BAB 19

Romance Completed 157983

Alisa melemparkan pandangan ke luar jendela. Membiarkan fikirannya menerawang jauh. Mengingat kembali perbualannya bersama Rizqi pada minggu lepas. Air matanya menitis namun kali ini dia ingin menangis bersama senyuman di bibir.

Mengikhlaskan seseorang yang kita cintai bahagia walau tidak bersama kita adalah cinta yang tulus. 'Aku ingin memiliki cinta itu Ya Allah. Cinta di mana aku tidak hanya ingin memiliki dia. Tapi inginkan kebahagiaanya walau bukan aku melangkah menemani di sampingnya'. Alisa berbisik dalam hatinya bersama air mata dan senyuman di bibir.

Alisa ingin bangkit dari kesedihan. Mencari kembali diri dan semangat yang hilang. Tidak ingin menjadikan rasa cinta yang hadir dalam diri punca semua kegagalannya. Rasa cinta itu adalah satu anugerah.

'Walau tidak dapat memilikinya sebagai seorang lelaki yang diimpikan memimpin tangan ke syurga, tapi aku bersyukur Engkau hadirkan dia dan pertemukan kami sebagai sahabat'. Alisa menutup pandangan matanya seketika lalu dibuka kembali dengan senyuman indah menghiasi wajahnya.

Alisa bangun dan berjalan keluar dari bilik menuruni anak tangga. Dia ingin menghabiskan masa bersama ibu dan papanya. Sudah lama rasanya tidak menghabiskan masa bertiga bercerita dan bergurau senda.

Terlalu tenggelam bersama kesedihan dan kekecewaan menyebabkan dia terlupa memandang sekeliling yang penuh dengan orang dia sayangi.

Sampai di lantai bawah Alisa menapak terus ke arah ibunya dan memeluk erat wanita itu. Wanita yang telah melahirkan dan menyayanginya tanpa berbelah bahagi.

Puan Anisa tersenyum memandang tingkah manja Alisa. Dia memeluk kembali puteri tunggalnya. Walau tidak begitu ditunjukkan namun Alisa anak yang sangat manja. Sementelah dia anak semata wayang Puan Anisa dan Encik Shahrul.

"Aikk. Nampak ibu kamu saja?. Papa macam mana tak nampak", tanya Encik Shahrul mengusik anak tunggalnya itu.

Alisa ketawa mendengar usikan papanya. Dia bangun dan terus memeluk lelaki yang sentiasa melindunginya.Yang sentiasa memberi teduh kepada Alisa dari ribut dan badai. Lelaki yang bergelar seorang Ayah.

"Tentulah nampak papa. Macam mana boleh Lis tak nampak papa kesayangan Lis ni", jawab Alisa.

"Kamu manja sangat ni kenapa? Ada nak beli apa-apa?", tanya Encik Sharul mengecilkan matanya memandang Alisa.

"Ishhh papa ni, mana ada. Lis saja je rasa rindu dengan papa dengan ibu", Alisa membalas sambil memuncungkan bibirnya.

Melihat anak gadisnya sudah merajuk Encik Shahrul tergelak besar. Dia menghulurkan tangan mengusap kepala permata hatinya itu.

"Papa memang saja. Kalau Lis tak keluar bilik asyik tanya. Risau tak bertempat tak nampak anak dara dia. Bila ada depan mata sibuk diusiknya sampai merajuk", bebel Puan Anisa sambil tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

Bertambah kuat gelak Encik Shahrul mendengar bebelan Isterinya.

"Lagi seminggu kamu nak SPM kan Lis. Macam mana dah bersedia", tanya Encik Shahrul.

"InsyaAllah dah sedia papa. Lis cuba buat yang terbaik. Selebihnya berserah kepada Allah saja", jawab Alisa dengan wajah yang yakin.

"Lepas exam nanti, papa dan ibu kamu rancang nak pergi bercuti. Lis ada nak pergi mana-mana?" tanya Encik Shahrul.

"Local atau oversea papa", Alisa bertanya dengan rasa teruja yang tidak dapat disembunyikan.

"Ikut kamulah. Papa dengan ibu tak kisah. Ini kira hadiah untuk kamu", terang Encik Shahrul

"Tapi Lis tak dapat result lagi. Macam mana kalau result Lis tak bagus", tanya Alisa dengan wajah sedih

"Papa kata ni hadiah untuk kamu, bukan hadiah sebab kamu dapat result bagus. Dapat berapa pun tak apa yang penting kamu dah usaha", balas Encik Shahrul sambil menepuk bahu anak gadisnya itu.

"Papa dengan ibu tak pernah letakkan syarat kamu kena score straight A , result kamu kena cemerlang. Apa yang ibu dengan papa harapkan, kamu ada usaha. Lepas kamu dah berusaha, berapa pun keputusan kamu, InsyaAllah ibu dengan papa boleh terima", panjang puan Anisah menasihati Alisa.

"Dalam hidup ini ada banyak cara nak berjaya. Pelajaran salah satu caranya. Tapi bukan satu-satunya cara. Jalan hidup setiap orang tak sama. Walau sebaik mana kita merancang Allah yang atur dan tetapkan. InsyaAllah bila kita ikhlas menerima akan kita nampak hikmah di sebaliknya kerana Allah sebaik-baik perancang", sambung Encik Shahrul.

Mendengar nasihat ibu dan papanya Alisa mendiamkan diri cuba merenung kembali dirinya. "Lis faham papa, Ibu", jawab Alisa setelah memdiamkan diri seketika.

Puan Anisah tersenyum mendengar jawapan Alisa. "Macam mana Lis, dah tahu nak bercuti ke mana", tanya Puan Anisah.

"Lis rasa nak bercuti ke Sabah. Boleh tak?", tanya Alisa.

"Betul, lepas ni tak boleh ubah fikiran dah", tanya Encik Shahrul.

"Ya tuan, saya pasti", balas Alisa sambil mengangkat tabik hormat.

Encik Shahrul dan Puan Anisah menggeleng kepala melihat telatah puteri mereka. Satu-satunya buah hati. Dialah racun dia penawar. Dialah gelak tawa dia juga air mata.


*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience