BAB 58

Romance Completed 157983

Rizqi sudah tidak mampu membendung keresahannya. Telefon di tangan dicampak keras ke katil. Tubuhnya dihempas ke sofa. Rambut yang sudah dikuak berkali-kali kelihatan kusut tidak terurus. Tapi rasa gelisah dalam hati masih tidak kunjung hilang.

Hampir seminggu Rizqi cuba menghubungi Alisa, namun tidak berjawab. Masej pesanannya juga tidak berbalas.

Fikirannya berserabut dengan penyepian Alisa yang tiba-tiba. Habis difikir di mana salah dan silap hingga membuat gadis itu berjauh hati.

Jika diikutkan fikiran yang berkecamuk dan hati yang baran sudah lama dia booking flight ke KLIA. Tapi urusan kerja yang masih belum mendapat kata putus memaksa dia mengurungkan niat di hati.

Dalam keterpaksaan Rizqi meminta bantuan Ilham cuba menghubungi Alisa. Antara mahu dan tidak dia perlu juga berterus terang perihal Alisa yang mendiamkan diri.

Jawapan Ilham menambahkan kekecewaan Rizqi. Panggilan dari Ilham juga tidak bersambut. Pesanannya juga dibiarkan sepi tidak berjawab.

'Lis, what wrong with you. Kalau ada masalah kita boleh bincang bukan larikan diri macam ni' keluh Rizqi dalam hati.

********************

Komputer di hadapan direnung kosong. Rakan-rakan sekerjanya sudah beranjak pulang sejak tadi. Alisa masih duduk membatu di kerusi. Air mata yang kembali bergenang menjadi peneman setianya selama seminggu ini.

Fikiran dan hatinya terasa kosong. Mental dan emosinya terlalu letih. Sudah seminggu dia melarikan diri dari Rizqi. Sedar itu bukan keputusan yang bijak, tapi ianya keputusan terbaik buat masa ini.

Sakit yang di rasa ketika ini, menghancurkan seluruh perasaan. Tapi hatinya masih degil tidak mahu menyerah. Tidak mampu melepaskan. Jadi menjarakkan diri seketika pilihan terbaik. 'Iya', kerana dia pengecut tidak berani bersemuka dengan Rizqi menuntut jawapan.

Alisa cuba melangkah mengumpul kembali kekuatan kerana dia tahu, melarikan diri bukan jalan penyelesaian. Selagi belum dapatkan kepastian, sebelum tirai kebenaran terungkap dia tidak akan terburu-buru mengikut kata hati. Mungkin wanita selalu dituntun emosi dalam bertindak, tapi Alisa tidak mahu menjadikan dirinya salah satu wanita itu.

Jauh di sudut hati, dia masih percayakan Rizqi. Dia mengenali lelaki itu cukup lama. Cukup arif dengan perwatakannya. Bibit-bibit keraguan itu timbul hanya kerana Zulaika wanita pertama dalam hidup Rizqi. Alisa tidak dapat menipu diri sendiri, hatinya gentar jika kebenaran tidak seindah yang diharapkan.

Tangannya laju mencapai telefon di meja. Dia sudah menetapkan hatinya. "Assalamualaikum Fird", Alisa menghulur salam terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Lis, are you okay", mengingatkan perbualan terakhir mereka, Firdaus agak risau dengan keadaan Alisa. Dia ada menghubungi gadis itu kembali, tapi tidak berangkat.
. "I'm okay... Fird you free tak malam ni, I ingat nak ajak you jumpa. Ada something I nak minta tolong you", tanpa berbasi-basi, Alisa terus menyatakan hasrat untuk berjumpa.

"I okay je...but are you sure Lis, nak jumpa I ni. Tunang you tahu tak", tanya Firdaus agak ragu.

"It's okay, I just nak jumpa you sekejap je. Ada something I nak tanya", laju Alisa menjawab.

"I don't think that a good idea. You meet other man behind your fiance. Kalau dia tahu you can get into trouble", nasihat Firdaus ikhlas.

"Fird, you think to much", Alisa menyangkal. Mustahil untuk dia mengajak Rizqi ketika berjumpa dengan Firdaus. Zulaika akan menjadi topik perbualan nanti.

Di hujung talian kedengaran Firdaus ketawa kecil. "Bukan I yang banyak fikir. I lelaki, I lebih tahu. Tak ada lelaki yang suka kalau kekasih, tunang atau wife dia jumpa lelaki lain di belakang. Alisa jangan cuba cabar rasa cemburu orang lelaki. Takut makan diri", Firdaus mengingatkan Alisa di hujung ucapannya.

Alisa mendiamkan diri mendengar peringatan Firdaus. Dia sedar dengan status tunangan orang tidak manis dia berjumpa lelaki lain berdua. Tambahan pula dia bakal bernikah dalam masa terdekat.

"Atau you fikir macam mana? Bila you free nak jumpa I. Atau you boleh tak singgah dekat rumah sewa I bila you free. Tapi make sure masa siang. Kita berbual kejap dekat parking. Kejap je", tanya Alisa.

Termenung Firdaus mendengar permintaan Alisa. Entah kenapa hatinya terasa tidak enak. Seolah itu bukan cadangan yang baik. Tapi nak dibuat macam mana lagi. Berjumpa waktu malam berdua saja dengan Alisa yang berstatus tunangan orang teramat mustahil. Dia masih tahu batasnya.

"Esok I try singgah dekat rumah sewa you. Tapi petang sikit. Kebetulan I ada kerja area KL", balas Firdaus akhirnya.

"Boleh ke? I kacau masa kerja you?", tanya Alisa dengan rasa serba salah. Dia sedar, dia menyusahkan Firdaus. Tapi dia tidak ada pilihan lain.

"It's okay Lis...kerja I kena settle waktu pagi. Kalau lambat mungkin sampai lunch hour je", terang Firdaus cuba menghilangkan rasa bersalah Alisa.

"Esok masa on the way, I call bagitahu you", sambung Firdaus tanpa memberi ruang kepada Alisa untuk mencelah.

****************

Alisa bergegas bersiap sebaik menerima panggilan dari Firdaus. Dia mencapai cardigan dan skirt di dalam almari. Selendang di kepala dililit ala kadar asal menutup aurat dan tidak kelihatan berserabut.

Usai bersiap Alisa mencapai telefon dan kunci rumah. Dia bergegas menuju ke lif. Geram dengan Firdaus. 'Sepesen betul perangai dengan Rizqi lepas dah sampai baru call bagitahu'. Memang macam lipas kudung la dia nak bersiap, rungut Alisa.

Saat melangkah ke parking dia melihat Firdaus santai menunggu sambil menyandar tubuh ke kereta, dengan handphone masih di tangan. Mungkin masih ada kerja yang belum selesai. Rasa bersalah semakin menular di hati Alisa. Hilang terus rasa marah dan geram.

"Lama ke tunggu Fird?" tanya Alisa antara serba salah dan menyindir.

Sindiran gadis itu disambut dengan ketawa. Dia tahu Alisa sedang marah. Salah sendiri juga kerana tidak beritahu lebih awal sebelum sampai.

"I okay je. Lagipun angin petang ni sesuai untuk beriadah", selamba Firdaus menjawab.

"You kan, sama je perangai dengan tunang I", marah Alisa. Mempamerkan wajah tidak puas hati.

"Lis, something happen? You macam desperate sangat nak jumpa I", terus Firdaus bertanya. Serius riaknya memandang tepat wajah Alisa.

Alisa tidak terus menjawab pertanyaan Firdaus. Dia mengambil seketika masa cuba menyusun kata. "Fird, I minta maaf kalau permintaan I buat you tak selesa atau lukakan hati you. Tapi...cuma you yang boleh tolong I. I minta maaf, but pleasee...help me this time", getaran pada suara Alisa dapat Firdaus dengar dengan jelas.

"Lis, what going on? Cuba you jelaskan baik-baik. Terang dekat I betul-betul. I don't get it", tanya Firdaus bertubi-tubi. Melihat keruhnya riak Alisa wajahnya juga berubah tegang. Isu ini berkait dengannya juga... Itu Firdaus pasti.

"Fird... can you try to find out, siapa yang pregnantkan Zulaika", sayup kedengaran suara Alisa. Jika tidak diperhatikan dengan teliti mungkin tidak dapat ditangkap dengan jelas permintaan gadis itu.

"Alisa!", meninggi suara Firdaus. Tidak disangka Alisa akan membuat permintaan sedemikian rupa.

"Lis, I dah minta you lupakan sebelum ni. Kenapa you still nak ungkit lagi", Firdaus mengendurkan suaranya melihat Alisa yang terus tunduk merenung tanah.

"I can't. I'm sorry, I really can't", Alisa sedar permintaannya keterlaluan. Walaupun perkahwinan Firdaus bukan atas dasar cinta, tapi Zulaika masih isterinya yang sah. Kejam untuk Firdaus, bila Alisa memintanya untuk mencari tahu lelaki yang membuntingkan Zulaika sebelum pernikahan mereka. Tapi dia juga tiada cara lain.

Firdaus menarik dalam-dalam nafasnya. Cuba meredakan kemarahan dalam hati. "Why? Be honest with me. Kalau you perlukan pertolongan I you kena jujur dengan I", datar suara Firdaus kali ini.

"Fird, I really need to know, pleasee..", rayu Alisa sambil memandang tepat mata Firdaus.

"And I ask you...Why?", serius wajah Firdaus menentang mata Alisa.

Alisa melepaskan keluhan dengan nafas yang tertahan-tahan. "You tahu siapa bekas kekasih Zulaika...You pernah tanya pasal ex-boyfriend dia".

Firdaus menatap wajah Alisa dalam-dalam. Cuba mencerna maksud tersirat di sebalik pertanyaan gadis itu. "I don't know. She never talk about him. Why.. apa kaitan dengan you?", dengan rasa keliru, Firdaus bertanya.

"Bekas kekasih Zulaika tu...tunang I", bergetar bibir Alisa mengungkapkan kenyataan itu. Walaupun cuma ditenangkan diri sebaik mungkin, tapi gagal juga.

Firdaus menatap tidak percaya wajah Alisa. Dia terkedu.

"Lis, what are going to say?", dalam suara Firdaus menyoal Alisa.

"Nothing. I just nak tahu siapa lelaki tu", pantas Alisa memotong pertanyaan Firdaus.

"Fird, I akan nikah kurang dari dua minggu lagi. I cuma nak settlekan perasaan I. I nak melangkah ke fasa baru dalam hidup I dengan yakin. Itu saja", lirih kedengaran suara Alisa meluahkan rasa hatinya.

"You ragu-ragu dengan tunang you?", tebak Firdaus.

Alisa mengangkat kepala memandang Firdaus yang berada di hadapannya. "Tak...macam mana I percaya dengan you bila you bagitahu I, anak yang Zulaika lahirkan bukan anak you, lebih dalam lagi kepercayaan yang I letak pada Rizqi, tunang I".

"You sure, you percaya dengan tunang you? Kalau betul, untuk apa you nak cari tahu kebenarannya", tanya Firdaus tidak berlapik.

"Kalau I tak yakin dengan Rizqi, I tak kan teruskan pernikahan kami. Tapi tak pernah terlintas dalam fikiran I nak batalkan majlis ni. Sebab I percaya dengan dia". Walaupun perlahan namun tegas suara Alisa menyatakan pendiriannya.

"Fird, I tak nak tipu you. Yes, bila I tahu siapa wife you dunia I terasa hancur, I takut. I just keep crying. Feel like my body and heart is shutting down. Tapi bila I dah tenangkan diri, I regain my confidence, my strenght then I realise I know him, Fird. I know him for a long time. He told me he never hold her hand. And I choose to believe him", luah Alisa.

"Then why Alisa. Why you want to find out the truth", tekan Firdaus.

"Sebab I tak nak perkara ni jadi duri dalam rumah tangga I. Kalau I pendam dan simpan dalam hati, I takut satu hari dia akan jadi racun yang menular perlahan-lahan. Jadi biar I hapuskan semua rasa ragu-ragu I", rintih Alisa perlahan.

"I tak boleh janji dengan you. I pernah bagitahu you dulu , dah berkali-kali I tanya tapi Zulaika kunci rapat mulut dia perihal jantan tu", balas Firdaus berang. Namun terlukis riak kecewa di wajahnya.

Tanpa Alisa dan Firdaus sedar, perbualan mereka diperhatikan dari jauh oleh sepasang mata. Wajahnya berkerut seolah memikirkan sesuatu.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience