BAB 13

Romance Completed 157983

Jumaat pagi, kelihatan kerumunan pelajar berkumpul di hadapan anjung sekolah. Masing-masing dengan pakaian sukan yang tersarung di tubuh.

Seratus tiga puluh lima pelajar bersama dua belas orang guru pengiring terlibat dalam kem ini. Empat biji bas sudah kelihatan memasuki perkarangan sekolah.

Bagi memudahkan urusan menyemak kedatangan, semua pelajar diminta berkumpul mengikut kelas. Ketua kelas bertanggungjawab mencatat kehadiran pelajar.

"Lis banyak tak barang yang kau bawa?", tanya Ain dengan rasa ingin tahu.

"Aku bawak dua bag je. Satu besar satu kecik " jawab Alisa.

"Sikitnya barang kau. Aku bawa tiga bag, tapi semua besar-besar la", ujar Ain menuding jari ke arah bagnya

Membutang mata Alisa melihat arah yang ditunjukkan Ain. Biar betul, banyak gila barang Ain bawa. Nampak gaya macam menetap terus dekat sana.

"Barang apa yang kau bawak banyak sangat tu Ain", tanya Alisa.
"Semua barang penting. Makanan ringan pun aku bawak sikit je, tak cukup ruang", balas Ain dengan wajah tidak bersalah.

'Ini kira sikit? Biar betul Si Ain ni. Kalau banyak kira macam mana pula', Alisa menelan air liur.

"Lis kau ada nampak Sarah? Dari tadi aku tak nampak dia. Dia dah datang ke belum?", Ain tiba-tiba mengalih topik perbualan mereka.

"Tak sure. Aku tak nampak pun dia", Alisa hanya menjawab ala kadar. Tidak mahu mengulas panjang.

"Semalam aku call, dia tak jawab. Whatapps pun dia tak reply", Ain mengadu dengan wajah tidak puas hati.

Selesai mengambil kedatangan, guru pengiring meminta semua pelajar berada dalam kumpulan yang sudah dipilih sendiri oleh mereka. Setiap kumpulan terdiri daripada lapan orang ahli.

Alisa dan Ain berjalan menuju ke arah Rizqi, Ilham dan Daniel. Bersama mereka, Firdaus dan Jiha. Namun kelibat Sarah masih belum kelihatan.

"Hi lambat... korang berdua pergi mana?". tanya Firdaus ramah.

"Pergi tengok bag Ain. Banyak sangat macam nak bermastautin dekat situ", Jawab Alisa bersama ketawa kecil, yang memperlihatkan lesung pipit yang menghiasi pipi kanannya.

Melihat senyuman dan gelak tawa Alisa yang sudah lama menghilang Rizqi, Ilham dan Daniel terpaku. Bukan apa sejak kebelakangan ini jangankan ketawa, nak dengar suara Alisa bercakap pun agak susah.

Firdaus menyambut jawapan Alisa dengan ketawa yang tidak dicover. Melihat dirinya menjadi bahan gurauan Ain menarik muncung.

"Berapa banyak bag yang kau bawa Ain? Riz dah bagitahu kan apa yang kena bawa atau kau still angkut tilam dengan toto kau tu", tanya Daniel.

"Aku tak bawa tilam dengan toto la, aku bawa bantal dengan selimut je", Ain menjawab dengan wajah yang cemberut.

Melihat semua ahli mereka sudah berkumpul kecuali Sarah, Ilham menyoal Ain, "Sarah tak datang lagi ke?".

"Tak tahu la aku. Dari tadi aku duk melilau cari dia, tak jumpa. Call pun tak jawab", balas Ain.

Sedang asyik berbual dari jauh kelihatan kelibat Sarah berjalan perlahan ke arah mereka.

"Baru sampai Sarah?", tanya Jiha.

"Iya, aku ada hal sikit tadi, itu yang keluar lambat", balas Sarah kepada Jiha, tanpa langsung memandang ke arah Alisa dan Ain.

"Aku call tapi kau tak jawab pun sarah", bagitahu Ain

"Aku tak dengar", datar Sarah menjawab.

Layanan dingin Sarah terhadap mereka buatkan Alisa terasa sedih. Apalagi Sarah langsung tidak mahu memandang wajahnya. Tidak tahu di mana silap. Alisa hanya menunduk menekur lantai.

"Kau kenapa Sarah? Bad mood ke?", tanya Ain masih tidak berputus asa.

"Kalau dah tahu jangan banyak tanya", dingin balasan Sarah.

Mendengarkan jawapan Sarah, Ain terkulat-kulat tidak tahu di mana salahnya bertanya.
Situasi berubah janggal dengan sikap sinis Sarah. Tiada siapa membuka bicara selepas itu.

Melihat tingkah Sarah, Daniel ingin membuka mulut, tidak dapat menahan panas hatinya. Ilham pantas mengalih tajuk tidak mahu mereka berdua bertikam lidah. Panjang cerita nanti kalau dah mula bergaduh.

"Jomlah, aku rasa dah boleh masukkan bag dalam bas tu", ajak Ilham

Mereka berlapan berjalan menghampiri bus yang sudah terpakir di tepi jalan.

"Rizqi, kalau semua pelajar dah ada, kamu boleh minta kawan-kawan kamu masukan bag dalam bas. Lagi tiga puluh minit kita akan bertolak", arah Cikgu Hayati.

"Baik cikgu", balas Rizqi singkat.

Rizqi meminta semua pelajar berkumpul di hadapan bas, mengikut kelas masinng-masing. Pelajar lelaki diminta membantu memasukkan bag ke dalam perut bas. Setiap kelas diawasi oleh ketua kelas bersama penolong bagi mengelakkan keadaan menjadi kucar-kacir.

Ilham turut membantu Alisa memasukkan bagasinya. Sambil menunggu rakan-rakan yang lain mengemas, Alisa berjalan ke anjung berhampiran mencari tempat melepaskan lelah.

Dia terpandang Rizqi dan Zulaika, berbual berdua di satu sudut berdekatan anjung. Hati yang disangka sudah kuat melepaskan rupanya masih belum ikhlas sepenuhnya. Melihat permandangan itu, dia mengangkat punggung dan berlalu pergi. Belum sempat dia melangkah jauh, Daniel sudah berdiri di hadapan.

"Lis, kau pergi mana? Am tengah cari kau?", ujar Daniel sebaik berdiri di hadapan Alisa

Melihat wajah Alisa yang sedikit keruh pemuda itu menghentikan bicaranya. "Kau okey tak ni Lis?", tanya Daniel.

"Aku okey. Jomlah kau kata Am cari aku", pantas Alisa mengajak Daniel pergi. Nada suara yang bergetar jelas mengkhianati kata-katanya.
Melihat Rizqi dan Zulaika yang berbual tidak begitu jauh, fahamlah Daniel apa yang berlaku. Tidak mahu menambah luka di hati gadis itu, Daniel tidak membuka mulut bertanya lagi. Mereka hanya berjalan menuju ke arah Ilham yang sedang menunggu.

"Surat kebenaran pelajar ada dengan kau kan", tanya Ilham sebaik melihat Alisa.

"Ya, aku simpan dalam fail", jawab Alisa.

"Jadi semua dah settle kan. Aku nak infrom Riz, dah boleh bertolak", ujar Ilham sambil melangkah pergi.

Alisa berdiri berkumpul bersama Ain, Firdaus, dan Daniel. Tidak jauh dari mereka Sarah ada bersama Jiha. Tidak tahu apa yang diborakkan, mereka berdua tidak mahu berkumpul bersama.

Ilham melangkah kembali bersama Rizqi. Zulaika berada sedikit di belakang mereka. Segan agaknya mahu berjalan bersama. Alisa hanya menundukkan wajah, tidak memberi reaksi. Namun semua itu tidak terlepas dari pangamatan Daniel. Pemuda itu menghela perlahan nafasnya.

Melihat semua pelajar sudah bersedia. Kelengkapan juga sudah siap dimasukkan ke dalam bas, Cikgu Hayati memberi arahan untuk bertolak.

Sarah mangambil duduk bersebelahan dengan Jiha manakala Alisa mengambil tempat di samping Ain. Sarah dan Jiha memilih tempat duduk yang agak jauh dari mereka berenam. Mungkin lebih selesa untuk berborak.

Alisa tidak pasti jika itu hanya perasaannya, tetapi pandangan Jiha tidak begitu bersahabat. Dia tidak tahu kenapa atau apa yang mungkin diceritakan oleh Sarah. Tidak mahu berburuk sangka, Alisa cuba tidak memikirkannya.

Bas mula bergerak selepas memastikan semua murid sudah berada di tempat masing-masing. Pejalanan yang akan memakan masa satu jam tiga puluh minit, tidak terbilang lama. Namun cukup untuk membosankan mereka

Destinasi yang dituju terletak di Kampung Stang Gerik, iaitu Air Beruk Campsite. Kem ini diadakan selama tiga hari dua malam. Semua pelajar kelihatan begitu teruja kerana terlalu letih memerah otak. Mereka ingin melakukan aktiviti tidak berkait dengan minda.

Alisa menyandarkan tubuh dan memaling wajah membuang pandangan ke luar tingkap. Tidak mahu sertai perbualan mereka. Dia menutup mata, berpura-pura tidur. Melihat Alisa yang memejamkan mata Ain bangkit menuju ke tempat duduk Misha dan Farah. Tidak mahu menganggu tidur Alisa.

"Kau dah makan ke Lis", tanya Daniel, menghulurkan roti. Entah sejak bila dia mengambil duduk di samping Alisa.

"Aku dah makan kat rumah pagi tadi", Alisa menjawab sambil membuka mata. Roti yang dihulurkan Daniel diambil juga.

Pemuda itu, hanya duduk di samping Alisa tanpa membuka mulut. Dia sengaja mahu menemani gadis itu agar tidak keseorangan. Melihat Alisa termenung seorang diri, dia tidak sampai hati.

"Lis.. kalau kau perlukan someone, nak luahkan perasaan nak bercerita aku selalu ada, please remember that. Jangan kau pendam sendiri. Risau aku", luah Danie perlahan.

Alisa masih mendiamkan diri.

"Aku selalu ada. Aku boleh pinjamkan telinga kalau kau nak luahkan, aku boleh peluk kau kalau kau sedih...eh..eh..tersasul pula, kalau kau sedih aku boleh hiburkan", sambung Daniel bersama ketawa yang menyakitkan hati.

Alisa menampar bahu pemuda itu. Mendengar lawak tak berapa cerdik itu, dia hanya tersenyum kecil.

Tanpa memandangkan wajah Daniel, Alisa tetap membuang pandang ke keluar. Kali ini kedengaran sayup suaranya.

"Sekarang aku rasa, aku tak hanya hilangan orang yang aku suka tapi aku juga hilang sahabat aku. Rasa kosong sangat. Macam semua warna dalam hidup aku dah hilang. Dah tak berseri", sayup kedengaran suara Alisa menampar gegendang telinga Daniel. Kalau tidak diberi perhatian sukar mendengar setiap bait kata Alisa.

"Daniel kau buat apa kat tempat aku? Bangunlah aku nak duduk. Aku tinggal kejap je kau dah rampas tempat aku", bebel Ain melihat tempatnya diambil Daniel.

"Aku duduk kejap je tapi kau bising macam aku suruh kau berdiri sepanjang perjalanan", Daniel membalas dengan muka tidak puas hati. Langkahnya diatur kembali ke tempat duduknya bersebelahan Firdaus.

"Yang kau pergi ambil tempat Ain tu siapa suruh, marah la dia", ujar Firdaus sambil ketawa.

"Macamlah kau tak kenal Ain tu macam mana", sampuk Ilham yang berada sebaris dengan mereka berdua.

"Aku pergi bagi roti dekat Lis. Tak tahu dia dah makan ke belum", balas Daniel dengan muka berkerut.

"Amboi!!! Sayang betul kau dengan Lis. Risau sangat kalau dia tak makan", usik Firdaus tak nak kalah.

"Memang la sayang", balas Daniel serius

Terdiam Firdaus, Ilham. Rizqi terus menoleh mamandang Daniel yang mempamerkan wajah serius.

Daniel terus memejamkan mata tidak mahu menyambung bicara. Walaupun kepala bahunya digoncang hampir tercabut kerana ulah Firdaus dia tetap tidak membuka mata.

'Padan muka nak usik aku sangat. Sekarang biar korang yang tertanya. Memanglah aku sayang Si Lis tu. Sahabat dunia akhirat aku tu. Selalu je tolong aku, tak pernah berkira', bisik hati Daniel.


***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience