BAB 49

Romance Completed 157983

Usai menunaikan solat Isyak, Alisa duduk melunjur kaki sambil bersandar di katil. Dia sibuk berbalas whatapps dengan Ain. Hangat isu yang sedang mereka bahaskan. Tidak cukup berbalas whatapps, Ain menelefon. Mudah nak membawang

Tidak pernah terlintas di fikiran Alisa, Sarah sudah pun berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Disangkakan Sarah mendapat tawaran kerja di Johor. Sebaliknya, dia menetap di Selangor bersama suaminya.

Lebih mengejutkan perkahwinan Sarah dilakukan secara rahsia di Thailand. Di luar pengetahuan isteri pertama lelaki itu. Point pentingnya lelaki itu sudah 'BERISTERI'. Mengucap panjang Alisa mendengar berita yang tidak disangka-sangka itu.

"Macam mana kau tahu ni Ain", Alisa tidak dapat membendung rasa ingin tahunya.

"Ramai kawan sekolah kita dah tahu. First wife dia datang serang dekat rumah parents Sarah. Keluarga perempuan tu pun datang sekali. Kecoh satu kejiranan tu diaorang bertengkar", kepoh Ain bercerita.

"Kenapa Sarah sanggup ikut lelaki tu kahwin dekat Thailand. Sarah yang kita kenal sangat memilih", bingung Alisa memikirkannya. Tidak di sangka itu jalan hidup yang dipilih Sarah.

"Orang kata cinta boleh membutakan, tapi aku rasa Sarah dah betul-betul buta ni", rungut Ain tidak puas hati.

"Cuba kita fikir logik kalau lelaki tu ikhlas dan bertangungjawab, be gentleman ambil dengan cara elok, minta dengan family baik-baik, dan terus terang dengan first wife. Bukan dengan bawa kahwin dekat sempadan", Alisa tidak setuju dengan perbuatan Sarah yang mengundang malu kepada keluarganya. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Tidak boleh di halang lagi. Mereka sudah sah sebagai suami dan isteri di sisi agama.

"Tak tahu la apa yang tak kena. First wife laki tu muda lagi. Anak baru sorang, itu pun masih baby. Dah buat hal. Lelaki, memang tak cukup dengan sorang. Kesian pula aku fikir, wife dia baru habis pantang. Dah kena hadap masalah ni. Kalau tak kuat boleh meroyan, sebab berkait masalah hati dengan emosi", beremosi Ain meluah perasaan.

Alisa sangat memahami perasaan Ain, kerana dia juga seorang wanita. Sakit untuk berkongsi suami apalagi ditipu dan disorok. Dalam keadaan masih lemah selepas bertarung nyawa melahirkan buah hati, dengan luka yang belum sembuh sepenuhnya suami menghadiahkan luka yang baru. Luka yang lebih dalam dan lebih menyakitkan. Kejamnya lelaki yang bergelar suami.

"Aku takut nak bina kebahagiaan atas kesedihan orang lain. Takut untuk berlayar dalam bahtera rumah tangga bertemankan air mata seseorang. Takut dengan kifarah", perlahan Alisa membalas. Walaupun Sarah adalah kawannya, dia tidak menyokong tindakan gadis itu berkahwin secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga.

"Sarah tu cantik, single lagi boleh cari lelaki yang bujang kan. Kenapa nak juga suami orang. Aku tak kata salah hidup bermadu. Yang salahnya suami dia tak berterus terang dengan first wife, siap bawa kahwin lari lagi. Tu tunjukkan dia tak mampu. Tak mampu nak berterus terang, tak mampu nak handle dua isteri. Ingat mampu ni dari segi material saja. Cetak betul fikiran", marah Ain berapi-api. Alisa hanya diam mendengar Ain meluahkan pendapatnya. Tidak mahu menambah minyak, takut terbakar terus.

"Aku dah lama tak jumpa Sarah. Tak tahu la dia macam mana. Masih sama atau dah banyak berubah. Dia masih benci dengan aku ke?", Alisa mengeluh perlahan. Tidak tahu sama ada Sarah masih marah padanya. Walaupun tidak dapat dipastikan sehingga sekarang asal-usul kebencian Sarah.

"Tak sure pula aku. Dia tak pernah sebut nama kau pun", direct Ain menjawab. Malas mahu berselindung. Nanti Alisa akan tahu juga.

Sedang ralit berborak, Alisa menerima pesanan whatapps dari Rizqi. Melihat isi pesanan Rizqi, terus Alisa berdiri. Kelam kabut bersiap.

"Ain nanti aku call kau semula.", maklum Alisa kepada Ain sebelum memutuskan talian.

'Riz pun satu. Dah sampai dekat bawah baru bagitahu. Lain kali bagitahu masa otw. Tak adalah aku terkejar-kejar nak tukar baju', sempat Alisa membebel semasa sibuk bersiap.

**************

Alisa berjalan perlahan mendekati Rizqi yang bersandar di kereta. Nampak santai gayanya. Yang kelam-kabut tadi dia juga. Tergopoh-gopoh nak salin baju.

"Riz lain kali dah otw bagitahu la. Jangan tunggu dah sampai", rungut Alisa sebaik mendekati Rizqi.

"Aku boleh tunggu", pendek Rizqi menjawab.

"Ini kalau ada papa, memang kena takzirah la ceritanya biar orang tunggu lama", sambung Alisa tidak puas hati.

Rizqi tersenyum nipis mendengar omelan Alisa. Dia tahu Encik Shahrul agak tegas dalam mendidik Alisa sejak dulu. Dihulur kunci kereta yang digenggam sejak tadi kepada gadis itu.

Sengaja tidak menyambut huluran kunci Rizqi, malah Alisa menjengah kepala melihat kereta di belakang. Dia menyimpul senyuman, keningnya dijongket sedikit. Dipandang wajah Rizqi dengan senyuman nakal. "Tak sayang ke nak bagi aku bawa ni. You first car kan", sengaja mahu mengusik. Kereta honda tu merupakan kereta pertama Rizqi. Dihadiahkan oleh Encik Razik sempena hari lahirnya yang ketujuh belas.

Wajah Alisa dipandang tidak berperasaan oleh Rizqi, "Masalahnya lebih sayang dengan kau", datar suara Rizqi membalas. Langsung tidak terkesan dengan usikan Alisa.

Alisa mendiamkan diri. Tidak menjawab. 'Mulut kata sayang kenapa muka macam makan asam, tak berperasaan' rungut Alisa dalam hati. Tidak mahu membahas isu itu, Alisa menghulur tangan meminta kunci yang disua Rizqi tadi.

Sebaik menghulur kunci kepada Alisa, Rizqi terus mengenggam tangan Alisa dan menarik gadis itu merapat kepadanya. Tindakan spontan Rizqi menyebabkan Alisa terjerit kecil. Terkejut.

"Riz!", panggil Alisa marah. Boleh gugur jantung.

Namun melihat jarak mereka yang terlalu dekat terus terhenti niat Alisa untuk membebel. Alisa membekukan diri. Jarak yang terlalu rapat kalau dia bergerak walau sedikit macam-macam boleh jadi. Belum sempat Alisa melangkah ke belakang, Rizqi memaut pinggangnya erat. Lelaki itu menyandar tubuh kembali ke kereta dengan tangannya masih melekap kemas di tubuh Alisa.

"Kereta tu aku dah hantar servis dekat kedai kawan aku. Semua okey. Kalau memang ada problem kau call aku nanti", selamba Rizqi bercerita.

'Tapi masalahnya memang kena berdiri macam ni ke nak bersembang. Kalau dia menyandar dekat kereta dan aku berdiri jauh sikit tak boleh ke?', sanggah Alisa dalam hati.

Melihat Alisa terus membatukan diri, "Kau okey tak Lis?", Rizqi bertanya tanpa rasa bersalah.

"Kau rasa", tajam jelingan Alisa

"Aku nak rasa macam mana, nak kena gigit ke jilat atau macam mana?", serius wajah Rizqi.

"Riz aku serius ni", mengetap bibir Alisa menjawab. Geram dimain-mainkan Rizqi.

"Aku pun serius. Ada nampak aku bergurau", tidak kalah Rizqi menjawab.

"Riz! Tangan kau tu boleh lepas dari pingang aku tak", marah Alisa cuba melepaskan rangkulan tangan Rizqi dari pingangnya. Tapi makin kuat Alisa mencuba semakin kukuh rangkulan Rizqi.

"Kita dekat luar ni, tempat awam. Behave yourself. Dah la tempat ni hujung sekali", tegur Alisa sambil mengetap bibir. Sudahlah tempat parking ni gelap, kedudukan kereta mereka pula agak hujung. Kalau ada orang lalu, fikir bukan-bukan pula. Aniaya diri sendiri je.

"Kalau dekat dalam boleh ke? Jom masuk dalam kereta. Tapi aku confirm kau tak keluar dengan selamat la", ajak Rizqi.

Melihat serius wajah Rizqi, gila lah Alisa nak setuju. Entah apa yang merasuk Rizqi. Dia boleh buat gila dekat sini.

"Tak nak lah aku. Kau masuklah sorang-sorang. Aku serius kau boleh main-main pula".

Terus Rizqi menarik sedikit kuat tubuh Alisa. Melihat dekat jarak tubuhnya dengan Rizqi, laju Alisa meletak tangannya ke dada Rizqi. Memberi sedikit jarak antara tubuh mereka.

"Lis, kita bertunang nak?", dalam tatapan Rizqi kepada Alisa.

Terpaku Alisa. Dia tidak dapat mencerna seketika kata-kata lelaki di hadapannya. 'Bertunang'? Bercinta pun belum lagi, Rizqi sudah ajak bertunang. Melompong mulutnya mendengar proposal Rizqi.

"Aku dah bagitahu papa kau. Next week aku minta parents aku masuk merisik. Kalau tak ada masalah next month kita bertunang", Rizqi tiba-tiba saja memberi berita yang menyebabkan jantung Alisa terhenti. "You have until next week untuk bagi aku jawapan", tegas Rizqi lagi melihat Alisa yang masih kebingunggan.

"What are you saying..?" tanya Alisa bersama riak terkejut.

"You have one week to give me answer", satu-satu Rizqi mengulang. Dia masih sabar menunggu Alisa memproses berita yang baru diterima.

"Riz..", Alisa hanya menggantung ayatnya. Tidak tahu bagaimana mahu menyambung.

"Bila aku confess perasaan aku. Means aku serius. Aku bukan nak test market, atau nak main-mainkan perasaan kau. Aku serius nak halalkan kau. Nak jadikan kau isteri. Aku tak nak bercinta lama-lama. Kita dah lama kenal. Lepas kahwin pun boleh teruskan sesi berkenalan kalau tak puas lagi. Yang penting nikah dulu", Rizqi cuba menyakinkan Alisa.

Suara deheman dari belakang mengejutkan Alisa. Terus dia menoleh. Melihat wajah Ilham terus Alisa cuba menolak tubuh Rizqi menjauh. Namun Rizqi masih tidak melonggarkan pelukannya.

"Riz, lepaskan aku!", bisik Alisa geram menatap tepat wajah Rizqi.

Melihat wajah Alisa sudah merah padam menahan malu dan marah perlahan Rizqi melonggarkan juga pelukannya.

Merasa rangkulan pada tubuhnya melepas terus Alisa jarakkan diri dari Rizqi. Namun wajah Ilham tidak langsung dipandang. Malu tertangkap dalam keadaan macam itu. Diaorang bertiga sudahlah lama bersahabat.

"Kalau aku tak tegur, sampai bila korang nak berpeluk", sindir Ilham.

"Kalau boleh tak payah tegur langsung", selamba Rizqi membalas. Tidak langsung merasa bersalah atau segan tertangkap dengan Ilham.

Jawapan Rizqi disusuli tamparan keras dari Ilham. Tidak puas hati Ilham memandang Rizqi.

"Kalau dah tak menyempat-nyempat dah tak sabar. Baik kahwin je Riz", sindir Ilham.

"Itu yang aku tengah bincang dengan Lis sebelum kau sampai".

Terkejut wajah Ilham. "Korang rancang nak kahwin ke", soal Ilham tidak percaya.

"Tunggu jawapan dari Lis. Tapi kau dah kacau tak dapat lagi la jawapan", selamba Rizqi menjawab.

Melihat Alisa mendiamkan diri, Rizqi tidak berlebihan mengusik. Dia tahu Alisa segan dengan Ilham. Nanti merajuk susah pula nak memujuk.

Mereka berdua berbual sebentar dengan Alisa sebelum Rizqi mengajak Ilham pulang kerana hari sudah lewat malam.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience