BAB 39

Romance Completed 157983

Rizqi dan Ilham tidak melelapkan mata sepanjang malam. Mereka menghabiskan masa di balkoni rumah sambil berbual. Tidak langsung cuba menganggu rehat Alisa.

"Riz, aku bersyukur sangat kita sempat sampai. Kalau tak...aku tak tahu macam mana penerimaan Alisa. Dia tak akan boleh terima" perlahan kedengaran suara Ilham.

"Sekarang pun aku tak rasa dia boleh terima", Rizqi menghalakan pandangan memandang langit malam.

"Kejadian ni akan bagi kesan dekat dia. Nanti aku cuba atur sesi kaunseling. Bagi Lis masa dan ruang untuk pulih dari trauma ni. Kita kena bagi sokongan. Tu perkara yang dia paling perlukan", Ilham menerang dari sudut pemerhatiannya.

"Apa yang jadi dengan jantan tu", tanya Rizqi mengubah hala perbualan.

"Rill dah settle kan. Dia minta Lis pergi buat laporan nanti". Ilham mengerut dahi memikirkan sesuatu. "Yang penting Lis kena buat check up dulu. Kita nak laporan perubatan. Penting tu sebagai bukti".

"Hmmm" pendek jawapan Rizqi. Tidak tahu apa yang bermain-main difikirannya.

***********

"Dah bangun Lis? Aku dah beli breakfast. Jom makan sekali", ajak Ilham sebaik melihat Alisa.

Alisa mengambil duduk di kerusi berdepan dengan Rizqi. Nasi lemak hanya dijamah beberapa sudu sahaja. Bibir dan pipinya masih sakit. Agak sukar hendak membuka mulut dan menguyah makanan. Dia mengambil segelas air untuk menelan nasi yang masih tersekat di kerongkong.

Rizqi mahupun Ilham tidak memaksa Alisa menghabiskan nasi melihat gadis itu meringis perlahan ketika membuka mulut. Hujung bibirnya sudah kelihatan luka kesan tamparan semalam.

Sebaik menghabiskan sarapan, Ilham duduk menghadap Alisa. "Lis, how do you feel today?", serius Ilham bertanya. Terserlah karisma seorang doktor.

Lama Alisa membisu. "Okey", akhirnya dia menjawab singkat.

"Kau ada sakit dekat mana-mana?" Ilham masih bertanya.

Alisa memejamkan mata seketika sebelum menjawab. "Seluruh badan".

Ilham membelek dan merawat wajah Alisa yang lebam dan pecah hujung bibirnya. Dahinya terdapat kesan luka mungkin terhantuk semasa pergelutan. Dicapai tangan Alisa dan melihat pergelangan tangannya juga sudah berbirat lebam. Dia pasti kesan lebam di tubuh Alisa masih ada. Untuk kesekian kali Ilham memujuk Alisa ke hospital membuat pemeriksaan penuh.

"Lis, better kita pergi hospital check up", pujuk Ilham. Namun Alisa hanya mengeleng perlahan.

"Kalau kita nak buat report untuk dakwa jantan tu, laporan perubatan kau boleh jadi bukti kuat", pujuk Ilham tidak berputus asa.

"Dakwa dia? Aku tak nak", balas Alisa.

"Lis..", panggil Ilham.

"Kalau dakwa, aku kena hadap lagi jantan tu. Aku tak nak. Aku dah tak nak hadap muka dia. Kalau terus juga buat dakwaan parents aku boleh tahu. Aku tak nak diorang tahu. Please..Am. Tolonglah Riz... Aku tak nak buat dakwaan. Biarlah aku lupakan perkara ni. Aku tak nak fikir lagi. Aku nak buang jauh-jauh". Alisa sudah mula menangis.

Melihat Alisa mula beremosi, Ilham tidak lagi cuba memaksa. Sekarang paling penting menjaga emosi Alisa. Dia hanya berpandangan dengan Rizqi. Menghembus kasar nafas.

*************

Sudah sebulan berlalu sejak kejadian hitam yang menimpa Alisa. Dia sudah berpindah ke rumah sewa baru. Sejak awal berpindah masuk, Alisa sempat berkenalan dengan Shima yang merupakan tunangan kepada rakan sekerja Ilham.

Shima merupakan gadis berkulit hitam manis dan sangat lincah. Dia banyak mengingatkan Alisa kepada Ain. Tersenyum kecil Alisa mengingatkan gadis itu. Senyuman yang jarang diperlihatkan kebelakangan ini.

Sesi kaunseling yang disaran oleh Ilham banyak membantu. Lebih tepat Ilham juga yang mengurus semua temujanjinya bersama pakar kaunseling. Sesi yang dijalankan membantu Alisa menenangkan diri. Dia tidak lagi setegang sebelum ini. Tidur malamnya juga tidak lagi sering terganggu. Alisa sudah mampu menenangkan diri dan emosi dari dibelenggu kisah hitam itu. Dia belajar melupakan dan melepaskan rasa sakit dalam diri.

Deringan telefon mengejutkan Alisa dari lamunan. Dicapai handphone yang yang berada di sampingnya. Melihat nama Rizqi terpapar terus Alisa menjawab.

"Assalamualaikum", kedengaran suara Rizqi di hujung talian.

"Waalaikumussalam", jawab Alisa.

"Kacau kau?", tanya Riz.

"Tak lah, aku just baring-baring dalam bilik", jawab Alisa.

"Kau macam mana harini, sihat? Anything special nak share dengan aku", tanya Rizqi prihatin

Alisa ketawa kecil mendengar soalan Rizqi. Sejak kejadian haritu Rizqi kerap bertanya khabar. Sekurang-kurangnya dua hari sekali pasti Rizqi menghubunginya. Dia tahu Rizqi risaukan keadaan mental dan fizikalnya. Tapi Alisa tidak mahu terus membebankan Rizqi. Walaupun sudah lama bersahabat dia masih merasa serba salah.

"Riz.. aku okey. Kau janganlah risau. Kau selalu call tanya keadaan aku, buat aku rasa serba salah. Aku dah banyak susahkan kau dengan Am. Sekarang pun aku still buat kau risau, kena susah payah call tanya khabar aku", perlahan Alisa meluahkan perasannya.

Lama Rizqi mendiamkan diri. "Aku tak pernah sekali pun anggap kau menyusahkan aku. Am pun tak pernah anggap kau beban. Kau kena belajar untuk terima dan hargai sikap prihatin dan ambil berat orang sekeliling kau. You never alone. Kau patut tahu tu", panjang lebar Rizqi menasihati Alisa.

"Kau dekat mana? Dah sampai rumah, dah makan?" bertubi-tubi Alisa bertanya, mengalih perbualan.

"Dekat rumah. Dah makan, aku bungkus je tadi. Kenapa? Kau dah makan?", Rizqi membalikkan soalan. Risau juga kalau Alisa belum makan. Jam hampir berganjak ke angka sebelas.

"Dah makan tadi dengan Shima. Saja tanya. Kau kan sibuk selalu balik lewat malam. Tapi still kena cari masa nak tanya khabar aku".

"Aku boleh jaga diri. Kau tak payah risau", balas Rizqi tidak mahu Alisa memikirkan dirinya.

"Aku pun boleh jaga diri. Lama aku stay dekat oversea sebelum ni" ujar Alisa tidak mahu mengaku kalah. Rizqi tidak membalas. Hanya membisukan diri.

Tidak puas hati dengan respon Rizqi yang mendiamkan diri Alisa terus membela diri. "Before this, aku boleh jaga diri masa tinggal dekat oversea. Always careful. Tak pernah terjadi perkara bukan-bukan. Tak sangka balik sini..." Alisa hanya membiarkan ayatnya tergantung tidak bersambung.

"Benda kalau nak jadi tak kira kau ada dekat mana. Tak bermaksud bila ada dekat luar negara je kita kena extra careful sebab tak selamat, but when you came back tak payah berhati-hati sebab confirm selamat. Salah pemikiran macam tu. Hati manusia kita tak boleh duga", perlahan tapi tegas teguran Rizqi.

Terdiam Alisa. Seperti tekena batang hidung sendiri. Iya, dia selalu dan terlalu berhati-hati semasa belajar di UK sebab berada di tempat baru dan asing. Budaya, cara hidup dan undang-undang mereka agak berbeza. Tapi once dia balik Malaysia suasana yang familiar menyebabkan dia terlalu selesa. Itulah salahnya. Dia masih seorang wanita. Kena sentiasa menjaga diri. Alisa menghembus perlahan nafasnya.

"Maybe aku terlalu selesa dapat jejak kaki dekat Malaysia. Salah aku juga", lemah Alisa membalas mengakui kesalahan diri.

Rizqi tidak mahu Alisa menyalahkan diri. Siapa yang ingin mengundang perkara tidak diingini ke atas diri sendiri. Alisa tidak bersalah dalam hal ini. Dia cuma mangsa keadaan dari jantan yang bertuankan nafsu. Rasa marah Rizqi belum menghilang mengingatkan muka lelaki itu.

"Lis, kau free hujung minggu ni? Jom jalan-jalan. Jauh sikit dari KL", ajak Rizqi mengubah topik perbualan.

"Kau nak pergi mana?" tanya Alisa ingin tahu.

"Mulanya rancang nak pergi mendaki, tapi cancel last minute. Then decide nak pergi Escape dekat peneng",

"Siapa lagi join, Am pergi tak?", tanya Alisa serba salah.

"Kawan aku dengan partner diaorang. This time Am dengan Dani pun join. Dani nak bawa girlfriend dia. Kau tak pernah jumpa lagi kan", Rizqi sengaja memancing Alisa. Dia dapat mengagak Alisa agak keberatan untuk sertai.

"Tapi, tak nak lah Riz. Aku segan la, aku tak kenal kawan-kawan kau", serba salah Alisa menolak.

"Kenapa pula kau tak kenal. Am dengan Dani pun join. Zack, Syafiq dengan Fikri kau dah pernah jumpa" Rizqi cuba memujuk Alisa.

Lama Alisa membisukan diri. Rizqi tidak memaksa, dia memberi ruang untuk Alisa berfikir.

"Okey, kau nak pergi Peneng kan. Kalau aku nak ajak Ain temankan boleh?" Alisa meminta izin mengajak Ain. Kalau Ain turut serta adalah juga penemannya. Tidaklah menjadi kera sumbang.di tengah kelompok teman-teman Rizqi dan Ilham.

"Boleh je. Nanti kau bagitahu dia", pesan Rizqi.

"Okey, beres", ceria suara Alisa. Mahu tak ceria. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan Ain. Rindu dengan celoteh dan ragam gadis itu.

"Kau tak payah bawa kereta. Nanti pergi dengan aku", bagitahu Rizqi sebelum mereka menamatkan perbualan.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience