BAB 17

Romance Completed 157983

Pagi Ahad selesai sesi gotong-royong dan penyampaian hadiah semula pelajar memasukkan kembali bag dan peralatan ke dalam perut bas. Mereka akan bertolak pulang selepas makan tengah hari.

Alisa dan Ain mengambil duduk di konopi berhampiran sungai. Mereka menjamah makan tengah hari berdua saja. Sepanjang makan Ain kelihatan gelisah. Alisa kehairanan dengan tingkah gadis itu.

"Ain kau tak lapar ke? Kuis-kuis je nasi tu?", tanya Alisa tidak tahan melihat tingkah Ain.

"Aku tak ada selera makan", jawab Ain lalu menolak pinggan dihadapannya.

"Kau sihat tak ni? Ke kau sakit sebab mandi sungai lama sangat?", tanya Alisa prihatin sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Ain.

"Aku okey Lis. Just ada something aku nak bagitahu kau. Kau kena bawa bersabar. Kau jangan marah-marah atau sedih", beritahu Ain. Dia menurunkan tangan Alisa dari dahinya dan menggenggam erat tangan gadis itu.

Berubah wajah Alisa mendengar kata Ain. Dia cukup mengenali Nurul Ain. Jika tidak ada sesuatu yang penting jarang dia bersikap serius seperti ini.

Jantung Alisa berdebar dengan tiba-tiba. Entah kenapa dapat dirasakan berita yang bakal dikhabarkan oleh Ain mampu menghancurkan hatinya. Mahu tidak mahu dia cuba menguatkan hati yang dikala ini begitu mudah tersentuh.

"Kenapa Ain. Something wrong?", tanya Alisa perlahan membalas genggaman tangan Ain.

"Lis, aku tak tahu apa masalah kau dengan Sarah sebenarnya. Korang berdua langsung tak nak jelaskan dekat aku. Aku cuba tak tanya, cuma aku bagi ruang untuk korang berdua selesaikan sendiri", panjang Ain memulakan mukadimahnya.

"Tapi aku tengok keadaan jadi makin teruk. Kau makin jauh dan terus diamkan diri. Tapi Sarah! Dia dah semakin melampau. Aku pun macam dah tak kenal dia", luah Sarah sambil menatap wajah Alisa.

Alisa terdiam mendengar luahan Ain. Dia seperti dapat mengagak titik perbualan ini akan mengarah ke mana. Alisa mengambil nafas dan dihembus perlahan.

"Kenapa, Sarah ada cakap sesuatu ke pasal aku?", Alisa bertanya dengan suara yang tenang.

Ain merenung Alisa lama sebelum menyambung, "Kau tahu ke dia ada cakap something belakang kau", tanya Ain.

"Aku tak tahu. Just got that feeling. Cara pandangan Jiha dekat aku dah lain. Misha dengan Farah pun dah tak nak cakap sangat dengan aku. Ada something yang aku tak tahu ke Ain?", panjang lebar Alisa jelaskan sebelum bertanya kembali kepada Ain.

"Sarah kata kau punca Dani dengan Jiha putus. Kau jadi orang ketiga dalam hubungan diorang. Hati Dani berubah sebab kau", Ain menghentikan bicara seketika. Dia kelihatan teragak-agak namun diteruskan juga, "Walaupun kau tahu Dani dan Sarah couple kau tetap nak sondol Dani. Sekarang ni, kau dengan tak tahu malunya nak tunjuk betapa rapatnya hubungan kau dengan Dani. Dia kata kau shameless woman", akhirnya Ain menghabiskan juga kata-katanya.

Mendengarkan cerita Ain, Alisa hanya mendiamkan diri. Tanpa memberi sebarang reaksi Alisa hanya memejamkan mata seketika. Wajah Ain yang penuh kerisauan terpampang sebaik saja membuka mata. Dia menggenggam lembut tangan Ain sambil tersenyum kecil.

"Jomlah, semua pelajar dah mula berkumpul nak naik bas", ajak Alisa sambil bangun dari tempat duduknya.

Ain binggung melihat Alisa yang kelihatan bersahaja. 'Lis ni okey ke tak? Dia dengar tak apa yang aku bagitahu tadi', pelik Ain di dalam hati.

"Lis, kau dengar tak apa yang aku bagitahu tadi", Ain bertanya dengan wajah yang bingung. Dia menarik tangan Alisa menghadap dirinya.

"Aku dengar. Cuma aku tak nak fikir sangat", jawab Alisa sambil tersenyum kecil. Dia kemudian memimpin tangan Ain menuju ke bas yang siap terpakir.

Bukan hatinya tidak sakit, bukan perasaannya tidak terluka. Bukan juga emosinya tidak tergores mendengarkan cerita Ain sebentar tadi. Tapi hatinya sudah hancur, perasaannya sudah mati, air matanya sudah kering.

Kini Alisa tersedar seperti mana dia gagal mangapai cinta Rizqi dia juga sudah kehilangan sosok yang bergelar sahabat. Tidak pernah terfikir oleh Alisa, dia akan kehilangan cinta dan sahabat serentak dalam waktu yang singkat.

Alisa biarkan senyuman terus menghiasi bibir dalam setiap langkahnya. Cuba menutup kenyataan yang sangat menyakitkan. Tidak lagi ingin berkongsi dukanya dengan sesiapa. Biarlah dia menutupi kesedihannya sendiri.

************

Sepulang dari kem seminggu yang lalu Alisa seakan menjauhkan diri dari semua sahabatnya. Dia tidak lagi berkumpul bersama mereka dan mengelak bila diajak berbual.
Alisa hanya memberi tumpuan kepada SPM yang bakal menjelang kurang dari tiga minggu. Dia tidak lagi seceria dan bersemangat seperti sebelum ini. Hanya senyuman kecil yang sering diukirnya. Gurau senda dan senyum tawa sudah hilang dari bibir Alisa.

Perubahan itu tidak dapat ditutup dari sahabatnya. Berkali-kali Daniel cuba berbicara sendirian dengan Alisa. Namun ada saja alasan yang diberikan.

Rizqi juga dapat rasakan Alisa sedang mengelak darinya. Walaupun dia cuba berbicara empat mata dengan gadis itu, tetap tidak berjaya. Rizqi meraup wajahnya berkali-kali cuba menghilangkan perasaan yang berserabut.

Tidak tahan melihat keadaan ini berterusan, Ilham pergi berjumpa dengan Ain ingin mencari tahu kebenaran.

Ain memandang Ilham dengan riak suram. Dia tidak tahu apa jawapan yang patut diberikan untuk soalan pemuda itu. Ain rasa bersalah memikirkan perubahan Alisa berpunca dari apa yang dia khabarkan.

Di tidak mahu Ilham, Daniel mahupun Rizqi semakin marah kepada Sarah yang juga sahabatnya. Tapi dia juga sedar, Sarah sudah melampaui batas. Berada di tengah-tengah membuatkan dia tersepit.

Ain memandang Ilham dan menghela panjang nafas. Dia menceritakan apa yang terjadi sebelum mereka berangkat pulang dari kem seminggu yang lalu. Kali ini dia tak dapat membendung air mata, memikirkan betapa terlukanya Alisa.

Melihat Alisa yang tenang ketika itu, dia anggap Alisa baik-baik saja. Namun dia silap. Alisa menyimpan rasa sakitnya sendirian.

"Am kau janji dengan aku jangan bagitahu Riz dengan Dani. Aku tak nak diorang makin marah dengan Sarah. Paling aku takut Dani mengamuk dengan Sarah nanti", Sarah memohon perlahan dengan Ilham.

Ilham hanya menghela panjang nafasnya mendengar cerita Ain. Dia seolah dapat menjangka tindakan Daniel sekiranya perkara ini sampai ke pengetahuannya.

"Tahulah aku Ain", balas Ilham perlahan.

'Sarah, Sarah apa dah jadi dengan kau ni. Kenapa kau berubah sampai macam ni sekali?', Ilham berdesis dalam hati memikirkan perubahan drastik Sarah'.


****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience