BAB 67

Romance Completed 157983

Sebaik melangkah masuk ke pejabat Rizqi, Syafiq disajikan dengan wajah dingin lelaki itu. "Muka kau dari semalam masam gila, macam ada orang hutang kau", sindir Syafiq melihat wajah mencuka Rizqi di meja kerjanya. Entah kertas apa yang dibelek sampai berkerut dahi.

"Fiq, macam mana boleh silap? Benda simple pun boleh terlepas pandang. Tak double check sebelum luluskan? Siapa penyelia ni, panggil jumpa aku", tegas suara Rizqi, serius wajahnya. Kertas di tangan sudah dilempar atas meja. Keluhan juga sudah terbit dari bibir. Dia mengambil cuti lebih kurang seminggu saja, tapi masalah dah muncul. Mahu tak bengang.

Melihat keruh wajah lelaki di hadapannya, Syafiq terdiam. Sedar ada masalah serius. Tidak lagi memasang riak nakal di wajah. Kertas di atas meja dicapai, dibaca dengan teliti. Kali ini garis kerutan jelas terlukis di wajahnya juga.

"Kejap, aku call Faiz", balas Syafiq tidak kalah serius. Wajahnya sudah hilang manis. Masalah ini boleh menjadi serius kalau tidak diselesaikan segera.

Melihat dingin wajah lelaki itu, tahulah dia nanti akan ada yang kena tempias amarah Rizqi. Kepalanya digeleng perlahan. Walaupun mereka berkawan rapat, diikutkan pangkat Rizqi adalah ketuanya dan Fikri. Perlu tahu masa mana boleh dibawa bergurau, dan bila perlu fokus.

***********

"Amacam? Mood dah berbunga", sindir Syafiq melihat Rizqi melangkah kembali ke ruang tamu. Sengaja menyakat temannya. Tahu lelaki itu bangun ke balkoni untuk menjawab panggilan Alisa.

Sindiran Syafiq hanya disambut dengan ketawa Rizqi, "Tadi kita berhenti dekat mana?", tanya Rizqi. Tidak melayan usikan Syafiq.

"Aku dah lupa, benda tak penting. Kau oncall lama sangat mana aku nak ingat", malas Syafiq menjawab.

"Riz, kau bad mood sebab kena tinggal bini ke? Moody kau tak boleh bawa bincang. Menggigil staff yang kena panggil masuk office", Syafiq menggeleng kepala sambil merungut. "Tak pasal-pasal aku kena jadi orang tengah", bebel lelaki itu tidak puas hati.

"Aku tak akan marah tanpa sebab. Silap! Semua orang buat silap. Tapi cuai aku tak terima alasan tu. Kita handle projek Fiq, satu kecuaian boleh pengaruhi seluruh projek. When that happen, aku yang kena jawab. Mustahil aku boleh bagi alasan, staff bawah aku cuai", serius wajah Rizqi menjawab. Tubuhnya sudah dibaringkan atas sofa yang tidak begitu panjang. Matanya masih setia pada layar telefon.

"Hmmm", Syafiq diam tidak membalas. Ada betulnya kata-kata Rizqi. Sedar di bahu temannya itu tergalas satu tanggungjawab yang lebih berat.

Sebagai ketua, Rizqi seorang yang yang mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur. Tidak banyak protokal. Tapi dalam urusan kerja dia sangat tegas dan teliti. Kau jangan mimpilah nak siapkan tugas sambil lewa.

"Baru nikah kau terus tinggal bini, Lis okay ke?", tanya Syafiq. Sengaja menukar topik. Tidak mahu membahas isu kerja di rumah. Sudahlah perlu menghadap kerja di office, di rumah juga nak dibahas lagi. Kirim salam. Macam ni tak perlu tunggu lama memang pendek umur.

"Nak buat macam mana, kerja. Cuma aku rasa bersalah tak sempat nak bawa pergi honeymoon. Ikutkan hati aku nak je bawa Lis datang sini sekali. Tapi dia pun ada kerja juga", balas Rizqi.

"Bagus juga kalau bawa datang sini. Boleh honeymoon sekali. Dua dalam satu la kiranya. Sambil selam minum air", usik Syafiq, melihat wajah dingin Rizqi. Lelaki depannya ini memang dingin betul raut wajahnya. Sebab tu walaupun ada rupa, tapi susah perempuan nak mendekat. Auranya saja buatkan perempuan-perempuan tu beku. Diikutkan ramai rakan sekerja wanita mereka yang cuba merisik mengenai Rizqi dari dia dan Fikri. Tapi tidak langsung dilayan. Malah Rizqi buat tak tahu saja.

"Itulah, kalau nak pergi oversea dalam masa terdekat memang mustahil. Banyak kerja tak settle lagi, dah tak boleh push", keluh Rizqi tanpa sedar.

"Apa masalahnya? Nak honeymoon tak semestinya kena pergi oversea. Dekat Malaysia pun banyak je tempat menarik yang kau boleh bawa. Pandai-pandailah pilih. Aku rasa wife kau tu tak ada masalah pun. Tak memilih, kau je buat susah. Lis tu aku tengok easy-going je understanding lagi", nasihat Syafiq bersemangat. Padahal dia pun belum kahwin lagi.

Kata-kata Syafiq seolah mengetuk fikiran Rizqi. Iya, Alisa wanita yang sangat simple, sangat memahami. Dia tidak akan merajuk tanpa sebab melainkan kau yang menyinggung perasaan dia. Tapi perkahwinan bagi Rizqi hanya sekali seumur hidup. Dia mahu memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan Alisa. Tapi kekangan masa memaksa dia melupakan niatnya.

"Kau ada perhatikan isteri aku ke?", tanya Rizqi sambil memandang Syafiq.

Lelaki itu terkedu di tempat duduknya mendengar pertanyaan Rizqi. "Habis tu kau ingat aku buta selama ni. Bila jumpa Lis aku tutup mata. Biar berlanggar semua benda dekat depan aku bila berjalan", balas Syafiq dengan tatapan tajam, tanda tidak puas hati.

Rizqi ketawa besar mendengar sindiran temannya. Melihat merah wajah Syafiq tahulah lelaki itu menahan geram.

"Kalau macam ni punya parahlah cemburu kau. Baik kau suruh bini kau berhenti kerja. Simpan je dekat rumah", sindir Syafiq lagi, masih tidak puas hati.

"Aku ada terfikir juga nak minta Lis duduk rumah, tak payah kerja. Aku lebih dari mampu nak tanggung. Tapi, tulah dia study dekat overseas bertahun-tahun, aku tak rasa Lis akan setuju. Tunggulah nanti kalau dah ada anak, aku cuba bincang dengan dia", ujar Rizqi. Wajahnya tenang tanpa perasaan. Seolah yang dibincangkan bukan isu terkait dengan dirinya.

Syafiq termangu-mangu seketika sebelum menepuk dahi. Dia sengaja menyindir kerana geram dengan sikap cemburu tak bertempat Rizqi. Tapi jawapan lelaki itu boleh menyebabkan dia diserang darah tinggi.

"Memang la. Kau ingat dia nak berhenti kerja macam tu saja. Belajar tinggi-tinggi last duduk rumah jadi housewife. Perempuan sekarang dah tak nak jadi suri rumah. Diaorang lebih prefer jadi wanita berkerjaya", Syafiq menjulingkan matanya ke atas. Tak faham dengan jalan pemikiran Rizqi.

"Aku tak suruh berhenti sekarang. Aku cuma pertimbangkan lepas dah ada anak nanti. And what wrong with being housewife. Sebagai isteri dan ibu duduk rumah jaga dan didik anak more better than working. Kalau perlu aku akan hire maid bukannya aku suruh duduk rumah buat kerja", sangkal Rizqi. Baginya tidak salah biarkan isteri di rumah kerana dia mampu menafkahi Alisa. Tapi dia bukanlah lelaki yang terlalu ego. Jika Alisa mahu terus bekerja dia hormat keinginan isterinya.

"Sakit kepala aku fikir pasal ni. Dah kenapa aku kena bahas isu suri rumah dengan kau. Aku kahwin pun tak lagi. Calon pun tak tahu dah lahir ke belum", keluh Syafiq sambil mengacak-acak rambutnya hingga berantakan.

"Bukk", Rizqi mencampak bantal tepat ke wajah syafiq. Dia bangun dari sofa masuk ke biliknya.

"Esok kau jangan ada masalah hormon pula, moody sepanjang hari. Aku tak sanggup nak jadi orang tengah kena hadap muka mencuka kau", laung Syafiq sedikit kuat, agar sampai di pendengaran Rizqi.

Pesanan Syafiq dijawab dengan dentuman pintu. "Mood swing mengalahkan perempuan. Tahulah moody sebab kena tinggal Bini", rungut Syafiq.
************

"Lain kali kalau Lis nak shopping jangan ajak Nisa. Lenguh kaki Nisa, tunggu tak tercabut je", keluh Hanisah, teman sepejabat Alisa. Tidak tahu sudah berapa lama dia temankan Alisa keliling mall.

"Sorrylah Nisa. Jom Lis belanja makan, Nisa nak makan apa Lis ikut je", tangan Hanisah dicapai dan dirangkul, cuba memujuk.

Tahu salah dia juga. Dibawa Hanisah berarak keliling mall sejak tengah hari lagi. Minggu depan merupakan hari lahir Rizqi. Dia sengaja meminta Hanisah temankan shopping. Bosan berjalan sendirian. Cepat saja gadis itu setuju. Hujung minggu seperti ini bosan kalau berkurung saja di rumah.

"Untung orang ada suami, tak berkelip pun mata keluar duit untuk shopping", sakat Hanisah dengan wajah tak bersalah.

"Ishh....saja la tu. Tau tau, Lis jarang shopping. Hari ni saja ajak Hani teman, nak cari hadiah birthday husband", sangkal Alisa. Mukanya sudah monyok.

"Iyalah, dulu jarang shopping sebab duit sendiri. Sekarang dah ada sponsor laju ja shopping", balas Hanisah sambil ketawa lepas.

Alisa sudah bercekak pinggang menatap tajam teman sekerjanya. Beria betul dia ketawa, seronok dapat kenakan Alisa.

"Okay, okay...Hani gurau je. Lis nak belanja makan kan. Let's go, biar Hani pilih tempat", ajak Hanisah. Tangan Alisa sudah ditarik mengikut langkahnya.

**********

Sebaik sampai di bilik Alisa terus rebahkan tubuh di atas katil. Matanya menjeling sekilas ke arah paper bag yang berselerak di lantai. Baru sedar banyak betul shopping. Patutlah Hanisah sindir. Niat awal hanya mahu mencari hadiah untuk Rizqi. Entah macam mana boleh penuh pula sebiji kereta.

Menggeleng kepala memikirkan keborosan diri. Bak kata Hanisah mungkin seronok sangat membeli sebab dah ada sponsor. Jangan Rizqi tanya kemana habis duit yang diberi sudah.

Mengingatkan diri masih belum menunaikan solat Maghrib Alisa bingkas bangun dari baringan. Dicapai tuala yang elok tersangkut di tepi almari sebelum menuju ke bilik air.

Usai menunaikan kewajipan Alisa membelek telefon cuba menghilangkan rasa bosan. Tubuhnya disandar di dada katil. Badan terasa letih seharian berjalan, tapi mata degil tidak mahu lelap. Hatinya tiba-tiba digamit rasa rindu mahu mendengar suara Rizqi. Namun dikekang keinginan hati, risau menganggu. Jadual kerja lelaki itu tidak menentu.

Seolah menyambut seruan hati Alisa. Bagai dirancang langkahnya, telefon Alisa bergetar tanda panggilan masuk. Melihat nama pemanggil senyuman cantik merekah di bibirnya.

"Waalaikumsalam",perlahan Alisa menyambut huluran salam dari suaminya.

"Abang dah balik atau dekat office lagi", Alisa terlebih dahulu membuka bicara.

"Baru sampai rumah. Tak sempat tukar baju terus call. Rindu nak dengar suara Lis", perlahan Rizqi menjawab separuh berbisik.

Alisa terdiam seketika. Hatinya berbunga indah mendengar jawapan Rizqi. Tawa halusnya merdu kedengaran menggambarkan rasa hati yang sedang bahagia.

"Lis pun rindu nak dengar suara abang. Tapi, tak berani nak call risau ganggu abang kerja", maklum Alisa dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Tapi disambut dengan kebisuan Rizqi.

"Abang...", panggil Alisa. Namun tidak mendapat respon. Tak kan tertidur pula. Bisik hati Alisa, pelik.

"Sayang kat mana, dalam bilik?", tanya Rizqi tiba-tiba.

"Hah!...Ya, Lis dalam bilik", jawab Alisa dengan rasa terpinga-pinga. Tidak dapat mengikut arah perbualan Rizqi.

"Abang nak end call. Nak buat video call", ujar Rizqi melihat wajah blur isterinya. Tidak menunggu jawapan dari Alisa, terus diputuskan panggilan.

Ketika telefonnya bergetar menerima panggilan video, Alisa terus slide untuk terima. Sebaik tersambung riak kepenatan jelas terlihat di wajah lelaki itu. Walaupun cuba ditutup dengan senyuman Alisa dapat membaca dengan tepat riak suaminya.

"Better abang pergi mandi, baring rehatkan badan. Abang nampak letih sangat tu. Sibuk mana pun, kesihatan diri kena jaga. Abang dah makan?", sempat Alisa selitkan pertanyaan semasa membebel.

"Dah, sebelum balik tadi", Rizqi tersenyum kecil dengan keprihatinan isterinya.

"Sebelum nak mandi nak tidur, rindu nak tengok wajah Lis", ujar Rizqi sengaja mengoda. Wajah cantik itu ditatap lama tidak berkelip. Tidak dinafikan wanita itu memiliki paras rupa yang cantik dan manis. Tidak jemu dipandang.

Alisa palingkan sedikit muka ke samping, menyedari pandangan Rizqi terkunci di wajahnya. "Tak hilang letih pun kalau abang tengok muka Lis lama-lama", rungut Alisa sambil ketawa. Cuba menutup rasa malunya.

"Who says? Tengok saja muka Lis, terus hilang semua rasa penat abang", ujar Rizqi. Dia menatap dalam-dalam mata Alisa. Walaupun perlahan namun serius nadanya.

Tanpa kata Alisa terus halakan layar telefon ke atas. Menghilangkan diri dari skrin. Wajahnya sudah berona merah. Dia segan mendengar kata-kata Rizqi.

"Sayang...", panggil Rizqi, melihat Alisa masih menghilangkan diri. Tak kan nak suruh dia renung syiling bilik Alisa pula.

"Ya", jawab Alisa. Tapi telefon masih setia dihalakan ke atas.

"Lis nak abang borak dengan syiling tu ke", tanya Rizqi sambil ketawa.

"Tak adalah. Tapi abang jangan la usik Lis", rungut Alisa.

"Betul la apa abang cakap. That how I feel. Okay! Show me your face. Abang tak usik dah", pujuk Rizqi. Tak ada faedahnya dia kena menghadap syiling malam-malam ni.

"Lis pergi mana hari ni? Kata nak keluar", tanya Rizqi sebaik wajah Alisa sudah kelihatan

"Lis pergi shopping dengan officemate. Saja jalan-jalan dekat mall", jawab Alisa. Tapi tidak dinyatakan tujuan pergi ke sana.

"Sayang beli apa je?", tanya Rizqi santai. Dia sebenarnya tak kisah, apa yang dibeli Alisa, hanya mahu mendengar wanita itu bercerita.

Tapi melihat Alisa mendiamkan diri, Rizqi pelik. Dia memandang wajah isteri yang serba salah. Berkerut dahinya melihat tingkah Alisa.

"Something wrong?", tanya Rizqi.

"No, nothing. Banyak juga yang Lis beli", perlahan Alisa menjawab. Matanya sempat menjeling sekilas pada paper bag di tepi katil. 'Sorry abang bukan banyak juga, tapi banyak betul Lis beli', bisik Alisa dalam hati.

Rizqi menarik sedikit senyuman di hujung bibir. Kalau tidak diberi perhatian tak akan perasan. Dia cuba menahan ketawa melihat wajah serba salah Alisa. Tahu pasti Alisa shopping hingga lupa diri.

"Duit belanja ada lagi?", tanya Rizqi, mengubah arah perbualan.

"Ada..." jawab Alisa. Namun matanya dilarikan dari Rizqi. Tidak berani beradu pandangan. Rizqi hanya tersenyum. Tidak cuba memecahkan tembelang isterinya.

Mereka berbual sekitar empat puluh minit sebelum sebelum memutuskan panggilan. Sebaik panggilan dimatikan Alisa mengurut dadanya berkali-kali. Sempat berjanji pada diri, tak akan shopping seperti dirasuk lagi.

Belum sempat meletakkan telefon di atas meja, ada pesanan diterima. Melihat sejumlah wang sudah ditransfer ke akaunnya Alisa terkedu.

Ketawanya tiba-tiba meletus. Rupanya dari awal penipuannya sudah dapat dihidu oleh Rizqi. Cuma lelaki itu berpura-pura tidak tahu. Alisa menatap lama layar telefon sambil tersenyum. Macam mana dia tidak sayang dengan lelaki bernama Rizqi.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience