BAB 35

Romance Completed 157983

Tergesa-gesa Alisa menunaikan solat Subuh. Hampir terlepas subuhnya jika tidak dikejutkan Rizqi. Seakan tidak percaya dia boleh tidur sepulas itu. Setelah berminggu-minggu tidurnya terganggu setiap malam.

"Lis start packing barang-barang kau. Bawa yang penting je. Baju kerja, baju salin, loptop yang lain kita beli kalau tak cukup",arah Rizqi.

Walaupun hanya membawa barang yang penting sahaja, tetap penuh tiga bagasi. Tidak termasuk selimut, bantal dan barang-barang lain yang tidak begitu penting. Tapi bantal busuknya berbentuk cup cake tetap dibawa. 'Huissh mana boleh tinggal, tak boleh tidur malam-malam kalau tiada cup cake ni'. Sepanjang minggu Alisa ketakutan cup cake ini yang menjadi peneman.

"Dah siap? Kalau dah siap jom turun, kita sarapan dekat luar", ajak Rizqi, tak ada selera nak makan dalam rumah ini agaknya. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul sepuluh tiga puluh pagi.

Sebaik melangkah keluar dari bilik, kelihatan ruang tamu yang berselerak dengan bekas makanan dan minuman serta sisa makanan. Yang paling memalukan terdapat coli yang terdampar atas lantai di tengah ruang tamu. Alisa yang melihat saja sudah cukup malu walaupun bukan milik dia. Terus dia melangkah laju tanpa menoleh lagi.

Sampai di tempat parkir kereta Rizqi terus meminta kunci kereta Alisa.

"Kita nak pergi mana Riz", tanya Alisa.

Pertanyaan Alisa dipandang sepi. Rizqi hanya menatap dia sekilas. Sebelum membuat panggilan telefon.

'Dia tak akan jual aku kan. Kitaorang dah lama berkawan. Lagipun dia kerja besar, gaji pun besar, anak orang senang lagi. Tak kan la nak buat kerja gitu kan', Alisa berfikir dalam hati. Cuba menyedapkan hatinya yang tertanya-tanya.

"Jom", sergah Rizqi tiba-tiba mengejutkan Alisa dari lamunannya.

"Riz, kau tak kan jual aku kan", tanya Alisa dengan polos.

Rizqi memberhentikan langkah memandang Alisa. "Kalau jual kau, rasa berapa boleh dapat", serius Rizqi bertanya.

"Aku tak cantik, tak ada duit pula tu, belajar pun tak pandai, kerja rumah semua tak boleh buat sure tak laku", balas Alisa.

Hampir terlepas ketawa Rizqi melihat Alisa bersungguh-sungguh 'mendown gradekan" dirinya sendiri. Punyalah takut kena jual. Kadang-kadang otak Alisa ni memang biul.

Rizqi memasukkan semua bag Alisa ke dalam bonet keretanya. Dari jauh kelihatan Ilham dan seorang lelaki berjalan mendekati. Tapi tidak pula Alisa kenali lelaki di sebelah Ilham itu.

"Am, kau buat apa dekat sini?" panggil Alisa dengan rasa terkejut.

"Datang jumpa kau la", balas Ilham sambil tersenyum.
"Ni kawan aku. Aku tumpang dia datang sini", ujar Ilham sambil memperkenalkan rakannya yang disapa sebagai Zack kepada Alisa. Rizqi pula sudah lama mengenali Zack. Sudah acap kali mereka melepak bersama.

"Ini ke tunang kau Riz. Cantik orangnya tapi kau tak pernah nak kenalkan pun", tanya Zack, memuji Alisa.

Terasa tersekat air liur Alisa di kerongkong. Kalau tengah minum air mahunya tersembur tak sempat nak cover. Dia hanya terpinga-pinga sejak bila dia bergelar tunang Rizqi. Hendak ditanya, tapi Zack ada bersama. Risau nanti tersilap cakap pula.

Mendengar pertanyaan Zack, Rizqi memandang Ilham sekilas. Tahulah ini ulah Ilham. Sengaja mahu mengenakan dia.

"Nanti kalau dah bau-bau nasi minyak tu jangan lupa jemput. Ramai kawan-kawan kitaorang nak kenal siapa wanita yang berjaya mengikat hati Riz ni", usik Zack kepada Alisa.

Dengan hati yang terpinga-pinga Alisa tetap memainkan peranannya sehabis baik. Walaupun tidak tahu apa watak dia sebenarnya. Alisa mengukir senyuman semanis mungkin kepada Zack, menjawab pujian yang diberikan oleh lelaki itu. Wajah yang sudah sedia cantik itu bertambah serinya.

"Siaplah kau nanti jadi bahan usikan", sengaja Zack mengingatkan Rizqi. Kalau diketahui rakan-rakan mereka kena siapkan hati dibahan.

Ilham ketawa besar mendengar kata-kata Zack. Sedikit pun tidak terselit rasa bersalah dalam hati. Namun tidak disangkal antara ramai kenalan wanita Ilham, Alisa antara yang tercantik.

"Nah", Rizqi menghulur kunci kereta Alisa kepada Ilham. Tidak mahu melayan usikan Zack dan gelak jahat Ilham.

"Kau naik dengan aku. Kereta kau Am yang drive", maklum Rizqi. Ohh, Alisa hanya mengagguk.

"Zack sorry susahkan kau. Kacau kau pula hujung-hujung minggu ni. Kau ada plan nak pergi mana-mana?", Rizqi menghulurkan maaf.

"No hal la. Benda kecil je. Yang penting nanti belanja makan dekat mamak. Siap sedia la untuk dibahan", balas Zack sambil tergelak. Happy go lucky orangnya.

"No hal. Just name time and place", balas Rizqi.

***********

Kereta Rizqi memasuki perkarangan aparment yang terbilang mewah. Alisa hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Mereka tiba agak lambat kerana singgah mengisi perut terlebih dahulu.

"Riz, cuba kau bagitahu aku dulu, kita nak pergi mana", tanya Alisa ingin tahu.

"Ikut je la", balas Rizqi pendek seraya turun dari kereta.

Rizqi mengeluarkan bagasi Alisa dari bonet kereta. Tidak lama kemudian kelihatan Ilham menyusul dari jauh.

Ilham membantu Rizqi mengangkat bagasi dan berjalan ke arah lif. Alisa hanya menurut dari belakang. Mereka sampai di hadapan pintu aparment di tingkat lima belas. Rizqi dan Ilham melangkah masuk bersama bagasi di tangan. Namun Alisa masih mematungkan diri di luar.

"Kau buat apa dekat luar Lis", tanya Ilham melihat Alisa masih tercegat berdiri.

"Korang berdua bukan nak jual aku kan?", tanya Alisa dengan rasa curiga.

"Kau cakap apa ni Lis. Bila masa kitaorang nak jual kau", Ilham menepuk dahinya mendengar pertanyaan Alisa.

"Jadi ni rumah siapa?", tanya Alisa tidak berpuas hati. Tidak bermaksud ingin menuduh. Tetapi aparment di hadapannya terbilang mewah. Lebih besar dari aparment yang disewanya. Terfikir juga bukan-bukan.

"Rumah aku dengan Am", jawab Rizqi memotong sebelum Ilham sempat membalas.

"Masuklah dulu Lis", panggil Rizqi.

Alisa akhirnya melangkah masuk juga ke dalam rumah yang berkonsepkan minimalis itu. Cat rumah itu didominasi dengan warna biru dan silver. Warna yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Mungkin kalau pilih pink rasa tak cukup maskulin kut.

Alisa melabuhkan punggung di salah satu sofa di ruang tamu. Rizqi melangkah ke dapur mangambil minuman dari peti sejuk untuk mereka bertiga. Haruslah minuman segera. Jangan diangankan dia atau Ilham akan membancuh air di rumah.

Setelah menghulurkan minuman kepada Alisa, Rizqi membantu Ilham mengemas ruang tamu. Agak malu juga mereka kepada Alisa. Ilham tidak sempat mengemas semalam kerana dia bantu mengemas bilik Rizqi yang akan ditumpang oleh Alisa.

Alisa hanya duduk membatu di sofa. Serba salah sama ada harus bantu mengemas atau tidak. Dia mencapai mug yang tergolek di bawah meja. Tidak habis fikir kenapa perlu berada di bawah meja.

Terus Rizqi mencapai mug dari tangan Alisa. "Tak perasan agaknya, ada dekat situ", Rizqi memberi alasan menutup malu. Iyalah mug yang sudah digunakan dibiarkan di bawah meja saja.

Alisa ketawa lepas melihat Rizqi dan Ilham yang kelihatan segan dengannya. Bukan senang nak tengok kedua lelaki ini malu-malu.

Mendengar ketawa Alisa mereka menoleh memandang Alisa, tahulah gadis itu gelakkan mereka.

"It's okey, aku bukan bakal mak mentua korang", usik Alisa.

Tergelak Rizqi dan Ilham mendengar usikan Alisa.

Mereka hanya mengemas sekadar untuk tidak nampak semak saja. Mereka berdua bukannya ahli sangat bab mengemas ni.

"Lis, kau stay dekat sini dulu, sampai kau dapat cari rumah. Aku dengan Am try tanya kawan-kawan kitaorang kalau ada rumah kosong", Rizqi membuka kata sebaik saja melabuhkan punggung di sofa.

"Kalau aku tinggal dekat sini macam mana dengan korang", Alisa berat hati sebenarnya. Dia tidak mahu menyusahkan Rizqi dan Ilham. Mustahil mereka akan tinggal serumah dengannya.

"Kitaorang tumpang rumah member", bagitahu Ilham.

Serba salah Alisa mendengar jawapan Ilham. Disebabkan dirinya mereka berdua perlu menumpang di rumah orang lain.

"Why not, buat sementara waktu ni aku..." belum sempat Alisa menghabiskan ayatnya, Rizqi memotong.

"No. Kalau kau nak cakap pasal hotel tak payah", balas Rizqi dingin.

Terkulat-kulat Alisa mendengar kata Rizqi.

"Lis better kau tinggal dekat sini berbanding hotel. Lebih selesa", pujuk Ilham.

Rizqi tahu Alisa serba salah dengan mereka berdua. "Kalau kau stay dekat tempat lain lagi susah hati aku dengan Am. Better tinggal dekat sini sementara waktu. Kitaorang lelaki pandai-pandai la nak tinggal mana pun. Bukannya susah. Lain la kau, perempuan", pujuk Rizqi pula.

"Lagi pun, tak kan Riz nak biarkan tunang dia stay dekat hotel. Tak elok", usik Ilham sambil ketawa.

Mendengar kata-kata Ilham, Alisa kembali tersedar. "Apa cerita ni Am, bila pula aku dengan Riz bertunang".

"Aku yang bagitahu kau tunang Riz", balas Ilham tanpa rasa bersalah melihat wajah Alisa yang terkejut.

"Iyalah, aku bagitahu dekat member kitaorang nak tumpang dalam seminggu dua sebab tunang Riz stay dekat rumah, ada problem sikit", kuat ketawa Ilham meletus. Masih terbayang bagaimana reaksi kawan-kawannya bila diberitahu Rizqi sudah bertunang.

Alisa menepuk dahi mendengar penjelasan Ilham. Selalunya yang perangai tak senonoh ni Daniel je. Entah sejak bila Ilham berjangkit. Rizqi malas bertanya kerana dapat mengagak dari awal itu ulah Ilham.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience