BAB 64

Romance Completed 157983

Saat sedar dirinya sudah terperangkap di atas katil, Alisa mendongak memandang Rizqi yang sudah melipat tangan ke dada. Terus dia mengangkat tangan tanda menyerah.

"Okay...fine, Lis mengaku kalah. Kita boleh bawa bincang", Alisa memandang Rizqi meminta simpati. Wajahnya sengaja disedihkan untuk meraih simpati.

"Sure sayang. Boleh bincang atas katil", jawab Rizqi dengan wajah serius tanpa perasaan.

"Bukan tu yang Lis nak bincangkan", Alisa sudah menarik muka masam. Bibirnya sudah muncung sedepa.

Rizqi menghampiri birai katil sambil ketawa menyambut rungutan Alisa. Tangannya cekap mencengkam buku lali Alisa menghalang gadis itu melarikan diri. Tubuh Alisa ditolak perlahan hingga jatuh terlentang di atas tilam.

Sekelip mata Rizqi sudah menindih tubuh kecil gadis itu di bawahnya. "Biar abang bagi sikit ilmu. Next time before night activity make sure tak ajak abang exercise dulu. You know why? Senaman mampu meningkatkan keinginan semasa berhubungan kelamin. Yang terima kesannya nanti sayang juga", perlahan suara Rizqi berbisik di telinga Alisa. Sengaja mengingatkan gadis itu. Jika tidak jenuh juga nak main kejar-kejar setiap malam.

Membutang mata Alisa mendengar peringatan Rizqi. Belum sempat dia menyangkal, bibirnya terkunci mendengar halus suara Rizqi berbisik di ubun-ubunnya.

"Bismillahi Allahumma jannibnaas syaithoona wa jannibi syaithoona maarazaqtanaa".

Artinya: 'Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami'.

Mata Alisa mula berkaca. Empangan matanya hanya menunggu masa untuk pecah. Entah kenapa mendengar doa yang dialunkan Rizqi hatinya tiba-tiba dipagut rasa sayu dan bersalah.Terasa begitu berdosa diri menafikan hak Rizqi sebagai suami.

Saat Rizqi menatap dalam matanya, air mata yang ditahan sejak tadi tumpah juga. Tercengang Rizqi melihat Alisa yang menangis tiba-tiba.

"Kenapa ni sayang? It's okay..,kalau betul-betul tak ready lagi kita try next time", lembut Rizqi memujuk Alisa. Air jernih yang terus mengalir di pipi Rizqi usap perlahan.

Alisa mengeleng perlahan kepala menidakkan pertanyaan Rizqi. Wajah lelaki yang sudah menghuni seluruh hatinya sejak bertahun lalu ditatap penuh sayang. Ya, sudah sekian lama dia mencintai sosok lelaki ini.

Cuba diusir rasa takut dan malu yang bersarang dalam diri. Selama ini hanya Rizqi yang sering menyatakan rasa cinta baik dari segi lisan mahu perlakuan.

Melihat Rizqi cuba menegakkan badan dan menjarakkan tubuhnya, laju Alisa melingkarkan tangan di leher lelaki itu. Menghalang Rizqi untuk menjauh.

Jari runcing Alisa perlahan membelai lembut wajah suaminya. Dari mata turun ke hidung mancung milik Rizqi sebelum jatuh ke bibir. Dia menarik tubuh lelaki itu mendekat padanya. Didaratkan satu kucupan di sudut bibir Rizqi. Segan hendak mendaratkan ciuman tepat di bibir.

"l'm okay. But...please go slowly", ujar Alisa perlahan. Hanya cukup untuk pendengaran suaminya saja.

Tawa Rizqi pecah juga. Melihat tingkah daring Alisa tapi masih lagi malu. Tidak menyiakan kesempatan yang diberi, Rizqi terus memperdalamkan ciuman mereka. Hanya ketika Alisa hampir kehilangan nafas, barulah Rizqi melepaskan pagutan bibirnya. Tapi kucupan-kucupan halus itu mula beralih ke ceruk-ceruk leher Alisa.

Tidak berhenti di situ, tangan Rizqi sudah meliar hingga ke balik baju. Dilepaskan semua pakaian yang membaluti tubuh Alisa hingga tidak tersisa seurat benang.

Kegiatan malam itu semakin panas, penghawa dingin yang terpasang tidak mampu lagi mendinginkan tubuh. Keheningan malam itu hanya ditemani suara desahan yang tertahan-tahan. Tanda penyatuan dua jiwa.

***********

Azan yang berkumandang mengejutkan Alisa dari tidur yang pulas. Digosok-gosok perlahan mata untuk menghilangkan rasa kantuk. Tubuhnya terasa berat dan sakit saat cuba digerakkan.

Merasa tubuhnya dipeluk dari belakang, Alisa pantas menoleh. Terpampang wajah Rizqi. Dia terkaku. Otaknya ligat 'loading', cuba mengingatkan kembali apa yang berlaku semalam.

Wajahnya mendadak bersemu merah. Melihat diri yang tidak berpakaian laju Alisa menarik selimut menutupi seluruh tubuh. Wajahnya masih kelihatan bingung.

Alisa mengeraskan tubuh ketika tangan Rizqi yang berada pada pingangnya mulai bergerak. Melihat lelaki itu hampir terjaga dari lenanya, terkocoh-kocoh Alisa bangun dari katil.

"Aauuch..." perlahan dia meringis. Bahagian sulitnya terasa sedikit ngilu. Digagahkan juga diri mencapai tuala yang tersangkut rapi dan berjalan menuju ke kamar mandi.

Belum sempat pintu bilik air tertutup rapat, ada tangan yang menghadang. Terkesima Alisa melihat wajah Rizqi di depan pintu. 'Rasanya tadi tidur lagi. Macam mana boleh ada dekat sini'. Alisa hanya menyuarakan kekeliruannya dalam hati.

"Abang bagi la Lis mandi dulu. Next abang pula", pujuk Alisa. Tapi pandangannya dilarikan dari Rizqi. Malu mahu menatap wajah lelaki yang sudah dia serahkan jiwa dan raganya.

"Lambat. Habis waktu nanti. Kita mandi sekali je", ujar Rizqi. Pintu bilik air ditolak lebar memudahkan dia untuk melangkah masuk.

"Kalau macam tu, abang mandi dulu. Lis mandi kemudian", balas Alisa tanpa rasa bersalah. 'Gila nak mandi sekali. Alamatnya dah berkurun dalam bilik air tu tak juga keluar-keluar', rungut Alisa dalam hati. Minta maaf dia tak percaya dengan Rizqi untuk kawal diri.

Baru selangkah Alisa melangkah keluar, kakinya terasa tidak menjejak tanah. Tubuhnya seolah melayang. Hampir terlepas jeritan Alisa.

"Abang", marah Alisa. Laju dia mengalungkan tangan di leher Rizqi. Kalau jatuh aniaya diri je, sakit yang dapat. Sudahlah badannya masih terasa pegal-pegal dan berat.

"Tak payah. Kita mandi berdua senang. Lagipun sayang nak jalan pun slow sebab tahan sakit. Risau abang kalau sayang mandi sorang-sorang", sangkal Rizqi. Serius riaknya. Entah boleh percaya entah tidak.

Tanpa memberi peluang kepada Alisa untuk berdalih, Rizqi yang sedang mencempung tubuh isterinya terus melangkah masuk ke bilik air. Pintunya ditutup rapat.

************

Alisa sibuk menyenduk nasi goreng untuk Rizqi. Air teh panas juga sudah siap dituang. Meriah meja makan pagi ini dengan kehadiran keluarga Pak Longnya yang masih belum pulang. Mereka menginap semalam di rumah Encik Shahrul sebelum berangkat pulang hari ini.

"Awal bangun Lis, Riz", sakat Hazwan sebaik menarik kerusi di meja makan.

"Iyalah, siap boleh masak sarapan lagi. Lis bukan macam Abang Wan. Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun", jeling Alisa membalas usikan Hazwan.

Melihat tajam jelingan Alisa, berderai tawa mereka yang berada di meja itu. Tahu, Alisa menahan geram dengan sikap Hazwan.

"Kamu tu Wan dari semalam asyik diusiknya Lis tu kenapa", tegur Mak Long. Menggeleng kepala melihat perangai anak lelakinya itu. Hazwan memang kuat menyakat. Siapa yang tak tahan boleh darah tinggi dibuatnya.

Alisa menjuih bibir kepada Hazwan tanda puas hati mendapat sokongan Mak Longnya. Tersenyum kecil Rizqi melihat sikap kebudak-budakan yang jarang ditonjolkan isterinya.

Melihat Rizqi ketawa kecil sambil menatapnya, wajah Alisa berubah merah. Terus dia memandang lurus ke hadapan. Senyuman lelaki itu, mengingatkan Alisa kepada kejadian di kamar mandi Subuh tadi.

Sudah dia agak mustahil untuk mandi berdua dan berlagak innocence. Hampir saja terbabas Subuh mereka pagi tadi. Tubuhnya juga terasa remuk rendam. Diikutkan hati Alisa tidak mahu mengerakkan langsung tubuhnya hari ini. Namun digagahkan juga diri untuk turun membantu ibu dan Mak Longnya menyiapkan sarapan.

Kalau tak difikirkan perlu menadah telinga dan hati dibahan Hazwan, dan Haliza sudah lama dia menyambung tidur merehatkan diri. Suaminya di sisi dijeling sekilas.

"Riz, Lis kamu berdua kalau dah kahwin tu tak payah nak rancang-rancang anak. Kalau ada rezeki tu terima saja. Kalau duk merancang sangat pun payah. Jadi macam Wan dengan Ida ni", nasihat Mak Longnya tiba-tibanya.

"Kenapa pula dengan Ida dan Wan", rungut Hazwan kepada ibunya.

"Iyalah. Kamu berdua masa baru kahwin sibuk nak berhoneymoon sangat, sampai tak nak anak. Dah tu lepas sepuluh tahun kahwin baru dapat anak. Itulah jangan sibuk nak merancang. Anak tu kerja tuhan", bebel Mak Long.

Hazwan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haida hanya tertunduk malu sambil memangku anaknya yang masih kecil. Sedar salahnya dan Haida. Ketika awal perkahwinan mereka menolak rezeki anak. Mahu mengejar kerjaya dan merasa hidup berdua. Puas ikhtiar untuk mendapatkan anak, akhirnya pada tahun ke sepuluh Allah kurniakan juga rezeki setelah berhempas pulas.

"InsyaAllah Mak Long, kalau dah rezeki tu saya terima dengan hati terbuka", ujar Rizqi cuba mengalih suasana yang sedikit tegang itu.

"Kalau boleh kamu kawal dulu, jangan sampai Lis bawa perut masa bersanding nanti", pesan Mak Longnya lagi.

Alisa hanya menunduk sedari tadi sejak topik itu dibangkitkan. Tekun dia menjamah sarapan. Seolah setahun tidak makan. Wajahnya sedikit pun tidak dipanggungkan. Biarkan Rizqi menghadap sorang-sorang.

Alisa tidak tahu apa jawapan yang harus diberi. Semalam dan pagi ni saja sudah berkali-kali Rizqi menanamkan benih di rahimnya. Jangan mimpi Rizqi pakai pencegah. Tak ada maknanya.

"Iyalah Mak Long", pendek Rizqi membalas.

"Tapi kalau dah rezeki, Ibu dengan papa tetap gembira. Bersyukur sangat. Meriah sikit rumah ni. Dah lama sunyi", tambah Puan Anisah sambil tersenyum.

"Beranak masa muda-muda ni bagus. Badan kita kuat lagi nak jaga anak nak kejar anak", tambah Mak Long lagi.

"Kamu jangan pula merancang nak satu anak saja. Papa dengan ibu tak rancang nak sorang saja anak. Cuma tak ada rezeki", pesan Encik Shahrul tegas.

Sarapan Alisa pagi itu terasa terlekat di kerongkong. Susah nak ditelan. Isu yang dibahas membuat Alisa berpeluh-peluh. Baru sehari bernikah isu anak sudah dibangkitkan.

********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience