rizqi menarik Alisa dalam pelukannya. Dia mendakap tubuh gadis itu erat. Seolah tidak mahu dilepaskan.

"Lis, tak pernah sekali pun I buat sesuatu yang boleh hancurkan perasaan you". Rizqi meleraikan pelukkan mereka, dia menatap terus mata Alisa, cuba menanamkan keyakinan dalam hati gadis itu.

Air mata di pipi Alisa, Rizqi usap perlahan. Saat melihat gadis itu menangis teresak-esak Rizqi sedar bertapa beruntungnya dia...Beruntungnya dia, Alisa memilih untuk terus meletakkan kepercayaan, menelan semua rasa sakit dan sedihnya. Beruntungnya dia Alisa memilih menenangkan diri dan emosi kembali. Beruntungnya dia Alisa tidak mengikut hati yang sedang kecewa hingga memutuskan hubungan mereka di tengah jalan.

Dalam kemarahan yang dia tujukan kepada Alisa rupanya gadis itu sedang mengubati sendiri kelukaannya. Bersendirian membalut luka-luka yang sudah tergores di hati.

"I'm sorry.. I'm so sorry, Lis" Rizqi menarik tubuh Alisa mendekat kembali, dia mendaratkan sebuah kucupan di ubun-ubun Alisa. Tanda maaf dan penyesalannya.

Setelah tangisannya berhenti, dan dirinya kembali tenang, Alisa menjarakkan tubuhnya dari Rizqi. Perlahan cuba mengatur nafasnya.

"Lis, let's forget about this. Kita lupakan pasal Zulaika. Itu masa lalu I. Tak ada apa yang mengikat I dengan dia. We are nothing. Biar kita terus melangkah tanpa dibayangi dia", perlahan Rizqi memohon kepada Alisa.

"When I choose to believe you, that what I decide to do. I tak nak hidup dalam bayang-bayang dia. I tak nak dihantui rasa insecure. That enough", sayup kedengaran suara Alisa. Namun ketegasan dalam suara itu dapat didengari dengan jelas.

"Riz, let make a deal...", ujar Alisa tidak mengalihkan tatapannya dari Rizqi. "One day kalau you dah tak mampu nak sayangkan I lagi atau you sedar cinta you pada Zulaika tak pernah hilang tapi terhalang dengan keadaan. Tolong lepaskan I. Itu je I minta", sayup suara Alisa menyapa gegendang Rizqi. Namun menampar serelung hatinya.

"Apa yang you cakap ni! Kita baru nak nikah Lis, you dah sebut soal cerai. You anggap perkahwinan kita ni apa? Mainan!", sergah Rizqi. Merah wajahnya mendengar permintaan Alisa. Marah Iya. Geram pun ya juga.

"I tak pernah anggap perkahwinan ni sebagai gurauan. Riz.. I tak sanggup berkongsi. Untuk berbahagi cinta tak semua hati mampu berbagi. I cintakan you. Dari dulu sampai sekarang tak pernah ada lelaki lain yang pernah singgah dalam hati I. But this my bottom line, suatu hari kalau cinta you bukan milik I lagi tolong lepaskan I Riz. Jangan paksa I berkongsi kasih", lirih suara Alisa.

"Let's put all this behind us and start a new chapter. Stop mentioning her name. Dia dah ada hidup sendiri. I tak nak ambil tahu atau masuk campur urusan kehidupan dia. I tak peduli", bentak Rizqi

Rizqi menarik tubuh Alisa mendekat. Disua wajahnya pada Alisa. Dia menatap lekat mata gadis itu. Tajam tatapan matanya memanah mata Alisa, "Fine! Kalau tu yang you nak, I janji dengan you. Tapi jangan cabar ego I sebagai lelaki Lis, nanti you yang menyesal! I akan lepaskan you kalau hati I dah berpaling. Tapi I bagi jaminan dengan you selagi tuhan tak balikkan hati I, cinta tu akan kekal milik you. Tapi! Jangan pernah you angankan I akan lepaskan you kalau hati you yang berubah. I akan ikat you di sisi I sampai ajal yang pisahkan kita. Itu doa I Lis", perlahan suara Rizqi menampar telinga Alisa. Hembusan nafas lelaki itu tepat mengenai wajahnya.

Alisa terkaku mendengar peringatan keras yang dibenamkan Rizqi kepadanya. Belum pernah melihat Rizqi seperti ini. Tubuhnya terasa seram sejuk. Sedar permintaannya tadi mengundang kemarahan Rizqi.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience