BAB 21

Romance Completed 157983

Alisa melabuhkan punggung di sebuah bangku berhadapan dengan tasik. Dia memejamkan mata merehatkan minda seketika. Tidak tahu ke mana Ain melarikan diri sebaik saja tiba. Dia hanya tersenyum memikirkan tingkah keanakan Ain

Alisa membuka matanya luas merasakan rasa sejuk yang menjalar di seluruh wajah. Terpampang muka Ilham yang menahan ketawa. Ilham menghulurkan air yang dibeli untuk mereka bertiga.

"Mana Ain?", tanya Ilham seraya mengambil tempat di samping Alisa.

"Mulanya aku ingat Ain ikut kau. Rasanya dia dah pergi joging dekat track depan tu", Alisa menjawab sambil mengeleng kecil.

"Joging dengan baju sekolah? Kau sure dia tak jatuh tersembam nanti", balas Ilham sambil tegelak besar. Tak dapat dia bayangkan Ain berjoging dengan pakaian sekolah.

Kata-kata Ilham disambut dengan ketawa dari Alisa. "Dia stress tu dekat nak exam kan", jawab Alisa bagi pihak Ain.

"Kau macam mana? Tak stress ke dengan semua ni?", soal Ilham.

Entah kenapa Alisa rasakan soalan Ilham itu tersirat maksud di sebaliknya. Dia mencari anak mata Ilham. Cuba membaca makna di sebalik soalannya.

"Ain ada cerita dengan aku pasal kau dengan Sarah. About what she did to you, behind your back", sambung Ilham memandang tepat wajah Alisa.

Alisa hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mengulas soal itu. Dia tidak mahu memanjangkan lagi isu. Biarlah semuanya berakhir macam ini. Tidak mahu ditambah lagi rasa kecewa yang sedia ada.

"Am, pernah tak kau terbayang hubungan kita akan jadi macam ni. Persahabatan yang dibina hampir sepuluh tahun berakhir dengan rasa benci dan marah", tanya Alisa dengan tatapannya masih dihala ke hadapan. Dia mengalih topik perbicaraan.

"Langsung tak boleh bertembung, mesti akan bergaduh. Tak boleh langsung bersua pasti akan akan jadi pertengkaran. Tak boleh nak berbincang atau bercakap dengan baik", sambung Alisa.

"Lis, dalam bersahabat pasti ada pasang surut. Kita tak boleh nak baca hati atau fikiran orang lain. Sebab tu dalam bersahabat penting ada tolak ansur. Penting ada rasa sayang dengan sahabat kita. Sahabat yang baik, dia akan rasa sedih dan sakit kalau kau terluka dan dia akan jadi orang yang paling gembira bila kau bahagia, dia juga akan ada di samping bila kau perlukan. That the true friendship Alisa", balas Ilham panjang lebar.

"That true, sahabat yang sejati dia akan rasa gembira untuk kau bila kau bahagia. Kalau kau terluka dia akan menangis sedih bersama di sisi kau". perlahan Alisa menuturkan kata itu seolah cuba menyematkan dalam hatinya.

"Sakit nak lupakan, tapi Lis ajarlah hati supaya tak menyimpan dendam. Sebab dia seseorang yang pernah jadi sahabat kau. Seorang yang kau pernah sayang sepenuh hati. Masa susah, dia pernah pinjamkan bahu untuk kau bersandar, dalam sakit dia pernah hadirkan bahagia, waktu kau jatuh dia pernah hulurkan tangan", ujar Ilham lembut memujuk Alisa.

Mendengar bait-bait Ilham, air mata yang disangka sudah kering bersama rasa kecewa dan sakit itu kembali mengalir perlahan.

"Rasa sedih yang hadir dalam hati sebab terlalu sayang. Rasa kecewa, sebab aku tak mampu lepaskan. Tapi untuk aku membenci mustahil, walau sepatah mana pun hati aku", bisik Alisa perlahan hanya cukup untuk didengari sayup di pendengaran Ilham.

Ilham memandang Alisa. Di antara semua sahabatnya Alisa mungkin kelihatan kasar namun dia sebenarnya memiliki hati yang paling lembut di antara mereka. Dalam bersahabat Alisa sangat ikhlas. Sebab itu hatinya sakit melihat layanan Sarah terhadap Alisa.

Ilham menyandarkan tubuh ke bangku, kaki dilunjurkan ke hadapan, kepala dia dongakkan ke langit. Memandang awan yang tidak terlalu panas juga tidak terlalu mendung. Cantik sekali cuaca harini. Tapi tidak dengan emosi dan perasaan mereka.

"Lis kau mungkin rasa aku tak serapat dengan kau macam Riz dan Dani. Tapi sungguh sebagai sahabat aku sayang dengan kau. Kalau kau sedih aku pun turut rasa sakitnya. Percayalah, kalau kau ikhlas Allah akan ganti rasa sedih tu dengan sesuatu yang tak pernah kau sangka", balas Ilham.

Alisa dan Ilham hanya mendiamkan diri memandang permandangan di depan mata. Terlalu banyak perkara yang difikirkan kebelakangan ini. Fikiran dan emosi menjadi lelah. Perlu sedikit masa untuk menata kembali semangat sebelum kembali memulakan perjalanan.

"Korang berdua termenung je buat apa? You should have fun, release tension", laung Ain mengejutkan Alisa dan Ilham.

"Tak nak aku joging pakai baju sekolah. Better ambil angin duduk rehat dekat sini", balas Ilham malas.

"Tak best la korang ni. Kalau setakat duduk termenung dekat sekolah pun boleh. Apa cerita termenung dekat sini, buang masa", Ain membalas tidak puas hati.

Dia terus menarik tangan Alisa mengikut langkahnya. Terjerit kecil Alisa dengan tindakan spontan Ain. Hampir terlepas botal air dalam genggamannya.

"Kau nak pergi mana Ain?", tanya Alisa.

"Mana-mana pun tak apa. Asalkan tak duduk saja", balas Ain menjulingkan mata.

Dari jauh Ilham hanya menurut langkah mereka perlahan dari belakang. Dia hanya menggeleng melihat tingkah Ain yang terlebih hyper.

Ain menarik Alisa duduk di atas buaian dan menolak perlahan dari belakang. Alisa menjerit kecil apabila tolakkan Ain bertambah laju. 'Berdebar jantung, sudahlah lama tak main permainan ni. Buatnya jatuh atau terbang ke langit, jadi superman tak ke aniaya diri sendiri' fikir Alisa.

"Ain stopp... Aku nak terjatuh ni", jerit Alisa. Namun hanya disambut dengan ketawa dari Ain.

Geram Alisa dengan sikap Ain. Saja la tu nak kenakan dia. Siap kau Ain, sampai turn kau, aku tolak sampai ke bulan biar tak jejak tanah. Alisa menggumam dalam hati.

Ilham tolong menghentikan ayunan buaian Alisa. Melihat wajah gadis itu cemberut tahulah dia Alisa sudah merajuk. Pening juga dia dengan perangai Ain yang sengaja menyakat Alisa.

Sabaik kakinya menjejak tanah Alisa terus mengejar Ain. Melihat wajah Alisa yang menahan geram Ain pantas melarikan diri. 'Tahu takut, masa buat tadi tak takut', Ain mengutuk diri sendiri.

Melihat Alisa yang semakin hampir mengejarnya Ain terus berlari mengelilingi Ilham. Pening Ilham dibuatnya melihat tingkah kedua gadis itu. Tak pasal-pasal dengan dia sekali terjebak. Melihat tiada tanda-tanda akan berhenti dari mereka berdua Ilham cuba menjadi orang tengah.

"Lis, stop it.", ujar Ilham cuba menghentikan mereka berdua yang berlari mengelilingi dia.

"No, ask her to stop first. Suruh Ain duduk atas buai tu. Biar aku tolak dia pula", jawab Alisa tidak mahu mengalah.

"Tak nak lah aku. Tengok gaya kau ni boleh sampai ke Marikh kau tolak aku", balas Ain sambil menjuihkan lidah.

"Ain you start it first. So stop there for me", arah Alisa.

"No, I start it first, so you should not end it for me. Let me end it my self", balas Ain

"Give me honour to end it for you", balas Alisa.

"Tak nak. Apa yang kau nak tamatkan? My life?. Seram la", balas Ain

Melihat kedua gadis itu sudah mula mengarut Ilham terus menolak perlahan tubuh mereka menjauh satu sama lain.

"Okey, that enough. Mengarut dah korang berdua ni", balas Ilham selamba sambil menahan ketawa.

Ilham menahan ketawa mendengar butir perbualan mereka. Bermula dengan isu buaian saja melarat sampai ke isu siapa yang mulakan dan siapa yang harus tamatkan. Kemudian boleh pula Ain sendiri seram dengan perbualan dia. Ketawa Ilham akhirnya terlepas juga.

Melihat Ilham yang ketawa sambil memegang perutnya Ain dan Alisa tercengang. Apa kena dengan Si Ilham ni kena sampuk ke. Fikir mereka.

"Kau kenapa Am?", tanya Alisa.

Ilham hanya mengeleng kepala menjawab pertanyaan Alisa. Tidak berpuas hati dengan jawapan Ilham, Alisa dan Ain terus menggeletek tubuh Ilham.

"Baik kau bagitahu kitaorang kenapa kau ketawa tadi", tanya Ain.

Ilham terus mengangkat tangannya ke atas tanda menyerah. Bukan boleh dibuat main budak berdua ni. Letih ketawa, Ilham merebahkan diri ke atas rumput. Semput rasanya.

"Aku ketawa dengar korang punya perbualan. Entah apa-apa je. Boleh buat orang salah faham package dengan seram", Ilham menjawab dengan ketawa yang masih bersisa. Alisa dan Ain ikut ketawa mendengar kata Ilham.

Kedengaran derap tapak kaki melangkah ke arah mereka. Saat berpaling kelihatan Rizqi yang menghampiri.

"Riz? Kau kenapa dekat sini? Bukan kau ada date dengan Zulaika", tanya Ilham, terus bangun dari baringannya. Dia menepuk perlahan baju dan seluar yang sudah melekat rumput kering.

Rizqi melangkah menghampiri dan melabuhkan duduknya di sebelah Ilham. "Dah habis", jawab Rizqi ringkas.

"Biar betul kau ni. Kejapnya date", bidas Ilham tidak berpuas hati. Namun hanya dijawab dengan jongketkan bahu dari Rizqi.

"Kau sampai tergolek kat bawah ni kenapa?", tanya Rizqi tersenyum kecil melihat sahabatnya yang kelihatan tak terurus.

"Kenapa lagi. Sebab budak berdua ni. Tengok orang ketawa pun dengki", jawab Ilham tanpa rasa bersalah.
Mendengar jawapan Ilham, Alisa terus sambung menggeletek. Padan muka, elok je kata orang berdengki. Ain terus turut serta. Merah wajah Ilham menahan ketawa. Tidak tahan lagi Ilham terus meminta tolong Rizqi.

"Riz kau jangan tengok je. Tolong la aku", marah Ilham apabila Rizqi hanya memandang sepi.

Melihat wajah Ilham yang sudah merah padam, Rizqi menarik tangan Alisa menjauh. Tapi, gadis itu masih tidak berpuas hati. Melihat Alisa masih tidak berputus asa Rizqi terus memaut pinggang gadis itu menjauh.

Kesempatan itu digunakan Ilham untuk mengelak dari Ain. Semput rasanya, macam nak tercabut nyawa. Ganas betul budak berdua ni. Ilham menarik dalam nafas dan dihembus panjang, cuba menstabilkan kembali detak jantungnya.

"Stop Lis. Kalau orang tengok tak elok", tegur Rizqi seraya melepaskan pautan tangannya dari tubuh Alisa.
Alisa terus memandang ke kiri dan kanan. Mujurlah waktu sekarang tiada orang yang beriadah di sini. Selalunya selepas pukul lima petang baru kawasan ini mula didatangi orang.

Mereka semua hanya duduk berlantaikan rumput dan berborak kosong. Sudah lama dirasakan tidak menghabiskan masa bersama seperti ini.


*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience