BAB 43

Romance Completed 157983

Awal pagi sebelum check out mereka semua ke kafeteria untuk bersarapan. Rancangnya ingin singgah di pantai sebelum meneruskan perjalanan pulang. Tapi Alisa sudah tidak ingin menjejakkan kaki ke kawasan yang berair lagi.
Kalah dalam undian, Alisa perlu mengikut juga rentak mereka.

"Kau dari dulu tak suka main air. Pelik aku", Dengan mulut yang penuh makanan Ain mengomel kepada Alisa yang duduk berhadapannya. Nasib tidak disembur saja makanan dalam mulut.

"Apa yang pelik, aku manusia bukannya badak sumbu kena berendam dalam air", selamba Alisa membalas dengan wajah bersahaja.

"Maksud kau, aku badak la", menjerit Ain mendengar jawapan Alisa.

"Ishh, kau ni jangan la jerit. Orang tengok tu", tegur Alisa sambil melihat ke kiri dan kanan. Ain ni sangat ceplos sikapnya.

"Bila kata dekat aku tak pandang kiri kanan", Ain menjeling tajam.

Pitch suara Ain yang tinggi berjaya menarik perhatian rakan-rakan mereka yang berada di meja yang terbilang jauh. Alisa sengaja memilih tempat yang agak tersorok dari mereka yang lain. Mudah baginya untuk berborak perkara lebih peribadi.

Selesai mengisi perut, semua mereka mula bersiap untuk check out. Sebelum pulang mereka singgah sebentar di Pantai Batu Ferringhi. Tidak bercadang untuk bermandi manda. Sekadar mahu menjejak kaki di sana saja.

Walaupun matahari sudah terpacak atas kepala, tidaklah terlalu panas. Kawasan itu agak teduh dengan pokok-pokok besar yang rendang. Alisa mencari kawasan yang agak mendung dan berangin untuk melabuhkan punggungnya di atas pasir. Melihat signboard 'be aware with jellyfish' terus hilang keinginan Alisa mahu bermain di gigi air.

Dia ralit membelek handphone di tangan. Sengaja memilih duduk berseorangan kerana Ain pergi menemani Syazwan berjalan. Nak dating la tu. Alisa malas mahu kacau daun.

"Lis..", tegur Daniel dari arah tepi.

Alisa memanggung kepala memandang Daniel. Dia menjongketkan kening tanda bertanya.

Daniel memandang Alisa lama. Sedang berperang dalam hatinya. Berkira-kira mahu berterus terang dengan Alisa atau tidak. Akhirnya, dia hanya menggurungkan niat. Mungkin dia bukan orang yang sesuai untuk mengungkap kebenaran tersebut.

"Kenapa tak jalan-jalan? Lepak sini je." Daniel mengubah soalan.

"Hmmm. Aku tak nak main air harini. Letih", ringkas Alisa membalas. Daniel mengambil duduk di sebelah Alisa. Mereka hanya berborak kosong.

Melihat hari beransur petang, mereka bangun berjalan ke arah Rizqi dan Ilham yang sedang berborak bersama Syafiq dan Fikri. Alisa hanya menyertai mereka seketika, sebelum meminta diri ke arah Ain dan Syazwan.

Belum sempat Alisa melangkah jauh, kedengaran namanya dilaungkan, "Alisa?", terus Alisa menoleh ke empunya suara. Riak terkejut di wajah tidak dapat disembunyikan.

"Firdaus..", Alisa memanggil dengan rasa tidak percaya.

Lelaki itu berjalan mendekati Alisa dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"How are you Lis? Sihat?", lembut kedengaran suara Firdaus bertanya. Tapi riak teruja tidak dapat ditutupi dari wajahnya.

"Alhamdullilah, sihat", jawab Alisa. "How can you be here Fird?" Rasa terkejut Alisa masih tidak kunjung hilang dengan pertemuan tidak disangka ini.

"Why? Can't I be here?", serius wajah Firdaus.

"No...aa..I mean. Sure, yes you can be here", gagap Alisa menjawab. Cuak wajahnya.

"I just kidding. Saja, rindu nak usik you", Firdaus masih tersenyum melihat Alisa yang sudah salah tingkah.

"You datang dengan siapa?", Alisa mengalih topik perbualan. Serba salah dengar kata rindu dari Firdaus.

"Dengan Family, saja jalan-jalan dekat Penang. Mana tahu ada jodoh jumpa you", ujar Firdaus bersama ketawa kecil.

"My parents over there", tunjuk Firdaus ke satu arah. "Nak jumpa? Jomlah you tak pernah jumpa parents I kan", sengaja Firdaus memancing Alisa.

Jika tadi Alisa hanya salah tingkah, sekarang dia sudah gelisah. Berpeluh dahinya mendengar pelawaan Firdaus.

Alisa ketawa kecil cuba menutup rasa gelisah. "It's okey. I tak nak kacau your family time. Segan I nak jumpa you punya parents"

"I datang sini dengan kawan-kawan. Jom I kenalkan", Alisa sebaik mungkin mencari helah. Berpeluh tangannya.

Alisa mengenalkan Rizqi, Daniel, Ilham, syafiq dan Fikri kepada Firdaus. Mereka sekadar berbasi-basi untuk tidak menjanggalkan suasana. Fikri dan Syafiq menganggap Rizqi mempunyai hubungan istimewa dengan Alisa. Melihat Firdaus menunjukkan minat secara terang-terangan mereka kurang senang.

Rizqi tidak banyak membuka mulut. Lelaki itu sejak dulu memang berat mulut. Bukanlah sesuatu yang pelik. Namun kali ini auranya serasa lebih dingin.

Firdaus meminta diri selepas berbual seketika. Dia membuat janji untuk menghubungi Alisa kemudian. Alisa hanya mengangguk perlahan. Dia menatap langkah kaki Firdaus yang menjauh pergi. Perlahan dia menarik nafas lega. Serasa tidak berdegup jantungnya sepanjang perbualan bersama Firdaus.

"Kau kenapa Lis. Jumpa kawan masa study tapi muka cuak bukan main. Macam kucing nak beranak", tegur Daniel selepas bayang Firdaus sudah hilang dari pandangan.

"Ishh, mana ada. Kau saja buat cerita", marah Alisa menutup malu.

"Dia...ex-boyfriend kau ke? Baik kau jujur. Jangan tipu", Daniel sudah mulakan soal siasat.

"Mengarut je kau ni Dani. Kitaorang cuma kawan", Alisa menjengilkan matanya pada Daniel.

"Yes...kau anggap dia kawan. Tapi dia anggap lebih betul tak? He love you...Alisa. We can see it?" sengaja Daniel meleretkan suaranya, sambil memandang Alisa. Jari diletakkan di dagu seolah tengah serius berfikir.

Merah padam muka Alisa. "Kau kan Dani... memang saja nak kenakan aku. Malas aku nak layan", Alisa terus melangkah pergi meninggalkan mereka tanpa menunggu Daniel membalas. Tidak mahu Daniel terus memancing emosinya.

Ya, Alisa serba salah bertemu Firdaus di sini. Mereka belajar di UK bersama-sama dan hanya sebatas sahabat. Tapi pada tahun akhir penggajian Firdaus meluahkan perasaan kepada Alisa. Namun, Alisa menolak luahan cinta Firdaus dan ingin kekal berteman saja. Tapi lelaki itu tidak mengenal erti putus asa. Dia sanggup menunggu, hingga Alisa bersedia membuka pintu hatinya. Tidak mahu terus menggantung perasaan Firdaus, Alisa akhirnya berterus terang sudah ada nama lelaki lain yang terukir di hatinya.

Tapi semua itu tidak cukup untuk menghapuskan rasa cinta lelaki itu. Sejak dari itu Alisa merasa serba salah ketika bertemu langsung dengan Firdaus. Kerana dia juga pernah berada di posisi yang sama. Mengharapkan cinta seseorang yang bukan untuk kita. Sangat sakit.

*******************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience