BAB 70

Romance Completed 157983

Alisa menoleh memandang wajah keruh Rizqi di samping. Dingin riaknya mengalahkan kutub utara. Lelaki itu kelihatan fokus dengan pemanduan.

"Kalau abang dah letih, bagitahu Lis. Kita gilir-gilir bawa", ujar Alisa memulakan perbualan.

Risau hatinya mengingatkan Rizqi yang drive dari KL ke Kedah pada hari yang sama mendarat di KL. Walaupun penerbangan tidak memakan masa yang lama, Alisa tahu sejak tiga minggu yang lepas Rizqi tidak cukup rehat menguruskan projek di Sabah.

"I'm just okay. Kuat lagi setakat nak drive ja", terbit senyuman di bibir lelaki itu, mendengar pelawaan isterinya.

Melihat senyuman yang terukir di wajah Rizqi, Alisa memberanikan diri bertanya, "Something wrong? Abang ada marahkan Lis?". Hati-hati Alisa menyoal.

Entah apa yang dibincangkan Rizqi dan Airill sebentar tadi. Habis berbual, terus berubah keruh wajah Rizqi. Mereka yang lain juga mengesan perubahan pada lelaki itu. Tapi, sengaja tidak menegur. Tidak mahu keadaan menjadi janggal.

Rizqi menoleh sekilas memandang Alisa. Mendiamkan diri seketika. "Lis ada apa-apa nak bagitahu abang? Something yang nak share", tanya Rizqi. Kedengaran santai pertanyaan lelaki itu.

Tapi, nalurinya kuat mengatakan dia akan bermasalah jika tidak dapat memberi jawapan yang tepat. "Share something? Like what? Tentang katering yang cancel last minute atau kitaorang gotong-royong memasak?", tanya Alisa dengan riak keliru. Dia bingung tidak pasti, apa dimaksudkan oleh Rizqi.

"Atau.....", Rizqi membiarkan katanya tergantung seketika. "Atau... Hafiz", perlahan nama itu meluncur dari bibir Rizqi.

Alisa terkesima. Tidak tahu kenapa nama Hafiz dibangkitkan. Dia menoleh ke sisi memandang Rizqi yang tenang memandu. Lama dia menatap wajah Rizqi cuba mencari jawapan.

Teringatkan perbualan terakhir Rizqi bersama Airill, Alisa terdiam. Mulai faham, kenapa nama Hafiz timbul.

"Apa Airill bagitahu abang?", perlahan Alisa bertanya. Tatapan matanya masih melekat kemas di wajah suami di samping.

"Bukan soal, apa yang Rill bagitahu abang, tapi apa yang abang tanya Rill", jawab Rizqi.

"Lis, please you are not that arrogant, to think I won't realize how uncomfortable you are, around him", ujar Rizqi. Dia sudah membelok masuk ke perkarangan RnR. Diberhentikan kereta di kawasan parking. Enjin kereta tidak dimatikan.

"I'm more than aware, how he was looking at you. Abang lelaki! Lis fikir abang tak faham, tak boleh baca cara pandangan dia. He not even care to hide. Bluntly provoking me", Rizqi tersenyum sinis.

Masih terbayang pandangan mata lelaki itu pada tubuh Alisa. Seolah ingin diratah. Menggelegak perasaan benci dalam dirinya. Jika tidak dikawal baran, mati jantan tu dekat tangan dia. Stereng di tangan digenggam kuat, hingga jelas timbul urat-urat hijau.

"Lis, tak nak abang susah hati. Lagipun tak ada apa yang jadi", perlahan suara Alisa, hampir tidak kedengaran. Walaupun bukan salahnya, entah kenapa terasa seperti dia sudah khianati kepercayaan suami sendiri. Alisa sendiri jijik memikirkan sentuhan dan pandangan lelaki itu padanya.

"Jadi? Nak tunggu jadi something baru bagitau abang. When that happen, apa guna nak cakap lagi? Nasi dah jadi bubur?", tajam sindiran Rizqi.

Alisa terkedu. Ini kali pertama Rizqi menggunakan nada setajam ini berbicara dengan dia. Matanya sudah berkaca-kaca. Tubir mata mulai memberat. Suara juga seolah tersekat di kerongkong.

Alisa terus palingkan wajah, buang pandangan ke luar tingkap. Tidak mahu Rizqi melihat air mata yang sudah laju meluncur turun. Dia sedih, terasa dengan kata-kata Rizqi. Seolah semua yang berlaku adalah salahnya.

Dia tidak pernah cuba menggoda Hafiz. Malah, dia menjarakkan diri dari lelaki itu. Niat bermandi-manda juga sanggup dikekang. Semuanya untuk menjaga diri sebagai isteri.

Melihat Alisa membisukan diri dan membuang pandangan ke luar. Rizqi tahu, air mata sedang menemani gadis itu. Ditarik dalam-dalam nafas dan dihembus perlahan. Setelah emosinya sedikit tenang, Rizqi meneruskan pemanduan. Membiarkan Alisa melayan perasaan sendiri. Tidak cuba dipujuk. Hati sendiri yang mendongkol geram perlu ditenangkan dulu.

Perjalanan yang memakan masa berjam-jam itu hanya ditemani kebisuan.

Sampai di perkarangan aparment, Rizqi memberhentikan kereta. Dipandang sang isteri yang terus diam membisu, wanita itu langsung tidak menoleh ke arahnya. Pandangannya masih setia menghayati suasana di luar tingkap. Walaupun itu permandangan yang dilihat saban hari.

"Sayang, dah sampai. Jom naik atas letak barang", ajak Rizqi, yang terlebih dahulu melangkah keluar dari kereta. Bag Alisa yang berada dalam bonet dikeluarkan. Langkahnya terus diatur ke arah isteri yang sudah turun dari kereta.

Melihat Alisa yang agak ketinggalan di belakang ketika menuju ke lif, Rizqi memperlahankan langkah. Tangan isterinya dicapai dan dipimpin, agar berjalan seiringan.

"Lepas letak bag, terus kemas barang Lis dengan baju kerja. Minggu ni kita bermalam dekat rumah abang", ujar Rizqi sebaik melangkah masuk ke rumah sewa Alisa yang sunyi sepi. Housemate Alisa belum sampai agaknya.

Terkebil-kebil Alisa mendengar pesan Rizqi. Setahu dia mereka tengah perang dingin. Ada hati pula Rizqi mengajaknya bermalam bersama.

"Barang dalam rumah kan tak lengkap lagi. Macam mana nak bermalam dekat sana", tolak Alisa halus. Tubuhnya membelakangkan Rizqi, tidak memandang wajah suaminya.

Diikutkan, walaupun tidur beralaskan lantai Alisa sanggup saja redah bersama Rizqi. Sekarang tengah berkecil hati, terus tak sanggup.

Rizqi memandang ke arah Alisa yang masih merajuk. Dipandang lama belakang tubuh Alisa seolah berfikir.

"Barang basic kan dah ada. Setakat nak bermalam tak ada masalah. Yang lain kita beli slow-slow bila ada masa", ujar Rizqi.

Melihat Alisa yang masih membisukan diri, Rizqi mengeleng perlahan. Marah betul Alisa. Mahu tak mahu terpaksa guna kuasa veto. Dia memang tak berkenan nak memaksa isteri sendiri.

"Alisa, abang tak tanya, tapi abang ajak Lis balik dengan abang", tenang saja suara Rizqi kedengaran. Seolah tak terkesan dengan kebisuan Alisa.

Alisa menoleh memandang Rizqi. Ditatap lama wajah lelaki itu. Faham maksud yang mahu disampaikan. Tempat seorang isteri di sisi suami. Kalau pun Rizqi mengajaknya bermalam di rumah kosong tetap perlu diturut juga. Inikan pula rumah yang sudah ada serba serbi cuma belum lengkap.

Alisa mengatur langkah ke bilik untuk mengemas pakaian. Sempat dia menjeling tajam suami di sebelah tanda protes. Nak tak nak kena ikut juga kehendak Rizqi.

Lelaki itu menahan senyum melihat jelingan yang dilemparkan Alisa. 'Marah betul gamaknya', bisik Rizqi. Tapi dia respect, Alisa dapat menjaga kata-katanya walaupun dalam keadaan marah.

Alisa memandang lama bag yang sudah penuh terisi. Tidak terlalu banyak baju yang dibawa. Kalau ada barang yang tertinggal, dia boleh datang ke sini semula. Bukannya jauh sangat.

"Dah siap", tanya Rizqi mencapai bag di tangan Alisa. Melihat wanita itu mengangguk Rizqi melangkah ke pintu. Alisa hanya menurut dari belakang. Iyalah dia perlu mengunci pintu rumah.

***********

Pintu rumah semi-D dua tingkat itu dibuka perlahan. Sebaik meletakkan bagasi Alisa di tepi, Rizqi mencari suis lampu. Terserlah jelas ruang tamu yang terbilang luas tapi hanya dihiasi set sofa dan tv serta meja kopi di tengah.

"Masuklah. Start today this will be our home. Maybe will take a bit of time before we can officially stay here", ujar Rizqi melihat Alisa yang masih berdiri di muka pintu.

"Why not you take a look around. Abang nak ambil bag dalam kereta", ujar Rizqi sebelum melangkah keluar.

Melihat bayang Rizqi sudah hilang dari pandangan, mata Alisa kembali melatari di sekitar ruang tamu. Plastik makanan yang dijinjit sejak tadi diletakkan atas meja. Terpaksa 'tapau' makan sebelum ke sini. Rizqi sudah maklumkan sejak awal, langsung tak ada stock makanan dalam peti sejuk.

Kakinya sudah meliar hingga ke dapur yang hanya tersedia peti sejuk dan dapur gas. Sudah cukup bertuah sudah ada dapur gas, senang nak masak nanti.

Melihat sekeliling yang sudah kemas dan bersih, Alisa menarik nafas lega. Mujur Rizqi sudah meminta Ilham carikan orang untuk bersihkan rumah. Jika tidak dia juga yang perlu bersilat bersihkan rumah semi-D moden yang terbilang besar itu. Malah lebih besar dari rumah mama dan papanya di Ipoh. Jenuh nak mengemas. Tidak tahulah berapa nilai rumah ini, tapi tidak pula Alisa berniat mahu bertanya Rizqi.

"Fikirkan apa, jauh termenung", tegur Rizqi yang sudah selesa bersandar di dinding, merenung Alisa. Tidak sedar sejak bila lelaki itu sudah berada di situ.

Alisa hanya menggeleng kecil menjawab pertanyaan Rizqi. Mulutnya masih terkunci rapat sejak menjejak kaki ke sini.

"Sampai bila Lis tak nak cakap dengan abang? Tak nak pandang muka abang? Atau Lis tak happy abang balik sini", soal Rizqi melihat Alisa terus membisukan diri. Sengaja dia menduga wanita itu. Tahu, Alisa akan tewas dengan rasa bersalahnya sendiri.

Bibirnya digigit perlahan mendengar pertanyaan lelaki itu. Sedar, bersalah bersikap tidak acuh kepada suami sendiri. Tapi dia terasa hati dengan sikap Rizqi sebelum ini. Laju tubir matanya mula memberat. Hanya menunggu masa untuk jatuh.

Rizqi melangkah mendekati, berdiri betul-betul di hadapan isterinya, "Lis kecil hati dengan abang?", tanya Rizqi walaupun sudah tahu. Di pandang wajah isteri yang setia merenung lantai. Gamaknya segak lantai tu dari dia. Sempat Rizqi keluh dalam hatinya.

Soalan Rizqi berjaya membuat air mata yang ditahan sedari tadi pecah juga. Bukan mahu mengada untuk merajuk. Tapi Rizqi tidak pernah sedingin dan setajam itu bila berbicara berdua dengannya. Alisa akui hati dia sangat lembut. Mudah terguris, tapi hanya dengan orang tersayang atau terdekat saja.

Melihat air mata yang laju mengalir, dan Alisa yang masih mendiamkan diri Rizqi mengeluh kecil. Disandarkan tubuh pada peti sejuk di belakang. Nafasnya dihembuskan perlahan. Wajah isteri di hadapan dipandang lama.

"I'm sorry. I shouldn't talk to you like that...I get angry, when you refuse to be honest. But I'm more angry with myself. You know why? Abang tak patut izinkan Lis pergi tanpa abang. I'm try to be open-minded. Don't want to be so controlling. So, I give permission against my will. Just to get to know other men staring at my wife?.. I lose my head", panjang Rizqi meluahkan perasaan. Kepalanya didongak memandang syiling. Serius riak di wajah.

"Kalau dari awal abang bagitahu berat hati, Lis tak akan pergi. Tentang Hafiz, bukan niat Lis nak sembunyikan dari abang. I just think, dia bukan sesiapa bagi Lis. I don't want to make you worry. Lagipun, Lis dah cuba jauhkan diri. Cuba elak berdua dengan dia. That why, Lis tak berani pun nak mandi", luah Alisa membela diri bersama tangisannya belum berhenti sepenuhnya.

"I know. I never blame you. Cuma hati abang yang sakit. Patutnya abang lebih tegas dengan pendirian sendiri. You are my wife, kalau abang rasa tak sesuai nak biarkan Lis bermalam dekat luar, tempat yang first time you nak pergi, tempat yang I pun tak pernah pergi, I should say 'No'. But, I choose to compromise with myself", ujar Rizqi terkilan dengan diri sendiri.

"Kalau Lis tanya, abang marah ke? Yes, I'm angry. Marah sebab gagal jaga maruah isteri abang. Maruah Lis tu maruah abang.", beremosi suara Rizqi meluahkan perasaan.

Alisa tergaman melihat amarah Rizqi. Isu yang dianggap kecil bagi dia rupanya tidak bagi Rizqi. Tindakan Hafiz yang tidak menghormati statusnya sebagai isteri seolah menginjak maruah dan ego Rizqi sebagai suami.

Alisa terdiam, mengetap bibir menahan tangisan yang semakin menjadi. Rizqi sedar kali ini dia gagal mengawal perasaan dan emosi. Matanya dipejamkan seketika untuk meredakan amarah dalam hati.

Tubuh Alisa yang berdiri berhadapannya ditarik dalam pelukan. Sedar wanita itu menahan rasa terkilan terhadapnya sejak siang tadi.

Rizqi tidak mahu hari ini berakhir dengan perselisihan antara mereka. Tidak tergamak mahu membiarkan air mata yang menemani tidur Alisa.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience