BAB 5

Romance Completed 157983

Daniel mengeluarkan enam keping tiket wayang yang sudah dibeli sebelum ini. Mereka terpaksa berpecah kepada dua kumpulan. Tidak ada kekosongan untuk enam tempat duduk.

Awal perancangan Alisa, Ain dan Sarah akan duduk di barisan hadapan. Rizqi, Ilham dan Daniel akan mengambil duduk di barisan belakang. Saat akhir, perancangan terpaksa diubah kerana penonton lelaki terlalu ramai dan bilangan perempuan boleh dihitung dengan jari sahaja.

Melihat keadaan itu, mereka berpecah. Ilham, Daniel dan Sarah duduk sebaris. Alisa, Ain dan Rizqi mengambil duduk di barisan belakang. Ain melabuhkan punggungnya dikerusi paling hujung dan Alisa mengambil duduk di tengah diapit oleh mereka berdua. Di sebelah kanan Rizqi diduduki sekumpulan lelaki.

Sepuluh minit selepas mangambil tempat, tayangan sebenar bermula. Jalan cerita movie ini agak unik dan boleh ditonton. Tidaklah membosankan.

Alisa mengalih pandangan ke samping melihat Ain yang menonton dengan begitu khusyuk. Tidak dihiraukan orang di sebelah, dengan popcorn di tangannya sudah tumpah. Alisa mengambil popcorn dalam pegangan Ain dan menyumbat ke dalam mulut. Tidak lupa juga dia hulurkan kepada Rizqi.

Habis seberkas popcorn dia dan Rizqi kerjakan. Air yang berada di sisi kiri Alisa ambil dan sedut bagi menghilangkan rasa dahaga dan kering kerana terlalu banyak mengunyah.

Air yang berbaki separuh itu Alisa hulurkan kepada Rizqi. Dia hanya menyisip sekali dua sahaja dan menyerahkan semula kepada Alisa.

Alisa juga tidak menghiraukan Ain di sebelah. Kalau ajak gadis itu menonton wayang, bersedia la untuk engkau borak sorang-sorang. Tak akan dihiraunya kau sepanjang wayang berjalan. 'Gamaknya kalau aku pingsan di tepi dia buat tak nampak je'. Celetuk Alisa dalam hati.

Tayangan itu berjalan hampir dua jam, tepat pukul tiga empat puluh, mereka meninggalkan dewan tayangan.

********

"Ain, Lis korang balik dengan siapa?", tanya Rizqi ketika mereka semua berjalan keluar. Ilham dan Daniel membonceng motosikal. Sarah pula akan dijemput ibu dan bapanya untuk pergi menziarah nenek saudara yang sedang sakit.

"Nanti aku call minta papa jemput, Ain balik dengan aku", balas Alisa.

"Jomlah aku hantar kau dengan Ain. Tak payah call papa kau", ajak Rizqi."

"Tak payah la Riz, rumah kau dengan kitaorang tak sejalan. Lepas kau hantar kitaorang, kau kena patah balik", tolak Alisa.

"Alah Lis, macam tak biasa pula. Orang dah offer terima je la", sampuk Daniel sambil dijeling oleh Alisa.

"Takde hal, jom la. Nanti nak tunggu papa kau sampai lambat pula", ajak Rizqi sambil menapak ke kereta.

Kedua gadis itu tidak lagi menolak memandangkan hari sudah lewat petang. Mereka berdua menurut langkah Rizqi dari belakang

"Byee... jumpa esok dekat sekolah", Alisa dan Ain melambai tangan sambil melangkah pergi.

Alisa mengambil tempat di sebelah pemandu memandangkan Rizqi perlu menghantar Ain pulang terlebih dahulu. Rumah Alisa dan Ain hanya satu jalan. Selalu juga mereka pulang bersama.

********

Usai menghantar Ain pulang, Rizqi terus meluncurkan kereta ke rumah Alisa.

"Kat rumah kau ada siapa?", tanya Rizqi.

"Hujung minggu macam ni, ibu ada papa pun ada", jawab Alisa. "Cuti-cuti ni papa suka rest kat rumah. Kecualilah, ada urusan mustahak baru keluar", sambung Alisa lagi.

Tepat di hadapan rumah berwarna putih kelabu itu, Rizqi berhenti. Dari jauh kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan awal empat puluhan meletakkan getah paip di tangan, dan menuju ke arah mereka.

Melihat Encik Shahrul, Rizqi turut keluar dari kereta. "Assalamualaikum pak cik, sihat?", sapa Rizqi, menghulurkan tangan menyalami Encik Shahrul.

"Waalaikumussalam sihat, lama tak nampak kamu Riz. Nenek kamu macam mana, sihat?", tanya Encik Shahrul.
"Sihat, Alhamdullilah pak cik" jawab Rizqi.

"Lis, kenapa tak call papa minta jemput, kan susahkan Rizqi nak menghantar balik ni", tegur Encik Sharul kepada anak gadisnya.

Belum sempat Alisa membuka mulut, Rizqi menjawab bagi pihaknya.

"Tak ada susah pun pak cik. Hari dah petang sangat. Risau nak dibiarkan tunggu dekat sana. Saya hantar sekali jalan je, Ain dengan Alisa". Jelas Rizqi kepada Encik Shahrul.

"Kalau macam tu tak apalah. Terima kasihlah Riz, hantarkan Alisa balik. Mari masuk dulu, boleh minum-minum sekali", pelawa Encik Shahrul.

"Tak apalah pak cik, InsyaAllah lain kali saya singgah. Saya tak solat Asar lagi ni, melepas Asar saya nanti". Lembut Rizqi menolak pelawaan Encik Shahrul.

"Saya balik dulu, kirim salam dekat mak cik sekali", izin Rizqi sambil menghulurkan kembali tangannya menyalami Encik Shahrul.
"Kamu memandu tu hati-hati Rizqi", pesan Encik Shahrul.

"Iyaa..., Asslamualaikum", ucap Rizqi. Sebelum meluncur pergi dia menurunkan sedikit tingkap mengangguk kepada Encik Shahrul.

"Kamu buat apa Lis, tercegat lagi dekat luar. Mari masuk", tegur Encik Sharul kepada Alisa ketika melangkah masuk.

"Ya papa...kejap Lis nak tutup pintu pagar", jawab Alisa.

Matanya masih terus memandang kehadapan walaupun kereta Rizqi sudah menghilang dari pandangan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah bersama senyuman manis yang masih setia menghiasi bibirnya. Sesetia cintanya yang tidak akan pernah berpaling.


************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience