BAB 66 NEW

Romance Completed 157983

Perancangan awal Rizqi dan Alisa untuk bertolak balik ke KL selepas Maghrib terpaksa dibatalkan. Pada saat akhir Rizqi mendapat panggilan, ada tuntutan kerja yang tidak dapat dielak. Nasib baik pakaian mereka Alisa sudah siap packing semalam. Kalau tidak jadi lipas kudung jawabnya.

"I'm sorry. Tiba-tiba ada problem dengan project dekat Sabah. Sekarang dah final stage, tak nak ada masalah, itu yang abang kena turun site juga", jelas Rizqi serba salah. Niatnya untuk membawa Alisa bercuti sebelum memulakan kerja terpaksa ditunda.

"It's okay, Lis faham. Urusan kerja kan tak boleh elak. Lis cuma rasa terkilan tak sempat nak singgah jumpa mama dengan papa", sayu kedengaran suara Alisa.

Sejak awal mereka sudah berjanji untuk singgah makan tengahari dan luangkan masa sebentar di sana. Janji itu terpaksa dimungkiri pada saat akhir. Alisa terkilan tidak dapat memenuhi pelawaan mentuanya. Sedih memikirkan terpaksa mengecewakan hati tua mereka. Rasa sebak tiba-tiba saja bertandang di hati.

Rizqi menoleh sekilas memandang sang isteri yang tiba-tiba membisukan diri, sebelum memfokuskan kembali penglihatan pada pemanduan. Tangan Alisa dicapai dan dikucup lembut. Kali ini dilakukan tanpa rasa bersalah. Dia tidak melepaskan kembali tangan Alisa malah membawa ke riba. Jari-jari itu diusap mesra.

"Don't think to much. Lepas subuh tadi abang dah call mama dengan papa. I'm said we are sorry. I already promise next time balik, kita bermalam dekat sana. Abang bagitahu projek dekat Sabah got problem. Papa understand. They will not keep it in heart", pujuk Rizqi melihat wajah muram Alisa.

"Actually, abang still rasa serba salah tak dapat bawa Lis pergi honeymoon. Lepas balik KL terus kena tinggal Lis, pergi Sabah", ujar Rizqi. Dahinya berkerut seperti memikirkan masalah negara.

"Lis okay, don't worry. Kita tak minta ada masalah dengan kerja. Tapi bila jadi tu tanggungjawab dan amanah yang kita pegang. Lagipun abang dah ambil cuti untuk majlis akad nikah kita. Banyak kerja yang tertangguh. Dekat office Lis mesti kerja dah bertimbun. Hopefully masih nampaklah meja tu", ujar Alisa sambil ketawa. Cuba menghilangkan rasa bersalah Rizqi.

"Lepas semua kerja abang dah settle, let's plan our honeymoon", cadang Rizqi. "Tapi, the most important things right now rumah kita. Banyak lagi barang tak lengkap dalam tu. I'll need your help", ujar Rizqi.

"Barang apa yang dah ada, abang?", tanya Alisa dengan rasa ingin tahu. Dia belum pernah menjejakkan kaki di situ. Iyalah, Alisa hanya tahu Rizqi sudah membeli rumah sebulan sebelum akad nikah mereka. Akibat kekangan masa untuk menguruskan majlis dia belum berkesempatan melawat. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.

"Rumah tu tak totally kosong. Barang basic mostly dah ada, like freezer, sofa, tv, dapur, katil. Yang lain tak ada lagi", Berkerut wajah Rizqi cuba mengingat kembali. Sudah agak lama dia tidak ke sana.

"Bila abang free, kerja dah settle kita pergi shopping barang. Sebelum tu, abang kena bawa Lis pergi tengok rumah dulu...But it's okay, we can do it slowly. No need to rush", balas Alisa sambil tersenyum. Dia bukanlah perempuan kaki shopping. Tapi beli barang untuk hias rumah sendiri memang mengujakan.

"Well, I'm a bit rushing. Abang tak pernah rancang nak duduk asing lama-lama lepas nikah. Dahlah tak sempat nak honeymoon, rumah pula nak duduk asing-asing. Apa beza dengan orang bujang", rungut Rizqi tanpa sedar.

Alisa menahan ketawa dalam hati, mendengar rungutan Rizqi. Satu permandangan yang jarang dapat dilihat. Mungkin itu bukan sifat lelaki itu.

Rizqi menjeling sekilas isterinya di sisi, yang jelas menahan ketawa. Tahulah Alisa sengaja mahu menyakatnya.

"Then, abang menyesal kahwin tergesa-gesa macam ni? Kita patut buat akad nikah sehari sebelum majlis sanding nanti", usik Alisa.

"Menyesal? Never cross my mind. Abang bagitahu tak nak bertunang lama-lama, and I really mean it. By hook or by crook, abang akan halalkan juga Lis secepatnya. Selagi Allah kata Lis jodoh abang cepat atau lambat tetap jadi milik abang juga", tegas kedengaran suara Rizqi.

"Maksud Lis panjangkan sikit tempoh bertunang, jadi ada banyak masa nak buat preparation. Taklah abang kelam-kabut macam ni", jelas Alisa kepada Rizqi. Entah kenapa suaminya anti betul nak bertunang lama-lama.

"Lis nak ke? Berani Lis nak bertunang lama-lama dengan abang", soal Rizqi. Dia sudah menarik senyum di hujung bibir.

Lama Alisa memandang wajah Rizqi. Ligat otaknya berfikir. "Lis tak nak jawab, sebab kita dah selamat bernikah pun", dia memberi jawapan selamat. Wajahnya terus dipalingkan tegak ke hadapan .Tidak mahu terperangkap dengan soalan diutarakan Rizqi.

Melihat serius riak Alisa, mengekek Rizqi ketawa. Langsung tidak cover gelaknya. Sengaja mahu memancing reaksi isterinya di samping.

Setelah tawanya mereda, senyuman nipis masih tersisa di bibir. Rizqi tersenyum mengingatkan perancangan hidupnya yang dirombak hampir seratus lapan puluh darjah.

Pernikahan! Perkataan itu langsung tidak terlintas dalam kepala mahu kamus hidupnya dalam waktu terdekat. Kegagalan sebelum ini seperti mematikan rasa cinta. Siapa sangka pertemuan kembali dengan Alisa, tanpa dirancang menghidupkan kembali rasa itu.

Cukup sedar, dia bertindak terburu-buru untuk mengikat Alisa. Semuanya dilakukan dalam tempoh yang singkat tanpa memberi peluang kepada Alisa untuk berpatah balik. Yang pasti, keputusannya untuk mengikat Alisa dalam perkahwinan tidak dilakukan mengikut perasaan semata-mata.

"Kenapa, Lis tak percaya dengan abang?", soal Rizqi sengaja mahu menyakat isterinya.

"Lis cukup percaya dengan abang. Tapi abang selalu takutkan Lis, then cuba buat Lis was-was", sangkal Alisa dengan wajah sudah mencuka. Bibirnya juga sudah muncung sedepa.

"Abang saja nak tahu Lis berani ke nak bertunang lama-lama. Abang tak yakin dengan diri sendiri. Tak sangka pula Lis percayakan abang lebih dari abang sendiri. Nasib baik tak terbabas", ujar Rizqi sambil ketawa.

"Menyampah...Orang lelaki semua sama. Tak boleh percaya langsung. Dalam kepala asyik fikir ke situ je. Cubalah fikir perkara murni-murni sikit", bebel Alisa. Suami disebelah sudah dijeling geram.

Tawa Rizqi kali ini meledak kuat. Merah wajahnya menahan ketawa, geli hati mendengar bebelan Alisa. "Orang lelaki otak dia akan ke arah tu kalau berduaan dengan perempuan yang dia suka. Sikit sebanyak tak boleh lari dari fikir pasal tu. That why, bahaya selalu keluar berdua lepas dah official bertunang atau bercinta. If not, tak adalah banyak kes pasangan tunang terlanjur. Believe me, kalau tak terlanjur pun yang ringan-ringan confirm dah buat. Sebab tu tak digalakkan bertunang lama-lama, terutamanya yang duduk dekat dan selalu jumpa. Mungkin bukan semua, tapi banyak yang macam tu", walaupun lelaki itu kelihatan santai berbicara, tapi Alisa tahu ada benarnya juga perkara itu.

***************

Sekitar pukul satu tengah hari mereka tiba di perkarangan apartment rumah sewa Alisa. Walaupun sudah dicegah, Rizqi tetap mengangkat bagasi Alisa ke atas. Tidak membiarkan isterinya naik bersendirian. Alisa sebenarnya serba salah, tahu Rizqi perlu mengejar flight hari ini juga.

Sebaik pintu terkuak suasana sunyi sepi menyambut kepulangan Alisa. Sudah diduga. Hari masih awal, semua housematenya masih belum pulang dari kerja.

Rizqi sempat meninjau sebentar bilik yang dihuni isterinya semasa meletakkan bagasi. Kemas dan teratur. Dia menarik senyum segaris melihat gambar pertunangan mereka yang sudah terbingkai cantik di atas meja solek. 'Lepas ni boleh letak gambar nikah sekali', sempat Rizqi berbisik dalam hati.

Perhatiannya terarah ke satu kotak kecil. Diacapai dan dibuka kotak di atas meja itu. Melihat rantai yang berloketkan hati, senyuman di bibirnya kembali merekah.

Rantai ini mempunyai nilai sentimentalnya sendiri. Ini bukan hadiah pertamanya kepada Alisa namun ini barang kemas pertama dia hadiahkan kepada wanita itu. Sebagai pelajar sekolah, jenuh juga dia nak kumpulkan duit. Mustahil nak minta duit dari parents. Namun melihat riak terkejut Alisa ketika itu terasa semua usahanya berbaloi.

Bila diingatkan kembali, pelik bagaimana dia gagal menyedari perasaannya pada Alisa lebih awal. Sedangkan layanannya pada Alisa melebihi sebatas sahabat.

"Abang, Lis dah bancuh air. Marilah minum dulu sebelum balik", pelawa Alisa dari ruang tamu.

Rizqi terus meletakkan kembali kotak itu di tempat asalnya sebaik mendengar suara Alisa.

"Lama abang dalam bilik", tanya Alisa sebaik melihat wajah Rizqi.

"Saja buat spot check mana tahu jumpa apa-apa", ujar Rizqi sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

"Apa yang abang jumpa", tanya Alisa ingin tahu. Rasanya dia tidak ada menyimpan barang pelik-pelik. Rizqi hanya ketawa melihat wajah musykil Alisa.

Belum sempat Alisa mengambil duduk di sofa bersebelahan Rizqi, lelaki itu lebih pantas mencapai tangannya, menarik Alisa duduk rapat di samping.

"Nak pergi mana duduk jauh-jauh dari abang", tanya Rizqi serius. Alisa diam tidak menjawab. Terpinga-pinga dia. Tidak tahu di mana salahnya.

Melihat Alisa mendiamkan diri, Rizqi tersedar keterlanjurannya berbicara. Mungkin terlalu serius nadanya. "Lepas ni abang nak fly pergi Sabah. Lama tak dapat jumpa sayang. At least abang nak habiskan masa dengan Lis sebelum pergi", lembut Rizqi memujuk.

"Berapa lama abang kena stay dekat Sabah?", tanya Alisa. Dia belum berkesempatan bertanya Rizqi tempoh outstationnya kali ini.

"Arround two week or more. Ikut keadaan", jawab Rizqi.

"Oohh..lama juga", perlahan suara Alisa. Wajahnya ditundukkan sedikit. Mengelak dari pandangan Rizqi. Tidak mahu lelaki itu mengesan riak sedihnya.

"Lis...sayang...", panggil Rizqi melihat Alisa masih tidak mahu menatapnya.

Dagu wanita itu dipaut erat memaksa untuk memandangnya. Melihat mata yang berkaca di hadapannya, hati Rizqi terasa sesak. Mustahil dia tidak merasa bersalah perlu meninggalkan isterinya selama itu sebaik saja berkahwin.

Rizqi menarik tubuh Alisa dalam pelukannya. Diusap tubuh itu tanpa kata, membiarkan Alisa menenangkan diri seketika.

"I'll try settle down my work as soon as I can. Tapi Lis janganlah sedih macam ni, susah hati abang nak tinggalkan Lis", pujuk Rizqi. Ubun-ubun Alisa dicium berkali-kali.

Kedengaran suara ketawa Alisa meletus. Perlahan dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Rizqi. Wajahnya dipanggung menatap lelaki yang sudah menjadi suaminya.

"I'm okay. Sengaja mengada-ngada nak touching. Bukan first time kena tinggal. Masa bertunang kena tinggal okay je. Sekarang ni mengada-ngada nak menangis", ujar Alisa dengan ketawa yang masih bersisa. Sengaja mengutuk diri sendiri, menyembunyikan rasa malu dan sedih.

"Tak sama. Dulu abang tinggalkan Lis pergi outstation as tunang. Sekarang abang tinggalkan Lis as husband. That why you feeling down. I understand, and you have every right to feel that", ujar Rizqi. Tangannya lembut mengusap air mata Alisa yang masih bersisa.

"I know. Tapi Lis rasa baik abang pergi cepat. Nak kejar flight lagi, nanti terlepas. Duduk sini lama-lama rasanya air mata Lis tak nak kering, mangkin banjir adalah", ujar Alisa sambil tangannya laju mengipas wajah. Cuba menahan air matanya dari gugur lagi.

Rizqi tersenyum mendengar omelan isterinya. Dia bangkit dari duduk, dan menarik tangan Alisa berdiri bersama. Masanya agak terhad tapi meninggalkan Alisa seperti ini tidak mungkin.

Rizqi memimpin tangan Alisa hingga ke depan pintu. Namun daun pintu itu dibiarkan tertutup. "I'm so sorry, tak sampai tiga hari kita nikah abang kena tinggalkan Lis", wajahnya isterinya dielus lembut. Namun riak bersalah tidak dapat disembunyikan. Rancangan awal, mahu menghabiskan masa bersama Alisa selama seminggu sebelum memulakan kerja. Tapi niat terkandas.

"Take care of yourself. Cuba elak keluar malam sorang-sorang. Kalau ada keperluan ajak kawan Lis temankan. Tapi abang sebolehnya tak prefer Lis keluar malam masa abang duduk jauh. Kalau jadi apa-apa susah", pesan Rizqi. Tangannya sudah melingkar kemas di pinggang Alisa yang berdiri berhadapannya.

"Hmmmm...", ringkas Alisa menjawab. "Abang jaga diri, jaga kesihatan dekat sana. Tak perlu risaukan Lis. I'm okay...Jangan rushing nak siapkan kerja sebab Lis. Just do as usual. I'll take a good care of myself", sempat Alisa berjanji semasa menasihati Rizqi. Tidak mahu lelaki di hadapannya ini terlalu memikirkan dia di sini.

Rizqi daratkan ciuman di dahi Alisa. Lama dia biarkan bibirnya singgah di dahi mulus itu. Dalam hati sempat dia panjatkan doa, agar setiap langkah isterinya dalam perlindungan Allah.

"Tak payah temankan abang sampai bawah. Just masuk dalam lepas abang turun", larang Rizqi melihat Alisa membetulkan tudungnya.

"Tapi Lis nak temankan abang sampai kereta. Abang kan outstation lama ", separuh merayu suara Alisa. Hatinya tiba-tiba dijentik rasa sebak mendengar larangan Rizqi.

"Nanti sampai airport abang call. Malam nanti I'll make video call, sayang boleh tengok muka abang puas-puas, sampai tidur pun boleh", pujuk Rizqi sambil ketawa. Tidak mahu Alisa larut dalam kesedihannya. Dia mengerling sekilas jam di tangan.

"Abang dah kena gerak ni. Take care sayang", ujar Rizqi sambil mengusap kepala Alisa.

Belum sempat Rizqi membuka pintu, Alisa capai tangan suaminya dan daratkan ciuman. Lama dia mencium tangan Rizqi. Sebaik memanggung kepala Alisa menarik tubuh Rizqi merendah sedikit, agar sejajar dengannya. Dikucup kedua belah pipi Rizqi dengan lembut.

"Be careful and always take care. Lis tunggu abang balik", ujar Alisa sambil tersenyum mesra. Tidak mahu tunjukkan wajah sedih sebelum Rizqi berangkat pergi.

Lama Rizqi terpaku menatap perlakuan isterinya. Dia hanya kembali tersedar apabila mendengar pesanan Alisa.

"Lagi lama dengan Lis, rasanya boleh terlepas flight abang. Bahaya ni", usik Rizqi tersenyum. "If anything happen just call me anytime, okay. Duit belanja Lis nanti abang transfer", pesan Rizqi sebelum menarik tubuh Alisa sebentar dalam pelukannya.

Kali ini dia melangkah tanpa memandang ke belakang lagi risau hatinya tidak cukup kuat. Dia sengaja melarang Alisa menghantarnya ke kereta. Tahu hatinya akan terasa lebih berat untuk berangkat pergi melihat Alisa melambai dari cermin kereta. Risau sebaik melihat air mata Alisa, dia cancel juga flight hari ini. Dia menghela perlahan nafasnya sambil berjalan ke arah kereta. Begini rupanya perasaan untuk tinggalkan isteri. Sakit.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience