BAB 26

Romance Completed 157983

Sejak semalam Alisa sibuk mengemas dan menata hias bilik yang di sewa. Bilik yang dihuninya terbilang agak besar. Sewanya boleh tahan mahal kerana apartment yang diduduki itu agak mewah. Untuk keselesaan diri Alisa pejamkan mata.

'Jangan sampai kena ikat perut hujung bulan sudah. Nak sewa rumah flat takut sebab tak biasa dekat sini. Sorang-sorang pula. Kalau ada Ain boleh juga buat peneman dan penguat semangat' Alisa bermonolong sendiri sambil mengantung baju di hanger.

Deringan handphone di atas katil mengganggu fokus Alisa. Dicapai handphone dan matanya menatap nama pemanggil yang tertera di skrin.

"Assalamualaikum Dani" Alisa menghulur salam.

"Waalaikumsalam. Aku ingat kau dah lupa nama aku atau dah hilang ingatan", Daniel menyindir sebaik menjawab salam.

Alisa ketawa kecil menyambut sindiran Daniel. Sedar dirinya yang bersalah.

"Kau macam mana Dani, sihat?", tanya Alisa berbasi.

"Aku ingat kau tak kisah aku sihat ke sakit. Hidup ke mati", Daniel masih terus menyindir.

Tahulah Alisa Daniel betul-betul marah dengan dirinya. "Dani I'm sorry. Aku plan nak bagitahu kau lepas aku dah settle semua dekat sini. Kau janganlah marah, kita dah lama tak jumpa", perlahan Alisa menghulur kata maaf.

"Tahu pun kau kita lama tak jumpa. Lepas tu kau balik langsung tak khabar. Kalau bukan Ain yang bagitahu sampai ke sudah aku tak tahu", Daniel menyambung rungutan. "Kau dekat mana?", tanya Daniel.

"Dekat rumah sewa aku. Tengah mengemas", jawab Alisa.

"Send location kau. Bersiap nanti aku ambil", arah Daniel.

"Dani..", belum sempat Alisa menghabiskan ucapan Daniel memotong.

"No, Dani..Dani.., cepat bersiap lagi tiga puluh minit aku sampai. Jangan lupa send location", pesan Daniel sebelum memutuskan perbualan.

Alisa masih termangu-mangu merenung handphone di tangan. 'Marah betul Daniel ni, dia putuskan call macam tu je. Ain, Ain kau ni tak boleh simpan rahsia betul'. Keluh Alisa seraya bangkit dari duduknya bersiap untuk keluar.

***********

"Dani kau marah lagi ke dengan aku?", Alisa melihat Daniel hanya membisu sambil memandu.

"Patut ke aku marah? Aku pernah pesan lepas kau balik bagitahu. Aku boleh jemput dekat airport. Tapi kau....", Daniel hanya menghembus nafas tidak menyambung kata.

Alisa mendiamkan diri. Sedar diri yang salah. Tidak tahu apa alasan yang patut diberikan.

Melihat gadis di sisinya membisukan diri Daniel menoleh sekilas. "Kenapa tak balas balik cakap aku", tanya Daniel.

"Nak balas apa. Dah terang-terang aku yang salah", perlahan kedengaran suara Alisa.

"Aku bukan nak salahkan kau, aku cuma terkilan", luah Daniel.

"I'm sorry", ujar Alisa
Melihat wajah Alisa yang keruh Daniel malas memanjangkan isu. Dia mengubah tajuk perbualan. "Bila kau start kerja".

"Next week. Saja aku datang awal dekat sini nak tengok rumah sewa. Nak kenal-kenal jalan", balas Alisa.
"Tempat kerja kau dekat mana, jom aku bawa kenal jalan", ajak Daniel.

"Kau pusing-pusing KL pun dah okey", jawab Alisa.

"Kau ingat KL kecil", ketawa Daniel mendengar jawapan Alisa.

"Aku kan dah lama tak jejak Malaysia. Rasanya hampir sepuluh tahun aku tak datang ke KL. Kau bawa la aku pusing-pusing", minta Alisa dengan wajah yang sengaja disedihkan.

"Kau kerja tak esok", tanya Alisa. Risau pula jadikan Daniel sebagai pemandu pelancong kalau esok pemuda itu bekerja. Kesian penat.

"Esok weekend, aku cuti. Kau nak pergi makan atau kau nak ronda-ronda je", tanya Daniel.

"Kalau pergi makan kau yang kena belanja. Aku tak kerja lagi, gaji pun tak ada", Alisa ketawa menjawab pertanyaan Daniel. Sengaja mahu mengusik.

Daniel menjeling Alisa di sampingnya. "Bila masa pula aku nak minta kau belanja. Tahulah aku, kau kan tak kerja lagi mana ada duit. Ini pun parents kau yang tanggung lagi", pedas Daniel membalas. Namun Alisa hanya ketawa.

Daniel memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran. Mereka melangkah masuk bersama-sama. Ruangannya agak luas dan selesa. Mereka mengambil duduk di meja yang paling hujung, inginkan lebih privacy.

Selesai memesan makanan Daniel membuka bicara bertanya. "Riz dengan Am tak tahu kau dah balik?"

"Tak tahu lagi, kau orang kedua yang tahu", perlahan suara Alisa menusuk gegendang Daniel.

"Ya, aku orang kedua tahu tapi bukan kau yang bagitahu", Daniel menjulingkan matanya.

"Semua dah ada dekat sini rasa nak buat reunion pula", Daniel memberi cadangan.

Melihat Alisa yang sedikit menundukkan wajahnya Daniel tidak menyambung kata-katanya. Dia memandang gadis itu lama tanpa bersuara.

"Lis, kau still tak dapat lupakan Riz?", setelah lama berdiam Daniel bertanya juga.

Alisa mengangkat wajahnya memandang Daniel. "I never lost my memory, how can I forget", balas Alisa sambil tersenyum cuba menutup kegusaran hatinya.

"Kau faham maksud aku Lis. Lepas lapan tahun perasaan kau dekat Riz masih sama? Sebab tu kau tak bagitahu kitaorang kau dah balik. Kau cuba mengelak dari dia?", serius nada Daniel bertanya.

Alisa hanya membatukan diri. Ini sebab dia tidak mahu berjumpa dengan Daniel. Dia tidak mahu berdebat soal ini. Alisa menarik dalam nafasnya dan menghembus panjang.

"Macam mana dengan Riz sekarang", Alisa akhirnya bertanya juga soalan yang paling dielaknya.

"Ohh, kau nak tahu jugak pasal Riz? Aku ingat kau dah tak nak ambil tahu pasal dia", sindir Daniel.

"Dia masih sahabat aku, dan aku sentiasa doakan kebahagiaan dia", balas Alisa menatap terus mata Daniel.

"Kalau betul kau anggap dia sahabat, kau patut dah tahu apa yang jadi dua tahun lepas. But what? Kau tak tahu apa pun. Kau tak nak ambil tahu. Kau cuba jauhkan diri dari kitaorang", tuduh Daniel.

Alisa kebingungan dengan tuduhan Daniel. "Dani aku tak faham. Apa maksud kau?", Alisa bertanya dengan wajah keliru.

Daniel tidak membalas. Dia hanya mengusap berkali-kali rambutnya ke belakang. Dia sedar tidak patut dia membuat tuduhan kepada Alisa seperti itu. Namun sikap Alisa yang seolah cuba membuang mereka dari hidupnya membuat Daniel agak beremosi.

Melihat wajah Daniel yang keruh, Alisa membuka mulut menghulur maaf. Sebab benar semua tuduhan Daniel. Ya, dia cuba menjauhkan diri dari mereka.

"I'm sorry, if I hurt your feeling.Tapi aku tak pernah cuba buang korang dari hidup aku. I just need time, that all", jelas Alisa dengan suara yang agak serak menahan rasa bersalah.

Harini saja sudah berkali-kali Alisa utarakan kata maaf. Bukan niatnya ingin membuat Alisa rasa bersalah. Dia hanya ingin luahkan rasa yang dipendam.

Perbualan mereka terhenti seketika, apabila pesanan tiba. Mereka masing-masing membisukan diri.

"Lis kau tahu Riz dengan Zulaika dah putus dua tahun lepas", beritahu Daniel terus-terang.

Membutang mata Alisa mendengar berita yang dikhabarkan Daniel. Dia sungguh terkejut.

"Apa yang berlaku? Aku kenal Rizqi. Dia serius dengan hubungan ni. Dia ada bagitahu aku nak halalkan Zulaika lepas pulang ke Malaysia", tanya Alisa masih terkejut dengan rasa tidak percaya.

"Sebab tu aku jauhkan diri. Tak nak jadi penganggu dalam rumahtangga diaorang", sambung Alisa.

"Sebab kau jauhkan diri dari kitaorang, susah nak bagitahu kau apa yang jadi", balas Daniel.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience