BAB 2

Romance Completed 157983

Jam menunjukkan tepat pukul lima petang. Dari jauh kelihatan Alisa bersama Ain dan Daniel berjalan lemah tanpa semangat. Mesyuarat pengawas yang berlangsung selama dua jam itu benar- benar menguras tenaga dan emosi mereka.

"Dani, you know what, start harini kalau turn kau yang siapkan laporan kau jangan nak keluar pergi dating. Kalau kau nak sangat pergi dating kau bawa laporan tu masa dating, pandai- pandai la kau siapkan", bebel Alisa kepada Daniel.

"Amboi! Lis, tak kan dengan sahabat sendiri kau nak berkira. Kata sahabat dunia akhirat. Baru minta tolong sikit dah bising tak ikhlas langsung menolong. Nanti kalau aku ada masalah kau la orang first yang angkat kaki", Daniel membalas dengan nada yang tinggi tanda tidak puas hati.

"Dani, kau kalau cakap siang pandang-pandang, siapa yang angkat kaki. Kau jangan buat-buat lupa siapa yang back up kau masa kau sampai mesyuarat lambat, aku yang cover line untuk kau masa kau pergi dating, kerja sekolah kau yang terbengkalai tu aku tolong siapkan, nota kau pun aku tolong salinkan", Alisa mengungkit dengan muka tak puas hati.

Melihat muka Alisa yang masam mencuka, Daniel pantas menurunkan nada bicaranya. Sedar dia terlanjur kata. Selama ini Alisa memang banyak membantunya.

"Alah Lis, tak kan itu pun kau nak ambil hati. Aku cakap je bukan aku maksudkan pun. Aku tahu la kau sahabat dunia akhirat aku, kau banyak tolong aku", pujuk Daniel.

"Korang berdua ni kan pantang sua muka mesti nak bergaduh. Bila tak jumpa tertanya-tanya, cuba cakap baik- baik" selar Ain.

Alisa hanya membisu sambil memasamkan muka. Daniel mengaru kepalanya yang tidak gatal. Melihat gelagat mereka berdua, Ain hanya mengeleng kepala.

"Okey, salah aku. Aku tak patut cakap kau macam tu. Come on la Lis, muncung kau dah panjang sedepa dah tu", Daniel mengaku salah untuk menyejukkan hati Alisa yang tengah panas .

"Kalau tak fikirkan kau sahabat aku, tak ingin aku nak bersoal jawab dengan Riz dalam bilik mesyuarat tu", akhirnya Alisa membuka mulut.

"Diorang pun kalau nak ponteng kelas ke, nak merokok ke, lain kali make sure pergi hadap Riz sendiri bagitau apa kesalahan yang diorang nak buat. Tak la menyusahkan orang lain nak tolong jawab", getus Alisa menyambung omelannya dengan hati yang panas.

"Isshh, apa kau merapu ni Lis. Siapa yang nak pergi mengaku salah sebelum buat salah", bebel Ain kepada Alisa mendengar sahabatnya itu sudah mula mengarut.

"Aku cakap je", perlahan Alisa bersuara.

"Jom lah kita balik, dah petang sangat ni. Nanti terlepas solat Asar pula", melihat hati Alisa sudah mulai sejuk, Ain terus mengajak Alisa dah Daniel pulang. Lima belas minit lagi jarum jam akan berganjak ke angka enam. Mereka perlu bersiap untuk pulang memandangkan solat Asar belum ditunaikan lagi.

"Dani, kau tak nak balik ke? Dah lewat ni", Soal Alisa melihat Daniel yang masih berdiri tegak tidak berganjak dari jejak asalnya.

Daniel mengeleng kepala sambil memandang Alisa dan Ain. "Korang balik dulu. Nanti aku balik, aku tunggu Riz dengan Am ni".

"Kalau macam tu tak apa lah. Nanti kau kirim salam dekat diorang", pesan Ain kepada Daniel. Lelaki itu hanya mangangguk mengiyakan

"Assalamualaikum", serentak Alisa dan Ain memberi salam sebelum melangkah pulang.

"Lis", belum sempat kaki Alisa melangkah lebih jauh, terdengar Daniel melaungkan namanya. Alisa berpaling memandang Daniel yang menatapnya dengan raut wajah serius.

"Sorry, did't mean to hurt your feeling with my words", Daniel menghulurkan kata maaf.

Dia merasa bersalah menuduh Alisa sebentar tadi. Walaupun mereka sering bergurau kasar dan menyakat satu sama lain, ianya hanya sekadar gurauan. Tapi, tadi nadi bicaranya agak tinggi dan dia menuduh gadis itu dengan agak keterlaluan.

"Why so serious, I don't mind la. For us bertikam lidah tu hal normal. Yang tak normalnya kau dengan aku tu berkawan baik macam lembu dengan kerbau". Alisa menjawab sambil tergelak besar.

Daniel hanya mampu tergelak mendengar perumpamaan Alisa yang agak janggal di pendengaran. Dia sudah cukup kenal dengan sifat gadis itu yang kelihatan kasar namun mempunyai hati yang lembut.

**********

Usai menunaikan solat Maghrib di kamarnya Alisa berjalan ke meja belajar. Dia mengeluarkan buka latihan. Banyak tugasan perlu diselesaikan segera.

Sedang ralit menyiapkan kerja sekolah, tanpa sengaja dia menjatuhkan satu kotak kecil yang diletakkan di penjuru meja.

Pantas tangannya mencapai kembali kotak yang tergolek di atas lantai. Diangkat penutup kotak itu. Terserlah isi di dalam yang merupakan sekeping kad ucapan bersama seutas rantai leher.

Mekar senyuman di bibir Alisa. Rantai leher itu merupakan hadiah pemberian Rizqi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke tujuh belas, bulan lepas. Dia tak pasti macam mana Rizqi boleh tahu sudah lama dia menginginkan rantai leher yang berloketkan hati itu.

"Agaknya, Riz tu boleh baca hati kut. Ishh...kalau dia boleh baca hati dah lama dia tahu aku suka kat dia. Ini aku tengok sama je, macam kayu juga tak ada perasaan langsung", Alisa mengomel sendirian.

Tiba- tiba ketawa kecil meletus dari bibir Alisa. Membayangkan saja Rizqi pergi membeli rantai leher itu, dia tak mampu menahan ketewa. Dia kenal rapat dengan perwatakan lelaki itu yang serius. 'Jangan-jangan Riz ni main tunjuk je rantai yang dia nak. Tak ada tanya pun jurujual tu, lepas tu terus je bayar', Alisa bermonolog dalam hati.

Perlahan senyuman di bibir Alisa mula menghilang. Mengingatkan sudah dua tahun dia menaruh perasaan cinta terhadap Rizqi. Alisa malu dan takut untuk meluahkan perasaan, memandangkan mereka sudah lama bersahabat. Dia risau memikirkan hubungan mereka akan bertukar janggal kalau Rizqi menolak persaannya.

"Kalau aku berjaya score straight's A, hari result SPM keluar aku akan bagitau dia, aku dah lama suka kat dia". Alisa cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri.

"Setidaknya, kalau dia tolak cinta aku pun, aku dah tak perlu hadap muka dia kat sekolah. Tak adalah malu sangat". Alisa cuba menyedapkan hati sendiri. Hakikatnya, dia sedar tak mudah mengumpul keberanian untuk meluahkan perasaan.


*************

Hi gusss.. hopefully u all enjoy reading chapter 2. Tomorrow, I will try update chapter 3. See u soon..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience