BAB 31

Romance Completed 157983

"Kau balik bila?", tanya Rizqi semasa mereka berdua melepak di Port Dickson Waterfront. Tempat ini menjadi tarikan pengungjung pada waktu malam. Kawasan yang luas dan lapang membolehkan banyak aktiviti dibuat. Alisa dan Rizqi tidak merancang melakukan sebarang aktiviti. Hanya ingin menghabiskan masa berbual kosong.

"Esok, Kenapa?", tanya Alisa.

"Kau ada plan nak pergi mana-mana sebelum balik?", Rizqi tidak menjawab pertanyaan Aliasa.

"Tak ada. Aku datang sini saja nak feeling duduk hotel, tengok pantai", tersenyum Alisa membalas.

Lama Rizqi mendiamkan diri, sebelum membuka mulut. "Why not, kita balik sekali", ajak Rizqi.

Alisa menoleh memandang Rizqi mendengar pelawaannya.

"Konvoi sekali syafiq dengan Fikri?", Alisa mengerutkan dahi bertanya.

"No, diorang bertolak balik awal pagi. Ada kerja nak kena settle".

Alisa dengan wajah yang masih kebingunggan bertanya. "Kita nak balik naik kereta sekali? Aku drive datang sini. Kau pun drive sendiri kan", Alisa mengingatkan Rizqi.

"Hmm", Rizqi mengiyakan.

"Syafiq dengan Fikri datang sini satu kereta. Esok aku minta Fikri drive kereta aku balik KL", Rizqi sambung menjelaskan.

"Tak apa ke kau balik lewat sekali dengan aku", serba salah riak wajah Alisa.

"Tak ada hal la Lis. Kerja aku dah settle.Tak ada yang urgent", Rizqi cuba menyedapkan hati Alisa

Mereka hanya menghabiskan masa berbual sambil berjalan menghirup udara malam. Sesekali Alisa berhenti di gerai untuk membeli makanan. Kali ini dia tidak seboros seperti di Pantai Kemang, memandangkan awal-awal lagi Rizqi sudah memberi tatapan tajam yang Alisa balas bersama sengihan bersalah.

Sekitar pukul dua belas mereka tiba di hotel. Rizqi menghantar Alisa hingga ke depan pintu bilik hotel sebelum kembali ke biliknya yang berada satu tingkat di atas Alisa.

"Baru balik dating", usik Syafiq yang berada di atas katil sebaik ternampak batang hidung Rizqi . Awalnya Rizqi hanya menginap berseorangan di bilik hotel, kerana mahu melepak Syafiq dan Fikri rela bersempit dalam bilik yang sama.

"Dah jumpa awek tak melekat langsung dalam bilik", Fikri mengambil bahagian meledak Rizqi.

Dia mengambil keputusan mendiamkan diri. Tidak mahu memanjangkan isu. Kalau tidak Syafiq dan Fikri sanggup menjadi polis pancen menyoal siasat dia sepanjang malam.

"Fikri, esok kau drive kereta aku balik KL", Rizqi mengalih tajuk, mengambil duduk di kerusi berhadapan sliding door. Mata dia pejamkan seketika untuk merehatkan badan.

"Tak puas lagi dating. Biar betul kau Riz", Fikri masih tidak puas menyakat.

"Tak puas dengan dating, balik pun nak sekereta juga. Melampau betul kau ni", Syafiq juga mula menyertai Fikri.

"Macamlah korang dah lama sangat tak jumpa. Sampai tak boleh berenggang langsung", Syafik ketawa lepas diikuti Fikri.

"Tak lama pun. Lapan tahun je", jawab Rizqi dengan wajah bersahaja.

Mendadak terhenti ketawa Syafiq dan Fikri mendengar kata Rizqi. 'Biar betul Riz ni. Muka serius bukan main tapi bukan boleh kira'.

"Kau serius la, tak jumpa lapan tahun", Fikri bertanya dengan rasa tidak percaya.

"Yalah. She study oversea, so am I", ringkas Rizqi menjawab.

"Kau bagitahu dah kenal almost eighteen years tu betul la?", Syafik mula mengorek.

"Hmm" pendek Rizqi mengiyakan.

"Cerita dia korang kenal dari kecil", Syafik menepuk pahanya.

"Childhood sweetheart la ni. Memang sweet", ledak Fikri lagi. Kali ini mereka berdua gelak lepas. Sengaja mahu mengusik Rizqi.

Rizqi masih memejamkan mata. Tidak ingin melayan. Makin dilayan makin menjadi nanti.

**********

Selesai membersihkan badan, Alisa duduk di kepala katil. Walaupun badan keletihan seharian berjalan, namun mata masih mahu berjaga.

Dia membuang pandang ke hadapan. Termenung memikirkan perasaan dan kehendak sendiri. Alisa tidak merancang untuk bertemu dengan Rizqi secepat ini.

Walaupun tahu Rizqi dan Zulaika telah putus Alisa belum bersedia untuk mempertimbangkan cadangan Daniel. Dia masih takut akan kecewa untuk kali kedua, seandainya ada gadis lain yang menghuni hati Rizqi. Tidak tahu akan kuatkah hatinya sekiranya gagal lagi. Dia takut untuk memulakan langkah itu semula.

Lapan tahun lepas, ketika dia sudah mengumpul cukup kekuatan dan keberanian namun tidak memiliki kesempatan untuk meluahkan. Kini dia punya kesempatan tetapi keberanian itu sudah hilang ditelan waktu. Alisa menghela nafasnya.

Bohong jika Alisa katakan tiada sesiapa yang cuba mendekati sepanjang lapan tahun ini. Ada yang ikhlas menunggu hingga dia bersedia membuka pintu hati. Namun Alisa tidak mahu memulakan perhubungan dengan nama lelaki lain masih terukir kukuh dihatinya.

Perlahan Alisa melangkah turun dari katil. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan cermin kaca. Menikmati permandangan yang indah terbentang di hadapan mata. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Perlu mengikut kata hati atau mengikut rasional diri.

Sedang ralit melayan perasaan, telephone yang berada di atas katil bergetar. Dia terus bangun mencapai handphonenya. Berubah wajah Alisa melihat pesanan dari Daniel.

Tanpa membalas pesanan dari Daniel, dia terus membuat panggilan. Tidak perlu menunggu lama, kedengaran suara Daniel di hujung talian.

"Daniii!", Alisa terus menyergah sebaik panggilan dijawab.

"Assalamualaikum", halus Daniel menyindir Alisa.

"Waalaikumussalam", mengetap bibir Alisa menjawab salam Daniel. Geram dia dengan sahabat yang satu itu.

"Daniel! kau jawab soalan aku dengan jujur. Kau tahu Riz menginap dekat hotel yang kau booking untuk aku kan?", tanpa berbolak-balik Alisa terus ke inti persolan.

"Jadi, kau ada jumpa Riz?", tanpa menjawab soalan Alisa, Daniel bertanya sambil tergelak lepas di corong telephone. Dia tidak perlukan jawapan dari Alisa, pertanyaan Alisa sudah cukup sebagai jawapan.

"Danii! Aku serius ni. Kau jangan main-main", marah Alisa.

"Kenapa kau nak marah? Bagus apa aku tolong kau jumpa dengan Riz. Nak tunggu kau bersedia entah bila. Tahun depan belum tentu jumpa lagi", Tanpa bersalah Daniel menyindir Alisa.

"Sekurangnya, kau bagitahu la aku. Tak adalah aku terkejut sangat. Sempat juga aku prepare jawapan", Alisa meluah dengan rasa tidak puas hati.

"Jawapan apa yang kau nak prepare. Aku bukan suruh kau pergi jawab exam. Kalau dah terjumpa tu, jumpa je lah. Borak-borak, entah apa-apa jawapan kau nak prepare", bebel Daniel.

"Kau cakap mudahlah Dani. Yang nak menghadap tu aku. Ketar juga lutut aku nak menjawab", marah Alisa mendengar jawapan mudah Daniel.

"Pastu, boleh tak jawab", tanya Daniel sambil tergelak di hujung telephone.

"Tak berapa lepas, menangis juga la aku nak menjawab", jawab Alisa malas. Geram dengan Daniel masih belum hilang sepenuhnya.

"Biar betul kau ni. Aku ingat dah besar-besar ni kau dah tak kaki menangis. Rupanya tak berubah langsung. Ain pun tak 'cengeng' macam kau", ledak Daniel mendengar jawapan Alisa.

Alisa tidak membalas kata Daniel. Dia hanya menarik muka masam. Dibiarkan Daniel mentertawakan dirinya di sana.

Melihat Alisa mendiamkan diri, Daniel terus mengalih topik perbualan. Kalau merajuk siapa yang nak pujuk. Girlfriend dia yang sekarang juga kaki merajuk, jenuh nak memujuk. Tak boleh salah sikit, lewat sikit, silap sikit merajuk je kerja dia. Pening Daniel. Alisa ni kira spesis yang 'rare'. Tak mudah tersentap kalau kalau diketawakan. Kalau merajuk pun mudah pujuk dan tak lama. Bukan nak dibandingkan tapi dia penat menghadap sikap girlfriendnya yang semakin menjadi-jadi.

"Then, korang sekarang macam mana. Jangan kau bagitahu aku lepas drama air mata kau tu korang bergaduh pula. Korang bukan budak sekolah lagi", bersama rasa ingin tahun Daniel menyindir.

"Tak adalah bergaduh. Kau ingat kitaorang apa?Budak tadika?", Alisa menekan suaranya menahan geram.

"Baguslah macam tu. Ingatkan korang bergaduh. Then sekarang kau buat apa dekat sana sorang-sorang. Bila kau nak balik KL".

"Aku dengan Riz balik esok", jawan Alisa.

"Wait, wait. Kau balik dengan Riz esok? Maknanya sekarang dia ada dekat sana lagi dengan kau", soal Daniel.

"Hmmm, esok baru kitaorang balik. Harini kami jalan-jalan dekat PD, alang-alang dah ada dekat sini", balas Alisa.

"Amboi kau Lis. Aku suruh kau jumpa dia je. Kau siap pergi honeymoon sekali. Upgrade kau ya", Daniel masih terus mengusik Alisa.

"Danielll! Kau memang laaa. Siapa yang pergi honeymoon? Kau yang booking hotel ni untuk aku", sangkal Alisa.

"Memang aku yang booking untuk kau. Tapi bukan aku yang paksa kau keluar dating dengan Riz", Daniel menjawab tidak mahu kalah.

Mendengar ketawa Daniel di seberang sana Alisa terus mengucapkan salam, memutuskan panggilan. Tidak mahu terus berbual. Tahu Daniel akan terus meledaknya.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience