BAB 57

Romance Completed 157983

Menjelang majlis pernikahan Alisa dan Rizqi lagi tiga minggu, hampir sembilan puluh peratus persiapan sudah lengkap. Urusan selebihnya tidak memerlukan komitmen dari mereka. Fokus akan diberi untuk menyelesaikan tugasan di pejabat.

Sebelum Rizqi berangkat ke Sabah atas urusan kerja, mereka ke butik mengambil baju yang sudah siap ditempah bagi majlis akad nikah. Seperti kebiasaan warna putih menjadi pilihan untuk busana mereka. Tidaklah wajib, namun kebanyakkan pasangan memilih putih sebagai pilihan semasa akad nikah. Putih melambangkan kesucian. Pada hari yang istimewa ini mereka bakal mengikat janji suci, untuk bercinta hingga ke syurga.

Alisa tekun membelek tubuh di hadapan cermin. Setelah berpuas hati, dia memusingkan tubuh di hadapan Rizqi. "You rasa macam mana. Okay tak?", tanya Alisa kepada Rizqi yang sudah selesa duduk bersandar di kerusi. Letih menunggu Alisa yang seolah tidak mahu keluar dari butik.

"Nice. Sesuai dengan you. Kan dah fitting memang cantik dengan you", Rizqi tidak lokek pujian kepada Alisa.

"You sebenarnya dah malas nak tunggu I. Sebab tu I tanya you okey je", marah Alisa. Mulutnya sudah memuncung.

"Macam tu pula", ujar Rizqi menepuk dahi.

"Kita kan dah pilih sebelum ni. Dekat mata I memang dah cantik. Baju ni I yang pilih untuk you. Lagipun you nak kahwin dengan I. Kalau I rasa cantik, dah cukup", Rizqi bangun dari kerusi dan mendekati Alisa.

Dia memusingkan tubuh Alisa menghadap cermin besar di hadapannya. Dipeluk tubuh gadis itu dari belakang, sambil menyangkutkan dagunya di bahu Alisa.

"Dekat mata I dah cukup cantik sangat", Rizqi menatap mata Alisa melalui pantulan cermin di hadapan mereka.

Merona merah wajah Alisa melihat jurujual yang sudah tersenyum-senyum memandang mereka. Terus dia lepaskan pelukan Rizqi dari tubuh.

"I pun rasa dah cantik", laju Alisa membalas.

Seperti cacing kepanasan Alisa di dalam butik walaupun berhawa dingin. Setelah selesai laju Alisa melangkah keluar. Tidak mahu berlamaan walaupun sesaat lagi.

Melihat Alisa laju melangkah meninggalkannya, tawa Rizqi meletus juga. Tahu malu. Tadi sudah berulang kali dia kata cantik tak nak percaya. Kepalanya digeleng perlahan.

*************

Tergopoh-gopoh Alisa mengemas tempat duduk dan mencapai bag sandang di atas meja. Mesyuarat yang berlanjutan sehingga lewat petang menyebabkan Alisa sudah terlambat mahu menunaikan solat Asar. Sebelum pulang dia mengambil keputusan ke surau terlebih dahulu, risau terlepas waktu.

Ketika melangkah keluar dari ofis jam sudah berganjak pukul enam tiga puluh petang. Tanpa berlengah, Alisa terus menapak ke kereta. Tidak terus pulang tetapi singgah sebentar di kafe yang selalu dia kunjungi untuk 'tapau' makan malam. Tiada mood nak memasak.

Sedang ralit membelek telefon sambil menunggu pesanan siap, mata Alisa tertangkap sosok tubuh yang baru melintas di luar kafe. Dia terpaku. Melihat pasangan itu berjalan beriringan, Alisa bingkas bangun dari kerusi dan mengejar langkah mereka.

Dari jauh dapat Alisa lihat dengan jelas wajah lelaki dan wanita itu. Hatinya berdebar-debar melihat mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta.

Langkah kakinya seolah dipaku ke tanah. Jantungnya berdegup kencang. Kata-kata lelaki itu kembali berputar, tergiang-giang di telinganya. Alisa membawa tangan kanan ke dada. Diramas kuat, seakan mahu menghilangkan rasa sakit yang kunjung tiba-tiba.

Dipejamkan mata serapatnya, cuba mengusir kegundahan yang hadir di hati. Tanpa mendengar sendiri pengakuan dari bibir lelaki itu Alisa tidak mahu menanamkan prasangka dalam diri.

**************

Makanan yang sudah siap terhidang di meja dipandang sepi, langsung tidak terusik. Rasa lapar yang menjengah sebelum ini seolah hilang ditelan bumi. Begitulah keadaan Alisa sejak pulang tadi. Termenung tanpa kata.

Macaroni yang dibiarkan sepi di atas meja sudah kedinginan. Menyedari sudah terlalu lama dia mengelamun Alisa terus menyuapkan kedalam mulut. Namun tekaknya seolah tidak mahu menerima. Terasa pahit dan sukar untuk ditelan.

Tidak mahu memaksa diri meneruskan suapan, Alisa bangun dari duduk dan membawa pinggannya ke dapur. Makanan yang masih penuh seolah tidak terusik, dibuang dalam tong sampah.

Alisa menapak ke bilik, melabuhkan punggung di birai katil. Matanya kosong menatap ke hadapan. Tidak tahu apa yang sedang difikirkan. Dia menghulur tangan mencapai telefon di atas meja di sesi katil.

Lama Alisa cuba mengumpul kekuatan, memberanikan diri menghubungi lelaki itu. Tidak perlu menunggu lama panggilan Alisa bersambut.

"Assalamualaikum Lis", kedengaran suara di hujung talian menghulur salam. Tapi riak terkejut tidak dapat disembunyikan.

"Waalaikumussalam, sorry ganggu you malam-malam ni", balas Alisa.

"It's okey, I tak tidur lagi. Still ada kerja nak kena settlekan. Cuma I surprise you tiba-tiba call. Anything I can help?", tenang kedengaran suara di seberang talian.

"Why you think I need help right now", Alisa ketawa kecil cuba menutup kegusaran hati.

"Kalau tak, you tak akan call I. You akan try jauhkan diri. Ada hati yang you kena jaga", selamba Firdaus membalas.

"Sorry, Fird", sayup suara Alisa kedengaran.

"I gurau je, I tak simpan dalam hati pun. Something wrong Lis", tanya Firdaus untuk kali kedua.

Alisa mendiamkan diri seketika, cuba menyusun kata sebaik mungkin.

"Fird, I minta maaf kalau apa yang I tanya ni buat you tak selesa. Tapi boleh I tahu you wife name?", bergetar suara Alisa di hujung ayat.

"My wife name..?", Firdaus mengulang kembali pertanyaan Alisa dalam kebinggungan. Dia terpingga-pingga kenapa Alisa bertanya perihal isterinya. "Why?", soal Firdaus.

"Nothing...I ada nampak you jalan dengan someone petang tadi dekat kedai makan. I rasa macam I kenal perempuan tu. That why I tanya. Kalau you rasa tak selesa nak bagitahu tak pe. I just tanya je", gugup Alisa menjawab.

"Petang tadi...,ohh yes. I keluar dengan my wife ada something kami nak settlekan", Firdaus mengiyakan kata-kata Alisa.

"Tak ada apalah, bukan rahsia pun. Nama isteri I, Nur Zulaika. You kenal?", tanya Firdaus.

Menggeleter tangan Alisa. Tubuhnya terasa seram sejuk. Dunianya terasa kosong. Apa yang ditakutinya terjadi juga.

"Fird, can you be honest with me? Betul ke apa yang you bagitahu I sebelum ni. Anak yang wife you lahirkan tu bukan anak you", terketar-ketar suara Alisa menyoal Firdaus. Dia inginkan kepastian.

"Lis, something wrong. You okay tak ni?", tanya Firdaus gusar. Dapat dirasakan dengan jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan Alisa.

"I'm okay. Please just answer me", separuh merayu Alisa memohon kepada Firdaus.

Di hujung talian Firdaus sudah mengerutkan dahi. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan Alisa. Namun gadis itu tidak mahu berterus terang.

"Lis, semua tu salah I sebelum ni. Mungkin I terlalu tertekan dengan semua yang berlaku. Tapi, I do regret. I menyesal bagitahu you masalah rumah tangga I. Macam manapun Zulaika still isteri I. Tak patut I sebarkan aib dia. I merayu dengan you, tolong lupakan dan jaga aib Zulaika". Lirih kedengaran suara Firdaus memohon. Dia merasa bersalah atas ketelanjuran meluahkan kepada Alisa sebelum ini.

"Fird, you jangan salah faham dengan I. Tak sikit pun I pernah terfikir nak sebarkan aib wife you. I cuma nak tahu betul ke apa yang you luahkan dekat I sebelum ni. But from your respond, I dah dapat jawapannya", serak suara Alisa cuba menahan perasaannya.

Tanpa menunggu Firdaus membalas, Alisa memutuskan panggilan. Air mata yang dibendung sejak tadi, akhirnya pecah juga. Dia menangis semahu-mahunya. Dunianya terasa kelam. Jalan cinta yang ingin dituju tidak nampak penghujungnya.

'Riz...you ada sembunyikan sesuatu dari I ke...Ya Allah tolonglah jadikan semua ini hanya sebuah mimpi ngeri. Jangan jadikannya sebuah kenyataan'. Kali ini sudah tidak ada sisa kekuatan untuk melaluinya.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience