BAB 23

Romance Completed 157983

Mereka berlima tiba di Air Terjun Ulu Geruntum sebelum jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Jarak yang tidak begitu jauh membolehkan mereka memulakan perjalanan tanpa tergesa-gesa.

Awal perancangan mereka akan pergi berlima, Pada saat akhir tanpa dirancang bertambah menjadi lapan orang. Pada mulanya Alisa meminta Ilham mengajak Firdaus bersama mengingat janjinya untuk memasak kepada pemuda itu.

Entah macam mana trip mereka turut disertai Amir dan dan girlfriendnya, Izzati. Mereka berlima sememangnya ingin beriadah tidak mempermasalahkan hal itu.

Rizqi, Alisa, Ain dan Izzati menaiki satu kereta. Ilham, Daniel, Firdaus dan Amir menaiki satu kereta. Perjalanan mereka tidak memakan masa yang lama sementelah Ipoh dan Gopeng tidak terbilang jauh. Ini juga memudahkan Alisa mendapat keizinan ibu dan papanya.

Sesampai di sana, pengunjung tidak terlalu ramai kerana hari masih awal. Untuk privacy mereka memilih tempat yang agak jauh dari pengunjung yang lain. Kawasan yang dipilih agak dalam airnya namun arus tidak terlalu deras. Kedatangan mereka tanpa kanak-kanak menjadikan pilihan tempat mereka tidak terlalu berbahaya dan bersesuaian.

Ain dan Izzati menghamparkan tikar yang tidak terlalu besar, sekadar cukup untuk mereka duduk melepas lelah. Alisa menyibukkan diri menghidangkan lauk dan nasi yang dibawa.

Melihat di hadapan Daniel dan Firdaus sudah berkubang dalam air. Tidak menyempat-menyempat mereka berdua. Kalah Ain yang paling teruja hendak ke sini.

"Korang nak mandi atau nak makan dulu?", tanya Alisa melaung dari jauh.

"Aku nak makan dulu, tak sempat breakfast pun tadi", balas Rizqi menapak menghampiri bersama Ilham.

Amir mengambil duduknya bersebelahan dengan Izzati. Daniel dan Firdaus dibiarkan mandi, malas nak diajak makan. Mereka berdua kalau sudah berjumpa dengan air, lupa diri.

Alisa mencedukkan nasi ke dalam pinggan. Izzati bantu menuangkan air. Cawan yang dibawa agak terhad, jadi perlu berkongsi. Kalau kau ada OCD, pandai-pandai la bawa cawan sendiri.

"Memang sedap kau masak Lis. Patut Daniel tak nak beli makan. Nak juga kau yang masak", ujar Amir dicela keheningan.

"Kau nak puji tu pandang-pandang sama Mir. Nanti terpacak sudip atas kepala. Aku tolong, tapi tolong tengok je la", Ain ketawa mengekek membalas kata Amir.

Kata Ain disambut dengan ketawa kecil Amir. Merah muka Izzati disakat. Ain memang gemar menyakat sesiapa yang rapat dengannya. Geram juga kadang-kadang dengan sikap menyakat dia. Boleh buat kesabaran hilang dibaling keluar tingkap.

Ilham turut ketawa melihat senyum kambing di wajah Amir. "Lis, tolong pass kat aku tom yam tu", sambung Ilham selepas ketawa.

"Kau jangan layan sangat Si Ain. Kalau kena dengan tekak kau tambahlah lagi. Bukan selalu kau boleh rasa aku masak. Tak tahu bila lagi", balas Alisa menyuakan nasi tambah kepada Amir.

"Tambah lagi Izzati. Jangan malu nanti lapar. Diaorang kalau makan tak pusing kiri kanan. Tup tup lincin pinggan", usik Alisa. Terbit juga ketawa dari bibir Izzati.

Izzati kelihatan agak berat mulut orangnya. Tapi kalau pandai cari tajuk, rancak je dia berborak. Cuma ambil masa nak cari keserasian. Tapi orangnya sangat manis dan senang diajak berbual.

"Korang makan tak ajak", marah Daniel dari belakang.

"Kalau kitaorang ajak kau sampai tercabut anak tekak belum tentu kau naik", Ain menjulingkan matanya.

Daniel dan Firdaus menyertai mereka makan dengan baju yang sudah basah kuyup. Namun tidak dihiraukan mereka.

Nampak lapar benar mereka berdua selepas mandi. Langsung tidak memanggung kepala sepanjang makan. Diajak berborak juga tidak dibalas. Serupa seminggu tidak melihat nasi.

**************

Alisa merendam kaki sambil melabuhkan punggung di atas batu. Dia hanya memandang dari jauh tidak menyertai mereka. Malas hendak mencari penyakit kerana dia mudah jatuh sakit.

Melihat Ain dan Daniel mula bertelingkah kecil Alisa ketawa geli hati. Ain kuat menyakat sesuai dengan Daniel yang gemar loyar buruk. Setiap kali bertembung pasti akan bergaduh.

Memandang wajah dan keletah mereka, Alisa sedar saat inilah yang bakal dia rindukan bila mereka membawa haluan masing-masing. Inilah saat yang tak akan pernah terganti mustahil untuk diulang kembali.

"Kau dengan Ain yang plan nak datang sini tapi kau tak join kitaorang pun", ujar Rizqi melabuhkan duduknya di samping Alisa.

"Malas nak cari penyakit", balas Alisa.

"Dan tengah hari, kalau kau nak rendam badan sikit-sikit boleh rasanya. Tak payah main sampai tak sedar diri macam Daniel", ajak Rizqi.

Alisa memandang rakan-rakannya yang masih ralit bermandi-manda. "Riz, kenapa kau tak ajak Zu sekali", Alisa mengubah topik perbualan.

"Parents dia agak strict", balas Rizqi ringkas.

Fahamlah Alisa maksud di sebalik kata Rizqi. Zulaika dididik dan dijaga dengan rapi oleh ibu dan ayahnya. Pergaulan mereka juga dibataskan.

Ibu dan papa Alisa juga mendidik dan menjaga dia dengan baik. Sebetulnya pergaulan Alisa juga dibataskan. Cuma dia yang selalu memujuk dan berjanji untuk menjaga diri. Kerana telah lama mengenali Rizqi dan juga sahabatnya yang lain Ibu dan papanya memberi kelonggaran. Bagi Alisa sekiranya terjadi perkara tidak diingini semuanya salah dirinya sendiri. Tidak perlu meletakkan salah di bahu ibu dan papanya. Alisa tahu menjaga dirinya sendiri. Dia juga tidak mudah rapat dengan orang yang baru dikenali terutamanya berlawanan jenis.

"Parents dia tak tahu hubungan korang?", tanya Alisa.

"Tak, rasanya tak sesuai lagi nak bagitahu", balas Rizqi.

"Bagi aku yang cukup kenal kau , I think you really serius dengan hubungan ni kan",

"Yes, I'm serious", balas Rizqi kedengaran yakin.

"Then bila korang plan nak infrom both of your family?", tanya Alisa untuk kesekian kali. Hatinya masih terasa dicucuk-cucuk membahaskan soal ini. Tetapi dia belajar untuk mengikhlaskan agar dia mampu melepaskan perasaannya.
Meski tidak dalam waktu yang terdekat.

"Tak ada tempoh yang pasti. Maybe during degree atau after degree", perlahan Rizqi membalas.

"Parents dia tak suka couple-couple ni. Better get serious after ready", sambung Rizqi.

Melihat Alisa mendiamkan diri Rizqi menoleh. Dilihat gadis itu hanya membisu memandang ke hadapan. Fikirannya seolah tidak fokus dengan perbualan mereka.

"Lis, Liss", panggil Rizqi sambil memetik jarinya di depan Alisa.

Alisa mengalih pandangan ke arah Rizqi. "Sorry, sorry aku tak fokus tadi. Where are we just now", dalih Alisa.

"Tak apa. Jomlah kita join diorang", ajak Rizqi untuk kesekian kali. Dia terus melompat turun dari batu.

"Aaahhhhhh", kedengaran jeritan Alisa bergema kerana Rizqi menarik tubuhnya bersama ke dalam air.

"Rizzzzzzzz, kau ni bagi salam dulu. Main tarik je terkejut aku", marah Alisa.

"Kalau tunggu kau sendiri nak masuk dalam air, alamatnya sampai kita balik tak basah-basah juga kau", Rizqi membalas sambil ketawa.
Geram Alisa mendengar ketawa Rizqi. Hilang terbang sudah perasaan sedih tadi akibat ulah Rizqi.

"Okey, okey. Sorry Lis. Kau tak bawak baju salin ke", tanya Rizqi sambil menghampiri Alisa yang sudah mencuka wajahnya.

"Tak bawa. Biar basah kereta kau", Alisa membalas tidak acuh.

Mendengar jawapan Alisa tahulah dia gadis itu sedang merajuk. Semakin galak dia ketawa melihat wajah Alisa yang cemberut.

"Korang buat apa dekat situ. Datanglah sini", ajak Ilham melihat Alisa dan Rizqi berada agak jauh dari mereka.

Rizqi melangkah perlahan menuju ke arah Ilham. Melihat Alisa hanya membatukan diri, dicapai tangan Alisa untuk mengikut langkahnnya.

Melihat jarinya dalam genggaman Rizqi, perasaannya tersentuh, hatinya dilanda kesedihan. Selepas ini ada tangan lain yang bakal digenggam erat oleh Rizqi, ada tangan lain yang dia akan pimpin di sampingnya.
Air mata Alisa menitis jua.


************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience