BAB 36

Romance Completed 157983

Tepat dua minggu Alisa menumpang di rumah Rizqi dan Ilham, Rizqi memaklumkan sudah dapat rumah sewa baru untuknya. Sekiranya Alisa setuju, dia boleh bersiap untuk pindah masuk hujung minggu ini.

Alisa agak ragu pada mulanya. Namun Ilham menyakinkan Alisa semua akan berjalan lancar. Sementelah salah seorang bakal housematenya tunang kepada rakan sekerja Ilham. Rizqi juga kenal rapat lelaki itu.

Seminggu ini Alisa sangat sibuk dengan urusan rumah sewa. Masih ada barang yang belum diambil dari rumah sewa lama. Dia sudah memaklumkan kepada Amira dan Munirah akan berpindah keluar. Namun sewa bulan ini masih akan dia lunaskan walaupun tidak lagi tinggal di sana. Sebulan tempoh yang dia berikan kepada mereka serasa sudah cukup untuk mereka mendapatkan housemate baru.

Sedang Alisa sibuk memasak di dapur untuk mengisi perutnya yang belum terisi dengan makanan semenjak tengah hari tadi, telefonnya berdering nyaring. Terus Alisa membasuh tangan dan mengelap sehingga kering sebelum menjawab penggilan.

Melihat nama pemanggil di skrin Alisa menjongket sedikit keningnya. "Assalamualaikum Am".

"Waalaikumussalam. Sorry ganggu kau malam-malam Lis. Aku nak bagitahu, aku on the way nak singgah rumah kejap. Boleh?", tanya Ilham meminta kebenaran. Sebetulnya itu rumah sewa Ilham bersama Rizqi, tetapi Ilham tetap merasa tidak enak untuk terjah begitu saja.

"Eh, boleh je. Memang rumah kau pun. Aku yang tumpang", jawab Alisa sambil ketawa di hujung talian.

"Lagi sepuluh minit aku sampai", beritahu Ilham sebelum memutuskan talian.

Tidak membuang masa Alisa terus menukar pakaiannya yang terbilang tidak sopan kepada tshirt lengan panjang. Malas hendak menukar seluar short pants yang dipakai terus Alisa sarungkan skirt labuh, dan mencapai selendang yang elok tersangkut.

Alisa kembali meneruskan rutinnya di dapur. Perutnya sudah berkeroncong sejak tadi minta diisi. Harini malas dia hendak membeli makan di luar. Saja merajinkan diri untuk memasak.

"Ding..dong", kedengaran loceng dibunyikan. Pasti Ilham sudah sampai. Tidak menunggu lama pintu dibuka, terpampang wajah Ilham.

"Sorry Lis kacau malam-malam ni. Urgent", Ilham menghulur maaf sebaik saja melangkah masuk. Semua pintu Ilham biarkan terbuka. Tidak ditutup mahupun dikunci.

"It's okey la Am. Lagipun aku yang susahkan korang. Kalau kau says sorry aku yang serba salah", balas Alisa.

Ilham hanya tersenyum mendengar kata Alisa. Dia terus menapak masuk ke biliknya yang terletak di sebelah kiri. Selang berapa lama Ilham keluar dari biliknya bersama satu set lengkap pakaian kerja bersama kot di tangannya.

Tidak kelihatan Alisa di ruang tamu, Ilham melangkah ke dapur melihat gadis itu sedang memasak. "Selama aku dengan Riz tinggal sini tak pernah kitaorang masak selain manggi dengan telur", ujar Ilham tiba-tiba dari muka pintu dapur.

Terus Alisa menoleh ke belakang mendengar suara Ilham. "Kau dah makan?", tanya Alisa melihat Ilham masih berkemeja dan berseluar slack. Pasti baru pulang dari hospital.

"Belum, lapar gila Lis. Tak makan dari tengah hari tadi", balas Ilham tidak cover-cover. Tak ada maknanya nak cover dengan sahabat sendiri, rugi adalah, lapar pun dapat.

"Aku masak mee goreng basah, kau okey tak?", Dibuatnya Ilham kata tak makan mee goreng, alamatnya dia kena masak benda lain.

"Aku makan semua tolak batu dengan kayu. Lis, kau jangan masak sikit sangat aku lapar", jawab Ilham sambil memegang perutnya.

"Iyalah. Aku masak banyak baik kau habiskan. Jangan membazir", Alisa memberi amaran.

"Jangan risau, confirm habis", tersengih Ilham menjawab. Akan dia habiskan walau macam mana cara sekalipun daripada menghadap bebelan Lis.

Tangannya Ilham terus laju mencapai handphone dalam saku seluarnya. Dia berjalan ke ruang tamu dan membuat panggilan.

"Riz, aku ada dekat rumah sekarang. Rumah sewa kita". laju Ilham memberitahu. Risau Rizqi tersalah rumah.

"Kau buat apa dekat sana malam-malam", tanya Rizqi dengan rasa curiga.

"Datang ambil baju. Esok aku ada mesyuarat", balas Ilham tidak puas hati mendengar suara curiga Rizqi.

"Kau tak habis lagi ambil baju? Buat apa lagi dekat sana", tanya Rizqi.

"Aku direct dari hospital terus datang sini. Alang-alang lapar aku makan dekat sini terus. Langkah kanan sebab Lis tengah masak tadi. Kau kalau tak sampai rumah lagi singgah la sini", ajak Ilham, seolah dia tuan rumah. Tapi dia memang tuan rumah. Mereka berborak sebentar sebelum memutuskan panggilan.

"Lis, Riz on the way datang sini", Ilham melaung dari ruang hadapan.

Alisa mengangkat dulang yang berisi air dan cawan dan terus diletakkan atas meja. "Riz tak balik kerja lagi? Selalu ke kerja sampai malam?", tanya Alisa.

"Selalunya kalau projek banyak malam baru dia sampai rumah", balas Ilham sambil menuang air ke dalam cawan lalu diteguknya dengan sekali nafas. Lapar campur dahaga, lengkap sudah package.

Mee yang sudah siap dimasak Alisa hidangkan di atas meja. Disenduknya mee ke dalam pinggan yang berada di hadapan Ilham. Sudah nampak kelaparan sangat wajah Ilham, mengalahkan Alisa.

Sedang mereka makan kedengaran suara Rizqi memberi salam dari luar. Rizqi terus melangkah masuk, kerana pintu tidak bertutup dan berkunci.
Rizqi terus mengambil tempat di bersebelahan dengan Alisa.

"Kau nak banyak ke sikit", tanya Alisa sambil menyendukkan mee ke dalam pinggan Rizqi.

"Banyak pun tak pa Lis", balas Rizqi.

"Kau pun tak makan lagi harini?", tanya Alisa sambil ketawa. Apa punya nasib harini. ketiga-tiga mereka belum menjamah makanan lagi malam ni.

"Buzy Lis. Kalau asyik fikir makan, entah pukul berapa nak sampai rumah", balas Rizqi lemah. Betul-betul keletihan

"This week kau memang buzy. Tiap hari sampai rumah malam. Tak pukul sepuluh, pukul sebelas kau sampai rumah.

"Hmm, ada problem sikit dengan projek", balas Rizqi ringkas sambil menyuapkan mee ke dalam mulut.

Alisa menghulurkan cawan yang sudah berisi air kepada Rizqi sebelum menyambung makan. Dia masih tuan rumah, walaupun bukan rumah dia. Mustahil hendak meneruskan makan jika tetamu masih belum makan.

"Lis, banyak lagi barang kau dekat rumah sewa yang tak ambil?", tanya Rizqi dalam sela.

"Tak adalah banyak sangat. First time masuk rumah tu fully furnished. Tak banyak barang kena beli", balas Alisa.

"Bila kau nak pergi ambil", Ilham mencelah.

"Before masuk rumah baru, nanti aku singgah pergi ambil", jawab Alisa masih memikir.

"Bila kau nak pergi, bagitahulah", pesan Rizqi.

"Tak payah susah-susah Riz, barang biasa je. tak berat pun. Nanti aku singgah lepas balik kerja", tolak Alisa lembut. Tidak mahu lagi menyusahkan Rizqi dan Ilham.

"Bagitahu je, bila kau nak pergi nanti. Kita jumpa dekat sana terus", tegas Rizqi, tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut.

"Betul tu Lis, kau infrom kitaorang dulu sebelum pergi. Jangan kau pergi macam tu ke", sokong Ilham.

"Hmm", balas Alisa ringkas.

Tidak Alisa ketahui, tindakan dia menelefon Rizqi, bakal menyelamatkan dia dari detik hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience