BAB 53

Romance Completed 157983

"Senyum sikit Lis, nak ambik gambar tunang bukan gambar passport", ledak Haiqal yang merupakan sepupu Alisa. Merah padam wajah Alisa diusik. 'Kurang asam betul Si Haiqal ni. Siap la, nanti dia bertunang aku balas kaw-kaw', gerutu Alisa dalam hati.

"Riz duduk dekat sikit, jauh-jauh nak pergi mana. Sikit lagi nak jatuh kerusi", kali ini giliran Rizqi dibahan. Namun Rizqi hanya mengukir senyum sambil mendekatkan sedikit duduk antara mereka, namun masih berjarak.

"Isshh, korang jangan la usik, Lis tu. Tadi acara sarung cincin menggeletar nak hulur tangan. Belum lagi acara batal air sembahyang lepas akad nikah. Kau jangan pangsan sudah Lis", usikan Haliza disambut gelak tawa tetamu di situ. Merah muka Alisa menahan malu. Tak jaga air muka dia langsung.

Rizqi menoleh memandang Alisa di sebelah. Dia mengaris senyuman di bibir melihat wajah gadis itu menahan malu. Tapi tidak ikut bergabung ketawa bersama mereka yang lain. Risau merajuk pula Alisa.

Selesai bergambar Alisa mendekati Rizqi, "Dani dengan Am ada datang?", langsung tidak nampak batang hidung kedua sahabatnya itu.

"Ada dekat luar, tengah borak-borak. Syafiq pun ada", jawab Rizqi.

Mendapat jawapan dari Rizqi, Alisa mengajak Ain keluar untuk berjumpa dengan mereka bertiga. Rasa tak sedap hati, langsung tidak bersua muka dengan sahabatnya pada hari penting ini. Sudahlah mereka sudi menghadirkan diri dari jauh.

"Nampak pun bakal pengantin perempuan. Berjanggut aku menunggu hendak menatap sekilas wajahmu", Daniel membuat loyar buruk semasa Alisa, Rizqi dan Ain mengampiri. Siap dibuat bunyi kompang mengiringi langkah. Daniel kalau tak loyar buruk memang tak sah. Rasa tak lengkap hari dia kut.

Usikan Daniel dibalas dengan jelingan dari Alisa. "Jangan jeling-jeling Lis. Nanti jatuh hati, kesian dekat Riz nanti", kali ini laju tangan Ilham menampar tubuh Daniel tanda amaran.

"Aku lebih kesian dekat kau. Tak pasal-pasal bertelur dahi, lebam biji mata. Aku tolong tengok je", Syafik ketawa lepas mendengar kata-kata Ilham.

Malas mahu melayan perangai tiga suku Daniel, Alisa menukar tajuk. "Korang dah makan ke belum?", tanya Alisa. "Kalau belum jom aku temankan".

"Dah makan tadi dekat luar. Join makan sekali dengan sepupu Riz", balas Syafiq. Malas mahu membiarkan Alisa menghabiskan masa temankan mereka makan.

Yang penting Daniel mengajak mereka semua bergambar sebagi kenangan. "Am, Fik sekarang kita jela yang tak laku lagi. Tak ada siapa yang sudi", lirih kedengaran suara Daniel.

"Girlfriend kau sebelum ni kau buang mana?", Ain menempelak kenyataan Daniel.

"Tak sama. Girlfriend mana sama dengan tunang", selamba Daniel membalas.

"Dah tu, kau tunggu apa lagi. Ajak la girlfriend kau tu bertunang" mudah Ain membalas. Seolah pilih sayur di pasar dia buat majlis tunang ni.

"Lama aku kena tunggu. Tak jumpa lagi dengan calon yang sesuai", selamba Daniel membalas.

"Calon sebelum ni pergi mana?", Ain sudah mula kepoh. Mood mak cik bawangnya dah datang. Tunggu tak disingsing lengan baju nak mula kupas bawang saja.

"Dah putus" jawab Daniel ringkas.

"Putus? Aik..sebelum ni masa dekat Penang aku tengok okay je. Macam belangkas duk melekat berdua", Ain mengerutkan dahi.

"Itu masa dekat Penang. Lepas balik kau tak tahu apa jadi", malas wajah Daniel membalas.

"Kalau kau tak bagitahu, macam mana aku nak tahu apa yang jadi", desak Ain.

"Ain", Alisa memegang tangan Ain, isyarat supaya berhenti menyoal. Walaupun bersahabat mereka tak boleh main terjah saja ruang privacy satu sama lain. Sedar kesilapannya Ain terus membisukan diri. Perbualan mereka diteruskan tanpa mengungkit kisah putus cinta Daniel.

Melihat hari sudah lewat petang, keluarga Rizqi meminta diri untuk pulang. Rizqi juga menyusul balik kerana tidak elok berlamaan di rumah Alisa walaupun mereka sudah bergelar tunangan.

Tidak banyak Alisa dan Rizqi sempat bualkan, kerana kekangan masa, dan tempat yang tidak sesuai. Sebelum pulang Rizqi sempat meminta izin Encik Shahrul untuk mengajak Alisa pulang bersama keesokan harinya.

*************

"Hati-hati memandu Riz", pesan Encik Shahrul sewaktu menghantar pemergian Alisa dan Rizqi. Rizqi mengangguk kepala perlahan dan tersenyum kepada Encik Shahrul sebelum memandu pergi.

"Kereta kau macam mana, Riz?", tanya Alisa. Memandangkan mereka pulang menaiki keretanya terbit rasa ingin tahu. Kelmarin tidak berkesempatan untuk bertanya.

Alisa menoleh menatap Rizqi yang mendiamkan diri. Fokusnya hanya tertumpu pada pemanduan saja. 'Tahulah fokus penting masa memandu, tapi tak kan sampai tak boleh cakap langsung', marah Alisa dalam hati.

Melihat Rizqi tidak berniat menjawab pertanyaannya Alisa kembali memusatkan pandangan pada handphone di tangan.

"Lis", kedengaran suara Rizqi memecah keheningan antara mereka. "Kau dah lupa homework aku bagi last time kita jumpa?", Rizqi mengutarakan pertanyaan pada Alisa.

Pucat wajah Alisa mengingatkan kembali permintaan Rizqi pada kali terakhir mereka bertemu. 'Macam mana aku boleh lupa pula?', jerit Alisa dalam hatinya.

"Tak...Aku still ingat", tergagap Alisa menjawab.

"Jadi dah ada jawapan?" selamba Rizqi bertanya.

"Kita bahasakan nama masing-masing boleh tak?", balas Alisa menoleh sekilas ke arah Rizqi.

Melihat Rizqi hanya diam berfikir, Alisa menyambung, "Kalau saya dan awak pun okay juga. Aku ikut kau je Riz", Alisa akhirnya memberi jawapan selamat.

"Betul..nak ikut aku je?", tanya Rizqi sambil tersenyum penuh makna.
Meremang tubuhnya Alisa rasakan. Melihat senyuman Rizqi hatinya bergedik ngeri. Tahu Rizqi pasti akan kenakan dia.

"Kenapa? Kau nak aku panggil apa?", tanya Alisa. Tidak terus bersetuju dengan cadangan Rizqi. Takut lelaki itu sengaja kenakan dia.

"Lepas kita kahwin, you nak panggil I apa", Rizqi membalikkan kembali soalan.

Semudah itu Rizqi mengubah panggilan mereka. Sebenarnya 'I' dan 'you' digunakan ramai orang termasuk someone yang bukan istimewa untuk kita. Cuma bagi Alisa agak janggal kerana sudah terbiasa membahasakan aku dan kau sepanjang mereka berkawan. Lebih dari sepuluh tahun panggilan itu sudah melekat. Tapi dia memahami permintaan Rizqi yang mahu mereka mengubah cara panggilan. Cepat atau lambat perlu dilakukan juga.

"Hmmm...Abang", teragak-agak Alisa menjawab. Dia segan sebenarnya. Tidak semudah difikirkan untuk mengubah kebiasaan mereka dalam tempoh yang singkat. Tapi Alisa tetap berusaha seperti mana Rizqi juga menunjukkan usahanya.

"Selain tu, ada pilihan lain lagi?", Rizqi menoleh sekilas pada Alisa.

"No. Tak ada", jawapan Alisa mengundang ketawa Rizqi.

"Why not hubby" sengaja Rizqi mahu mengusik.

"Tak nak bunyi dia lain macam", selamba Alisa membalas.

Kali ini Rizqi ketawa tidak cover lagi. "Apa yang lain macam. I rasa nice saja". Tapi Alisa tetap teguh dengan pendiriannya.

Rizqi tidak mempermasalahkan panggilan yang Alisa akan guna selepas kahwin. Dia tidak memaksa gadis itu menggunakan panggilan yang berlebihan selagi bersesuaian dan menghormati kedudukan dia sebagai suami.

"Why not, you practise dari sekarang", saran Rizqi.

"Nanti orang kata mengada, tak kahwin lagi dah berabang", sindir Alisa.

"It's okey. Panggil masa berdua dengan I je. Tak ada siapa dengar", balas Rizqi tidak mahu kalah.

Alisa mengeluh perlahan. "Biar I cuba slow-slow. Kekok lagi sekarang ni", akhirnya Alisa berterus-terang. Melihat Rizqi mendiamkan diri Alisa merasa serba salah. Dia sedar kalau sebelah pihak saja berusaha tak kan jalan juga.

"Riz..", panggil Alisa.

"Ya, sayang", sambut Rizqi.

Terkulat-kulat Alisa mendengar panggilan sayang dari Rizqi. Orang lelaki ni memang salah satu kelebihan dia pandai mengayat. Sebab tu mulut cepat saja boleh berubah panggilan. Kita nak lepas step pertama saja dah semput, rungut Alisa.

"Kenapa?", tanya Rizqi melihat Alisa mendiamkan diri. Dicapai tangan Alisa dan diulus perlahan. Alisa hanya mengeleng kepalanya.

"Kalau tak ready lagi, you boleh slow-slow. Tak payah rushing. Jangan tekan diri you sendiri", pujuk Rizqi.

"I tahu. Riz, you marah dengan I?", tanya Alisa.

Rizqi mengjongketkan sedikit keningnya, "Tak adalah. Kenapa you fikir macam tu pula. Normal la, you perlukan masa nak ubah. I boleh tunggu".

************

Sampai saja di perkarangan aparment Alisa mereka berdua berjalan menuju ke kereta Rizqi yang digunakan Alisa sebelum ini. Untung kereta itu bukan dipulangkan Alisa. Tidak perlu Rizqi meminta Ilham mengambilnya.

Melihat hari yang masih awal mereka duduk berbual seketika di dalam kereta. Kebanyakkan berkisar urusan perkahwinan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutamanya khusus nikah

Pandangan Rizqi tiba-tiba terarah kepada tangan Alisa yang masih berada dalam genggamannya. Dia mengusap perlahan jari gadis itu masih merah berinai. Cantik, warna merah terang sangat sesuai dengan Alisa yang berkulit putih. Menaikan lagi serinya.

"Masa akad nikah nanti, you just pakai inai tak payah lukis", Rizqi mengubah topik perbualan.

"Ha..", blur wajah Alisa.

"Masa nikah nanti tak payah lukis inai. I rasa macam ni dah cantik. I lebih suka kalau tak sarat sangat. Manis je nampak", Rizqi mengutarakan permintaannya.

Alisa hanya mengangguk mengiyakan. Tidak bermasalah baginya. Lagi mudah kerja tak payah nak lukis bagai. Memang la trend, tapi tak pasti sama ada papanya benarkan atau tidak. Senang kerja bila Rizqi juga tidak benarkan.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience