BAB 46

Romance Completed 157983

Alisa menarik Daniel menjauh dari kerumunan orang ramai. Setelah agak jauh dia menoleh memandang Daniel tajam.

"What are you trying to do Dani?" geram, Alisa bertanya.

"Saving you", selamba Daniel membalas.

"Ada cara lain kan? Kau nak kantoikan aku ke?", marah Alisa.

Daniel merenung Alisa lama. 'tapi aku dah lama kantoikan kau', rungut Daniel dalam hati. Dia menghela nafasnya.

"Mungkin lagi senang kalau dah kontoi. Tunggu kau yang luahkan, tak tahu la bila. Sampai kucing bertanduk?", sindir Daniel.

"Aku tak plan nak luahkan pun. Biar je la macam tu", lemah suara Alisa.

"Habis tu? Nak jadi anak dara tua", Daniel menjulingkan mata.

"Aku malas nak fikir bab jodoh ni. Susah sangat aku terima je sesiapa yang masuk meminang. Papa aku pun dah sibuk nak cari calon", malas kendengaran suara Alisa menjawab.

"What? Serius la papa kau dah cari calon untuk kau", meninggi suara Daniel kerana terkejut.

"Ishhh, slow la sikit cakap tu. Bukan dah ada calon! Papa aku asyik nak adjust aku dengan anak kawan dia. Sebab aku tak ada teman special sampai sekarang", pening Alisa melayan soalan berkaitan isu kahwin dengan papa dan ibunya.

Semakin menjadi-jadi lepas kedua orang tuanya tahu kepulangan kali ini bagi menghadiri majlis pertunangan Ain. Alisa memijit dahi perlahan. Dia baru berumur dua puluh enam almost twenty seven. Tidaklah terlalu tua, tapi ibu dan papanya cemas seolah dia dah hampir menopause.

"Kau jangan main serkap jarang je. Baik pilih yang kau dah kenal. Dapat perangai yang tak senonoh nanti, kau juga yang merana", nasihat Daniel. 'Habisla kau Riz, dah ada yang nak potong line. Padanlah siapa suruh lembab sangat', celetuk Daniel dalam hati.

"Sebab tak nak serkap jarang la, aku tak kahwin sampai sekarang, teman istimewa pun tak ada lagi", bidas Alisa.

"Aku pening la, harini dari pagi semua orang asal nampak muka aku tanya pasal kahwin. I bukannya dah tua sangat, sampai korang semua kena risau", Alisa menyambung bebelan. Di rumah pagi tadi sudah dihadapkan tazkirah isu kahwin oleh ibu dan bapanya. Dekat sini juga tak lepas-lepas isu itu dibangkitkan.

"Iyalah kau kan anak tunggal. Confirm parents kau ambik berat isu kahwin. Lagipun lumrah la, perempuan yang lebih di tekan bab ni.", bela Daniel.

"Jomlah, tak sempat aku jumpa Ain kau dah tarik aku dekat sini", rungut Daniel. Nasi sudah selamat masuk dalam perut tapi orang yang diraikan belum juga dia jumpa. Memang kurang adap dan akhlak.

Alisa dan Daniel berjalan mendekati Ain dan Syazwan yang rancak berborak bersama Ilham dan Rizqi.

"Nampak pun batang hidung. Hairan aku korang hilang ke mana", bebel Ain sebaik Alisa dan Daniel mendekati.

"Tak pergi mana pun. Just borak-borak dengan Lis. Mana tahu dia bagi aku kejutan pulak. Terperanjat aku", bersungguh Daniel bercerita, siap tangan diurutkan di dadanya. Dramatik betul Si Daniel ni. Malas melayan perangai tak semengah Daniel, Alisa hanya menjeling. Makin dilayan makin menjadi.

"Kenapa? Kejutan apa? Yang bertunang tu aku, kenapa kau yang dapat kejutan", kepoh Ain menyoal.

"Tak adalah, kau yang bertunang dulu, aku risau nanti Lis yang naik pelamin dulu", seloroh Daniel

Termanggu-manggu wajah Ain. Masih tidak dapat menangkap maksud tersirat Daniel. "What, kau dah ada calon ka Lis. Mana aci...... kau tak bagitahu aku pun", Ain sudah mula menghentak kaki. Habis keluar semua perangai tak senonoh dia.

"Bukan calon dia cari sendiri. Ayah dia punya calon", Daniel menayangkan wajah selamba selepas menjatuhkan bom di tengah-tengah mereka. Tidak rasa berdosa langsung menipu siang-siang hari. Tapi tidaklah semuanya menipu. Ada benarnya kata Daniel. Itu calon papa Alisa.

Berubah air muka Rizqi mendengar kata-kata Daniel. Tidak dapat ditutup keruh raut wajahnya.

"Serius ke Lis?", celah Ilham. Terkejut juga dia. Dia mengerling sekilas ke arah Rizqi yang sudah keruh wajahnya. Apa la nasib badan, bisik Ilham dalam hati.

Ain yang melompong mulut mendengar berita itu terus menggenggam lengan Alisa. "Kau biar betul Lis. Nak kahwin dengan pilihan keluarga, means someone yang kau langsung tak kenal. Aku tak kata salah, parents kau mesti nak yang terbaik untuk kau. Tapi...fikir masak-masak Lis, kau langsung tak kenal hati budi dia", baru membayangkan saja, Ain sudah ngeri.

Alisa terus menggeleng kepalanya. "Kau jangan percaya sangat cakap Dani ni. Bukan boleh pakai".

"Apa pula yang salah. Betul la papa kau dah cari calon dekat kau", Daniel tidak mahu mengaku salah.

"Yes, tapi bila masa aku cakap pasal kahwin tadi. Kau yang over.", sangkal Alisa.

"Kalau dah ada calon, memang hala tuju dia menjurus dekat pernikahan Cik Alisa", sindir Daniel.

"Dani, I'm not even say yes to my parents. Jumpa pun belum pernah lagi. Macam mana timbul isu nikah ni", Daniel ni betul-betul tak boleh pakai. Lain yang dia luahkan tadi, lain pula yang Dani sampaikan.

"Aku tak nak masuk campur urusan jodoh kau. Tapi kau fikir baik-baik Lis sebelum buat keputusan. Kalau kau setuju, ambil masa untuk kenal hati budi dia dulu. Kadang-kadang luar nampak baik, tapi hampeh". Serius Ain menasihati. Syazwan hanya diam membisu di sebelah Ain, tidak mahu masuk campur memandangkan dia baru mengenali Alisa.

Setelah berakhir sesi perbahasan tidak itu, mereka semua bergambar bersama-sama sebagai kenangan.

"Elok sangat dah tu Riz kau berdiri sebelah Lis. Baju korang sama warna", arah Daniel yang menjadi photographer tidak berbayar. Entah betul entah tidak, mungkin Daniel sengaja mahu mengenakan dia.

Serba salah jadinya Alisa berdekatan dengan Rizqi. Sebelum ini okay je. Tapi kebelakangan ini Rizqi agak berubah. Dia juga tidak banyak bercakap dengan Alisa sejak balik dari Penang haritu. Langsung tidak menghubungi bertanya khabar seperti sebelum ini.
Alisa berdiri di sebelah kanan Ain, dengan Riqzi di sampingnya. Daniel dan Ilham berdiri di sebelah kiri Syazwan. Sempat mereka meminta sepupu Syazwan menjadi photographer. Nasib baik sporting je budak tu melayan kerenah Daniel dan Ain yang sangat cerewet dalam bergambar. Lepas ni kena hulur sikit habuan, tanda terima kasih.

Dalam kesibukan bergambar, Alisa tiba-tiba mengeraskan diri. Dia menoleh sekilas memandang Rizqi di sisi. Lelaki itu hanya meluruskan pandangannya ke hadapan tanpa menoleh langsung ke arah Alisa.

Takut dan berdebar. Takut kantoi dengan Ain di sebelahnya. Dia mengiringan sedikit tubuh, cuba menyembunyikan rangkulan Rizqi pada pinggangnya. Nak meronta minta dilepaskan, dia malas nak berdrama. Malas nak berpura-pura, ini buka kali pertama Rizqi merangkul tubuhnya.

"Lis, jangan terus balik. Tunggu aku kejap. Kita balik sekali", sempat Rizqi berbisik di telinga setelah selesai bergambar.

Berdebar-debar Alisa. Pelik dengan sikap Rizqi. Sebelum ni seolah menyepikan diri. Sekarang mesra bukan main. Pelik dia dengan tingkah lelaki itu.

***********

Alisa dan Rizqi mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tiada siapa yang membuka mulut memulai perbualan. Entah sejak bila Alisa merasa kekok berada berdekatan Rizqi. Dia bingung dengan diri sendiri.

"Kita nak pergi mana-mana ke Riz?", tanya Alisa memecah kebisuan.

"Aku tak ada plan nak pergi mana-mana. Saja nak jalan dengan kau, dah lama tak jumpa. Rindu", soalan yang saja ditanya Alisa untuk menghilangkan keheningan antara mereka dijawab serius oleh Rizqi.

Terdiam Alisa mendengar kata rindu dari bibir Rizqi. Tidak pernah lelaki itu, ungkapkan kata rindu sepanjang perkenalan mereka.

'Rindu' itu kata yang sudah lama terpahat di hatinya sejak mencintai Rizqi. Dia terlebih dahulu merasai perasaan itu. Hatinya dilanda sebak tiba-tiba, mengingatkan bagaimana rindunya dia dengan kehadiran Rizqi di sisi, semasa mereka melanjutkan pelajaran. Bertahun-tahun dia terbiasa dengan lelaki itu menemani setiap langkahnya. Hilangnya sosok itu, membuatkan dia terkapai-kapai sendiri. Ketika itu Alisa sedar, betapa dia terlalu terbiasa dengan kehadiran Rizqi dalam hidupnya.

Merasa birai matanya memanas, Alisa memalingkan wajah membuang pandang ke luar tingkap. Dia mengkunci bibir, tidak bersuara. Risau yang keluar hanya tangisannya. Di sapu air mata yang mengalir perlahan di pipi.

Melihat Alisa kembali membisukan diri, Rizqi menoleh sekilas memandang. "Lis.." perlahan Rizqi memanggil. Namun tidak juga bersahut.

Rizqi terus memarkir kereta sebaik sampai di teman rekreasi, yang sering dikunjungi mereka semasa masih remaja. Tempat ini menyimpan banyak kenangan.

"Lis.. ", panggil Rizqi untuk kali kedua. Namun gadis itu masih setia memandang ke luar tingkap.

"Aku rasa hari nak hujan. Langit nampak gelap sangat. Lebih baik kita balik sebelum hujan lebat", Alisa membuka mulut mengajak pulang. Getar suaranya tidak dapat disembunyikan. Namun pandangannya masih dihala ke luar.

Teguh pendirian Alisa tidak mahu memandang wajah Rizqi, membuat lelaki itu tercabar. "Kalau kau nak terus tengok dekat luar tu, aku okey je. Bila kau dah puas tengok baru kita bincang. Aku tak kisah nak tunggu, sampai malam pun aku sanggup. Tapi jangan harap kita balik sebelum habis bincang", tajam sindiran Rizqi. Dia terus menyandarkan tubuh ke kerusi mencari posisi yang selesa.

Alisa menoleh memandang Rizqi di sampingnya. Melihat lelaki itu memejamkan mata seolah sedang tidur. Air matanya kembali menitis. Hatinya sakit, dia sedih.

"Lis..", Rizqi membuka matanya tiba-tiba.

Mendadak Alisa terus memalingkan wajah kembali ke luar tingkap. Terkejut kerana Rizqi membuka mata tiba-tiba.

Rizqi mencapai tangan Alisa, dan mengusap perlahan jarinya. Tidak lagi memaksa Alisa menatapnya. "Do you know why I never try to touch you when we just alone?", tanya Rizqi memulakan perbualan.

"I'm scared of losing control. It hard to control myself when we just alone", Rizqi menjawab sendiri pertanyaannya. Dia tidak mengharapkan jawapan Alisa.

Di bawa jari Alisa ke bibirnya, dia kucup perlahan jari runcing itu. Tindakannya berjaya membuat Alisa kembali menoleh memandang wajahnya.

"Lis, you do realize, right? I see you more than a friend", Rizqi menatap terus mata Alisa, berharap gadis itu dapat melihat keikhlasannya.

Alisa melarikan pandangan matanya dari Rizqi. Dia tidak mahu meletak harapan jika penghujungnya tiada kepastian. Takut yang terluka akhirnya diri sendiri.

"Lis, don't try to run", Rizqi memaut dagu Alisa. Memaksa gadis itu memandangnya. "Aku anggap kau lebih dari sahabat. Perasaan aku dekat kau attraction between a men and a women, not a friend. Dan aku tahu, kau juga sayangkan aku lebih dari sahabat. Kau cintakan aku, am I right Lis", Rizqi bertanya.

Dalam umur sebegini Rizqi tidak mahu bermain tarik tali. Bukan masanya. Sudah lepas fasa itu dalam hidupnya. Dia ingin memuktamadkan hubungannya dengan Alisa.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience