BAB 22

Romance Completed 157983

Tamat sudah salah satu peperiksaan besar yang bakal menentukan hala tuju dan masa depan. Serasa sudah benar-benar merdeka. Setelah lima tahun berhempas pulas akhirnya mereka tiba di garisan penamat. Tetapi ini bukan pengakhirannya. Mereka bakal memulakan episode baru dalam kehidupan.

"Lis, macam mana dengan last paper tadi. Boleh jawab?", tanya Ain dengan wajah yang muram.

"Alhamdullilah, boleh kut", jawab Alisa ringkas.

"Aku tak confident dengan jawapan aku tadi. Rasa macam banyak silap", balas Ain dengan wajah keruh.

"Ain, kau dah cuba sehabis baik. Kau dah berusaha sekeras mungkin. Jadi jangan fikir banyak dah jangan menyesal dengan jawapan kau. Apa yang kau boleh buat sekarang ni cuma berdoa dan terima dengan hati yang terbuka", nasihat Alisa melihat wajah Ain yang patah semangat.

Ain hanya mangangguk perlahan. Alisa terus menarik tangan sahabatnya menuju ke kantin tempat mereka meletakkan bag.

Dia sempat berselisih dengan Sarah dan Jiha. Sejak kejadian itu Sarah dan Jiha langsung tidak cuba memulakan perbualan lagi. Bahkan langsung tidak mahu memandang wajahnya. Alisa tidak tahu apa yang dibincangkan atau dibicarakan Daniel bersama mereka. Lebih tepat dia tidak mahu ambil tahu. Mungkin lebih baik begini dari terus menyakiti satu sama lain.

"Kita dah habis exam, kau nak pergi mana-mana tak sambut", tanya Ain dengan wajah yang teruja. Seolah lupa dengan rasa sedih sebentar tadi. Tergelak kecil Alisa dengan keletah Ain.

"Tak kut, parents aku dah janji nak bawak pergi jalan-jalan dekat Sabah lepas exam", balas Alisa.

"Isss..Lis itu lain. Tu kau pergi dengan parents kau. Ni aku yang ajak kau pergi, tak sama", bebel Ain

"Kau nak pergi mana? Shopping? Anytime boleh pergi", jawab Alisa.

"Tak nak lah shopping. Jomlah pergi tempat best-best yang jauh sikit", marah Ain

"Iyalah, mana kau nak pergi", tanya Alisa.

"Kita pergi Langkawi atau Pulau Perhentian pun best jugak", ajak Ain.

"No,no,no. Jauh sangat tu parents aku confirm tak bagi", balas Alisa sambil jari telunjuknya diayunkan.
"Habis tu kita nak pergi mana je?", tanya Ain dengan wajah tak puas hati.

"Kita pergi tempat yang dekat sikit. Banyak je tempat yang best dekat sini", pujuk Alisa lembut melihat wajah keruh Ain.
"Air terjun Lata Kinjang pun best juga atau air terjun Ulu Geruntum", ujar Alisa memberi cadangan untuk mengembalikan semangat Ain.

"Ulu Geruntummm. Aku tak pernah pergi sana lagi padahal tak jauh pun. Jom la Lissss, jom laaa", jerit Ain perlahan sambil mengoyang-goyang tangan Alisa dengan teruja.

"Iyalah. Sabarlah la Ain bukannya kau boleh pergi harini pun.Tak sempat nak pergi terlucut lengan aku nanti. Terus tak jadi pergi", balas Alisa sambil ketawa.

"Kita nak pergi berdua atau nak ajak diorang sekali", tanya Ain tidak sabar.

"Mesti la kena ajak. Diorang bertiga je boleh bawa kereta. Kalau kau dengan aku boleh tolak kereta je. Sampai ke subuh tak sampai", balas Alisa sambil ketawa mengekek dibalas Ain dengan wajah cemberut.

"Amboii!! happy habis last paper. Tak toleh kiri kanan terus jalan menonong dekat sini", kedengaran suara Daniel dari belakang.

"Daniii. Kau boleh jawab tak paper tadi", tanya Ain ingin tahu.

"Kenapa pula tak boleh. Tangan aku elok je bukan patah pun", selamba badak Daniel membalas.

"Apa yang kau mengarut. Aku tanya pasal soalan tadi", marah Ain

"Lain kali cakap tu bagi clear. Benda dah lepas aku tak nak kenang", cliche jawapan diberikan Daniel. Ain terus memuncungkan bibirnya.

"Korang nak pergi mana? Aku ada dengar tapi tak berapa jelas", tanya Daniel.

"Kitaorang nak celebrate habis exam dengan tamat tingkatan lima. Ingat nak pergi jalan-jalan. Tapi Lis tak nak pergi jauh", jawab Ain.

"Then korang decide nak pergi mana?", tanya Daniel.

"Aku nak pergi Ulu Geruntum. Best jugak mandi air terjun. Jom la Dani kita pun tak pernah pergi sini lagi", ajak Ain bersama wajah penuh pengharapan. 'Iyalah kena berharap, kalau tidak siapa nak drive kereta. Tak kan Aku dengan Lis betul-betul kena tolak kereta. Bila tahun nak sampai', getus Ain dalam hatinya.

"Korang nak pergi bila? Dah bagitahu Am dengan Riz?, tanya Daniel lagi.

"Belum. Kau orang first kitaorang bagitahu", jawab Ain. "Diaorang berdua tak nampak batang hidung dari tadi".

"Am aku tak tahu hilang ke mana. Riz dia ada dengan Zulaika", balas Daniel.

"Jangan-jangan....dah habis last paper ni Riz dengan Zu nak confirmkan relationship diaorang. Betul tak, betul tak Dani", menjerit kecil Ain bertanya kepada Daniel.

Daniel memandang sekilas ke arah Alisa. Melihat gadis itu tidak menunjukkan riak wajah yang sedih Daniel mengangguk menjawab pertanyaan Ain.

"Yuhuuu, akhirnya declare juga. Kiranya diaorang dah officialy dating?", tanya Ain tanpa mengharapkan jawapan.

"Then, trip kali ni just aku, Lis, kau dengan Am ke? Riz nak join tak? Diaorang kan baru declare mungkin nak keluar dating berdua je", tanya Ain lagi.

"Tu aku tak sure, nanti aku try tanya Riz", balas Daniel.

Tidak jauh dari mereka kelihatan Rizqi dan Ilham melangkah mendekati.

"Panjang umur. Baru sebut-sebut je nama dah muncul", ujar Daniel dengan ketawa.

Mendengar ujaran Daniel, Ilham menjongketkan keningnya bertanya.

"Lis dengan Ain nak pergi jalan dekat Ulu Geruntum kau nak join tak Am. Kalau Riz aku tak tahu boleh join ke tak kan dah officially ada girlfriend sekarang ni", Daniel ketawa sambil mengusik.

"Bila? Aku on je", balas Ilham.

"Next week kut. This week tak nak pergi lagi just nak rest dulu", balas Alisa.

"Nanti dah confirm hari apa, bagitahu aku", balas Ilham.

Alisa menoleh memandang Rizqi yang membisukan diri sedari tadi. "Kau macam mana Riz? kalau tak boleh join it's okey. Jangan la tayang muka serius gitu, takut aku nak menengok", Alisa bertanya bersama gurauan.

"Aku boleh je. Just name time and place", balas Rizqi.

"Aik, kau boleh join? Aku ingat tangan dengan kaki dah kena rantai", sengaja Daniel menyakat.

Sebagai jawapan satu tamparan keras hinggap di bahu Daniel. Mengaduh kecik Daniel menerima tamparan Rizqi. 'Mak aiii...bisa wooo Rizqi punya tamparan walau nampak slow je'.

"Lis janji mesti ditunaikan. Kita pergi berkelah kali ni, kau masak", pujuk Daniel.

"Kau nak makan apa Dani? Seorang boleh request satu je", jawab Alisa.

"Aku nak tom yam thai" jawab Daniel. "Aku pun sama", celah Ain

"Aku nak telur bungkus", request Ilham

"Daging masak merah", jawab Rizqi.

"Okey, tiga menu ni je. Tak boleh tambah tak sempat nak masak nanti", ujar Alisa.

"Lis barang aku beli, nanti aku hantar dekat rumah", celah Rizqi.


***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience