BAB 27

Romance Completed 157983

"Zulaika minta putus", beritahu Daniel.

"Kenapa? Aku pasti Zulaika sayangkan Riz. Kenapa selepas bertahun-tahun bercinta dia minta putus", lirih kedengaran suara Alisa.

Walaupun Alisa masih mencintai Rizqi dia tidak pernah mengharapkan perpisahan mereka berdua. Malah jauh di sudut hati dia mendoakan kebahagiaan Rizqi dan Zulaika.

"Sayang dan cinta saja tak cukup", balas Daniel datar.

"She married someone else", sambung Daniel.

Alisa mengangkat tangan menutup bibirnya kerana terlalu terkejut.

"Siapa?", tanya Alisa perlahan antara dengar dan tidak.

"Lelaki yang parents dia pilih. Anak kepada kawan ayah dia. Dari keluarga baik-baik dan keturunan baik-baik kata mereka lah", jawab Daniel bersama senyuman sinis di bibir. Melihat Rizqi kecewa hati Daniel juga sakit. Mereka sudah lama bersahabat, cubit paha kanan paha kiri juga terasa.

Lama Alisa mendiamkan diri. Hanyut dalam fikirannya sendiri. "How is he?", tanya Alisa akhirnya.

Dia pasti Rizqi sangat terluka sementelah Zulaika adalah cinta pertamanya. Rasa sakitnya mungkin lebih dalam dari Alisa. Alisa memendam rasa cinta terhadap Rizqi selama bertahun-tahun. Tapi semuanya berakhir sebelum cinta itu sempat kembang mekar.

Namun Rizqi dan Zulaika telah menyulam cinta selama enam tahun bersama impian dan harapan. Sekarang bunga-bunga cinta itu dipetik, diracik sehingga hancur lalu dicampak ke tanah. Sakit sekali rasanya. Hati Alisa dilanda sebak membayangkannya.

"How is he? Worst", jawab Daniel.

Jawapan Daniel membuat Alisa menatap terus wajahnya. Cuba mencari jawapan di raut itu.

"He become a bit cold. Dia jadi agak dingin. Tak banyak bercakap. Susah nak nampak dia senyum. Orang yang tak rapat dengan dia mungkin tak sedar. Tapi aku dengan Am tahu dia letak gap antara diri dia dengan orang lain. Keputusan Zulaika hancurkan perasaan dia", Daniel menyambung sambil mendongak memandang syiling.

Air mata Alisa mengalir juga akhirnya. Mengenang bertapa terlukanya Rizqi.

"Lis kau still cintakan Riz kan", tanya Daniel memandang tepat anak mata gadis itu.

"Why not kau cuba buka hati dia kembali. Dia seolah dah tutup pintu hati dia untuk bercinta", saran Daniel.

"Danii..., dari sepuluh tahun lepas aku cintakan dia, tapi pandangan dia tak pernah terarah dekat aku. Apa yang buat kau fikir aku boleh buka pintu hati dia", lirih suara Alisa.

Daniel masih tidak berputus asa. Dia dapat rasakan Alisa mampu menghidupkan kembali cinta Rizqi. "Why not kau try. Kali ni kau cuba bersama doa", pujuk Daniel.

"Aku tak yakin aku mampu Dani. Untuk Riz berubah sampai macam tu maksudnya dia sangat cintakan Zulaika. Aku tak yakin aku boleh gantikan kedudukan Zulaika dalam hati dia. Yang sakit akhirnya aku juga", perlahan kedengaran suara Alisa.

"Sampai bila kita nak biarkan Rizqi terus dihantui kenangan silam. Nak terus terkurung dalam masa lalu dia. Zulaika tu dah kahwin, dah bahagia, mungkin dah beranak pun", balas Daniel.

"Tak ada orang cuba dekati dia? Riz tu dah cukup pakej. Rupa dah ada, kerja besar, sebagai sahabat deep down kita tahu dia seorang yang baik, caring, setia", Alisa menatap wajah Daniel.

"Kalau ada pun, tapi dia tak buka ruang macam mana nak jalan. Dia pun dingin semacam. Duduk sebelah boleh beku jadinya", Daniel merungut.

"Before this ada kawan sekerja Am, tunjuk minat dengan Riz. That girl tanya sepatah Riz balas sepatah, okey lagi. Dia tanya sepuluh patah Riz jawab sepatah juga. Apa cerita. Aku dengan Am dah berbuih mulut nasihatkan dia, tak juga jalan", luah Daniel panjang lebar sambil mendengus kasar.

"Riz perlukan masa. Kau tahu Dani untuk jatuh jatuh cinta kau hanya perlu sedetik saja. Tapi untuk lupakan kau perlu lebih dari tu. Ada yang perlukan seumur hidup. Hanya Tuhan yang tahu bila kita boleh lepaskan", balas Alisa.

Terdiam Daniel mendengar kata Alisa. Dalam isu ini tiada siapa yang lebih memahami berbanding Alisa, yang telah memendam perasaannya lebih sepuluh tahun. Sehingga kini perasaan itu masih kukuh tersemat dalam hati Alisa.

Alisa dan Daniel melangkah keluar setelah selesai makan.

"Kau ada lagi seminggu sebelum mula kerja. Kau ada plan nak buat apa-apa ke?", tanya Daniel.

"Aku rancang nak pergi holiday dekat PD, atau pulau perhentian sebelum masuk kerja. Saja nak jalan-jalan", jawab Alisa.

"Kau pergi dengan siapa...Ain?", tanya Daniel lagi.

"Sorang-sorang. Saja nak travel alone. Nak makan angin. Nak jalan-jalan, nak release stress, nak healing", Alisa tersengih memandang wajah Daniel sambil menjawab.

"Banyak la kau punya healing. Apa yang kau stress pun aku tak tahu. Bukan kau ada masalah kerja. Kerja pun tak mula lagi. Nak kata stress pasal anak tak kahwin lagi. Bergaduh dengan boyfriend lagi mustahil, kau boyfriend pun tak pernah ada seumur hidup", bidas Daniel tanpa balas kasihan.

"Ishh... kau ni Dani. Kau ingat orang bujang tak ada masalah, tak stress?", tanya Alisa menyangkal kata-kata Daniel.

"Saja la aku nak berjalan nak menengok tempat orang", balas Alisa.

Daniel mendiamkan diri lama. Seolah memikirkan sesuatu yang serius. Berkerut wajahnya.

"Aku rasa better kau pergi Port Dickson. Banyak tempat kau boleh melawat. Kalau kau nak pergi aku boleh sponsor hotel, tempat kau menginap", akhirnya Daniel memecah kebisuan.

"Eheh...? Baiknya kau. Ada udang di sebalik mee ke? Kau nak apa sebenarnya Dani?", Alisa menyempitkan matanya memandang Daniel.

"Nak apa? Bukannya aku suruh kau bayar balik dengan bunga sekali. Aku nak sponsor, means free of charge. Kau nak ke tak nak?", marah Daniel.

Alisa masih tidak berpuas hati dengan jawapan Daniel. "Kenapa kau tiba-tiba nak sponsor aku pergi jalan. Kau tak pernah sebaik ni dengan aku",

"Maksud kau, aku jahat la selama ni?", tanya Daniel tidak berpuas hati.

"Bukan macam tu. Dah kau tiba-tiba nak sponsor aku jalan-jalan, tertanya-tanya jugak aku", pujuk Alisa.

"Kau kan dah habis belajar, dah balik Malaysia pun. Anggap je ni hadiah graduation kau yang tertangguh tu", Daniel membalas selamba.

"Okey, Thank you Dani, walaupun aku still was-was", tergelak Alisa membalas.

"Tapi hotel kau nanti aku yang booking, aku bayar siap-siap", maklum Daniel.

"Kau jangan nak cut bajet pastu booking hotel yang bukan-bukan dekat aku", Alisa memberi peringatan. Bukan boleh percaya sangat Daniel ni .

"Amboii Lis. Jangan pandang aku sebelah mata. Aku booking dekat kau hotel empat bintang ya", Daniel menjeling Alisa di sebelahnya.
Alisa ketawa menerima jelingan maut Daniel.

Daniel memberhentikan keretanya di hadapan pondok keselamatan apartment Alisa.
Belum sempat Alisa melangkah turun kedengaran suara Daniel menghalang langkahnya.

"Lis, aku harap sangat kau pertimbangkan cadangan aku", ucap Daniel menatap wajah Alisa.

"Berilah peluang untuk kau dan Rizqi. Kita tak tahu urusan jodoh ni. Mungkin ada jodoh kau dengan dia. Cuma perlu diusahakan sedikit", pujuk Daniel.

Alisa masih membisukan diri menunduk bermain dengan jarinya sendiri. "Lama aku cuba ajar diri untuk lepas dan ikhlaskan dia bukan untuk aku. Yang dia bukan jodoh aku. Keadaan ni macam mendadak sangat", jawab Alisa.

"It's okey Lis. Ambil sebanyak mana masa kau perlu sampai kau dah bersedia dan dah ada jawapan".

Alisa melangkah turun dari kereta. Melambai tangan ke arah Daniel. "Lis kau masuk dulu, nanti aku gerak", arah Daniel.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience