BAB 11

Romance Completed 157983

Sarah merebahkan tubuh di atas katil. Mukanya didekapkan ke bantal. Dia menjerit sekuat hati cuba meluapkan rasa marah.

"Kau memang bodoh Daniel. Aku dah lama tunggu kau putus dengan Jiha. Tapi kau suka dengan Lis pula. Kenapa kau tak sukakan aku", luah Sarah sambil menangis.

Sarah benci dengan Daniel, dia juga marah dengan Alisa. Perasaannya seolah ditikam dari belakang oleh orang yang kita sayang. Sakit yang teramat.

Melihat handphone di tangan, tertera pesanan whatapps dari Alisa dan Ain. Dia hanya mengabaikan saja. Tiada mood untuk berbalas massage dengan kedua gadis itu. Rasa marah dan kecewanya dengan Alisa belum hilang.

Sarah sedar dia tak sepatutnya marahkan Alisa. Tapi Alisa tidak pernah menunjukkan minat terhadap Daniel. Memikirkan mereka berdua menjalinkan hubungan, Sarah tidak boleh menerima kenyataan.

**********

Alisa menatap handphone di tangan. Panggilannya tidak berjawab. Dia tak tahu kenapa Sarah bertingkah seperti itu. Mungkin terlalu marah, kerana menganggap dia sengaja merahsiakan hubungan dengan Daniel.

Gadis itu merasakan Alisa tidak berlaku jujur dengan persahabatan mereka. Jujur Alisa tergamam. Dia tidak pernah melihat Sarah semarah itu.

'Esok aku kena pujuk Sarah', fikir Alisa. Dia tak mahu Sarah terus berdiam. Mereka sudah lama bersahabat. Tidak mahu Sarah berterusan marah dengannya.

**********

Alisa berlari perlahan menuju ke kelas. Hari ini dia sengaja datang ke sekolah lebih awal. Ingin bertemu dengan Sarah sebelum kelas dimulakan. Di barisan belakang, ditepi tingkap sebelah kiri kelihatan Sarah sedang mencoretkan sesuatu di kertas.

"Pagi...Sarah", Alisa menyapa Sarah seperti kebiasaannya.

Gadis itu hanya mendongak sedikit kepala, menatap Alisa tanpa menyapa. Dia menunduk kembali memandang kertas di meja. Meneruskan apa yang dilakukan sebentar tadi.

Melihat Sarah tidak mengendahkannya, Alisa tarik kerusi kosong di samping gadis itu, dan melabuhkan punggung. Memusingkan tubuhnya menghadap Sarah.

"Sarah kau marahkan aku ke?". Namun pertanyaan Alisa dibiarkan sepi.

"Sarah aku minta maaf kalau kau ada terasa.Tapi kau janganlah tak nak cakap dengan aku", sambung Alisa.
Sarah hanya meneruskan kerjanya, menganggap sepi pertanyaan Alisa. Dia tidak membalas bahkan langsung tidak menoleh.

Melihat Sarah yang tidak mahu langsung membuka mulut, Alisa menarik perlahan lengan Sarah. Tapi gadis itu dengan keras menepis tangan Alisa.

"Kau tak faham ke aku tak nak cakap dengan kau. Jadi, jangan kacau aku. Benda simple pun kau nak rumitkan", melangit tinggi suara Sarah kedengaran membentak Alisa.

Tangan yang ditepis tadi masih terpaku di udara. Alisa yang mendengar amarah Sarah hanya tergamam. Sepanjang mereka bersahabat tidak pernah Sarah membentaknya seperti itu.

Air mata Alisa mula bertakung. Matanya berkaca menahan sebak yang datang tiba-tiba.

"Sarah kau kenapa ni. Kenapa kau marah sangat dengan aku. Kau marah sebab aku tak tak terus terang dengan kau ke? Atau kau marah sebab aku tak bagitahu kau apa-apa", Alisa bertanya dengan suara yang bergetar menahan sebak.

"Baguslah kau sedar diri. Jadi sahabat ni tak boleh munafik. Berlagak tak bersalah. Bukan sebelum ni kau kata Dani bukan taste kau. Dia suka loyar buruk. Kau anggap dia sahabat sejati je", keras sindiran Sarah.

"Now what? Kau nak jilat ludah kau sendiri. Atau kau dah ludah kelangit terkena muka sendiri", Sarah menyambung sambil memandang sinis muka Alisa.

Medengar kata-kata Sarah, air mata yang ditahan sedari tadi menitik juga ke pipi. Dia tak tahu kenapa Sarah marahkan dia sebegitu sekali.

"Sarah aku dengan Dani memang tak ada apa-apa. Kalau kau marahkan aku sebab tak beterus-terang atau fikir aku bohong dengan kau, aku minta maaf. Tapi aku dengan Dani memang tak ada apa-apa", lirih suara Alisa kedengaran.

"Then, kau nak bagitahu apa? Korang buat benda tak senonoh dekat situ", Sarah membalas dengan lantang.

"Sarah!!!", kedengaran nama Sarah dilaungkan dengan keras dari muka pintu.

Kelihatan kelibat Rizqi dan Ilham di sana. Wajah Rizqi merah padam menahan marah. Ilham kelihatan kesal dengan pertuturan Sarah.

"You going to far Sarah", sambung Rizqi sambil mengetap bibirnya menahan diri dari menjerkah Sarah.

"Where I'm going to far? Betul la apa aku kata. Dani dengan Jiha putus mungkin sebab dia. Mana kita tahu". Sarah membalas tidak mahu kalah.

"Dasar perampas. Perempuan jalang", kutuk Sarah masih tidak puas hati.

"Sarah Adelia, SHUT YOUR MOUTH!", jerkah Rizqi.

Sarah tergamam mendengar suara Rizqi yang sudah melengking naik. Ilham memegang lembut bahu Rizqi cuba menyabarkan sahabatnya yang satu itu.

Alisa hanya mendiamkan diri. Fikirannya kosong. Tidak sangka ucapan itu terkeluar dari bibir Sarah.

"Bawa bersabar Riz, nanti ada pelajar lain pula yang dengar. Dah ramai orang ni", pujuk Ilham tidak mahu pertengkaran ini diketahui murid lain.

Rizqi menarik dalam nafasnya kemudian dihembus kasar. Cuba merasionalkan kembali fikiran yang mula hilang pertimbangan tadi.

Alisa terus meluru keluar dari kelas tanpa berkata apa-apa. Hatinya tergores dengan kata-kata Sarah. Tidak sanggup rasanya hendak memandang wajah gadis itu, selepas semua kata hinaan yang dilontarkan.

Rizqi terus keluar mengikut langkah Alisa. Dia tidak memanggil atau cuba menyaingi langkah gadis itu. Hanya menemani dan memerhati dari belakang. Dia tahu Alisa pasti terluka dengan kata-kata Sarah. Hatinya juga masih membara mengingat kejadian tadi.

Melihat Alisa memberhentikan langkah, Rizqi berjalan mendekati. Menatap wajah itu yang basah dengan air mata, hatinya terasa disiat-siat, sakit sangat.

"Lis, just let it go first. Why not kau bagi masa dan ruang untuk kau dan Sarah dulu. Kalau dipaksa mangkin buruk keadaan", pujuk Rizqi. Tapi, Alisa hanya membatukan diri.

"Lis, are you okey?", tanya Rizqi.

"I'm not...should I be okey after what happen?", Alisa bertanya hambar.

"I'm sorry". Ucap Rizqi perlahan. Dia tak tahu macam mana untuk memujuk gadis, yang sudah terlanjur terluka itu.

"Aku dengan Dani tak ada apa-apa pun. Korang yang tak nak percaya. Kenapa nak marah-marah. Dekat mana silapnya. Kenapa dah macam benci sangat dengan aku", lirih kedengaran suara Alisa.

"Apa salah aku sebenarnya ni?", tanya Alisa dengan air mata yang masih setia menemani pipinya.

"Lis....kau tak salah apa pun", perlahan saja kedengaran suara Rizqi.

Rizqi mendekati Alisa, mengusap perlahan kepala gadis itu. Berharap agar tangisannya beransur pergi.

************

"You are too much Sarah", keras suara Ilham kedengaran.

"Aku tak sangka kau boleh cakap macam tu dekat Lis. She's your best friends. That how you treat her? Terrible". Sambung Ilham berlalu meninggalkan Sarah

Ilham tidak mahu menghadap Sarah terlalu lama. Takut imannya tidak kuat, dia pula yang menjerkah gadis itu. Dia juga masih terlalu marah dengan kata-kata dilontarkan Sarah sebentar tadi.


**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience