BAB 74

Romance Completed 157983

"Sorry sangat-sangat lambat. Masa abang call tadi, Lis baru nak mandi", ujar Alisa sebaik mengambil duduk di sisi Rizqi di sebelah pemandu. Tangan lelaki itu dicapai dan dicium. Serba salah Alisa. Hampir tiga puluh minit dia menjemur Rizqi dalam kereta. Tadi, selesai mandi terus disarungkan baju. Selendang juga dililit ala kadar. Sekadar syarat menutup rambut.

Rizqi mengucup dahi Alisa, usai menyambut huluran tangan wanita itu. "Tak apa, salah abang datang tak bagitahu. Main terjah je", lelaki itu mengaris senyuman kecil melihat wajah serba salah sang isteri.

"Abang dah makan?", tanya Alisa prihatin. Risau juga kalau Rizqi belum makan sedangkan hari sudah berganjak lewat malam. Sudahlah sejak awal dia dah sidai lelaki itu.

"Kenapa? Lis tak makan lagi?", berkerut dahi Rizqi memikirkan Alisa belum makan sedangkan hari sudah jauh malam. Tidak setuju dengan sikap wanita itu yang mengambil mudah urusan makan. Waktu di bangku sekolah, Alisa menghidap gastrik. Sudah bertahun-tahun gastrik tidak menyerang setelah mengatur kembali pola pemakanannya.

"Lis dah makan tadi. Sekali dengan Yana. Cuma risau, abang dah makan ke belum", laju Alisa buka mulut menjawab. Tak nak Rizqi salah faham.

"Abang dah makan tadi. Masa lepak dengan Am dengan..Rill", sengaja nama Airill disebut perlahan. Namun masih cukup di pendengaran Alisa.

Suasana terus berubah hening antara mereka. Rizqi tidak menyambung perbualan. Biarkan sepi yang menemani perjalanan mereka.

Alisa terdiam, terkulat-kulat sendiri. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan kata-kata. Masih berbekas peringatan Rizqi dalam kepalanya. Lelaki itu mahu menerapkan nilai kejujuran dalam hubungan mereka. Masalah ini tidak menyangkut urusan mereka tapi, Alisa tetap rasa bersalah kalau terus mendiamkan diri.

"Abang dah tahu tentang Shima dengan Hafiz", hati-hati Alisa bertanya. Suami di sisi ditatap, mencari jawapan di wajah itu.

"Hmmm, Dani dah bagitahu abang dengan Am", suara Rizqi kedengaran berat, menahan perasaan.

"Airill dah tahu?", perlahan suara Alisa bertanya. Mungkin takut mendengar jawapan lelaki itu.

"Hmmm", pendek Rizqi menjawab. Tidak mengulas lebih panjang.

Tidak puas hati dengan jawapan suaminya, Alisa bertanya lagi. "What did he say. Airill marah tak?", setelah pertanyaan itu meluncur keluar dari bibir, Alisa mengutuk diri sendiri. Tidak tahu bagaimana soalan bodoh seperti tu boleh terkeluar dari mulut. 'Gila tak marah, tunang sendiri curang', bisik Alisa dalam hati.

"What do you think?", Rizqi mengangkat sebelah kening. Wajah Alisa di samping dipandang sekilas. Bibirnya mengukir senyuman yang sukar diertikan

Alisa mendiamkan diri seketika, "Abang rasa, apa akan jadi dengan hubungan Airill dan Shima. Diaorang boleh putus tunang?", akhirnya Alisa bertanya juga soalan yang sudah lama membelenggu fikirannya.

Rizqi tidak terus menjawab. Pandangannya terus terarah pada pemanduan. "Nobody knows. Semua terserah pada dia dan Shima. Nak terima hakikat orang yang kita sayang tu curang, perlukan masa. Kalau salah tu tak ekstrem sangat mungkin boleh pujuk hati untuk terima balik. Tapi parut tetap akan berbekas", perlahan suara Rizqi memecah keheningan antara mereka.

Lama Alisa membisukan diri, memikirkan kata-kata Rizqi. "I can see from her eyes, she really love him...Everytime she talk about him , her eyes will sparkle. Her love is sincere", perlahan suara Alisa memecah kebisuan antara mereka. Dia masih ingin mempertahankan Shima walaupun jelas gadis itu yang bersalah.

"Which one..?", datar suara Rizqi menyapa telinga Alisa.

Dia menoleh ke samping mendengar pertanyaan Rizqi. Agak keliru. Tidak menangkap maksud pertanyaan lelaki itu.

"Which one she love..? If you can love two person at the same time, then which one you love more?", suara lelaki itu kedengaran tenang. Seolah tidak berperasaan.

Alisa menghela nafas mendengar sindiran halus Rizqi. Cuba menyusun kata. Walaupun dia dan Rizqi bukan pihak yang terlibat, kata-kata lelaki itu tetap berbekas di hati. 'Love two person at the same time. It's possible?' bisik Alisa dalam hati.

"I mean Airill. I know she do love him", ujar Alisa akhirnya.

"What are you going to say? She never love Hafiz? Then why...why does it happen? Why they have an affair? If you not call it 'curang', what should we name it?  Betray, cheating, unfaithful? I think it just same", Rizqi mengembalikan pertanyaan pada Alisa.

Masalah ini, tidak membabitkan mereka berdua. Tapi, bagi Rizqi ini mungkin peluang yang baik. Kesempatan yang boleh digunakan untuk mereka berbicara dari hati ke hati soal kejujuran dan kesetiaan.

"Semua orang ada buat salah. Tak ada manusia yang sempurna. Kenapa kita tak boleh belajar nak maafkan", ujar Alisa. Dia menundukkan sedikit kepala. Tidak cuba menoleh memandang Rizqi yang fokus dengan pemanduan. Tahu lelaki itu mungkin tidak bersetuju dengan pandangannya.

"Of course kita ada buat salah. Sebab kita manusia biasa. Abang pun sama, tak lari dari buat silap. Tapi yang kita bahaskan soal hati, perasaan, emosi. Abang tak kata Rill tak akan maafkan Shima. Tapi, abang tak pasti sama ada dia akan maafkan. Boleh jadi dia maafkan kecurangan Shima. Sebagai orang Islam kita dituntut untuk saling memaafkan. I know that. Tapi kita tak ada hak nak paksa dia terima Shima semula, kalau tu melukakan hati dia", Rizqi sudah memberhentikan kereta di sebuah taman rekreasi. Enjin kereta dibiarkan hidup, pintu dibiarkan berkunci. Kelibat manusia lain tidak kelihatan kerana hari yang sudah jauh malam.

"Soal hati dengan perasaan tak boleh paksa, Lis tahu. Apatah lagi, salah tu datang dari diri sendiri. Bukan maksud Lis nak pertahankan apa yang Shima dah buat, atau nak dia play victim. Lis...Lis cuma terfikir diaorang dah kenal lama. Bertunang hampir dua tahun. Kedua belah keluarga pun rapat...Just in short time, how can this happen? Kenapa semuanya jadi kucar kacir. Mustahil dalam masa sesingkat tu, dia boleh gantikan lelaki lain dalam hati dia", soal Alisa, meluahkan apa yang terbuku di hati. Tidak tahu kepada siapa diajukan pertanyaan itu. Kepada diri sendiri, kepada Rizqi atau kepada Shima.

"Tell me honestly, what do you think about her and Hafiz", melihat Alisa mendiamkan diri, Rizqi memaut dagu wanita itu menatapnya. 

Alisa memejamkan mata mengelak dari menatap anak mata Rizqi. Dibiar masa terus berjalan sebelum dia membuka kembali kelopak mata. Pandangannya dan Rizqi bertaut.

"She look happy...really happy. Like she falling in love. Her whole self look...shining, berseri-seri", ujar Alisa tersekat-sekat. Tidak dapat menipu diri lagi. Gadis itu sedang dilamun cinta. Tapi bukan dengan tunangnya.

"You know, first time abang jumpa Hafiz, I have this kind of uneasy feeling. Something about him don't feel right. That why when I know he set his eyes on you, I lost control", ujar Rizqi.

Alisa menatap lelaki itu kebingungan. Tidak tahu kenapa arah perbualan mereka tersasar jauh. Belum sempat dia membuka mulut bertanya, lelaki itu menyambung.

"I don't know, if he plan this whole thing. He set his eyes on you first. Tapi Lis tak pernah buka ruang untuk dia. Maybe, that why dia cuba Shima. Abang cuma agak", ujar Rizqi. Lelaki itu menghela nafas, cuba menenangkan fikiran.

"Tapi kenapa? I mean, kenapa nak cuba Lis. Lis dah kahwin. Dah bersuami, that why Lis tak buka ruang dan letak jarak. Shima pun sama, maybe dia tak kahwin lagi tapi dia tunangan orang. Tunang sepupu dia sendiri. Kenapa tak cuba tackle Liyana, she still single", Alisa sudah membetulkan duduknya supaya lebih tegak. Tubuhnya dipusingkan sedikit menghadap Rizqi.

"Manusia ni tak sama. Ada banyak perangai, sikap, karakter. Untuk orang macam ni dia rasa lebih puas lebih mencabar ambik hak orang lain. Lepas dah berjaya, dia rasa dia hebat, dah menang. Dalam kepala dia tak ada halal haram. Yang penting puas", ujar Rizqi. Lelaki itu menarik senyuman sinis di bibir. Jijik dengan lelaki berperangai seperti itu.

Alisa menatap sinis senyuman di bibir Rizqi. Cukup kenal dengan lelaki itu, tahu Rizqi sedang marah. Tapi kata-kata Rizqi tidak boleh disangkal. Banyak kes yang berlaku melibatkan skandal antara suami dan isteri orang. Atau lelaki bujang dan isteri orang. Setakat tunang tak ada apa nak dihairankan.

"Tapi abang tak salahkan lelaki tu sorang. Ya salah, dia kacau tunang orang. Tapi tepuk sebelah tangan tak kan bunyi. Kalau Shima tak sambut, semua ni tak kan jadi. It make me think, kalau Lis sambut salam perkenalan dia. What will happen", Rizqi merenung anak mata Alisa. Menanti jawapan.

"Abang jangan nak kaitkan Lis dengan masalah ni. From the start Lis tak pernah layan. Tak pernah sambut. Lepas dia tahu Lis dah kahwin, and still tak respect status Lis sebagai isteri orang, I start to hate him. Lis masih tahu batas-batas sebagai isteri. I"ll not let anybody disrecpect my status as wife", Alisa menjegilkan mata pada suami di samping. Geram bila Rizqi kaitkan dia dengan masalah ni.

"I know. That why I said, Shima yang buka ruang tu. Kalau dia sedar dan respect status dia sebagai tunang orang, dari awal she should put a gap", ujar Rizqi.

"But don't worry. Abang dengan Am tak masuk campur pasal ni. Kami tak cuba bagi pendapat atau nasihatkan Rill. Langsung tak cuba salahkan Shima depan Rill. Cuma bagi dia masa dan ruang untuk buat keputusan", jelas Rizqi kepada Alisa. Mungkin pada Alisa dia meletakkan kesalahan itu pada Shima. Namun, dia cuma mahu meluahkan rasa tidak puas hatinya pada wanita itu saja. Sejujurnya, Rizqi langsung tidak memberi pandangan pada Airill. Tidak mahu mempengaruhi keputusan lelaki itu. Tidak juga mahu menghasut.

"Lis tak salahkan abang. Lis kenal abang macam mana. Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Lis, abang buat macam tu", terus Alisa capai tangan Rizqi. Digenggam erat tangan lelaki itu.

Rizqi bawa tangan Alisa ke bibir. Dikucup jari-jari runcing wanita itu. Matanya menatap lekat pada wajah sang isteri. Matanya mengambar seribu rasa, "Lis bila abang halalkan Lis, mean abang dah serahkan seluruh kepercayaan abang pada Lis. Jagalah kepercayaan dan amanah abang baik-baik. Sekali dah hancur dah retak selamanya akan berbekas. Sukar nak sembuh balik. Tapi abang juga janji, akan jaga kepercayaan Lis pada abang. Kalau kesetiaan yang Lis minta. InsyaAllah, itu yang abang akan bagi", sempat Rizqi mengingatkan Alisa. Dalam maksud pesanannya.

"We can never turn back time. Can never change the past. What happen already happen. But let pray for a better", sambung Rizqi mengakhiri perbualan mereka malam itu.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience