BAB 63

Romance Completed 157983

Menjelang lewat petang sanak saudara dan sahabat handai beransur pulang. Peluang berkumpul beramai-ramai digunakan sebaiknya. Banyak cerita masa kecil yang mengamit memori mula dibangkitkan. Hilai tawa memenuhi segenap ruang. Leka bersembang hingga tidak sedar masa berjalan pantas.

Melihat jam sudah menghampiri angka sebelas, Rizqi mendekatkan sedikit wajahnya di telinga Alisa mengingatkan gadis itu.

"Sayang, dah solat Isyak ke belum? Jom solat dulu", bisik Rizqi di telinga Alisa.

Mendadak Alisa menoleh. Terkejut, tidak sedar sejak bila Rizqi sudah berada rapat di sampingnya.

Melihat jam di dinding sudah beranjak pukul sebelas, Alisa mengangguk perlahan kepada Rizqi.

Ketika meminta diri ke bilik Alisa teruk mereka disakat oleh sepupu sepapatnya. Jenuh Alisa dan Rizqi menadah telinga mendengar usikan mereka.

"Aikk, nak buat apa dekat bilik? Awal lagi ni, biar betulll...Sabar la dulu", bahan Haiqal, bersama ketawa yang tak cover-cover. Sengaja dileretkan suaranya.

Merah wajah Alisa menahan malu. Dijegilkan matanya pada Haiqal. "Nak buat apa lagi..solat Isyak la", marah Alisa. Geram betul dengan sepupunya yang itu. Main terjah je.

"Hati-hati Lis. Abang Wan risau kau tak keluar dah dari bilik tu. Nak tak nak esok pagi pula nampak muka kau", usik Hazwan.

"Abang Wan ni saja jaaa.. dah jangkit perangai dengan Qal la tu", rungut Alisa kepada Hazwan, abang sepupunya.

"Abang Wan ingatkan je. Iyalah, abang kan dah ada pengalaman. Kalau Lis boleh keluar balik dari bilik tu, kira hebat la.... ataupun kau yang bermasalah Riz", ledak Hazwan sambil menoleh memandang Rizqi. Lawak tak senonoh Hazwan mendapat cubitan dari isterinya di sisi.

Rizqi menyambut kata-kata Hazwan dengan ketawa, "Bukan ada masalah bang. Risau Lis yang tak boleh bangun nanti", jawapan tidak mahu kalah Rizqi diiringi ketawa mereka di situ.

Laju tangan Alisa mencubit lengan Rizqi mendengar jawapan lelaki itu. Makin galak lah mereka menyakat.

"Siaplah kau Lis, laki dah bagi hint tu. Jangan sampai ke pagi esok tak nampak juga muka kau", Haliza tumpang sekaki mengusik.

Tidak tahan menghadap usikan mereka, Alisa terus bangun menuju ke tangga. Makin lama di situ semakin bersemangat mereka membahan.

Hampir semua sepupunya sudah mendirikan rumah tangga. Cukup arif selok-belok hubungan suami isteri. Tapi rasa malu Alisa sudah sampai ke kepala mendengar usikan mereka yang penuh dengan makna tersirat dan tersurat. Bertambah segan bila Rizqi selamba membalas usikan Abang Hazwan.

Pecah derai tawa mereka melihat laju langkah Alisa menapak anak tangga ke biliknya. Walaupun tubuhnya sudah hilang dari pandangan Alisa masih dapat mendengar dengan jelas gelak tawa mereka.

Alisa melabuhkan punggung di birai katil sebaik melangkah ke dalam bilik. Dia menarik nafas dalam-dalam cuba meredakan kembali detak jantung yang menderu laju. Dipejamkan seketika matanya.

Tidak lagi mendengar suara riuh-rendah di bawah Alisa terus bergegas ke almari mengambil baju. Laju dia menarik keluar tuala yang belum digunakan sebelum meloloskan diri ke kamar mandi.

Sebaik Alisa menutup pintu tandas terdengar pintu biliknya dibuka dari luar. Terus dia mengurut dada sambil menyandar ke dinding tanda selamat. Berdebar-debar jantungnya.

Usai membersihkan diri, Alisa masih mundar-mandir dalam bilik air. Susah hati. Teragak-agak mahu keluar. Dia tahu Rizqi sudah berada dalam bilik. 'Tapi tak kan aku nak tunggu dalam bilik air sampai Riz tidur', kepala yang tidak gatal digaru dengan rasa binggung.

"Tok, tok, tok", terlompat kecil Alisa mendengar bunyi ketukan pada pintu bilik air. Tangannya rapat menekup mulut menahan jeritan. Dada diusap perlahan kerana terperanjat. Hilang semangat rasanya.

"Sayang, dah siap ke belum? Lama lagi ke?", terdengar suara Rizqi dari balik pintu.

Mendengar kata sayang dari Rizqi, Alisa baru tersedar Rizqi memanggilnya dengan panggilan sayang sebaik akad nikah selesai. Hanya dia masih belum mengubah panggilan mereka. Hari ini terlalu sibuk hingga tidak terlintas langsung perkara itu dalam fikiran Alisa.

"Sayang...",panggil Rizqi, apabila tidak mendapat respons dari Alisa.

"Abang kira sampai tiga. Tak buka, abang pecah je pintu. Abang tak bergurau ya", ugutan Rizqi menampar pendengaran Alisa.

"Satu..dua...", tanpa lengah Rizqi terus mengira. Tidak mahu bermain tarik tali dengan Alisa.

"Se..se..sekejap, sekejap. Lis dah nak keluar", tergagap Alisa. Kalut dia menjawab mendengar kiraan Rizqi menghampiri angka tiga.

Alisa mencapai tuala yang tersangkut dan menutup kepalanya. Masih teragak-agak mahu melangkah keluar. Berkali-kali tombol pintu itu dipegang dan dilepas. 'Tak apa Alisa. It's okay. Tak ada apa yang akan jadi. Just keluar je'. Alisa cuba menyedapkan hati sendiri.

Sebaik daun pintu terkuak tidak kelihatan kelibat Rizqi. Alisa terus menghembus nafas yang ditahan sejak tadi. Baru setapak melangkah keluar deheman dari tepi dinding mengejutkan Alisa.

Terus dia memalingkan wajah memandang ke samping. Sedang elok Rizqi bersandar ke dinding sambil melipat tangan ke dada. Pandangannya lurus ke hadapan tidak memandang Alisa.

"Abang ingat nak tidur dalam bilik air", sindir Rizqi .

"Tak adalah. Lis tiba-tiba sakit perut", kilas Alisa.
Rizqi berdiri tegak memandang Alisa. Diperhatikan gadis itu dari atas ke bawah. Wajahnya jelas menggambar rasa tidak percaya. Tapi tidak mahu banyak menyoal.

"Sayang ada tuala spare? Abang lupa bawa", tanya Rizqi, mengubah perbualan.

"Ada, sekejap Lis cari", jawab Alisa.

"Abang rasa tuala ni dah okay", Rizqi selamba menarik tuala yang digunakan Alisa untuk menutup rambutnya. Terperanjat gadis itu. Spontan tindakan Alisa menutup rambut dengan tapak tangan.

"Kenapa?", tanya Rizqi tanpa rasa bersalah. Ia memang tak salah pun. Dah halal.

"Tak, tak ada apa. Lis solat dulu", laju Alisa menjawab. Dia terus berpaling ke almari mengambil telekung.

Sebaik menghampar sejadah dan mengenakan telekung, tubuh Rizqi sudah menghilang ke kamar mandi. Usai menunaikan kewajipan Alisa tidak merapikan kembali sejadah tapi dibiarkan terhampar di lantai untuk Rizqi.

Dia hanya duduk termenung di birai katil. Rambut yang separas pinggang dibiarkan lepas bebas. Tidak diikat kerana masih agak lembab. Matanya setia merenung pintu kamar mandi.

Ikutkan hati, Alisa mahu saja mengangkat kaki keluar ke ruang tamu. Tidak mahu berdua-duaan dalam bilik bersama Rizqi. Mengingat kembali pertemuan terakhir mereka, semakin gugup Alisa. Walaupun tidak berakhir dengan pertelingkahan tapi agak canggung.

Alisa agak gementar dan gugup untuk berhadapan dengan Rizqi. Hari ini, mereka belum berkesempatan berbual berdua. Tidak tahu jika lelaki itu masih menyimpan rasa marah terhadap permintaannya sebelum ini.

"Krak", mendengar pintu bilik air dibuka, Alisa terus menundukkan kepala.Tidak berani memanggung wajah. Derap tapak kaki itu berhenti tepat di hadapan Alisa. Tidak tahan melihat Rizqi terus membatukan diri, Alisa mengangkat kepala memandang Rizqi tapi masih mengelak menatap tepat mata lelaki itu. "Dup", sepantas kilat dia kembali menunduk merenung lantai melihat lelaki yang sudah berstatus suaminya itu hanya bertuala separas lutut tanpa baju.

"Lis dah siap bentang sejadah untuk a..abang", gagap Alisa hanya mahu menghabiskan sebaris ayat.

Melihat gadis itu masih setia menundukkan pandangan, Rizqi berjalan ke katil dan mencapai tracksuit dan t-shirt tanpa lengan yang sudah dikeluarkan sejak awal. Tanpa menghiraukan Alisa terus dipakai baju dan seluar tanpa segan.

Rizqi melipat kembali sejadah dan biarkan di penjuru katil usai solat. Setelah mencapai handphone di meja, dia melabuhkan punggung di atas tilam sambil bersandar di dada katil. Melihat Alisa yang masih diam tidak berkutik sejak tadi Rizqi menarik segaris senyuman di bibir.

"Sampai bila nak duduk tegak macam tu. Sampai esok pagi?", selamba Rizqi menyoal Alisa.

"Tak apa, Lis okay je duduk sini", balas Alisa. 'Habis tu tak kan nak baring atas katil sebelah dia pula. Memang la tak salah, dah jadi suami pun. Tapi tak nak lah....takuttt.." jerit Alisa dalam hati.

Mendengar jawapan Alisa, Rizqi meletak kembali telefon di tangan. Belakang tubuh Alisa dipandang lama.

"Elok ke membelakangkan abang masa bercakap. Dengan muka abang pun tak nak pandang dari tadi", serius nada suara Rizqi.
Alisa tersentak mendengar teguran Rizqi. Baru menyedari khilafnya sejak tadi. Hari ini, hampir seharian Alisa cuba mengelak menatap mata Rizqi, kecuali ketika bergambar selepas akad nikah.

Perlahan Alisa membalikkan tubuhnya menghadap Rizqi yang sedang bersandar di dada katil. Jarak antara mereka tidak terlalu jauh atau dekat, sedang-sedang saja.

Riak kebinggungan jelas terpancar di wajah Alisa melihat huluran tangan Rizqi di hadapannya. Namun huluran itu disambut juga. Berdosa pula kalau tak disambut. Sudah lah tadi dia sudah mengecilkan hati Rizqi. Tak nak tambah dosa pula. Baru saja kahwin sudah berbakul dosa yang dikumpul.

Alisa terjerit kecil apabila Rizqi menarik tubuhnya mendekat. Melihat dekatnya wajah lelaki itu dengan wajahnya, Alisa terdiam kaku. Rapatnya jarak antara mereka membolehkan Alisa melihat jelas bulu-bulu halus di wajah Rizqi.

"Kenapa ni? Hari ni abang tengok serba tak kena. Cakap pun macam terpaksa, duduk pun nak jauh-jauh, muka abang pun tak nak pandang. Ada masalah ke? Kalau ada bagitahu, kita bincang bukan diamkan diri macam ni", Rizqi menatap lekat bening mata Alisa. Dagu gadis itu dipaut kemas, mengelakkan Alisa terus melarikan pandangannya.

"Lis okay je, mungkin penat", perlahan Alisa menjawab. "Dah lama kita dalam bilik, jomlah kita keluar. Nanti diaorang fikir bukan-bukan pula", tidak tahan dengan renungan Rizqi, Alisa mengalih topik perbualan. Sengaja mengajak Rizqi keluar, tidak mahu terus berada dalam bilik. Semput terasa nafasnya.

"Ramai saudara mara dah balik tinggal kerabat terdekat je. Dah lewat malam ni, semua pun dah nak tidur", santai Rizqi membalas. "Lagipun kita pengantin baru, kenapa pula diaorang nak fikir bukan-bukan", tanya Rizqi sambil tersenyum.

Jari Rizqi yang tadi berada di dagu Alisa sudah bermain di ulas bibirnya. Jarinya nakal mengusap bibir mungil itu. Tanpa Alisa sedar tangan kiri Rizqi sudah melingkar kemas di pinggangnya.

Berpeluh tubuh Alisa. Terasa dahinya sudah berkeringat dingin. Fikirannya terasa bercelaru menghadap situasi di depan. 'Macam mana ni, dia memang tak reti bab-bab ni. Gagal total', Alisa menjerit meminta tolong dalam hati.

Mendadak tubuh Alisa terkaku. Pandangannya kosong ke hadapan. Bibir Rizqi sudah melekap kemas pada bibirnya. Dapat dirasakan lelaki itu melumat perlahan ulas bibirnya. Disela dengan gigitan lembut.

Perlahan-lahan kucupan itu menjalar ke leher jinjang Alisa. Sempat Rizqi meninggalkan tanda kepemilikan di kulit putih itu. Alisa menolak keras tubuh Rizqi menjauh apabila tangan lelaki itu sudah mula meliar di balik bajunya.

Dia terus mengangkat punggung dari tilam dan menapak ke belakang. Menjarakkan sedikit dirinya dari katil. Wajah Rizqi tidak dipandang walaupun tubuhnya menghadap Rizqi yang masih di atas katil. Keruh wajah Rizqi memandang Alisa yang berdiri tidak jauh darinya.

"What do you mean?", tanya Rizqi perlahan. Namun tak ada kemesraan di suara itu. Mungkin terkesan dengan penolakan Alisa.

"Abang...Lis minta maaf. Tak terlintas langsung pada Lis nak tolak abang tadi. Lis cuma terkejut", sayup kedengaran suara Alisa cuba menjelaskan kepada Rizqi.

Rizqi meraup wajahnya berkali-kali cuma meredakan sedikit gelojak dalam tubuh. Dia menarik dalam nafasnya sebelum menghela panjang.

Setelah sedikit tenang, Rizqi melangkah turun dari katil, cuba menghampiri Alisa. Langkahnya mendadak terhenti melihat Alisa mengundur ke belakang cuba menjarakkan kembali tubuh mereka.

Kali ini tajam tatapan matanya memanah Alisa. Dia menyoal tindakkan Alisa tanpa suara.

"A..abang let's make a deal", tergagap Alisa cuba menyuarakan keinginannya melihat tajam tatapan Rizqi.

"I'm listening", pendek Rizqi menjawab. Riaknya masih tidak berperasaan.

"Before majlis resepsi, maksud Lis sebelum kita sanding better kita t..tidur a..asing", menggigil suara Alisa melihat Rizqi sudah menyipitkan matanya.

"Kenapa pula abang kena setuju nak tidur asing-asing. Tak ada faedah pun untuk abang", Rizqi menjawab tidak acuh.

"Kalau tak nak tidur asing, abang janji dengan Lis. Tak boleh buat bukan-bukan", tegas suara Alisa kali ini.

"Buat bukan-bukan? Buat apa?", selamba Rizqi bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Buat bukan-bukan lah. Abang saja. Abang tahu maksud Lis", marah Alisa. Geram dengan Rizqi.

"Abang tak tahu. Lis tak bagitahu, jadi abang tak tahu", Rizqi masih kukuh dengan keputusannya untuk buat bodoh.

"Something husband and wife doing", jawab Alisa sambil mengetap bibir menahan geram.

"Oohh maksud Lis... what husband and wife doing tu something yang bukan-bukan la. Buat dosa", halus Rizqi menyindir.

"Bukan tu maksud Lis", laju Alisa menyangkal.

"Then..?", tanya Rizqi.

"Lis perlukan masa. Lis tak ready lagi", perlahan suara Alisa menyapa telinga Rizqi.

"Abang dah bagi masa dua bulan untuk Lis. Apa yang tak sedia lagi", berkerut wajah Rizqi menatap Alisa.

"Itu lain, tak sama. Lis tak tahu nak buat apa. Lis perlukan masa", separuh merayu Alisa.

"Sekarang ni Lis tak perlu buat apa-apa pun. Abang yang akan lead", tenang suara Rizqi membalas.

"Masalahnya, Lis takut", rintih Alisa, hampir menangis.

Melihat mata Alisa sudah berkaca, Rizqi mengurut perlahan pelipis yang terasa berdenyut tiba-tiba. Sakit kepalanya menghadap sikap Alisa malam-malam ni.

"Pelik abang, masa tak kahwin lagi bukan main berani Lis berkepit dengan abang. Tak pula takut jadi something. Dah nikah, dah halal bukan main takut Lis, sampai tak bagi abang dekat", jari Rizqi masih setia mengurut pelipisnya.

"Masa belum kahwin Lis tahu abang tak akan buat lebih-lebih. Abang akan kontrol diri sebab tahu batas. Bila dah kahwin, abang mesti berani nak buat bukan-bukan", rungut Alisa sambil mengerutkan wajahnya.

"What do you mean buat bukan-bukan? Sayang! Lepas dah nikah tak ada istilah buat bukan-bukan. Why should I control my self. Okay! enough. Pening kepala abang", kepalanya digeleng perlahan.

Rizqi melangkah mendekati Alisa, cuba mencapai tangan isterinya. Tapi sepantas kilat Alisa melarikan diri ke seberang katil.

"Nur Alisa, I think that enough", Rizqi mengetap bibir menahan sabar. Perlahan suara Rizqi namun cukup untuk mengentarkan hati Alisa.

"A..abang let's discuss first", pujuk Alisa melihat kesabaran Rizqi mulai menipis.

"End of discussion", singkat Rizqi menjawab.

"Sayang nak ajak Abang main kejar-kejar malam ni. Fine! Abang dapat je siap... prepare yourself", ujar Rizqi sambil menarik senyuman sinis di bibir.

Rizqi berjalan ke tengah bilik dan menarik meja kopi ke tepi. Sofa kecil di sudut juga Rizqi tolak rapat ke dinding. Pintu kamar mandi juga ditutup rapat dan dikunci dari luar. Selesai semua persiapan Rizqi menoleh memandang Alisa.

"Are you sure want to do this?", tanya Rizqi menyeringa licik.

"Abang, maybe kita boleh bincang baik-baik", takut-takut Alisa menjawab.

"No", Rizqi memandang Alisa sambil menarik senyum di hujung bibirnya.

Dia berjalan perlahan mendekati Alisa. Langkah kakinya diatur tidak terlalu laju tidak terlalu perlahan. Tapi effect tegangnya cukup mendebarkan. Ketika Rizqi sudah mendekat Alisa panik, dan terus memanjat katil.

Tapi langkah Rizqi lebih pantas. Dia tidak memberi kesempatan kepada Alisa untuk turun. Direntap cadar katil. Alisa yang hilang keseimbangan terus jatuh terbaring di atas tilam.

Dengan rasa panik, Alisa bergegas bangun. Belum sempat dia melompat turun Rizqi sudah terpacak di depan matanya.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience