Bab 84

Romance Completed 157983

Alisa berjalan memerhati sekitar ruangan bilik Rizqi. Seumur hidup ini pertama kali dia menjejak kaki di ruangan peribadi lelaki itu. Maskulin, itu perkataan pertama yang terlintas difikiran sebaik melangkah masuk. Ruangan ini didominasi warna silver dan navy blue. Iyalah, kalau warna pink atau magenta macam tak kena pula dengan Rizqi.

Perhatian Alisa tertarik pada satu bingkai gambar. Jarinya mengusap perlahan foto yang tertera enam sosok tubuh itu. Rizqi, Daniel, Ilham, Ain, Sarah dan dia.

'Sarah' perlahan Alisa menyeru. Nama itu masih setia terukir kukuh dalam hatinya hingga sekarang. Walaupun tidak bersua, tidak bercakap dalam doa masih diselitkan nama wanita itu. Matanya berkaca mengingatkan pertengkaran mereka. Bagaimana persahabatan yang lama terbina itu hancur sekelip mata. Tanpa tahu hujung pangkalnya.

"Sayang", Rizqi sudah menyandar di bingkai pintu memerhati Alisa entah sejak bila. Wajah wanita itu ditatap lama. Melihat frame gambar di tangan Alisa, sedar apa yang bermain di fikiran wanita itu.

"Dia buang kita dari hidup dia. No call, no massage, no dm, just disappear. There is nothing we can do", tenang Rizqi bersuara. Tidak beri peluang kepada isterinya bercakap.

"I know. But, to throw her from my life, it hard. I love her. I really do. Kita dah bersahabat sejak sekolah lagi. She a great person. Lovable, caring. Always make my day. Always there when I need. Maybe Lis terkilan, sebab tak tahu kenapa hubungan kami boleh hancur macam tu", jarinya masih mengusap lembut bingkai gambar itu.

Alisa menoleh memandang Rizqi. Tersenyum. "Abang still simpan gambar ni", dia tidak menyoal tapi sekadar meluahkan.

"Hmmm. Gambar lepas kita dapat result PMR", bersahaja Rizqi membalas.

Alisa terdiam, gambar yang ditangkap ketika mengambil result SPM tidak lagi sempurna. Hanya mereka berlima sahaja.

"Don't think to hard. Benda dah lama. Need to move on", Rizqi melangkah masuk. Gambar ditangan Alisa diambil, dipandang sebentar. Diletakkan kembali atas meja. Kalau diikutkan banyak gambar di sudut biliknya. Gambar ketika berlajar di Jerman yang mendominasi. Tapi gambar sekolah mereka juga yang menarik perhatian isterinya.

Alisa memejam mata, menarik nafas. Hingga saat ini, dia masih tertanya-tanya sebab perubahan sikap Sarah. Semuanya tidak terjawab.

Sebaik membuka mata, wajah Rizqi terpampang di hadapan. Dia mengukir senyuman kecil untuk lelaki itu, tanda semuanya baik-baik saja.

"Abang, esok kita jumpa Ain boleh?", tiba-tiba hala tuju perbualan mereka berubah. Dalam kesibukan, Alisa masih tidak melupakan sahabatnya itu. Dia tumpang susah hati memikirkan masalah Ain.

"Dia dah terus-terang dengan Syazwan?", Rizqi menyoal kembali isterinya. Tak ada apa boleh dibuat, kalau gadis itu berdegil mahu merahsiakan. Kecualilah dia nak besarkan anak itu sendirian.

"Dah..dia baru bagitahu", jawab Alisa.

"Sayang, let me make it clear first. Dalam hal ini, we don't have any right to interfere. You can give advice, but the decision is them to make. Don't be bias, or emotional when face the problem. I want you to know, this is family problem", Rizqi mengingatkan isterinya. Tidak boleh terlalu ikut campur urusan ini. Bukannya mahu lepas tangan, terhadap sahabatnya. Tapi masalah ini melibatkan dua keluarga. Tidak wajar untuk ketepikan mereka.

Alisa membuka mulut, perlahan saja kedengaran suaranya. "I know. Tapi abang pun tahu kan, sejak dulu Ain takut sangat dengan abang dia.
Dia takut nak berterus-terang bukan tak nak berterus-terang. Abang dia mesti akan salahkan Syazwan. Takut kena belasah pula Si Syazwan tu. Bukan salah dia seorang", Ain agak dikawal oleh keluarganya sejak sekolah. Maklumlah anak tunggal perempuan. Walaupun dimanja, tapi gadis itu agak takut dengan abang sulungnya yang tegas dan abang keduanya yang agak baran.

"It true, not fair to blame him alone.
This thing won't happen if she never give her consent", serius wajah Rizqi.

Wajah Alisa merona merah mendengar kata-kata Rizqi. "When man and woman alone, a lot of thing can happen. It not like she plan this to happen. It just happen", Dia cuba mempertahankan Ain. Tidak cuba membenarkan kesalahan gadis itu. Tapi melihat sahabatnya kemurangan, Alisa tahu Ain menyesal atas ketelanjuran mereka.

"I believe, Syazwan also never plan this to happen. Like you says, it just happen. Tapi, tak ada remedy for regret...what happen already happen. They need to face no matter what", nasihat Rizqi.

"Apa respon Syazwan", Rizqi tiba-tiba menyoal.

"Shock...", pendek jawapan Alisa. Tak tahu nak ulas macam mana lagi. Siapa je tak terkejut kalau di bagitahu bakal menimbang anak walhal tak kahwin lagi.

"Nampak dia macam nak mengelak tak? Dia kata apa?", tidak puas hati. Rizqi sambung menyoal.

"Tak adalah. Dia ajak Ain jumpa, discuss", jujur Alisa menjawab. Syawan tidak cuba lepas tangan terhadap apa yang berlaku. Dia mahu bertanggungjawab. Masalah sekarang, Ain. Gadis itu takut untuk berterus terang dengan keluarganya.

"Then...", Rizqi menunggu Alisa menyambung.

"Syazwan nak je bertanggungjawab. Tapi, Ain takut nak bagitahu family dia. Tak tahu nak cakap macam mana", terang Alisa, duduk sebenar masalah. Syazwan bukan masalah sekarang ni, tapi Ain.

"Bagitahu Ain, esok ajak Syazwan keluar sekali. Tak ada function kita bincang tapi dia tak ada", akhirnya Rizqi memberi kata putus.

************

Alisa duduk temankan Ain, di kerusi taman rekreasi yang sering dikunjungi mereka. Dia menggenggam erat tangan Ain yang sejuk sedari tadi. Dibiarkan gadis itu melayan perasaan sendiri. Matanya tidak lepas dari Rizqi dan Syazwan, yang sedang berdiri menyandar di kereta yang tidak begitu jauh dari mereka. Melihat serius wajah Rizqi, tidak tahu apa yang dibincangkan kedua lelaki itu. Sesekali Syazwan meraup rambutnya ke belakang. Serabut mungkin. Siapa je yang boleh menghadapi masalah ini tanpa tekanan. Banyak yang perlu difikirkan. Banyak juga hati perlu dijaga.

"Lis, apa patut aku buat?", lemah suara Ain menyoal. Entah sudah berapa lama tidur gadis itu tidak lena. Wajahnya juga sudah hilang seri.

"Aku pun tak tahu Ain. Yang aku pasti kau kena berterus-terang dengan family kau cepat-cepat. Kau tak boleh lengahkan lagi. The faster, the better. Right now you fight with a time", Ain dan Syazwan perlu bertindak cepat. Jika mahu anak itu dibin atau bintikan kepada Syazwan mereka tidak boleh berlengah lagi.

Perbualan mereka terhenti dengan kedatangan Rizqi dan Syazwan. Tidak tahu keputusan dari perbincangan kedua lelaki itu. Yang pasti kerutan di dahi Syazwan jelas ketara. Lelaki berkulit kuning langsat itu, menghela nafas panjang. Cuba mengusir resah di hati. Risau memikirkan tindakan yang bakal diambil.

"Jom sayang. Teman abang pergi beli air", Rizqi mengajak Alisa yang masih membatu di atas kerusi. Menangkap isyarat mata suaminya, Alisa terus bangun. Sempat ditepuk perlahan bahu Sarah. Tanda sokongan.

Dia berjalan beriringan dengan suaminya ke lori berdekatan. Mereka melangkah perlahan. Sengaja beri waktu kepada Ain dan Syazwan, berbincang dari hati ke hati.

"Nak belikan untuk Ain dengan Syazwan sekali?", Alisa menatap Rizqi dengan riak keliru. Tak tahulah mereka berdua ada tak selera nak makan atau minum. Tapi ditapau juga.

Niat di hati, sekadar nak beli air, hilangkan dahaga. Sebaik sampai, Alisa rambang mata. Perempuan dan makanan berpisah tiada. Habis semua ditapaunya. Rojak, bebola, fries, yong tau fu. Kalau tak ditegur suami di sisi, sampai ke sudah dia tak sedar diri.

Menggeleng Rizqi, menghulur note seratus. Bukan berkira dengan isteri sendiri. Sekadar nak makan, dia lebih dari mampu. Tapi melirik pada plastik di tangan, sudah dapat diduga pengakhiran nanti. Alamatnya dia juga yang jadi tong sampah.

Alisa tersenyun simpul menatap tatapan Rizqi. Nak buat macam mana, dia memang suka cuba-cuba makanan. Dah jadi hobi agaknya. "Lis bukan nak makan sorang. Kita kongsilah nanti", dia beri jawapan selamatkan diri. Tidak mahu panjangkan isu, Rizqi mengajak Alisa duduk di bangku yang agak teduh dan redup.

"Apa yang abang bincang dengan Syazwan", air kelapa di tangan disedut dua kali untuk hilangkan haus. Panas-panas macam ni, best pekena air kelapa. Cup air ditangan dihulur kepada Rizqi. Dia sudah mulakan sesi berkelah.

Rizqi menghirup sekali dua air tangan. Wajah isteri di sisi dipandang. Alisa ni senang nak jaga sebenarnya. Bab makan dia tak pernah memilih. Bawa makan dekat warung ke, gerai, kedai, restaurant, kafe, wanita itu boleh makan dengan gembira. Dia menarik sedikit hujung bibirnya melihat wanita itu.

"Dia decide nak terus-terang dengan family diaorang. Dalam masa terdekat ni juga nak nikah. Majlis resepsi nanti boleh buat. I think that the best", ujar Rizqi. Bagi dia yang penting akad nikah. Bagi sah dulu. Kenduri nanti boleh fikir semula.

Terhenti suapan Alisa. Dia menoleh memandang suaminya. "Bila Syazwan nak bagitahu parents Ain?", Alisa menyoal kembali.

"Dia nak bagitahu family dia dulu. Lepas dah settle baru jumpa mak ayah Ain. Tak boleh gopoh. Kena buat satu-satu. Kalau tak huru-hara", ujar Rizqi.

"Abang rasa semuanya akan berjalan lancar?", dalam ketidakpastian, Alisa meluahkan pertanyaan yang membelenggu fikirannya.

Lelaki itu terdiam seketika mendengar pertanyaan si isteri. "There is no way...,everything going smoothly. But they need to face it. I know, what your worry about. But there is no other way. Syazwan clearly know that", dia tahu, Alisa risau Ain tak dapat bertahan menghadap tomahan dan hinaan orang sekeliling. Kadang kala kata-kata orang terdekat lebih menyakitkan.

"Ini je yang kita boleh bantu. Selebihnya terserah dekat diaorang macam mana nak buat. Tapi kalau Ain perlukan kita, sokongan kita. We'll always behind her. Kalau family dia tak boleh terima atau buang dia, we always there fo her", Rizqi meluahkan perasaannya pada Alisa. Jarang lelaki itu, mahu mengulas mengenai sahabat mereka. Kali ini jelas, masalah ini agak berat, melibatkan keluarga dan maruah.

Buah yang dicucuk dengan lidi, Alisa suakan ke mulut Rizqi. Melihat serius wajah lelaki itu, hatinya ikut berat. Hilang separuh seleranya. Separuh je la hilang lagi separuh ada lagi. Sejak kebelakangan ni dia cepat sangat lapar.

Buah nenas di hadapan, Rizqi renung sebentar sebelum membuka mulut. Sudah di agak, jangan harap Alisa akan habiskan makanan yang dibeli. Dengan wajah pasrah Rizqi buka mulut sebaik potongan kedua sudah di depan muka. Separuh dari rojak itu sudah selamat masuk dalam perut dia. Wanita itu sedang ralit menikmati fries yang dibeli tadi.

"Jom sayang", Rizqi sudah bangun dari bangku yang diduduki mereka. Sudah agak lama mereka di sini.

Tangan Alisa dicapai dan ditarik bangun. Tiba-tiba jadi manja. Tak nak bangun sendiri. Rizqi layankan saja. Tangan wanita itu dipimpin, seiringan dengan langkahnya.

Rizqi hulurkan plastik berisi air pada Syazwan. Alisa pula mendekati Ain yang masih duduk membatu di bangku tadi. Wajah gadis itu agak sembam, dan memerah. Mungkin baru lepas menangis. Tapi, dia tak adalah kepoh sangat untuk terus menyoal sahabatnya itu. Bagi Alisa jika Ain sudah bersedia untuk berkongsi dia akan menjadi pendengar setia.

Sebelum menuju ke kereta, Alisa peluk erat tubuh gadis itu. Sempat dibisikan pada Ain untuk terus menghubungi sekiranya perlukan sesuatu. Jangan sorokan atau pendam sendiri.


***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience