BAB 81

Romance Completed 157983

"Sekarang macam mana?", soal Alisa, ketika berjalan beriringan dengan Liyana. Dia menggenggam erat tangan gadis itu, ingin tahu.

"Dah dua hari dia pindah. Tapi tak bagitahu pula dekat mana. Dia pun macam nak tak nak je jawab bila tanya", lemah suara Liyana. Dia tersepit. Di satu sisi Shima kawannya, tapi hati Nabilah juga perlu dijaga. Kesalahan gadis itu sukar diterima Nabilah. Mungkin boleh, tapi perlukan masa.

"Siapa tolong angkat barang?", soal Alisa masih tidak puas hati. Sudah lama Shima menyewa di sini. Sejak mula bekerja. Barang peribadi gadis itu boleh tahan banyak. Susah nak diangkat sorang-sorang.

"Kawan dia. Maybe officemate. Yana tak kenal pula", mendengar jawapan polos Liyana, Alisa membisu. Jujur, hatinya jatuh kasihan kepada gadis itu.

Hilang sahabat, putus tunang, pindah rumah. Bertimpa-timpa masalah. Tidak sebut lagi soal penerimaan ibu ayahnya di kampung. Kalau tak kuat untuk hadapi boleh jatuh tersungkur. Tidak tahu siapa yang harus disalahkan. Semua ini pilihan dia sendiri.

"It's okay Yana. Tak payah temankan Lis sampai bawah. Riz ada dekat kereta tu. Yang penting make sure datang majlis nanti. Bagitahu dekat Nab sekali. Lis tunggu tau", Alisa memeluk erat tubuh gadis itu, sebelum melangkah masuk ke perut lif. Niat di hati nak jemput Shima sekali. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan gadis itu. Tapi tak ada rezeki. Mungkin ini yang terbaik.

"Dah bagi kad?", tanya Rizqi, sebaik Alisa melabuhkan punggung di sebelah. Hairan juga melihat wajah suram isterinya.

"Dah. Lis bagi dekat Yana, kirim sekali untuk Nab....Cuma tak sempat nak jumpa Shima. Dia dah pindah dua hari lepas". Dua minggu kebelakangan ini Alisa sangat sibuk, uruskan persiapan majlis mereka yang bakal berlangsung minggu depan. Kerap juga bermalam bersama Rizqi.

"Tak ada rezeki nak jumpa. Sayang boleh jemput dalam telefon", Rizqi menoleh sekilas ke arah Alisa.

"Boleh cuba, tapi tak tahulah dia nak jawab tak", Shima seolah-olah mahu menjauhkan diri. Mungkin malu. Mungkin juga rasa bersalah. Atau dia mahu move on dan tinggalkan kisah pahit ini di belakang.

"Abang, apa jadi dengan pihak sebelah Airill", Alisa membalikkan sedikit tubuhnya menghadap Rizqi. Dipandang lekat wajah lelaki itu. Dia tak akan mengalah selagi Rizqi tak beri jawapan. Mereka dalam perjalanan pulang ke Perak. Dia ada banyak masa dan kesabaran untuk tunggu suaminya buka mulut.

"Kenapa?", tidak menjawab. Rizqi malah menyoal kembali isterinya.

"I just want know...Shima tiba-tiba pindah rumah. I got this feeling, something must happen", Alisa masih merenung sisi wajah Rizqi yang masih fokus dengan pemanduannya.

"Nothing big...parents Rill pergi jumpa mak dan ayah Shima. Have some discussion..decide to break off their engagement. Cancel the on going process for their wedding. That all", padat info Rizqi. Langsung tidak berbunga. Straight to the point.

"That why dia pindah. Maybe tak selesa nak sebumbung dengan Nabilah. Or she decide to start over", perlahan suara Alisa berbisik pada diri sendiri.

"Abang tak tanya sangat pasal ni dengan Rill. He need time to calm down. To think, to face this. Last thing I know, family Hafiz bergaduh besar, bila dapat tahu hal ini. What happen next, I'm not sure", Rizqi tahu Airill tak akan biarkan hal ni macam tu je. Tapi dia tak tahu langkah lelaki itu seterusnya. Dia cuma harap sahabatnya itu bertindak dengan akal waras.

"...Abang rasa Hafiz akan bertanggungjawab tak dengan perbuatan dia...Maksud Lis, kalau hubungan dia dengan Shima dah sejauh tu, mungkin diaorang...you know, decide to be together", berterabur Alisa cuba menyusun ayat. Dia tahu Rizqi tak suka nama Hafiz dibangkitkan dalam perbualan mereka. Dari awal lagi lelaki itu tidak berapa berkenan dengan Hafiz.

"Siapa tahu...Maybe yes, maybe no. Kalau dia betul suka dengan Shima, he will take full responsibility. All this..for both of them to decide. Kena tengok campur tangan family juga", Rizqi hanya membiarkan pertanyaan Alisa tergantung. Tidak ada jawapan yang tepat. Bukan dia yang berada di kasut lelaki itu.

*************

"Boleh la buu. Lis pergi kejap je", Alisa mengoyong-goyang tangan Puan Anisah. Makin dekat majlis makin susah ibunya nak lepaskan dia keluar. Orang tua-tua kata tak elok. Tak tahu la apa yang tak elok.

"Ibu tak tahu. Kalau nak juga keluar, tanya papa", Puan Anisah sudah bangun ke dapur. Tidak mahu masuk campur. Biar suaminya buat keputusan.

"Paaaa...bolehlah papa. Kejap je", pujuk Alisa tidak putus asa. Dia susah mengambil duduk di sebelah Encik Sharul yang tekun membaca surat khabar.

"Pergilah, keluar elok-elok", ujar Encik Sharul, melipat surat khabar di tangan.

Alisa terkedu, mudah sangat mendapat kebenaran papanya. Ingatkan perlu berdrama air mata. "Betul ni papa...boleh?" Alisa memandang tidak percaya wajah Encik Shahrul.

"Rizqi dah telephone bagitahu papa semalam", Encik Sharul membuka mulut. Wajah puteri kesayangannya ditatap lama. "Majlis lagi tiga hari. Nak keluar tu baik-baik. Beringat sama", pesan Encik Sharul.

"Baik bos. Saya yang menurut perintah", Alisa mengangkat tangan tanda hormat. Senyuman di bibirnya sudah kembang setaman. Patutlah, mudah papa bagi kebenaran, Rizqi dah call dulu.

"Lis naik bilik tukar baju dulu. Nanti lambat", dia berlari-lari anak memanjat tangga. Rasa teruja tak dapat disembunyikan. Encik Shahrul hanya mampu menggeleng melihat keletah Alisa. Tak berubah perangai walaupun dah bergelar isteri.

************

Alisa menarik muka memandang wajah sahabatnya di samping. Gadis itu hanya ketawa menutup rasa bersalah.

"Semua salah kau. Aku dah ajak jumpa dekat rumah, kau tak nak. Sekarang ni, ibu dengan papa aku susah nak lepas keluar sorang-sorang. Nasib baik Riz tolong. Kalau tak kena berdrama la aku", Alisa menjegilkan mata pada Ain.

"Sorrylah...aku saja nak jumpa kau dekat luar. Bebas sikit nak berborak", Ain hanya tersenyum nipis.

Alisa merenung lama wajah sahabatnya. Melihat gadis itu merenung kosong ke hadapan, dia mengerutkan wajah.

"Dari hari tu aku tanya...kau ada something nak share dengan aku..?", tak ingin memaksa. Alisa mahu Ain sendiri bersedia berkongsi.

Ain menghela panjang nafasnya. "Lis...", gadis itu berjeda sebentar. Mungkin cuba menyusun kata. Alisa hanya mendiamkan diri tidak menyampuk. Beri ruang kepada Ain bercerita. Walaupun hati sendiri penuh dengan tanda tanya.

Penantiannya berakhir dengan esakan gadis itu yang tiba-tiba. Alisa tercengang memandang Ain. Makin lama makin menjadi tangisan gadis itu. Tanpa menyoal Alisa terus tarik sahabatnya dalam pelukan. Belakang tubuh gadis itu diusap perlahan. Cuba menyalurkan semangat.

"Lisss...aku...mengandung", tangisan Ain kembali pecah. Tangan Alisa terhenti. Tubuh gadis itu ditarik menghadapnya. Di pandang wajah Ain dalam-dalam. Cuba mencari kebenaran dalam kata-kata gadis itu.

"Pregnant!!! How..., anak siapa?", bertubi-tubi Alisa menyoal. Jantungnya berdegup laju. Matanya tidak lepas dari gadis itu. Setahunya Ain bukanlah gadis yang sosial atau sering bertukar pasangan. Tidak tahu kenapa boleh jadi macam ni.

"Siapa lagi....Syazwan", separuh berbisik suara Ain. Hampir tidak kedengaran.

Alisa menghela nafas. Tahu, salah untuk dia berasa lega. Apa yang dilakukan Ain dan Syazwan berdosa. Cuma dia lagi risau jika anak dalam kandungan tu bukan anak Syazwan. Memandangkan mereka merancang untuk berkahwin. Macam mana nak dijelaskan pada lelaki tu. Bertambah pula masalah nanti.

Sekarang pun masalah masih tak selesai. Apa nak dibuat jika perut Ain makin membesar. Nasib anak tu macam mana pula. Lepas lahir nak bagitahu apa dekat family. Kepala Alisa terus berdenyut. Nak marah dengan Ain pun dah terlambat. Tidak tahu kenapa gadis itu boleh bertindak sebodoh ini.

"Kau dah berapa bulan", serius riak Alisa menyoal. Hilang sudah seri di wajah.

"Empat minggu kut", Ain terus menundukkan wajah. Tidak menentang pandangan Alisa. Serba salah dan malu.

"Syazwan tahu?", masih tidak puas hati, Alisa terus menyoal. Kali ini soalan Alisa hanya dijawab dengan gelengan lemah dari Ain.

Alisa terdiam. Fikiran dia juga buntu memikirkan masalah gadis ini. Kalau terlanjur tapi perut tak berisi boleh disembunyikan. Hanya perlu tunggu tarikh penikahan mereka. Masalah sekarang ni, Ain mengandung.

"Ain, macam mana boleh jadi macam ni..? Benda kau buat ni salah, berdosa tahu tak. Tahulah, korang dah bertunang, tapi majlis korang kan tengah tahun. Kalau dibiarkan family kau dengan dia mesti tahu nanti", riak kegelisahan jelas terlukis di wajah Alisa. Suaranya cuba dikawal.

Melihat gadis itu setia merenung tanah, Alisa menarik tubuh Ain menghadapnya. "Ain, kau kena berterus terang dengan Syazwan. Dia patut tahu! Dia kena tahu!", ujar Alisa satu persatu. Geram menghadap Ain yang mematungkan diri.

Ain menghela perlahan nafasnya. Air mata yang tidak kunjung kering disapu perlahan. "Aku tak tahu.... kenapa boleh jadi macam ni. Kami cuma berjalan, bercuti, macam yang kitaorang selalu buat sebelum ni. Aku tak tahu, kenapa kali ni sampai terlanjur. Aku takut Lis. Macam mana kalau mama aku tahu. Apa aku nak buat kalau Syazwan tinggalkan aku", rintih Ain. Sejak kejadian tu tidurnya tidak pernah lena. Hatinya kacau. Panggilan dari Syazwan juga tidak dijawab. Dia mula jauhkan diri. Dia perlukan masa.

"Aku tak rasa Syazwan lelaki macam tu. Korang dah bertunang. Family pun dah kenal. Tunggu nak buat majlis je. Dia akan bertanggungjawab. Aku yakin", Alisa cuba tanamkan keyakinan kepada Ain. Sudah tak ada apa yang boleh dibuat sekarang ni.

"Tapi aku takut Lis. Macam mana kalau family aku tahu. Apa aku nk jawab? Macam mana kitaorang nak hadap. Apa aku nak buat?", huru-hara perasaan gadis itu sekarang. Hati Alisa juga sedih mendengar tangisan Ain. Dia juga buntu. Pelukan pada tubuh sahabatnya masih tidak dileraikan.

"Aaaku pun tak tahu...Keadaan ni complicated sangat...Kalau kau percaya dengan aku, biar aku cuba terus terang dengan Riz. Kita dengar pendapat dari dia", pujuk Alisa. Menerima khabar ini tiga hari sebelum majlis, boleh hilangkan moodnya.

************

"Banyak tak papa soal tadi", tanya Alisa.

"Tak adalah. Kenapa?", Rizqi membalikan pertanyaan pada isterinya.

"Bila turn Lis nak keluar, bukan main banyak soalan. Dah macam polis pancen. Jenuh nak memujuk. Lagi sikit nak berdrama. Dengan abang senang-senang je papa dengan ibu bagi", adu Alisa tidak puas hati.

"Dah sayang keluar dengan abang. Keluar dengan suami sendiri. Ibu dengan papa tak la tanya banyak", Rizqi tergelak menjawab. Tak kan ibu dan ayah mentuanya nak halang dia bawa Alisa keluar. Tempat seorang isteri di sisi suami. Dia dan Alisa tinggal berasingan pun sebab tak nak orang bawa mulut. Tak dan nak majlis dah tak menyempat-nyempat nak duduk sekali.

"Daniel dengan Am balik bila?", Alisa menoleh memandang Rizqi. Mengubah tajuk. Tahu kedua sahabatnya itu pasti menyempatkan diri pulang untuk majlis mereka.

"Sehari sebelum majlis. Zack, Rill, Fiq dengan Fikri pun datang. Diaorang konvoi sekali. Abang dah sewakan homestay. Tak nak duduk hotel katanya. Ajak duduk rumah abang, kata ramai orang tak nak ganggu", Rizqi tergelak kecil. Alasan saja tu. Dia tahulah, diaorang nak berkumpul lepak ramai-ramai. Takut tak bebas tu yang nak duduk luar. Tak apalah, untuk kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh dia payungkan homestay dua tingkat tu. Siap ada kolam renang. Alang-alang nak melepak.

"Sayang kenapa? Dari tadi abang tengok tak bersemangat", sebaik tiba di destinasi Rizqi memberhentikan kereta. Enjin tidak dimatikan. Dia menoleh memandang isteri di samping. Pelik melihat wanita itu tidak seceria sebelum ini.

"Abang...,Lis kan ada jumpa Ain semalam", perlahan Alisa cuba menyusun kata. Tidak mahu berkias. Tidak mahu bertangguh. Tapi idea untuk memulakan, tidak juga kunjung tiba.

"Hmmm", ringkas respon Rizqi. Tidak mencelah. Memberi waktu kepada Alisa.

Mulutnya dibuka tutup banyak kali, tapi suara tidak kunjung keluar. Dipejam seketika matanya, cuba menenangkan diri. Yang nak dibuka sekarang, aib sahabat sendiri. Walaupun sudah dapat kebenaran.

"Ain pregnant", sekali nafas Alisa luahkan. Perlahan namun cukup jelas di pendengaran Rizqi.

Melihat Rizqi mendiamkan diri, tidak memberi reaksi, Alisa memanggung perlahan wajah memandang suaminya. "Zup", tajam pandangan Rizqi menikam. Alisa serba salah. Seolah dia yang bersalah.

"Syazwan?", pendek pertanyaan lelaki itu. Alisa mengangguk perlahan. Keluhan berat dilepaskan Rizqi. Tubuhnya disandar kembali. Tak jadi nak turun kereta. Plan harini saja nak bawa Alisa jalan-jalan, ambil angin. Hilang terus mood.

"How long?", jari Rizqi mengetuk-getuk perlahan stereng kereta. Kebiasaan sejak dulu, kalau sedang asyik berfikir.

"Almost one month", jawab Alisa. Layak pesalah. Tak tahu di mana salahnya.

"Confirm?", tak puas hati, Rizqi menyoal lagi.

"Yaa. Dia dah test banyak kali. Siap beli yang digital. Result sama", terang Alisa panjang lebar.

"How can...What she plan to do?", tidak mahu menyalahkan sesiapa, Rizqi ubah pertanyaan. Nasi dah jadi bubur, tak guna nak salahkan mana-mana pihak.

"Tak ada plan. Buntu nak fikir... Sebab tu bagitahu abang", jawab Alisa perlahan. Separuh berbisik.

Ketukan jari Rizqi terhenti mendengar jawapan isterinya di sebelah. Alisa membalas tatapan lelaki itu serba salah. Tiba-tiba pula minta Rizqi selesaikan. Tapi, mustahil untuk Rizqi buat tak tahu. Ain juga merupakan sahabatnya.

"Syazwan kata apa?", sesi soal jawab dimulakan kembali.

"Dia tak tahu", pendek Alisa menjawab.

Rizqi menyipitkan mata. Berkerut dahinya menatap Alisa, "Kenapa? Takut dia tak nak bertanggungjawab?", dingin Rizqi menyoal.

"Bukan, Ain yang tak sedia nak bagitahu", laju Alisa menyangkal. Tak pasal-pasal bertambah busuk nama Syazwan.

"What other option we have, kalau Ain tak nak berterus terang dengan Syazwan. Without him knowing the truth, what can she do?", tegas suara Rizqi. Masalah ini melibatkan dua pihak. Syazwan patut tahu. Mustahil untuk settle perkara ini tanpa melibatkan lelaki itu.

"Abortion..", ujar Alisa, tidak berani beradu pandangan dengan Rizqi.

"Sayang!", tinggi suara Rizqi memotong percakapan Alisa. "Dah buat dosa nak tambah dosa. Tu nyawa", keras teguran Rizqi.


*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience