BAB 85 (Tamat)

Romance Completed 157983

Tidak sampai tiga hari pulang ke Kuala Lumpur, Rizqi terus terbang ke Sabah. Outstation. Projek di sana hampir siap. Tunggu masa untuk penyerahan.

Mahu tak mahu Alisa pulang semula ke rumah sewa. Rizqi risau mahu biarkan Alisa tinggal sendirian di rumah. Walhal rumah itu di kawasan perumahan elit. Tetap saja tidak setuju Alisa tinggal berseorangan.

"Berapa lama, Rizqi outstation kali ni", Nabilah mengerling sekilas pada Alisa. Di tangan masih setia memegang balang kerepek. Mata tidak lepas dari drama Samarinda yang diikut perkembangan sejak awal. Satu episode pun tak terlepas. Hantu drama betul gadis ni.

"Tak sure lagi. Mungkin lama sikit. Projek dah stage akhir. Nak tunggu settle penyerahan", sesekali tangan Alisa mencapai kerepek dalam balang yang setia dipeluk Nabilah.

"Mean...lepas ni dah tak payah outstation jauh-jauh?", sampuk Liyana.

"Hmmm...ikut kata Riz macam tu la", balas Alisa. Dia juga sudah terjangkit dengan Nabilah. Drama di tv ditonton penuh khusyuk.

Tiba-tiba, Alisa bangkit dari sofa, berlari ke bilik air. Memuntahkan semua isi perut di singki. Perutnya terasa mual.

Melihat Alisa bergegas bangun ke bilik air, kedua gadis itu tercengang di ruang tamu. Kerepek di tangan juga lupa disuakan ke mulut. Terus kedua mereka menurut langkah Alisa ke bilik air. Risau pula dengan keadaan Alisa.

"Lis kau okay tak?", Liyana sudah mengosok-gosok perlahan belakang tubuh Alisa. Melihat wajah wanita itu sudah memerah, terbit rasa risau di hati.

"Kita ke klinik nak? Kau silap makan ke?", gusar riak Nabilah yang berada di birai pintu. Balang kerepek masih tidak lepas dari tangan. Hampir pecah ketawa Alisa melihat gadis itu mengkelek balang itu sampai ke bilik air.

"Tak, tak payah. Perut Lis masuk angin kut. Lambat lunch tadi", Alisa menolak lemah. Tak mahu susahkan housematenya dengan sakit yang tak seberapa. Lepas makan ubat, sapu minyak legalah tu. Fikir Alisa.

Belum sempat melangkah keluar, Alisa kembali menghamburkan isi perutnya. Pili air dibuka. Dikumur mulut yang sudah terasa payau. Mukanya juga sudah dibasahkan sedikit. Cuba menyegarkan badan yang terasa lemah.

"Lis, sure tak nak pergi klinik? Yana risau keracunan makan je", gadis itu sudah memimpin tangan Alisa kembali ke sofa.

"Tak ada apalah Yana. Lepas makan ubat, sapu minyak, legalah tu", lemah Alisa membalas. Tubuh disandarkan ke dada sofa, cuba mencari posisi yang lebih selesa. Matanya dipejamkan cuba menghilangkan rasa sakit di kepala yang tiba-tiba menjengah.

Kedua gadis itu tidak membuka mulut terus menyoal. Tidak mahu menganggu Alisa. Dibiarkan wanita itu berehat.

"Arghh", Alisa mendadak membuka mata. Mahu luruh jantung mendengar jeritan Nabilah yang tiba-tiba. Dadanya diurut perlahan, hilang semangat. Liyana menolak kuat bahu gadis itu, tanda tidak puas hati.

"Nab, gila ke apa menjerit malam-malam ni", marah Liyana. Geram dengan perangai gadis itu.

"Sorry, sorry...Tak sengaja", Nabilah merapatkan kedua tangannya tanda maaf. Dia tersenyum kambing melihat tajam jelingan Liyana. Sedar kesalahan sendiri.

"Lis, when your last period?", senafas Nabilah menyoal Alisa. "When?", Nabilah mengulang pertanyaannya melihat kebisuan wanita itu.

"Ahhh... last month, maybe", terpinga-pinga Alisa menjawab. Tidak tahu kenapa perbualan mereka berubah seratus lapan puluh darjah.

"Don't you think, maybe...you... pregnant", satu-satu perkataan itu keluar dari mulut Nabilah. Riaknya antara teruja dan tidak pasti. Nak bertepuk tangan takut tersalah teka.

Laju Liyana menoleh memandang Alisa di samping. Menunggu reaksi wanita itu. Tak mustahil juga. Tak pelik pun kalau Alisa mengandung. Dia sudah bersuami, normal kalau dah berisi. Lainlah kalau bawa perut tapi tak berlaki.

Berkerut wajah Alisa. Kepalanya sudah mencongak-congak tarikh. Baru sedar hampir sebulan periodnya terlambat. Kesibukan mengurus majlis kahwin dia dan Rizqi buatkan Alisa tidak menyedari kelewatan tamu bulanannya.

"Lis, tak sure...", perlahan suara Alisa menjawab. Tidak berani beri kata putus. Dia tak mahu letak harapan terlalu tinggi. Takut kecewa.

"Period dah lambat berapa bulan?", Nabilah terus menyoal. Lagak doktor gayanya. Masih tidak berputus asa.

"I think almost a month", ragu-ragu wajah Alisa menjawab.

"Lis, you got prengnancy test tak", sampuk Liyana. Tidak mahu terus berteka teki. Lebih baik buat test.

"Tak ada..", kecewa Alisa menjawab. Dia mengeluh kecil. Kenapalah dia tak beli buat stock, pregnancy test tu.

"Kejap....Nab pergi beli. Ada je kedai yang buka lagi sekarang ni", gadis itu sudah bangun dari kerusi. Balang kerepak di tangan entah sudah di campak kemana. Belum sempat dia melangkah ke bilik, Alisa menahan tangan gadis tu.

"Tak payahlah keluar beli malam-malam ni. Esok pun boleh. Esok balik kerja Lis singgah beli dulu", Alisa menahan Nabilah yang sudah bersemangat. Tak nak gadis itu keluar malam-malam, semata mahu belikan dia pregnancy test. Kalau terjadi sesuatu dekat gadis itu, jenuh dia nak menjawab.

************

Ini adalah minit terlama sepanjang dua puluh tujuh tahun dia hidup. Stick di tangan dipandang tidak lepas. Melihat garis dua kelihatan, dia menekup mulut tidak percaya. Air mata sudah bergenang di pelupuk mata. Tidak puas hati dengan keputusan itu. Alisa keluarkan prengnancy test digital dari kotak. Risau tersilap, sengaja dia beli manual dan digital.

Melihat perkataan 'pregnant' tertera, kali ini laju air matanya tumpah. Dia dan Rizqi berkahwin tidak sampai setahun. Masalah cahaya mata tidak pernah mereka bahaskan. Perkahwinan yang baru menginjak usia empat bulan itu, tidak memberi tekanan kepada mereka. Tapi jika sudah rezeki, Alisa menerima dengan hati terbuka. Ini darah daging mereka berdua.

"How it's Lis? Macam mana Lis?", soal Nabilah dan Liyana serentak, sebaik Alisa melangkah keluar dari kamar mandi. Gigih kedua gadis itu menunggu di depan pintu bilik air, walaupun sudah ditegah. Suruh tunggu di ruang tamu tak nak.

Alisa tersenyum lebar, mengangkat tangan membuat tanda peace.

"Nab dah agak...betul kan", Nabilah menjongket sebelah keningnya. Menayangkan muka berlagak.

"Bestnya, nak ada baby...Lis tak nak call bagitahu Rizqi. Dia mesti terkejut", Liyana sudah mengosok-gosok kedua tangannya. Teruja sangat tu. Maklumlah anak bongsu. Tak pernah beradik. Jadi excited bila dengar pasal baby ni.

"Tak lagi kut. Lis, nak tunggu Riz balik sini. Baru nak bagitahu", Alisa mengusap perlahan perutnya yang belum menampakkan perubahan. Senyuman di bibir tidak lekang sedari tadi.

*************

"Riz, jomlah kita cari makan. Pilih port yang best sikit", Syafik melurut rambut ke belakang. Sudah serupa sarang burung. Tubuhnya tersandar tidak bermaya di kerusi. Hampir seminggu tidak cukup tidur. Tak ada makna nak fikir rambut tersisir rapi atau tak. Boleh dikira dalam sehari tiga atau empat jam saja dia melelapkan mata. Kalau berterusan boleh hilang nyawa macam ni.

Kot yang tersidai di sofa dicapai. Dompet dan handphone dimasukkan dalam saku seluar. Tanpa menjawab, dia menepuk sekilas bahu Syafiq sebelum melangkah keluar. Isyarat untuk lelaki itu menurut langkahnya.

Rizqi melajukan kereta, tanpa bertanya pendapat Syafik. Jam sudah menghampiri angka dua belas. Kali terakhir perut diisi ketika lunch tadi. Tak hairanlah perut sudah melancarkan protes minta diisi.

Rizqi memberhentikan kereta agak jauh dari kedai. Tanpa lengah kedua lelaki itu melangkah keluar.

"Kau dah biasa makan dekat sini ke?", mata Syafik sudah melilau melihat sekitar. Kedai ini unik dengan konsep terbuka. Meja-meja juga di susun di bawah pokok. Agak berjarak antara satu sama lain. Di depan terdapat sebatang sungai yang mengalir. Cantik. Sepatah kata itu terlintas di fikiran Syafik.

"Aku pernah datang dengan Halim. Makanan dia sedap. Kedai ni buka sampai tiga pagi", jawab Rizqi menarik kerusi melabuhkan punggung. Tempat ini dipilih bukan sebab cantik tapi makanan yang sedap dan banyak pilihan.

Sementara menunggu pesanan siap, banyak yang mereka borakkan. Tapi langsung tidak sentuh isu kerja. Biar betul dari pukul lapan pagi sampai dua belas malam menghadap kerja. Lepak kena bahas isu kerja juga. Sakit jantung macam ni.

Sebaik pesanan tiba, makanan disuap tanpa memanggung kepala. Lapar sangat gamaknya. Masa bekerja tak sedar perut menjerit, lepas dah siap baru sedar perut pedih menahan lapar.

"Settle projek ni, lusa kita dah boleh balik?", Syafik meletakkan gelas yang sudah kosong. Yang tersisa hanyalah ketul ais.

"Hmmm. Esok kau dah boleh start packing barang...Aku tak tahu apa yang kau shopping. Setiap kali datang satu bag, balik berbag-bag. Padahal anak bini pun tak ada", sindir Rizqi tanpa balas kasihan.

"Aku beli untuk aku la. Buat stock makanan. Tak ada bini bukannya aku tak boleh makan. Kalau ada bini pun bukan boleh kenyang setakat tengok muka kau aku", tajam Syafik menjawab. Tidak kalah sinis. Matanya dijuling ke atas tanda menyampah.

Sudah lumrah, Syafik dan Rizqi bertikam lidah. Tapi tidak pernah disimpan dalam hati. Sekadar bergurau kasar.

"Kau pergilah dekat kereta dulu. Aku bayar", kunci kereta di dilempar kepada Syafik yang masih tidak putus rokok di mulut. Rizqi sudah menapak ke dalam kedai.

Ketika mengatur langkah ke kereta, Rizqi menoleh, mendengar namanya dilaung perlahan. Matanya terpaku lama melihat sosok di depan mata. Wajah yang sudah lama tidak ditatapnya.

"Zulaika...", perlahan nama itu meluncur dari bibir Rizqi.

******************


TAMAT

( Bahagian 1)

Thank you so much support karya pertama saya...♥️♥️♥️ mohon maaf untuk semua kekurangan. Please stay support my next novel♥️♥️♥️

Share this novel

alisya_94
2024-08-23 10:29:51 

kalau sis ada follow saya, try tekan dekat nama pena saya...nanti akan keluar novel 'AJARI AKU IKHLAS EPILOG'

Zauyah Zauyah
2024-08-23 09:09:43 

dekat mana nak baca

Rahimah Mansor
2024-08-08 11:09:43 

tertunggu2 jugak ni, tpi x ada update pun


NovelPlus Premium

The best ads free experience