BAB 25

Romance Completed 157983

"Ibu, Lis nak keluar kejap. Sebelum malam Lis balik" Alisa meminta izin dari Puan Anisah.

"Baik-baik keluar tu Lis", kedengaran pesanan ibu Alisa.

"Iya buu", jawab Alisa menghulurkan tangan menyalami Puan Anisah.

Alisa terus meluncur kereta meninggalkan perkarangan rumah. Sudah hampir dua minggu dia menjejak kaki kembali ke tanah air. Kepulangannya sengaja tidak dikhabarkan kepada sahabat-sahabat. Ingin memberi kejutan kepada mereka.

Sudah dua tahun Rizqi dan Ilham pulang ke Malaysia. Hanya Alisa yang mengambil keputusan untuk terus merantau di negara orang. Walaupun berada di berlainan negara mereka masih kekal berhubung. Cuma agak jarang kerana kekangan waktu dan masa yang berbeza. Sudah lebih setahun Alisa tidak bertanya khabar sahabatnya.

Dua tahun lepas Rizqi mengutarakan keinginan hati untuk melangkah ke fasa seterusnya bersama Zulaika. Dia ingin mengikat gadis itu dengan hubungan yang lebih serius.

Menerima berita itu, Alisa menjarakkan diri. Tidak lagi berhubung kerap seperti sebelumnya. Selama lapan tahun dia menata kembali emosi dan perasaan. Belajar melepas dan mengikhlaskan. Percaya takdir yang Allah hamparkan di depan adalah yang terindah.

Sampai di persimpangan Alisa membelok ke kiri. Dia memberhentikan kereta di depan sebuah kedai makan. Mengatur langkah kaki menuju ke arah seorang gadis yang begitu ralit dengan handphone di tangan.

"Assalamualaikum Nurul Ain", lembut suara Alisa memberi salam bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Pantas Ain mengangkat kepala menatap seraut wajah yang sangat dia rindukan. "Brekkk...", bergema bunyi kerusi yang terdorong kuat ke belakang. Ain terus memeluk tubuh Alisa erat. Tergelak kecil Alisa menyambut tingkah Ain namun dia tetap membalas pelukan Ain dengan mata yang berkaca.

"Sampai hati kau Lis, balik tak bagitahu aku pun", Ain meluahkan rasa terkilan.

"You are the first person aku bagitahu", balas Alisa sambil mengenggam tangan Ain.

"Tapi dah dua minggu kau sampai Malaysia. Kau jangan bagitahu aku line tak ada. Tak masuk akal", sanggah Ain masih tidak berpuas hati.

"Iya la, saja tak nak bagitahu kau. Biar terindu-rindu dengan aku. Rindu tak?", tanya Alisa sambil ketawa kecil sengaja mengusik Ain.

"Tak rindu pun. Langsung tak pernah terfikir", Ain membalas tidak acuh.

"Seriuss... baru semalam aku bagitahu sampai Malaysia harini kau dah terpacak depan muka", tanya Alisa membuat wajah terkejut.

"Eerhhh, kau ni Lis, saja kan" marah Ain.

"Okey, okey salah aku. I'm sorry", pujuk Alisa

"Kau tak kerja ke harini. How can you be here?", Alisa bertanya dengan rasa ingin tahu.

"Kau bagitahu ada dekat Malaysia. Of course I'm here", wajah tidak bersalah Ain pamerkan.
Alisa hanya menatapnya tidak berkelip. Ain ni bukan boleh dibuat main fikir Alisa dalam hati.

"Kau macam mana sekarang. Okey tak kerja", tanya Alisa. Dia sudah sedia maklum Ain kini bergelar seorang guru.

"Just okey. Semua kerja akan ada masalah. Still masih nak kena sesuaikan diri dengan orang sekeliling. Tapi aku tak nak bincang pasal kerja harini", lemah Ain membalas.

Melihat respon Ain, Alisa tidak mahu bertanya lebih lanjut perihal kerjanya. Mungkin bukan masa yang tepat untuk mengorek lebih dalam.
"Kau dapat posting di Peneng kan. That good, tak terlalu jauh dengan Ipoh. Bila cuti senang nak balik"

"Mama aku orang paling happy tahu aku dapat posting di Peneng. Di buatnya kenduri kesyukuran", tergelak besar Ain mengingat peristiwa itu.

Alisa mengeleng kepala sambil tertawa kecil. Dia cukup dengan Puan Salmah, mama Ain. Seorang wanita yang sangat penyayang dan peramah.

"Kau macam mana. Dah dapat kerja?". Tanya Ain.

"Dapat dah, aku apply sebelum balik Malaysia. Next month start kerja", balas Alisa.

"Dekat mana Lis?", tanya Ain ingin tahu.

"Dekat KL", jawab Alisa.

"Bestnya...nanti kalau aku cuti kita boleh pergi holiday. No excuse?", ucap Ain sambil bercekak pinggang bersama riak teruja yang terlukis di wajah.

Saranan Ain, Alisa sambut bersama senyuman. Tahulah dia setiap kali cuti panjang pasti banyak aktiviti yang bakal dirancang Ain. Memandangkan Ain kaki jalan sejak dari sekolah.

"Riz dengan Am kerja dekat KL juga", beritahu Ain.

"Cuma Danie kerja di Seremban. Tapi still dekat dengan korang kan. Tak fair aku sorang je duduk jauh", adu Ain dengan wajah yang cemberut.

"Habis tu? Kau nak minta tukar ke?", usik Alisa

"Mana boleh, baru kerja lagi tak boleh minta tukar. Lagipun tak ada alasan yang kukuh", panjang muncung Lis.

"Kau bila nak pindah pergi KL. Dah ada rumah sewa?" tanya Ain.

"Dah ada, aku sewa apartment. Kongsi tiga orang. Aku tak nak kongsi ramai sangat. Nanti tak selesa pula", balas Alisa.

"Kalau kongsi ramai sangat nanti ada je masalah. Biar kita bayar mahal sikit janji selesa", sokong Ain.

Alisa berkira-kira untuk bertanya lebih lanjut perihal Rizqi. Sudah berapa lama mendirikan rumah tangga. Macam mana kehidupan dia sekarang. Sudah dikurniakan anak ke belum. Namun risau hati tidak cukup kuat dia matikan saja niat dalam hati.

"Sarah macam mana sekarang? Kau still berhubung dengan dia?" tanya Alisa perlahan.

Ain mendiamkan diri seketika merenung Alisa sebelum membuka mulut. "Ada contact tapi tak kerap sangat. Last thing yang aku tahu dia kerja di Johor", jawab Ain.

"How is she? Macam mana dengan kehidupan dia sekarang. Dah kahwin ke belum? Dah ada anak ke?", soal Alisa.

"Tak kahwin lagi. Just dia dah bertunang tiga tahun lepas. Tapi tak tahu lagi bila nak nikah", datar suara Ain menjawab.

"Kau asyik tanya pasal diaorang. Kau macam mana. Dah ada someone special? Lapan tahun dekat oversea mustahil hati tak terpaut pada sesiapa", Ain cuba mengorek rahsia.

"Tak ada orang yang sudi dekat aku", jawab Alisa sambil ketawa kecil.

"Kau nak tipu siapa Lis? Kalau kau kata tak ada orang yang sudi dengan kau aku potong jari. Tapi kalau kau yang jual mahal aku percaya", pedas Ain membidas.

"Aku tak jual, itu yang tak ada orang beli", balas Alisa selamba.

"Serius la Lis. Punya cantik kau ni, pandai masak, caring pula tak kan tak ada yang sangkut. Pelik aku, sekarang aku tengok kau bukan main cantik lagi", bebel Ain tidak berpuas hati.

"Cantik tu subjektif Ain, tak semua berkisar pasal rupa paras. Macam aku, tak pandang sangat rupa asalkan dia someone yang aku selesa, caring dengan cara dia sendiri, someone I love, that enough", balas Alisa.

"Selama umur kau dua puluh enam tahun kau tak pernah bercinta Lis. Kalau taste kau tak tinggi melangit apa sebabnya sampai sekarang kau single lagi", Ain yang tidak berpuas hati terus menyoal.

"Jodoh tak sampai lagi. Nanti dah sampai seru kahwin la aku. Kau pun belum kahwin lagi Ain. Jangan risau dengan jodoh aku pula", Alisa mengingatkan Ain.

"Aku dah ada jodoh. Cuma tak discuss lagi next step kitaorang", balas Ain dengan muka sengaja diangkuhkan.

"Siapa, kau tak bagitahu aku pun", tanya Alisa tidak puas hati.

"Senior aku masa di Univesiti. Tapi kami baru officially dating enam bulan lepas", jelas Ain malu-malu. Tahu malu rupanya.

"Kalau dah decide nak bertunang dengan kahwin jangan lupa infrom aku. Nanti aku merajuk kalau kau tak bagitahu", jelingan Alisa hadiahkan kepada Ain.

"Mesti aku bagitahu, aku nak kau jadi pengapit. Kalau kau tiba-tiba tak boleh datang aku cancel majlis", balas Ain bersungguh-sungguh.

Ketawa Alisa mendengar ujaran Ain. Macam-macam kerenah Si Ain ni. Jenuh nanti suami dia nak melayan.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience