BAB 28

Romance Completed 157983

Angin sepoi-sepoi ditemani langit yang tidak begitu cerah namun tidak pula mendung. Cukup cantik cuaca hari ini. Alisa mengambil kesempatan berjalan menelusuri pantai yang agak lengang.Tidak terdapat ramai pengunjung, memandangkan hari ini bukanlah hujung minggu dan masih pagi.

Setelah puas berjalan menghirup segarnya udara pagi Alisa mengambil duduk di batu yang agak besar untuk melepas lelah. Dia merenung jauh kehadapan mengingatkan kembali perbualan terakhirnya bersama Daniel.

Perbualan itu seolah batu kecil yang dilempar ke dalam tasik hatinya. Air yang dibiarkan tenang duhulu kini kembali berkocak. Ketenangan yang dicari sebelum ini seolah hilang dilempar keluar jendela hatinya.

Sejujurnya Alisa masih binggung dengan perasaan sendiri. Cintanya masih kukuh terukir dalam relung hati tidak pernah terganti oleh sesiapa. Namun keyakinan terhadap cinta itu telah hilang ditelan waktu. Membuat dia sulit mahu mengejar kembali. Kuatkah dia untuk menghadapi sekiranya cintanya terkubur untuk kali kedua.

Setelah lama melayan fikiran Alisa bangun dari duduknya. Berjalan menuju ke arah hotel penginapan. 'Aku kena berterima kasih dengan Dani sebab booking hotel mewah berdekatan dengan pantai. Banyak juga kedai makan disekitar. Tempat pun sangat strategik. Sesuai untuk healing'.

Alisa berjalan perlahan menuju ke ruang dobi hotel. Matanya terus melekat kemas di skrin handphone. Tidak dihiraukan manusia yang lalu lalang atau berselisih. Dia terus melangkah kemas ke arah lif yang berada di sebelah kanan.

Belum sempat tubuhnya memasuki ruangan lif serasa lengannya ditarik ke belakang. Alisa yang tersentap terus menoleh melihat empunya diri.

"Alisa?"

Kedengaran namanya dilaungkan dari bibir lelaki itu. Suara yang sudah bertahun-tahun tidak dia dengari. Dia menatap lama wajah lelaki yang sentiasa terpahat dalam hatinya. Wajah itu masih sama, namun rautnya lebih matang seiring dengan pertambahan usia. Suaranya berubah menjadi lebih dalam berbanding sebelum ini. Sosoknya kelihatan agak dingin namun tidak dapat menutup karisma lelaki itu.

"Rizqi", perlahan suara Alisa antara dengar atau tidak.

"Lis! Kau bila balik Malaysia?", tanya Rizqi bersama riak terkejut yang masih tidak hilang. Pautan tangannya pada lengan Alisa tidak dilepaskan.

"Ar..around... two weeks", jawab Alisa perlahan. Entah kenapa rasa bersalah yang menjalar dalam diri membuat dia tidak berani menentang mata Rizqi.

"Are you serious? Already two weeks. And I don't get any news", perlahan suara Rizqi, namun kedengaran agak datar. Cengkaman pada lengan Alisa, Rizqi eratkan.

"I'm not telling anyone", perlahan Alisa jelaskan.

"What are you doing here? Working? Holiday?", tanya Rizqi tiba-tiba mengubah arah perbualan.

"Just vocation, before start working next week", jawab Alisa perlahan."

"Kau dengan siapa dekat sini?", Rizqi masih setia menyoal.

"Alone", ujar Alisa.

"Then come with me", ajak Rizqi, terus mengenggam tangan Alisa mengikuti langkahnya.

Selesai mengambil makanan, Rizqi hanya merenung Alisa tanpa sepatah kata. Salah tingkah Alisa dibuatnya. Tidak tahu kemana harus membuang pandangan Alisa hanya merenung jarinya di atas meja. Terseksa betul dengan keadaan macam ni Alisa merungut dalam hati.

Tidak tahan dengan suasana sepi yang menyelubungi mereka, Alisa membuka mulut memulakan perbualan. "Kau macam mana boleh ada dekat sini?".

"Work", pendek jawapan Rizqi. Mungkin kerana masih marah.

"Jadi kau dengan kawan sekerja? Tak apa ke kau dengan aku dekat sini", tanya Alisa dengan rasa risau.

"Just okey. Discussion dah habis semalam", jawab Rizqi.

"Ooh, then bila kau bertolak balik?", tanya Alisa ingin tahu.

"Maybe tomorrow".

Hati Alisa terdetik tiba-tiba. Adakah Daniel sudah sedia tahu keberadaan Rizqi di sini? Dan sengaja merancang pertemuan antara mereka berdua? 'Kurang asam betul kau Daniel. Patutnya kau bagitahu la aku dulu', Alisa merungut dalam hati.

"Kau kenapa balik tak bagitahu?", tanya Rizqi di celah-celah lamunan Alisa.

"Aku tak bagitahu sesiapa pun. Just parents aku dengan Ain je. Ain pun tahu lepas tiga hari aku landing. Teruk jugak aku kena marah", Alisa menjelas panjang lebar.

"Then why?", Rizqi masih bertanya tidak puas hati.

"I'm sorry. Aku just tak nak susahkan sesiapa. Aku tahu korang semua dah kerja dah ada komitmen. Plan aku nak bagitahu lepas semua dah settle", jelas Alisa.

"Kalau buzy sekali pun, I'm still can find a little time for you", bagitahu Rizqi dengan kerutan di wajahnya.
"Deep down, I know. Sebab tu aku tak bagitahu", jawab Alisa bersama senyum kecil di bibirnya.

Namun Rizqi hanya mendiamkan diri. Merasakan jawapannya mungkin membuat Rizqi tersinggung, Alisa pantas meminta maaf.

"I'm sorry", sambung Alisa.
Betul kata Daniel. Sikap prihatin Rizqi masih sama. Dia masih sangat caring dengan sahabatnya. Walau tidak begitu ketara sosok Rizqi serasa agak dingin berbanding dulu. Kini dia kelihatan sukar didekati oleh orang lain. Itulah perasaan yang Alisa rasakan saat berhadapan sendiri dengan Rizqi.

"Last two year, susah sangat nak contact kau. You never reply. Like you disappeared from this world. Got reason or excuse?", tanya Rizqi sambil menghirup perlahan air yang masih panas.

Terdiam Alisa. Mustahil untuk dia berterus terang. Tak kan nak diberitahu dia sengaja menjauhkan diri. Alisa teringat janjinya kepada Rizqi lapan tahun lalu sebelum berlepas pergi. Janji untuk terus kekal berhubung. Tetapi dua tahun lalu dia gagal kotakan janji itu. Dengan anggapan Rizqi telah membina kehidupan baru bersama kekasih hati Alisa terus menjauhkan diri. Dia memejam mata seketika cuba mencari alasan.

"Final year agak buzy", perlahan suara Alisa. Jawapan dia kedengaran tidak menyakinkan walau pada dirinya sendiri.

"Lame excuse, Don't you think Lis", Rizqi memandang tepat anak mata Alisa.

"Kau boleh terus terang dengan aku. Kalau kau tak nak jumpa dengan aku, atau kau nak buang aku dari hidup kau, just say it Lis. Aku akan ikut keinginan kau", dingin suara Rizqi memecah gegendang telinga Alisa.

Terpaku Alisa mendengar kata-kata Rizqi. Sedalam mana luka Rizqi sehingga dia ingin membuang semua orang dari hidupnya.

Air mata Alisa minitik perlahan ke pipi mendengar kata-kata Rizqi. Dia tidak pernah ingin membuang lelaki itu dari hidupnya, dia cuma menjauhkan diri sehingga dia cukup kuat untuk melepaskan.

Melihat butir-butir jernih yang sudah membasahi pipi Alisa hati Rizqi terasa ditoreh-toreh. Perasaan yang sama setiap kali dia melihat air mata gadis itu.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience